MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 5 Disember 2007

KISAH DUA WNITA MALAYSIA DI CHINA DAN JEPUN..

ANAKOMAK MALAPORKAN

Dua wanita warga Malaysia berada di perantauan kerana mengejar cita-cita kerjaya bagi mencari rezeki yang lumayan. Dua wanita ini mungkin tidak pernah berjumpa apatah lagi mereka tidak punya talian saudara.

Namun persamaan antara kedua-duanya seperti yang didakwa oleh ahli keluarga mereka ialah mereka terpedaya. Kerana percayakan teman, akhirnya Raja Munirah Raja Iskandar ( gambar atas ) merengkok tujuh tahun di dalam penjara Jepun kerana disabitkan cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo tahun lepas.

Manakala seorang lagi Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou , China pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram. Jika Raja Munirah dikatakan terpedaya dengan helah warga Iran bernama Milad, Umi pula pergi ke China kerana perlu menyerahkan bungkusan kepada seorang warga Nigeria.

Akibatnya, seorang ditolak rayuan dan disahkan hukuman penjaranya, manakala seorang lagi telah dijatuhkan hukuman mati. Kini kedua-dua keluarga wanita terbabit merayu bantuan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Wisma Putra sama ada kerajaan Malaysia bersedia untuk membantu kedua-dua warga Malaysia tersebut.

Tiada ulasan: