MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 5 Disember 2007


Datuk Abdul Hamid disahkan Ketua Hakim Negara
Pemangku Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad disahkan memegang jawatan tersebut berkuatkuasa 1 November 2007, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Serentak dengan perlantikan tersebut, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zaki Tun Azmi menggantikan Hamid sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata pelantikan Abdul Hamid, 65, berkuatkuasa 1 November lepas manakala tarikh kuatkuasa pelantikan Zaki, 62, akan ditetapkan kemudian.
Sebelum ini, Abdul Hamid memangku jawatan Ketua Hakim Negara ekoran persaraan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim pada 1 November. Abdullah berkata, pelantikan Abdul Hamid dan Zaki diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
Perdana Menteri berkata, pihak Mahkamah Persekutuan sedang berurusan dengan Istana Negara untuk menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan kepada kedua-dua hakim berkenaan. Abdul Hamid akan mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong. - anakMENTERI@YAHOO.COM

Tiada ulasan: