MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 5 Disember 2007



Demonstrasi cara kita...kabinet perlu dibaik pulih.

December 6, 2007 : 09.06 AM


Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kawasan Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang sering mengeluarkan kenyataan ‘pedas’ kali ini melontarkan dua isu ‘panas’ yang menyentuh mengenai perkembangan politik semasa.
Dalam kenyataannya yang sering dilihat menentang arus, Zaid bercakap mengenai demonstrasi dan barisan jemaaah menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam soal demonstrasi, sementara banyak pemimpin BN mempertikaikan tindakan kumpulan-kumpulan tertentu menganjurkan perhimpunan, Zaid pula menyifatkan demonstrasi adalah cara Malaysia.
Bagi beliau Malaysia mencapai kemerdekaan kerana orang Melayu ketika itu bangkit mengadakan demonstrasi menantang penjajahan British. Tidak cukup dengan itu, Zaid menambah, jika penjajah British ketika itu mempunyai pemikiran sama dengan pemimpin BN sekarang untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), sudah tentu ramai Melayu UMNO akan masuk tahanan.
Kenyataan beliau itu disambut gelak ketawa hadirin yang mendengar ucapannya pada jamuan makan tengahari Kelab Rotary Kuala Lumpur hari Rabu. Menurut beliau, pandangan pemimpin BN yang tidak mahu mendengar rungutan serta pandangan rakyat perlu diubah.
Sehubungan itu itu beliau mencadangkan agar Perdana Menteri ‘membaik pulih’ barisan kabinetnya yang disifatkan beliau terdiri daripada kalangan orang lama yang tidak peka terhadap pandangan rakyat.
Menurut beliau, jika kerajaan Malaysia benar-benar hendak menjadi sebuah kerajaan bertaraf dunia, maka kerajaan perlu bersedia untuk mendengar rintihan rakyat termasuk kebebasan mereka mengadakan demonstrasi. Beliau menambah, penggunaan ‘kuasa dan kekerasan’ dalam menghadapi demonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah yang timbul.
“Dalam kepimpinan, keangkuhan tidak mempunyai tempat. Ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, Kita harus mendengar rintihan mereka sekalipun padangan yang tidak munasabah,” ujar beliau. -

Tiada ulasan: