MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 5 Disember 2007


Inkuiri awam SUHAKAM teliti rusuhan Batu Buruk
December 6, 2007 : 09.06 AM

Rusuhan Batu Buruk yang membabitkan ‘pertempuran’ antara polis dan para penyokong yang dipercayai anggota parti pembangkang, akhirnya mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Pesuruhjayanya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dalam satu kenyataan hari Selasa memberitahu, satu inkuiri awam akan diadakan bagi meneliti aduan yang dibuat. Muhammad Shafee berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan inkuiri itu yang ditetapkan selama tiga hari bermula 14 Dis, dari 9 pagi hingga 6 petang di Primula Beach Resort di Kuala Terengganu.
Selain Shafee, dua lagi pesuruhjaya SUHAKAM iaitu Tan Sri Asiah Abu Samah dan Prof Datuk Khoo Kay Kim akan menganggotai inkuiri awam tersebut.
“Inkuiri itu juga akan meneliti dakwaan penggunaan peluru hidup oleh anggota polis,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau berkata, inkuiri itu terbuka kepada orang awam dan media, bagaimanapun rakaman video atau audio bagi prosiding inkuiri itu tidak dibenarkan termasuk oleh media. Dalam kejadian pada 8 September, kira-kira 600 orang dipercayai anggota parti pembangkang bertindak balas apabila mereka diminta oleh polis supaya bersurai daripada perhimpunan haram di Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dengan membaling objek-objek keras kepada polis mengakibatkan empat anggota polis cedera.
Sehubungan itu, Muhammad Shafee menggesa orang awam yang menyaksikan kejadian itu atau sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Suhakam di talian 03-26125600 atau emel Suhakam di humanrights@suhakam.org.my.

Tiada ulasan: