MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 28 November 2007

Uthayakumar Penghasut Perkauman wajar di ISA


Uthayakumar Penghasut Perkauman wajar di ISA

ANAKomak menulis,

Penasihat Undang-undang Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Uthayakumar akan berdepan dengan tindakan undang-undang dibawah Akta Hasutan jika benar beliau adalah penulis surat bertarikh 15 November yang dikatakan dihantar kepada Menteri Britain, Gordon Brown.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan memandang serius kandungan surat yang disiarkan dalam internet itu dimana ia antara lain mendakwa kerajaan Malaysia yang diketuai UMNO telah melakukan pembersihan kaum ke atas kaum minoriti India.


Beliau berkata mesyuarat kabinet ada membincangkan mengenai surat berkenaan dan berdasar kepada kandungannya, ia memang jelas membuktikan Uthayakumar menghasut untuk menimbulkan kemarahan orang India terhadap kerajaan, dan juga orang Islam khususnya Melayu terhadap Hindraf.

Hasutan dan fitnah yang ditulis Uthayakumar terlalu melampau dan sensitif, antara dakwaan yang terkandung dalam surat berkenaan sehingga mendesak Britain mengusulkan resolusi tergempar di Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga mengutuk Malaysia dan mahu Malaysia diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.Tohmahan Hindraf melampaui batas kesabaran dan telah mencemarkan status bangsa melayu di mata dunia.

Betulkah setiap dua minggu sebuah kuil Hindu dirobohkan dan diskriminasi terhadap kaum India begitu teruk sekali atau orang India menjadi sasaran pembunuhan terancang?

Apa yang sebelumnya cuba digambarkan semasa heboh menjelang perhimpunan haram sekitar jalan-jalan tidak jauh dari bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang,Kuala Lumpur Ahad lalu, lebih berkisar kepada soal kebajikan dan nasib orang India di negara ini.

Hindraf marah kepada kerajaan Britain yang menjajah Malaya duhulu dan membawa orang India ke sini menjadi buruh dan sebagainya kemudian kebajikan mereka diabaikan. Oleh itu mereka menuntut pampasan empat trillion dolar Amerika dari kerajaan British.

Namun surat berkenaan lain bunyinya. Ia bukan saja membuat dakwaan berunsur perkauman malah didapati memberi gambaran situasi buruk di Malaysia seolah-olah di Bosnia Herzegovina dulu atau zaman rejim apartheid di Afrika Selatan.

Hasutan-hasutan merbahaya sebegini perlu kita hindari dengan kadar segera.Kerajaan khususnya Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tegas dengan mengenakan tindakn ISA terhadap penghasut.

Jika benar tuduhan Hindraf terhadap UMNO sedemikian, bagaimana pula tentang orang India di negara ini boleh ada parti politik, boleh jadi menteri, timbalan menteri, duta besar dan pegawai tinggi kerajaan?

Apakah kedudukan yang diberi menggambarkan orang melayu meminggirkan India?

Para pemerhati politik berpendapat, jikalau Hindraf hendak bermain politik sekalipun, janganlah sampai membakar api perkauman sebegitu dan membuat tuduhan-tuduhan yang membabi-buta!

Orang tepi jalan pun tahu perkara itu tidak betul!

Situasai yang cuba digambarkan oleh surat Uttayakumar kepada Perdana Menteri British itu bagaikan langit dengan bumi dan tidak masuk akal dengan keadaan sebenar di Malaysia. Jangan kata orang India, semua kaum di Malaysia termasuk orang Melayu dan Cina juga masih menghadapi sedikit sebanyak masalah kemiskinan dan ketinggalan dari arus pembangunan. Tiada siapa pernah menafikan hakikat dan fakta itu.

Apapun, ini antara komen Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya oleh para wartawan mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Hindraf sekembalinya dari luar negara. Beliau menilai tindak-tanduk ini ada kaitan yang kuat dengan senario menjelang pilihanraya.

‘‘Mereka anggap pilihan raya dah dekat, jadi timbullah bermacam-macam tuduhan kepada kerajaan. Tuduhan seperti ini apabila dekat dengan pilihan raya, memang berlaku dulu,’’ jelasnya.

Namun, bagaimana pula dengan dakwaan Uttayakumar yang mengatakan UMNO menjadi dalang kepada pembunuhan 100 orang India di Kampung Medan pada tahun 2001?

‘‘100 orang UMNO yang bunuh, kita nak tahu mana bukti dia, ini tuduhan yang berat. Orang UMNO itu orang Melayu, bunuh 100 orang India, betulkah, awak (wartawan) pun tak tahu.’’ tanya Perdana Menteri kembali.

Apa jua alasannya, tohmahan Hindraf boleh menyebabkan pergaduhan kaum berlaku.Akta ISA perlu diambil bagi mengekang gejala hasut-menghasut ini.Perdana Menteri juga menjawab pertanyaan mengenai ISA yang diminta rakyat untuk kembali digunakan setelah mendapati kebelakangan ini terlalu banyak episod-episod rusuhan terlampau dari pihak pembangkang.

Mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangani perhimpunan haram pula, Perdana Menteri berkata, buat masa ini kerajaan masih menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan wajar bagi menjamin keselamatan negara.

‘‘ISA adalah satu tindakan pencegahan supaya kita dapat pelihara negara kita daripada berlaku sesuatu yang tidak baik yang boleh jejaskan keamanan, jadi saya tak tahulah, tapi ISA tetap ada dan apabila wajar digunakan akan digunakan,’’ katanya.
Sumber: http://www.agendadaily.com/

Orang awam tidak bersalah turut cedera oleh keganasan Hindraf

Konspirasi Hindraf dan Anwar Ibrahim timbul banyak persoalan.Apakah muslihat disebalik perhimpunan ini?

Ganas..ini bukan budaya Malaysia tetapi hasutan Uthayakumar punca rusuhan dan keganasan kaum India.

Ketua penghasut Hindraf jangan terlalu leka...undang-undang pasti menghukum mereka-mereka ini.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fuck u!!!! u and your stupid artical.May u burn in Hell!!!

Tanpa Nama berkata...

Fuck you 2, tanpa nama!! May u burn in Hell too....!! If there's any comment to say, please don't shout or bark like a dog!! Idiot!!