MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 21 November 2007

SPR Cabar Pembangkang Kemuka Bukti


SPR Cabar Pembangkang Kemuka Bukti
Oleh: ANAKomak

Musim berkempen sudah bermula, kebanyakan parti pembangkang terus menerus dengan agenda merapu yang dianggap mereka benar sebenar-benarnya.
Hentam-menghentam menjadi darah daging pembangkang.Lumrah pembangkang bersifat protes.Namun bukan soal ini yang hendak disimpulkan.

Baru-baru ini sedikit kecoh di dada akhbar, baik menerusi kaca televisyen mahupun di skrin komputer, banyak pihak memperkatakan tentang tarikh sebenar pilhanraya umum ke-12 ini.Aduhai..politik, kancah yang sering berlaku setiap kali munculnya pilihanraya.

Tetapi sedikit berbeda pada tahun ini dimana kekecohan timbul apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Rashid dengan selamba berkata bahawa beliau sudah mengetahui bilakah tarikh pilihanraya akan diadakan.

Dengan memaklumkan sedemikian, logiklah kalau ketua-ketua pembangkang melatah dari tempat duduk umpama digigit semut api kerana setelah puas ahli-ahli pembangkang ini meramal tarikh sebenar dengan tiba-tiba Tan Sri Abdul Rashid bersuara beliau tahu akan tarikhnya. Kesian kepada pembangkang yang berpenat jerih membuat ramalan hingga ada yang menjadi ala-ala 'nujum pak belalang'.

Tidak puas hati pembangkang dengan gurauan Rashid, mereka membalas dengan kata-kata pedas hinggakan Presiden PAS, Hadi Awang sesuka hati mengarahkan Rashid meletak jawatan.Sinonimlah PAS berperangai begitu, baru diusik sedikit sudah melenting.Biarkanlah...

Apapun yang menjadi isu dan topik adalah tuduhan melampau pembangkang khususnya PAS, PKR dan DAP.Disebabkan amarah dengan kekalahan penggal yang lalu, maka mereka mencipta satu propaganda yang menuduh SPR tidak telus, bersih dan adil.

Terbaru, seperti kita semua sedia maklum ialah perhimpunan haram tanpa permit anjuran Bersih pada 10 November lalu untuk menuntut 'reformasi’ dalam pengendalian pilihanraya.Kesan buruk perhimpunan itu telahpun kita sedia maklum dan wajib kita menjauhinya.

Ternyata agenda utama perhimpunan itu ialah menuntut pilihanraya akan datang dilakukan dengan bersih dan adil.Perhimpunan yang didalangi oleh Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Sivarasa Rasiah itu nyata suatu pembohongan nyata.Buktinya berlaku penipuan dan ketidakadilan pilihanraya tidak dapat dikemukakan oleh mereka.Hanya berani di jalanan menyalak seperti sekumpulan beruk yang laparkan pisang.

Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Pengerusi SPR sendiri yang meminta orang yang membuat tuduhan tersebut tampil secara 'gentleman' jika benar SPR tidak telus selama ini.Namun, hingga kini belum ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang mendalangi perhimpunan tersebut tampil membawa bukti penipuan pilihanraya selama ini.

Bagi Tan Sri Rashid, beliau bukan saja nampaknya tidak ambil kisah tentang ugutan pembangkang agar dirinya meletak jawatan malah beliau menghentam mereka yang mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihanraya seperti ada pengundi hantu, SPR tidak adil dan tidak telus.

Lagipun, bukan sekali tetapi sudah enam kali Pengerusi SPR ini yang dulunya Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya terlibat secara langsung mengendalikan pilihanraya umum.Menariknya, beliau memberitahu bahawa belum ada seorang pun yang datang kepadanya membawa bukti bahawa penipuan telah berlaku sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Rashid menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menerima laporan akhir berhubung pemerhatian terhadap tiga pilihanraya kecil iaitu di Batu Talam, Machap dan Ijok, yang diadakan sebelum ini daripada Abdul Malek Hussin, pengerusi sebuah badan pemantau pilihanraya dikenali sebagai Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) di pejabat SPR di Putrajaya, Isnin lalu.

Untuk menunjukkan beliau berpegang pada apa yang dicakapkannya, Pengerusi SPR itu bersedia untuk melepaskan jawatan jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihanraya sebelum ini. Sambil mencabar, beliau kecewa kerana orang masih membuat dakwaan tersebut yang berdasarkan rasa syak dan curiga tanpa sebarang bukti dan ia memberi imej yang tidak baik kepada negara.

"Anda sedang bercakap dengan seorang yang banyak pengalaman. Jika betul ada penipuan dan penipuan itu disebabkan oleh SPR..dan sah SPR yang merancang penipuan ini, saya akan melepaskan jawatan dan panel juga akan melepaskan jawatan.

Tetapi kena tunjuk buktilah, tak boleh pergi ke merata tempat melaungkan slogan, masuk kampung keluar kampung beritahu orang.. SPR menipu! atau pergi ke tengah jalan menyalak yang bukan-bukan!" ujar beliau tegas.

"Buktikan di dalam mahkamah, bukannya di luar. Jika hakim kata ada penipuan, SPR bertanggungjawab dan saya akan berundur," ujarnya lagi.

Menurut Rashid lagi, selama sebelas kali Malaysia mengendalikan pilihanraya semuanya berjalan dengan baik dengan jayanya.Malaysia juga turut mendapat pujian pemerhati dari luar negara kerana pilihanraya diadakan dengan aman dan keputusan masuk dengan cepat.
Banggalah kita wahai rakyat Malaysia...










Tiada ulasan: