MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 20 November 2007

Isu Klip Video Bak Drama Bersiri




Isu Klip Video Bak Drama Bersiri
Olrh: ANAKomak

Tahun ini mungkin boleh kita panggil tahun pembikinan filem berunsur politik.Dimana-man sahaja orang memperkatakan tentang isu-isu hangat yang berlaku sepanjang tahun ini.Adakah kebetulan tahun 2007 ini merupakan tahun penutup kepincangan politik ataupun tahun bergolaknya dunia politik yang kebetulan makin hmapir ke sasaran pilihanraya umum kali ke-12?


Dari satu isu ke satu satu isu yang di bangkitkan oleh pihak pembangkang khususnya.Deretan isu-isu tersebut dijadikan fokus bagi pembangkang mengatur strategi dalam usaha menjatuhkan kerajaan.Apapun beginilah ragam dan karenah pembangkang dengan rasminya.


Lebih menarik perhatian kita dengan isu-isu sensasi politik masakini adalah berkenaan isu VK Lingam.Skandal yang mendapat liputan umum dan publisiti yang meluas, syabas Anwar kerana berjaya menggegarkan dunia politik ciptaannya.


Bagaimanapun isu ini seperti sebuah drama bersiri.Makin hari semakin menarik dakwaan yang melibatkan peguam VK Lingam.Bermula dengan aksinya berbual dalam klip video yang didakwa menunjukkan insiden mengatur perlantikan hakim.

Setelah sebuah panel bebas ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video itu kerajaan pula kini bersetuju membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja seperti yang dituntut oleh Anwar dan kroni pembangkang yang lain.


Pada ahad lalu, muncul pula pendedahan mengenai dua laporan polis yang dibuat oleh adik VK Lingam sendiri, Thirunama Karasu,49. Dakwaannya melibatkan skandal rasuah itu menjadi lebih sensasi yang mengaitkan abangnya dengan sebilangan orang kanan badan kehakiman,polis dan pejabat Peguam Negara.Thirunama yang juga dikenali sebagai Balan tiba di pejabat BPR kira-kira 11.30 pagi dengan diiringi peguambelanya, Wee Choo Keong.


Atas permintaan peguamnya itu, Balan diarahkan untuk merekodkan kenyataannya berhubung dua laporan polis itu. Dia memberi keterangan hampir tujuh jam di situ. Sebelum masuk ke dalam bangunan itu, Thirunama memberitahu para wartawan yang datang membuat liputan bahawa dia tidak terlibat didalam klip video yang kononnya memaparkan abangnya berbincang melalui telefon dengan seorang yang dikatakan hakim mengenai urusan pelantikan hakim.


Kemudian Isnin lalu, si abang membuat kenyataan media mendakwa bahawa adiknya itu sakit mental dan semua dakwaannya tidak berasas.Selasa, si adik muncul kembali di ibupejabat Badan Pencegah Rasuah untuk memberi keterangan dan mendakwa dirinya tidak gila dan laporan perubatan mengatakan dia sakit mental diatur oleh abangnya.


Apapun episod seterusnya pastinya akan mencuri perhatian ramai.Namun begitu buat masa ini yang pasti Thirunama mendakwa dia tidak ada kena mengena dengan pendedahan klip video perbualan abangnya yang didakwa mengatur perlantikan hakim.


Hari ini, Kabinet akan melantik anggota satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video terbabit. Pembentukan suruhanjaya itu, yang dicadangkan oleh satu panel yang sebelum ini menyiasat kesahihan klip video itu, diumumkan pada Jumaat lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula pembentangan mengenai tugas dan nama-nama anggota yang bertanggungjawab turut dibincang hari ini.


Maka, apakah pula cerita selanjutnya mengenai skandal klip video ini? Sama-samalah kita nantikan kemunculan episid seterusnya. Sungguhpun begitu, pastinya orang yang sangat gembira menari-menari adalah Anwar Ibrahim kerana berjaya meresahkan rakyat berteka-teki dalam isu klip video ini sekaligus memporak-peranda dan melaga-lagakan keluarga VK Lingam.

Tiada ulasan: