MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 26 November 2007

ISA kan Penghasut..!!!




ISA kan Penghasut..!!!

Oleh: ANAKomak


Makin hampir negara ke gerbang pilihanraya, makin ketara pembiakan reformasi berunsurkan keganasan.Bermula dari satu isu ke satu isu yang pembikinannya di atur dan di olah secantiknya oleh pihak yang tiada rasa tanggungjawab sebagai manusia yang sayangkan keamanan dan hidup yang sejahtera.

Dari pelbagai episod yang melanda tanahair sepanjang tahun ini, membuktikan sistem demokrasi negara ini di cabul seadanya tanpa rasa bersalah mahupun mengira aspek negatif hasil dari reformasi ataupun rusuhan itu.

Sekelip mata nama Malaysia dijulang ke antarabangsa sebagai negara yang dipenuhi diktator, kekotoran dalam berpolitik mahupun demonstrasi jalanan.Pelbagai gambaran buruk di calitkan ke muka Malaysia.

Semua ini layak dipersalahkan oleh pihak pembangkang yang masih tidak puas hati dengan perlembagaan negara dengan mengaitkan pelbagai situasi rekaan mereka.Dalam menghadapi musim pilihanraya umum akan datang, puak-puak pembangkang tidak henti-henti memfitnah, mencaci dan membuat porak-peranda didalam negara.

Rusuhan politik yang berlaku di Terengganu menyebabkan kemusnahan hampir sejuta ringgit dan harta benda rakyat yang tidak berdosa turut musnah disebabkan amukan pihak pembangkang kerajaan.Keganasan mula tercetus apabila ada pihak yang mengapi-apikan rakyat dan kerajaan dengan rakus menidakkan ketelusan system keselamatan negara.

Keganasan berunsur rusuhan dan reformasi makin menyerlah kebiadapannya apabila sekali lagi ianya tercetus. 10 november lalu, pasti menjadi detik hitam bagi warga kota apabila perhimpunan yang bertemakan keamanan dan keadilan dicemar sendiri oleh penganjur dengan keganasan.

Kemusnahan harta benda awam yang kita nikmati sebelumnya kini musnah begitu saja akibat amukan penyokong-penyokong parti pembangkang di negara ini.Dan...apa yang lebih menyayat hati apabila pihak pembangkang ini sanggup membakar bendera Malaysia.Ternyata pembangkang di negara ini sudah gila dan hilang nilai-nilai cintakan negara.Apakah pemerintah sebegini yang kita impi-impikan?

Kini, Malaysia kecoh lagi dengan keganasan yang dibangkitkan oleh (Hindraf) Hindu Rights Action Force, sebuah pertubuhan yang menjaga hak asasi kaum India. Demi menuntut hak ke atas Suruhanjaya British kerana gagal menjaga hak mereka, penyokong Hindraf berhimpun dalam satu perhimpunan.

Persoalannya kini, apakah semua jenis rusuhan dan keganasan ini disebabkan hak atau pembelaan?

Kerajaan Malaysia mempunyai hak mutlak dalam undang-undang,dengan itu wajar untuk polis memastikan keselamatan rakyat demi keamanan yang selama 50 tahun dipertahankan.

Sistem undang-undang sentiasa dikemaskini namun rakyat yang bodoh dan pendek akal dengan mudah diperkotak-katikkan oleh anasir-anasir yang sentiasa membangkang dan menolak kemajuan negara kerana sakit hati dan dendam yang karut-marut.

Ketiga-tiga keganasan yang telah menggemparkan Malaysia di mata dunia itu, di dalangi oleh pihak tertentu.Ini bukan tuduhan tetapi kenyataannya setelah berbagai taktik dan usaha pembangkang untuk menjatuhkan tampok pemerintahan negara masakini.Beginikah parti ikutan kita yang langsung tiada langkah dalam membela nasib dan keselamatan rakyat?

Kerajaan.. apatah lagi rakyat biasa di negara ini telah tahu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam rusuhan ini.Tiga rusuhan ini adalah agenda utama tiga parti pembangkang.Siri-siri rusuhan kononnya berlandaskan hak tetapi hakikatnya adalah berebut kuasa.

PAS, KEADILAN dan DAP adalah tiga parti yang berselindung disebalik perhimpunan-perhimpunan ganas yang berlaku sepanjang tahun ini. Keutamaan dalam membongkar penglibatan mereka harus diteliti oleh kerajaan kerana barang kemungkinan keganasan politik berlaku lagi.

Suara majoriti rakyat yang sayangkan negara menyeru agar Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Polis dan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah sewajarnya kepada pengkhianat negara yang cuba menghuru-harakan tanahair.

Langkah utama kerajaan adalah dengan memenjarakan ketua-ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Ronnie Liu, Tian Chua, Mat Sabu dan Raja Petra Kamarudin.Mereka semua adalah penghasut! Kesemua mereka harus dikenakan tindakan ISA dibawah akta hasutan.

Kerajaan harus peka dan yakin dengan suara rakyat, jika kesemua senarai petualang-petualang negara itu dikenakan ISA, kita jamin kejadian rusuhan pasti tidak berlaku.Jika tiada tindakan diambil maka kerajaan harus menjawab kesengsaraan rakyat dimasa hadapan.

Tiada ulasan: