MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 27 November 2007

Anwar Dajjal Petualang Terbilang




Sejenak Paiseh menulis"...

Anwar Ibrahim terus bermain politik. Sebagai menusia yang terkenal dengan sikap suka mengambil peluang..dia pasti lakukan apa sahaja asalkan sesuatu itu dianggap akan mendatangkan kredit kepadanya.


Semalam Anwar turut hadir ke mahkamah untuk sama-sama meraikan pembebasan 3 pemimpin utama Hindraf kerana kertas pertuduhan yang tidak lengkap. Sah! perhimpunan haram itu mengaitkan penglibatan Anwar.

Kita semua tahu, Hindraf sekarang bergerak atas dasar perkauman meskipun mereka cuba menafikannya. Banyak hati orang-orang melayu telah terguris dengan apa yang telah mereka lakukan. Tetapi malangnya Anwar Ibrahim tidak pernah menganggap perasaan dan maruah melayu yang diinjak-injak oleh Hindraf ini sebagai penting.

Lantaran itu, Anwar tidak merasa sedikit pun bersalah dalam dirinya bahkan untuk menunjukkan sokongannya kepada kumpulan yang telah mempermain-mainkan isu perkauman itu, Anwar menyokong perjuangan mereka.

Apakah Anwar bertindak begitu semata-mata untuk mendapat sokongan baru pengundi-pengundi India lantaran Nallakarupan yang dulunya orang kuat PKR tetapi kini telah menyatakan sokongan kepada BN????

Perhimpunan Dirancang Oleh Anwar

Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hindraf untuk menyerah satu memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur menimbulkan sedikit syak dan wasangka.

Memanglah Hindraf berhak untuk menyerahkan memorandum kepada mana-mana pihak termasuk kepada perwakilan asing. Itu tidak perlu dipersoalkan.

Mereka juga berhak untuk berkumpul dan berarak secara aman mengikut undang-undang negara, iaitu dengan memperolehi permit daripada pihak polis. Suka atau tidak, ini adalah undang-undang dan peraturan di negara ini, sama ada ia bertepatan dengan hak dan kebebasan adalah satu perkara lain.

Dalam barisan kepimpinan Hindraf terdapat beberapa orang peguam dan selaku pegawai mahkamah, mereka harus dan semestinya menghormati perintah mahkamah yang melarang perhimpunan itu. Perintah mahkamah mesti dipatuhi.

Hindraf telah mengemukakan tuntutan melalui proses undang-undang di United Kingdom untuk mendapatkan apa yang disebutnya sebagai ganti rugi kerana pihak berkuasa Inggeris telah membawa orang India ke Tanah Melayu sebagai buruh dan pekerja am.

Pihak Inggeris dikatakan tidak memberi hak dan layanan sewajarnya kepada orang India, iaitu nenek moyang orang India-Malaysia yang ada sekarang. Butiran lanjut mengenai isu ini boleh diperolehi dari laman-laman sesawang tertentu dan media lain.

Tetapi, kenapa memilih hari cuti am? iaitu hari Ahad untuk berkumpul dan menyerah memorandum tersebut?

Setahu saya, pejabat Suruhanjaya Tinggi United Kingdom dan pejabat-pejabat perwakilan asing di Kuala Lumpur ditutup pada hari cuti am. Jadi kepada siapa Hindraf nak serah memorandum itu? Ini yang menjadi persoalan.

Hindraf Diperalatkan

Ternyata perhimpunan haram yang lalu salah satu agenda politik pembangkang, atau lebih tepat kita katakan demonstrasi berpunca dari hasutan dan strategi busuk Anwar.

Lebih menghairankan lagi tiga orang yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan tersebut di bebaskan dari tuduhan..! Bukankah ketiga-tiga pemimpin Hindraf itu penyokong Anwar Ibrahim?

Malah lebih memeranjatkan apabila terpampang muka Anwar Ibrahim bersama Lim Guan Eng dari DAP berada di mahkamah sewaktu tiga pemimpin Hindraf dibebaskan. Apakah jadahnya mereka disitu? Tidak lain dan tidak syak lagi, Anwar berkomplot bersama Hindraf!!

Begitulah helah Anwar yang suka memperkudakan parti-parti lain. Anwar begitu bijak mengatur strategi. Lihat sahaja sewaktu perhimpunan Bersih dahulu, Anwar memperalatkan parti PAS dan Majlis Peguam Negara dalam menjayakan misinya bersama Raja Petra Kamaruddin(RPK).

Kini sekali lagi Anwar melancarkan misi huru-hara agar kerajaan sedia ada tumbang dan di benci rakyat.Hindraf lupa diri dan kerana terlalu taksub dengan kata-kata manis Anwar dan janji-janji kosong maka Hindraf diperbodohkan sewenang-wenangnya.

Seharusnya Hindraf sedar dan tidak boleh disamakan dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan NGO yang bergelar Bersih dengan apa yang dilakukan oleh Hindraf?

Tindakan bersih ada hubung kaitnya dengan kerajaan atau sistem pentadbiran Malaysia manakala tindakan Hindraf tiada kaitan langsung dengan kerajaan Malaysia tetapi dituju khusus kepada pentadbiran Inggeris di London. Jadi, kenapa marahkan kerajaan Malaysia? Apa salah pemimpin UMNO/BN hingga hendak dibabitkan?

Apakah tidak memadai dengan tindakan undang-undang yang diambil di London sehingga memerlukan satu perhimpunan dan perarakan untuk menyerah satu memorandum di Kuala Lumpur pada hari pejabat Suruhanjaya Tinggi UK ditutup?

Memorandum itu, mengikut laporan, kemudiannya dihantar melalui faksimili. Jadi, apa perlunya perhimpunan ramai?

Apa tujuan sebenar Hindraf berbuat demikian? Apakah perlu dikerah sebegitu ramai masyarakat dari satu kaum dan satu agama untuk berbuat demikian di Kuala Lumpur?

Kalau marahkan pihak Inggeris kenapa negara sendiri yang dijadikan mangsa? Bukankah para peniaga dan industri pelancongan seperti hotel dan sektor pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang menanggung rugi atas perbuatan itu sedangkan mereka tiada kaitan dengan apa yang dituntut oleh Hindraf.

Ada perkara dan ada tindakan yang boleh disokong dan ada pula yang tidak. Hak dan kebebasan mutlak tidak wujud walau dimana sekalipun di dunia ini.

Anwar Ketua Dajjal

Percayalah, Anwar muncul umpama 'DAJJAL'.
Melalui balaci dan orang kuat Anwar, Kamarudin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) telah berjaya menguasai PAS. Anwar berjaya mempergunakan PAS untuk kepentingannya termasuklah dalam perarakan 10 November. Niat Anwar sudah tentu mahu membangkitkan semangat 1999 yang pernah dicetuskan oleh beliau.

Anwar (PKR) dan Hadi Awang(PAS) mesti ditolak dan tindakan ISA wajar kerana nyata mereka berdua perosak dan penghasut nombor satu. PAS bersekongkol dengan gerakan anti Islam di Malaysia untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.Inikah ‘DAJJAL’ yang di turunkan untuk menguji tahap kesabaran kita?

Sejak Anwar dinyahkan dari kerusi kabinet dan dipenjara kerana salahlaku seks dan rasuah, Anwar kembali dengan dendam yang membara.
Mangsa yang diperbodohkan oleh beliau begitu tunduk dan takut pada dirinya.

Helah golongan anti Islam di negara ini

Kejayaaan golongan anti Islam(Anwar) memperdayakan PAS(Hadi Awang) merupakan satu kejayaan yang sangat besar kepada proses menjatuhkan umat Islam di negara ini.

Gerakan ini telah berjaya mengaburi penonjolan diri pertubuhan mereka daripada dilihat sebagai anti Islam. Namun dengan adanya parti PAS didalamnya, gerakan ini dapat berselindung dan bergerak daripada dalam.

Kerajaan telah sedaya upaya mempertahankan Islam, Melayu dan perpaduan di negara ini. Namun usaha Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sangat menjijikkan.

Paling menyedihkan, demi kepentingan parti, PAS sanggup menggadaikan agama sendiri. Lemah dan hancurnya Islam di negara rupanya satu sejarah yang dicipta oleh Anwar dan PAS. Siapakah yang akan bertepuk gembira dengan kehancuran ini nanti? Fikir-fikirkanlah....

Tiada ulasan: