MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 8 Oktober 2007

PAK LAH, USAH BIMBANG..

Oleh: paiseh


Negara Malaysia kini telah termasuk dalam senarai 20 negara termaju di dunia.Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, pelbagai kemajuan dikecapi dan bersilih ganti pula corak pimpinannya mengikut kridebiliti dan keupayaan mereka yang memerintah.

Tampuk pemerintahan yang berganti mengikut peredaran zaman ini corak perjalanannya masih sama iaitu memastikan negara maju, aman dan sentosa.

Begitulah ikhrar seorang pemimpin sesebuah negara.Mahukan rakyat sentiasa merasai nikmat-nikmat hidup yang lebih selesa dan terjamin walaupun terdapat sedikit kekurangan pada mulanya.

Keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyentuh perasaan rakyat yang turut memahami dan merasai kesukaran beliau dalam memastikan rakyat maju tanpa huru-hara dan kesengsaraan.

Ketika di zaman pemerintahan Tun Mahathir, pada permulaan pemerintahannya juga beliau turut di sembur dengan pelbagai persoalan dan ramai yang mempertikaikan kebolehan Tun dalam meneraju negara waktu itu.

Kini tempias yang sama terkena pada Pak Lah.Bermacam desas-desus timbul dan pertikaian dalam kemampuan Pak Lah memerintah negara.Sehingga kini Pak Lah sendiri pening kepala dengan pelbagai persoalan yang harus dijawab.

Sungguhpun begitu, ketenangan yang dipamerkan Pak Lah menjadi kekuatan kepada anak-anak buahnya bagi turut sama menangani apa jua permasalahan yang melanda.

Biarpun ada diantara mereka menyatakan kepada Pak Lah agar usah terlalu bimbang, ternyata niat menteri-menteri ini tidak mahu beban yang ada di pikul sendiri oleh Pak Lah.

Beginilah sikap dan sifat yang dilatih oleh kerajaan Barisan Nasional agar sentiasa Bantu mambantu.Bak kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
UMNO..dulu, kini dan selamanya..

Tiada ulasan: