MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 8 Oktober 2007

PEMBANGKANG MASIH BERMIMPI

Pembangkang bermimpi mengatur strategi
Oleh:ANAKomak


Pelbagai taktik dan usaha cuba dijalankan oleh pembangkang antaranya bersedia untuk berkerjasama bagi memastikan kerajaan sedia ada runtuh.

Niat buruk pembangkang telah diketahui umum sejak dari dulu lagi.Pembentangan mereka nampak murni namun sedarkah kita di sebalik semuanya ini terdapat konspirasi yang merbahaya buat rakyat yang mahukan kedamaian berkekalan.

Baru-baru ini media menyiarkan penubuhan Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) yang diterajui Nallakarupan. Parti yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu bagaimanapun hanya terbuka untuk kaum India sahaja .

Kesempatan ini diambil oleh PAS dengan usaha giat meningkatkan sokongan bukan Melayu kepada parti tersebut dengan mengadakan berbagai kempen termasuk memperkenalkan Kelab Penyokong PAS yang terbuka kepada kaum Cina dan India di negara ini.

Ternyata PAS telah lari jauh dari landasan sebenar perjuangan mereka yang dulunya berkobar-kobar melaungkan parti mereka ‘parti islam’, memperjuangkan hukum hudud dengan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara islam.

Apa dah jadi? Sandiwara apa pula yang sedang dirancang?

Selain itu, PAS juga menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotai berbagai kaum dan dipimpin secara ‘de facto’ oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada persoalan sebelum ini, andaikata salah satu dari parti politik pembangkang ini memenangi kerusi di peringkat tertinggi, maka siapakah yang akan menjadi ketua bagi kawasan yang dimenangi kelak?

Adakah PAS?
Adakah PKR?
Adakah DAP?
Atau parti baru MIUP?

Kalau orang berotak pasti terfikir tentang perkara ini dan akan tercetuslah lawak jenaka kerana perebutan takhta nanti.

Hari ini pembangkang masih terus berangan-angan tanpa membuktikan kesungguhan.Sebagai rakyat yang bijak, tentunya tahu membuat pilihan yang tepat bagi sebuah keamanan sejagat.

Tiada ulasan: