MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 8 Oktober 2007

TUDUHAN TENG TUDUHAN ORANG BODOH

oleh: paiseh

Propaganda pilihanraya terus menjadi bualan hangat sana-sini bagi kaki-kaki politik.Pelbagai isu timbul satu persatu dengan macam-macam cerita dan topik.Terbaru tuduhan lawak dari ADUN Sg.Pinang Teng Chang Kim (DAP) yang mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Dr.Khir Toyo kononnya membazirkan wang rakyat.

Dalam kenyataan Teng, beliau berpendapat bahawa rombongan Dr.Khir ke China baru-baru ini adalah suatu pembaziran dan memakan duit rakyat.

Dr. Mohamad Khir dalam kenyataan balasnya menjelaskan bahawa Lawatan Sambil Belajar ADUN BN ke China merupakan program tahunan yang dibiayai oleh mereka yang terbabit dan juga peruntukan daripada Tabung Barisan Nasional negeri. Tidak berpuas hati dengan penjelasan Dr. Mohamad Khir, Teng mencabar supaya kerajaan negeri menunjukkan bukti.

Bukti apa yang perlu ditunjukkan oleh Menteri Besar atau Adun terbabit? Sebenarnya Menteri Besar tidak perlu pun menjawab kenyataan Teng yang tanpa asas tersebut. Jika di Mahkamah pun dakwaan Teng akan ditolak kerana dibuat tanpa sebarang asas dan bukti yang sah.

Untuk peringatan kepada Teng, rombongan ini merupakan perbelanjaan peribadi individu dan parti Barisan Nasional. Justeru ia tiada kena mengena dengan Teng selaku ahli DAP. Dengan kata lain, jika dipinjam terma undang-undang, Teng tidak mempunyai sebarang locus standi untuk meminta sebarang penyata perbelanjaan individu atau parti lain. Selebihnya, bukankah aneh orang yang melemparkan tuduhan meminta orang yang dituduhnya mengemukakan bukti tidak bersalah?


Sebagai peguam, Teng sepatutnya arif dan tahu bahawa beban pembuktian terletak atas pundaknya sebagai "pendakwa". Teng bukan sahaja tidak mempunyai sebarang bukti prima facie, malah bukti yang lemah pun tidak dikemukakannya

Dakwaan Teng ini umpama cuba mencari populariti agar namanya naik dengan isu hangat sekaligus mendapat kepercayaan orang ramai, tapi sayang ‘kerja bodoh’ yang dilakukannya ini lebih kepada memalukan diri sendiri apatah lagi sebagai seorang peguam.

Malangnya, Teng tidak mempunyai sebarang bukti ketika membuat tuduhan menyebabkan beliau terperangkap, dan sekarang terpaksa meminta pertolongan para sahabatnya untuk membuat poster dan tuduhan-tuduhan liar ke atas kerajaan negeri Selangor. Sebagai ADUN, beliau sepatutnya menulis surat rasmi mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang tuduhan. Malangnya, beliau bertujuan untuk memburukkan orang lain bukannya mencari kebenaran.


Beginilah sifat dengki dan busuk hati seseorang yang hanya inginkan kepentingan diri terjamin.Petua buat Teng..”cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”

Tiada ulasan: