MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 23 Oktober 2007

ISU KLIP VIDEO- ANWAR TUNJUK BUKTI 25 OKTOBER INI


Anwar kemuka bukti video khamis ini.
Oleh: ANAKomak


Tiga anggota Badan Pencegah Rasuah hadir di pejabat Anwar Ibrahim hari ini bagi memberi notis kepada Ketua Penasihat Keadilan itu agar menyerahkan salinan asal klip video yang di dakwa mengandungi isu skandal VK.Lingam dan Tun Ahmad Fairuz.

Jika Anwar gagal mengemukakan bukti salinan asal klip video itu, beliau boleh dikenakan tindakan undang-undang sehingga boleh dipenjarakan. Notis ini diberi di pejabat Anwar selepas pertemuan pegawai-pegawai BPR yang diketuai oleh Tuan Sazali bin Salbi, Ketua Cawangan Tindakan Khas yang berakhir sekitar pukul 2 petang tadi. Pertemuan tersebut merupakan kali yang kedua dalam tiga minggu, dan mengambil masa lebih dua jam.

Walaupun sudah diberi notis untuk menyerahkan baki kesemua salinan asal klip video tersebut, Anwar masih enggan untuk menyerahkannya dan memberi alas an hanya akan menyerahkan kesemuanya pada 25 oktober iaitu hari khamis ini.

Apapun jua alasannya, kita sememangnya menantikan bukti penuh untuk siasatan yang lebih terperinci dijalankan oleh panel dilantik.Biar apa jua alasannya, Anwar harus menghormati undang-undang negara.

Seperti yang kita ketahui, isu ini memang di pandang serius oleh semua pihak dan tentunya menjadi debaran khamis ini jika benar seperti dakwaan Anwar mengenainya. Walaupun Anwar masih tidak akan memberi kesemua 14 minit video tersebut kepada BPR, beliau akan membekalkan salinan sebenar yang boleh digunakan untuk menentukan kesahihan klip video tersebut.

Nampaknya Anwar akhirnya ‘serender’ dengan pendirian yang dikobar-kobarkan untuk tidak akan menunjukkan bukti selagi Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Inilah yang dikatakan pendirian yang tidak tetap.Menyorokkan saksi utama dengan alasan mahu sehingga Suruhanjaya ditubuhkan tetapi apabila di gertak dengan notis undang-undang, terus tetapkan tarikh untuk kemukakan bukti.Bukankah itu dikatakan gelabah? Huru-hara dan bersalah?

Hakikatnya inilah permainan yang dicorak sendiri oleh Anwar yang mahukan sesuatu isu itu dipandang oleh semua lapisan masyarakat agar beralih pandang kepadanya dan secara tidak langsung meraih perhatian rakyat kepada parti yang ditubuhkan sebelum Anwar sendiri melangkah ke gerbang penjara.

Apapun rentak politik Anwar Ibrahim, kita menanti setiap isu itu adalah relevan dan berasas.Sejak bergelar Timbalan Perdana Menteri lagi kita sudah maklum akan politik kotornya itu dan apatah lagi selepas di pecat ini.Macam-macam hal yang dia buat. Apapun kita tunggu dan lihat perkembangan isu video ini.

Tiada ulasan: