MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 23 Oktober 2007

ESOK HARI ANWAR SERAH BUKTI.(25/10/07)

KLIP VIDEO: 25 OKTOBER TIDAK AKAN MENJANJIKAN APA-APA.
Oleh: ANAKomak



Esok, 25 Oktober menyaksikan samada kebenaran berpihak kepada si ‘pendakwa’ atau yang di dakwa.Walaubagaimana pun, ramai permerhati dan juga penglipur dunia politik meramalkan tiada apa yang akan berlaku khamis ini dan kes sensasi politik itu tidak akan selesai.

Tarikh itu adalah tempoh akhir yang diberikan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan KLIP ASAL rakaman perbualan selama 14 minit itu untuk disahkan ketulenannya.

Isnin lalu, tiga orang pegawai BPR, menemui Anwar buat kali kedua di pejabatnya di Petaling Jaya bagi mendapatkan bahan bukti yang diperlukan itu. Sebaliknya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya memberi jaminan akan menyerahkan SALINAN SEBENAR klip itu pada 25 Oktober ini.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan sama ada salinan yang dimaksudkan adalah keseluruhan klip itu selama 14 minit atau hanya lapan minit seperti yang sudah didedahkan.
Isu ini bermula pada 19 September lalu apabila beliau mengadakan sidang akhbar mendedahkan mengenai klip video itu yang didakwa diambil di rumah VK Lingam pada tahun 2002. Klip yang didedahkan cuma lapan minit sahaja. Baki klip selama enam minit lagi yang didakwa dapat menunjukkan identiti sumber klip itu belum didedahkan setakat ini.

Terdahulu Anwar menegaskan tidak akan menyerahkan baki klip video itu sebagai bahan bukti kukuh berlakunya penyelewengan sehingga kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja dengan alasan bagi melindungi saksi utama iaitu sumber yang mendapatkan rakaman itu dari segi keselamatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tanpa bahan bukti sahih untuk menentukan ketulenan klip video perbualan peguam V K Lingam ia boleh dianggap ‘tidak ada kes’.

Menurut beliau lagi, perkara seperti ini juga boleh dianggap sebagai ‘surat layang’ sahaja. Nazri turut mengulas kenyataan Anwar mengenai keputusan beliau untuk menyerahkan baki klip video itu pada 25 Oktober (khamis) ini.


“terpulanglah pada Anwar..jika nak kita siasat dakwaannya beliau harus memberi kerjasama. Dia yang buat tuduhan tapi kalau nak sahkan ketulenannya pun dia tidak mahu bagi kerjasama macam mana kita nak buat kerja...klip video asal itu adalah bahan penting …tanpanya no way …kalau tak ada, nak siasat apa,” katanya.

Dakwaan Anwar yang sudah melihat keseluruhan klip video itu mengatakan ianya sah dan jika betul ianya sahih maka mengapa harus takut untuk tampil beri kerjasama? Orang boleh membuat macam-macam andaian mengapa beliau bertindak begitu.
Seperti contoh, jika kita mahu mengetahui ketulenan sesebuah kereta itu, kita nak juga bawa kereta itu ke bengkel untuk di siasat ketulenannya.

Segala langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani isu klip video itu termasuk menubuhkan penal bebas adalah mengikut undang-undang.Dengan ini tiada rasionalnya untuk menubuhkan Suruhanjaya ke, apa ke..untuk siasatan selanjutnya adalah kemudian kerana sebelum menubuhkannya kita hendaklah memastikan ketulenannya terlebih dahulu.

Mengikut Seksyen 22(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 seseorang yang tidak mahu memberi kerjasama boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini bermakna jikalau Anwar tidak berusaha untuk menyerahkan baki salinan video tersebut maka ke penjaralah tempatnya.Apa jua yang bakal terjadi esok, akan menyaksikan samada tuduhan Anwar itu benar atau tidak.

Apa yang pasti di minda para pemerhati kini, isu sensasi ini tidak akan selesai khamis ini kerana rentak tarian Anwar sukar di ramal kerana penuh dengan sandiwara dan lakonan.

Tiada ulasan: