MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 5 November 2010

PAS NAK BUAT POST-MORTEM? HAHAHAHAHAHA... GELAK GULING-GULING LA!!!!


Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun telah mengumumkan bahawa PAS akan membuat bedah siasat berhubung kekalahan dan kegagalan mereka mempertahankan kerusi Galas menerusi siaran berita HARAKAH DAILY. Belum pun apa-apa, Abdul Fatah Harun sudah pun mengulangi perangai stereotype PAS apabila mengalami kekalahan iaitu meletakkan kesalahan kepada orang lain.

Kenyataannya berunsur kekesalan kerana beranggapan Orang Asli yang dikatakan menjadi pengundi penentu, telah berpihak kepada Barisan Nasional. Begitu juga dengan semua peti undi kecuali di Sungai Terah yang merupakan kubu kuat PAS. Dan seperti kebiasaan setiap kali kalah, kekalahan tersebut akan disabitkan kepada agensi-agensi kerajaan termasuklah pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis, RELA bahkan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEO).

Hakikatnya, bedah siasat PAS sebenarnya tidak memerlukan unsur-unsur luaran untuk menilai atau mencari punca serta sebab sebenar kekalahan di Galas. Kemenangan yang tidak dijangka pada 2008, telah mengaburkan mata dan membutakan akal fikiran puak-puak PAS. Keyakinan bahawa dengan bermodalkan agama, PAS akan mengekalkan semua kerusi yang dimenangi, begitu menebal. Dan keyakinan tersebut tidak sahaja di kalangan para pemimpin PAS, bahkan melarat dan jauh lebih teruk di kalangan para penyokong serta publicist mereka.

Sekalipun PAS sebenarnya menjadi sandaran kepada golongan muda yang dahagakan makanan rohani, namun kesilapan utama PAS ialah terlalu menjunjung demokrasi sehingga menjadikan Islam boleh dicampak sesuka hati dan ditendang terajang mengikut kesesuaian strategi untuk memenangi pilihanraya. Pendekatan yang digunakan oleh PAS untuk mendapatkan sokongan, amat jauh dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Menggunakan fatwa-fatwa songsang dan tidak bersandar kepada nas-nas qati’e seperti yang dilakukan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Muhammad Zain Abdul Rahman sebenarnya memburukkan imej PAS bukan sahaja pada kacamata umat Islam tetapi juga kepada bukan Islam. PAS terlalu menganggap orang mubtadi atau awam jahil dan tidak tahu apa satu tentang agama Islam. Doktrin mereka yang menyatukan akidah dan politik terlalu ketara kekufuran dan kesyirikannya. Hanya golongan yang terlalu terdesak atau memilih jalan singkat untuk ke syurga sahaja yang akan termakan dengan dakyah sebegitu.

Terlalu berdoktrin, namun pada masa yang sama, tidak pula mendidik hati para pengikut PAS, juga merupakan kesilapan yang sangat besar. Disebabkan itulah, kita boleh lihat bagaimana orang berserban, berjubah, berjanggut serupa kambing jantan tetapi bermulut celupar, gemar mencarut, sangat berprasangka, sangat jahat hati perutnya, bahkan tidak segan silu melemparkan fitnah mahupun memanjangkan umpatan dengan berselindung di sebalik ajaran agama Islam. Hati mereka sentiasa disuburkan dengan semangat untuk menang, tetapi mereka tidak ditarbiah untuk berada di jalan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan rasul-Nya walau dalam apa keadaan sekalipun.

Pengajaran daripada kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud tidak pernah sampai ke hati dan sanubari para pengikut PAS.

Disebabkan hati mereka tidak pernah dididik dengan baik dan mengikut jalan-jalan yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, jadilah seperti apa yang kita lihat sekarang. Antara golongan yang mereka TAKFIRKAN dan golongan yang sememangnya kafir, perangai pengikut-pengikut PAS jauh mengatasi golongan jahil yang tidak beragama dan tidak bertuhan. Mereka sentiasa mencari jalan untuk melakukan provokasi, mencari gaduh dan cubaan mencetuskan kekacauan…. sikap yang tidak langsung wujud dalam ajaran Islam!

Hahahaahaha..meh gelak guling-guling meh..

Tiada ulasan: