MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 5 November 2010

KALAU YER PUN KALAH PILIHANRAYA, TAKKAN SAMPAI GILA, BANG?!!!... KESIANNNN...


Apa nak kata, dah kalah dah... tapi fatwa-fatwa sesat yang dah keluar sepanjang kempen pilihanraya siapa yang nak tanggung dan siapa yang nak jawab? Masam muka dan permusuhan antara saudara seagama, siapa yang nak tolong leraikan? Bagi zakat atau sedekah atau hadiah selepas pengislaman impromtu saudara baru di khalayak ramai apatah lagi pada masa kempen pilihanraya, menjadikan perbuatan tersebut terlalu dekat dengan perbuatan rasuah, siapa yang nak tolong huraikan?

Yang kalah tetap kalah... telah tersurat. Telah ditentukan dan telah tertulis di Loh Mahfuz (bukan Mahfuz Omar yek!!!). Yang menang, tetaplah menang bersama seribu satu macam tanggungjawab yang selepas ini, bukan sahaja perlu melayan para penyokong, sebaliknya juga para penduduk dari parti lawan yang mengharapkan bantuannya selaku wakil rakyat mereka sekalipun mereka tidak memilihnya.

Cuma yang menariknya, orang yang paling gila bukanlah orang yang terlibat dalam pertandingan tersebut mahupun para pemimpin yang menjadi tukang kempennya, sebaliknya para penyokong dan pendokong.

Bukan sedikit orang yang tiba-tiba mereng kerana calon harapan tiba-tiba sahaja tergolek dog... bukan dengan majoriti yang kecil tetapi hampir sekali ganda daripada kemenangan sendiri pada pilihanraya lalu, sekaligus menunjukkan penolakan hampir 100% daripada penyokong yang dipengaruh oleh tiupan angin!!!!

Dan tidak sedikit yang malam tadi, begitu bersungguh-sungguh bermunajat kepada Allah Taala sepanjang malam tadi, memohon doa, bersolat hajat, beristikharah, membaca hizib, berqunut nazilah dan sebagainya, hari ini solat maghrib dan isyak pun sengaja dilambat-lambatkan. Bersolat pun dah tak sekusyuk malam tadi. Baca doa dan mengaminkan doa pun, sekadar sambil lewa....

Malah yang lebih teruk, ada yang langsung tak bersolat maghrib dan isyak lagi sebab alasannya nak jamak bila nak balik ke tempat masing-masing nanti!!!!

Yang sohehnya Islam tetap kekal sebagai Islam, agama yang syumul, yang telah dicopmohorkan oleh Allah Taala sebagai jaminan keselamatan dan kesejahteraan serta kerahmatan-Nya. Baik parti apa pun yang mengaku mereka memperjuangkan Islam, Islam kekal di atas takhta termulia, sama ada parti berkenaan kalah atau sebaliknya. Tiada sesiapa pun yang berhak mengakui yang mereka memperjuangkan Islam kerana Islam sentiasa dimuliakan Allah Taala.

Maka bagi sesiapa yang mematuhi perintah dan larangan Allah Taala sekalipun mereka BUAT DERK jer kat parti-parti politik, sesungguhnya mereka jauh lebih dekat dengan rahmat Allah Taala berbanding mereka yang sibuk bertakbir dalam kempen dan ceramah pilihanraya tetapi segala larangan dan perintah Allah Taala didurhakai dan dilanggari!

Tiada ulasan: