MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 24 Februari 2008

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Oleh:ANAKomak

Pakatan pembangkang dalam PRU-12 yang selama ini di gembar-gemburkan berhasrat untuk menawan keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 8 march ini tidak kesampaian, malah di antara mereka sendiri berlaku perselisihan.

Semalam, sewaktu penamaan calon dijalankan telah menyaksikan pertembungan pembangkang sesama sendiri di 8 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN.Ini termasuk di DUN Derga, Kedah dimana pertembungan antara PKR dan DAP yang masing-masing meletakkan calon mereka menentang BN.

Jelaslah dengan apa yang kita lihat, pakatan pembangkang hanyalah pakatan retorik atau pakatan suka-suka kerana di dalam organisasi pembangkang ini sebenarnya tiada erti sepakat.Pakatan pembangkang yang mereka gelar sebagai Barisan Alternatif ternyata sudah tidak sehaluan dan tiada lagi jalan penyelesaian.

Pakatan pembangkang ini boleh disifatkan sebagai pakatan ‘syok-syok’ kerana motif mereka melalut dan tidak relevan. Dalam situasi pembangkang yang mempunyai falsafah tersendiri mengikut parti masing-masing, pembentukan kerajaan seperti yang mereka gembar-gemburkan itu sebenarnya tidak boleh dilakukan.

DAP tidak akan bersetuju dengan Pas kerana Pas komited kepada apa yang mereka mahukan iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.Sedangkan DAP mahukan negara Sekular. DAP juga mempunyai falsafah lain iaitu tidak mahu apa yang Pas idamkan.

Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka ada pendirian yang tersendiri.Impian penasihat PKR yang meninggi untuk menjadi Perdana Menteri sudah semestinya di tentang Lim Kit Siang yang turut idamkan takhta tertinggi kabinet itu!

Jelaslah, parti-parti pembangkang kini sedang bergaduh sesama sendiri kerana pertembungan mereka dalam impian dan cita-cita masing-masing.Bahkan, dalam PRU-12 kali ini, sudah kita dengar pertelagahan pembangkang hingga mengakibatkan di hari penamaan calon mereka tiada wakil sesuai untuk dicalonkan dan pembangkang ‘tangkap muat’ dalam menyenaraikan calon-calon mereka.

Nampaknya, pakatan pembangkang sebelum ini hanyalah omongan kosong sahaja kerana ketika baru penamaan calon, pakatan pembangkang sudah hancur kerana sikap masing-masing yang tamak dan pentingkan diri-sendiri.

Atas alasan itulah, kemenangan tanpa bertanding beberapa calon BN selepas tamat proses penamaan calon semalam membuktikan parti pembangkang tidak sehaluan dan tidak memiliki kekuatan yang menyeluruh seperti yang mereka hebohkan.

Tiada ulasan: