MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 16 November 2007

Pengerusi SPR palu gendang pilihanraya?

PILIHANRAYA UMUM KE-12
Pengerusi SPR Palu Gendang Pilihanraya?
Oleh: ANAKomak- www.kpmu.net

Apabila loceng berbunyi, semua jentera parti mestilah bersiap sedia menghadapi pilihanraya.Namun bilakah loceng akan berbunyi? Segalanya terletak ditangan Perdana Menteri kerana hanya beliau yang boleh memetik suis pilihanraya.

Sungguhpun begitu tetap juga ramai yang tertanya-tanya bilakah saatnya Pak Lah akan menekan suis pilihanraya kerana sepanjang pertanyaan dari pihak media, jawapan yang diterima jelas tidak bermaksud bagai dikata kerana hanya sekadar menjawab untuk mengelak dan terpaksa memberi jawapan yang boleh mengesahkan sesuatu yang ingin dirahsiakan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selalu suka guna ayat beliau belum dapat ilham bila nak adakan pilihanraya.Ini kerana sebarang indikasi yang lebih dari itu dari mulut Perdana Menteri pasti akan mengundang spekulasi panas.

Tetapi berbeza pula dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Beliau bukan orang politik.Wartawan yang biasa membuat liputan sidang akhbarnya cukup arif tentang stailnya yang straight forward dan direct to the point. .
Rashid telah membuat satu kenyataan yang mengundang perhatian ramai semasa sidang akhbar selepas majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka baru-baru ini.

Ini membuatkan orang politik khususnya, saling menelefon antara satu sama lain untuk membincangkannya.SMS mengenai kenyataan Rashid juga berlegar-legar di setiap telefon bimbit ahli-ahli politik. Betulkah apa yang Pengerusi SPR tu kata? Inilah pertanyaan yang paling popular mengenainya.
Siapa yang tidak terkejut jika Perdana Menteri selalu menjawab beliau belum ada ilham lagi pasal pilihanraya tetapi Rashid pula bersahaja memberitahu semasa sidang akhbar itu, beliau sudah tahu bila pilihanraya akan diadakan.

Bertambah kelam kabutlah orang-orang politik bila mendengar Pengerusi SPR itu berkata! "jika SPR giat membuat persiapan, maka pihak lain termasuk parti politik, juga perlu membuat persiapan." ujarnya tenang.

Walaubagaimanapun,pokok pangkalnya beliau mengingatkan semua pihak supaya membuat persiapan kerana SPR tidak mahu sesiapapun yang ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti.
Jika diambil bulat-bulat kenyataan dari Rashid itu, nampak gayanya pilihanraya tidak mungkin diadakan dalam tahun ini seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak, khususnya pembangkang yang sejak pertengahan tahun ini sudah rancak meramal lagak nujum pak belalang.

Tiada ulasan: