MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 30 Oktober 2007

Perhimpunan Agung UMNO 2007


Perhimpunan UMNO Tetap Terbuka.
Oleh: ANAKomak


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 5 hingga 9 November ini melambangkan semangat perpaduan kaum melayu khususnya dalam parti yang membela nasib orang melayu sejak penubuhannya pada tahun 1946.

Apa yang menarik adalah, perhimpunan kali ini adalah bersifat terbuka dimana ianya terbuka kepada setiap orang untuk mengikuti perkembangan perhimpunan itu semasa ia berlangsung.

Tiada sekatan liputan media maupun perbahasan perwakilan
Tiada sebarang sekatan dari segi liputan media ataupun perbahasan para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO sekalipun ia tidak akan disiarkan secara langsung menerusi Astro seperti tahun lalu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata para perwakilan UMNO cukup matang dan tahu apa yang boleh disentuh dan tidak.
Bercakap dalam sidang akhbar di PWTC sempena perhimpunan yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 November ini beliau menjelaskan keputusan tidak lagi menyiarkan perhimpunan itu secara langsung dibuat Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Hishammudin menegaskan pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak menjadikan perhimpunan agung parti minggu depan sebagai medan mencari pengaruh atau meraih sokongan untuk dicalonkan pada pemilihan parti akan datang.
Pihak yang berhasrat berbuat demikian harus membatalkan niat tersebut kerana ada agenda yang lebih penting dan perlu diberi tumpuan sepanjang perhimpunan itu.
Dalam suasana pilihan raya semakin hampir, katanya, semua pemimpin di semua peringkat perlu lebih fokus dalam setiap perbahasan dan bukannya mengambil kesempatan menonjolkan diri.
‘‘Kalau itulah niat mereka (meraih sokongan) bagi saya mereka telah melakukan satu kesilapan. Pemilihan parti kita masih jauh dan masih banyak lagi agenda yang harus diberi tumpuan.
‘‘Antara yang terpenting ialah persediaan kita untuk menghadapi pilihan raya akan datang,’’ katanya.
Dalam pada itu, Seramai 2,500 perwakilan daripada 190 bahagian termasuk barisan kepimpinan parti dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tersebut 190 bahagian tersebut akan menghujahkan usul masing-masing kecuali bahagian Jelutong yang digantung penyertaannya berpunca dari masalah dalaman.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menerangkan bahawa kali ini, perhimpunan akan lebih tertumpu kepada hala tuju perjuangan parti 50 tahun akan datang setelah mencapai kejayaan besar pada setengah abad pertama kemerdekaan negara. Semoga perhimpunan tahun ini mencapai sasarannya, bak kata pepatah "Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Tiada ulasan: