MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 30 Oktober 2007

Pemuda UMNO dedah penyelewengan PAS di Terengganu

Pemuda UMNO Bongkar Seleweng PAS di Terengganu.
Oleh: ANAKomak


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut akan mendedahkan penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh Pas ketika memerintah Terengganu jika kepimpinan parti itu berterusan memburuk-burukkan UMNO kepada rakyat.

Ini bukan ugutan tapi satu peringatan kepada pembangkang yang tidak henti-henti memburuk-burukkan kerajaan dan UMNO. Fitnah dan tuduhan melulu yang sengaja dilemparkan kepada UMNO oleh Pas yang ketiadaan isu sejak akhir-akhir ini tidak akan dibiarkan berterusan.

Pemuda UMNO sedar Pas yang kekeringan isu kini berhempas pulas untuk mengelakkan ahli dan penyokongnya meninggalkan parti itu yang sudah terpesong dari perjuangan asal mereka.Buktinya, kegiatan Pas itu dapat dilihat apabila pemimpin mereka menjadikan beberapa surau dan markas parti di daerah ini sebagai tempat untuk mendirikan solat Jumaat.

Sudahlah begitu, ditambah pula dengan kejahilan yang melampau dengan tuduhan kononnya jika menunaikan solat di surau ataupun masjid yang dibina oleh kerajaan maka jatuh hokum berdosa dan sia-sia kerana hasil dari binaan tersebut dari wang haram.

Subhanallah, fahaman yang jauh terpesong di gembar-gemburkan PAS memang tak masuk akal, nyata Pas kehabisan peluru untuk menabur fitnah hingga terpaksa melalut demi memancing rakyat menyertai perjuangan rakus mereka.

PAS sudah kembali kepada perangai lama dengan mengharamkan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang berlaku pada era 1970an. Penyelewengan yang dilakukan ketika memerintah dan tindakan memburuk-burukkan parti lain oleh Pas sejak kalah pada pilihan raya lalu dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar bagi sebuah parti yang mendakwa mendaulatkan Islam.

Menurut Ketua Pemuda Bahagian Besut, Hasmadi Hassan, ahli dan penyokong mereka diajak meninggalkan masjid yang didirikan kerajaan kononnya masjid ini haram untuk bersembahyang Jumaat.

Lucu dan lawak sungguh kenyataan orang-orang Pas di Terengganu ni, andaikata kalau di khabarkan pada saudara-saudara baru tentu akan memudaratkan lagi fahaman mereka yang baru mahu mengenali Islam.Oleh itu, Maijlis Agama Islam Terengganu (MAIT) wajib mengenakan tindakan pada mereka yang menyebarkan hasutan berikut.

Isu rekaan Pas akan bertambah lebih-lebih lagi pilihan raya umum semakin hampir yang menjadikan Pas gelisah untuk berdepan dengan kebenaran dan keikhlasan yang dibawakan oleh pemimpin UMNO.

Perpecahan di kalangan umat Islam berlaku kerana fatwa karut yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas bagi menegakkan perjuangan politik sempit dan bukannya untuk kemajuan agama, rakyat dan negara.

Tahap kesabaran manusia ada batasnya dan jika PAS masih memperkatakan sesuatu yang buruk dan tidak benar mengenai BN/UMNO maka Pemuda UMNO Besut tidak teragak-agak untuk mendedahkan penyelewengan pembangkang.

Ahli dan penyokong Pas boleh menilai sendiri sejauh mana pemimpin mereka memperjuangkan nasib rakyat semasa memerintah Terengganu selama empat setengah tahun bermula tahun 1999.

Bandingkan pula corak kehidupan pemimpin Pas yang kini hidup mewah tetapi sentiasa meminta ahli dan penyokong mereka berkorban harta benda untuk parti. Lebih menyedihkanlagi, ada dikalangan ahli dan penyokong Pas yang mendapat bantuan daripada kerajaan UMNO diracuni fikiran mereka kononnya bantuan tersebut haram dan tidak boleh diterima.

Rakyat tidak seharusnya ditipu dengan gelagat pemimpin Pas yang hanya mencari isu politik murahan dengan memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus mempermain-mainkan Islam.

Pembangkang seperti PAS tidak akan jelak untuk terus memfitnah dan mereka-reka cerita demi kepentingan diri sendiri. Isu-isu sebegini telah lama dimainkan PAS dan kini mereka terpaksa putarkan kembali taktik lama mereka walaupun tahu ianya tidak berkesan.
Ternyata PAS di Terengganu makin terdesak dan kian malap di Terengganu berikutan kekalahan yang dialami pada penggal yang lalu.

Tiada ulasan: