MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 9 Oktober 2007

Anwar sorok saksi elak diri terjerat

Anwar sorok saksi sumber video elak diri terjerat.
oleh: ANAKomak


Isu skandal klip video yang menjadi topik perbualan hangat kini menjadi semakin hangat apabila panel yang ditubuhkan meminta saksi atau sumber klip video tersebut tampil kehadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata usaha mencari sumber klip video peguam VK Lingam adalah sebahagian dari proses siasatan untuk membolehkan penal bebas menentukan kesahihan klip video yang didakwa memaparkan insiden mengatur lantikan hakim.

Berikutan dakwaan pembangkang yang menuduh dengan alasan mengalih tumpuan siasatan, Datuk Seri Abdullah berkata, adalah tidak wajar untuk mengandaikan kerajaan telah mengalih tumpuan kepada usaha mencari sumber berkenaan.

Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak yang merasakan kerajaan harus menyiasat apa yang diperbualkan dalam klip video itu dan bukan mencari siapa yang merakam atau mengedarnya.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu acara di Kepala Batas Ahad,Abdullah meminta semua pihak bersikap rasional bahawa penal berkenaan perlu membuat sisaatan yang menyeluruh keatas kesahihan klip video itu.

Terdahulu, Anwar Ibrahim mendedahkan isu berlakunya skandal Hakim negara.
Apabila perkara ini turut di pandang serius oleh kerajaan maka satu badan penel ditubuhkan bagi menyiasat perkara terbabit yang melibatkan bukti kesahihan klip video perbualan V.K Lingam dengan seseorang yang di dakwa Tun Ahmad Fairuz.

Persoalan disini mengapa pula ia di pandang sebagai cubaan untuk mengalihkan isu? Anwar kena faham dan seharusnya tahu pihak panel terbabit perlu melakukannya untuk mendapatkan lebih matlumat lebih tepat berhubung rakaman video tersebut.

Orang yang hantar klip video itu semestinya mempunyai maklumat yang membolehkan panel berkenaan meneruskan siasatan dan seterusnya membuat keputusan, jadi tidak bolehlah kata kerajaan sengaja hendak mengalihkan isu.

Anwar sebelum ini menyatakan saksi berkenaan hanya akan tampil jika kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat pasal klip video itu Sebaliknya, melihat tindak tanduk Anwar ini macam orang yang ada buat salah?

Jadi, apa yang nak ditakutkan seperti kata pepatah berani kerana benar tetapi kini rasanya dia takut sebab dia salah. Kalau dia tak mengeluarkan sumber itu, tak syak lagi dia takut kerana dia salah..

Senang nak faham, kalau seseorang itu nak menuduh atau menyaman seseorang perlu dikemukakan bukti baru boleh jalan apa yang di bangkitkan bukan hanya pandai tuduh-tuduh cakap orang itu ini tetapi tidak ada bukti dan petunjuk yang boleh membenarkan sesuatu perkara itu.

Cara Anwar seolah-olah menyembunyikan bukti dan menyorokkan saksi dapat di lihat apabila dia hanya akan menampilkan saksi jikalau Suruhanjaya ditubuhkan. Apa motifnya?

Apakah kini Anwar sedar dirinya terperangkap dalam jerat yang di pasang?
Mungkin Anwar sudah takut sebab isu ‘olok-olok’ yang di reka kini hampir terbongkar disebabkan kejahilan diri sendiri.

Peluru Anwar sudah kehabisan untuk menembusi tugu kerajaan maka sebab itulah timbul idea bodoh dengan membangkitkan isu video klip yang di rakam dan di arahkan oleh Anwar sendiri.

Peringatan buat Anwar, jika benar isi kandungan video itu sila beri kerjasama dalam usaha mencari kesahihan dan demi keadilan semua pihak.Jangan di sorok saksi umpama menyorokkan bukti. Wahai Anwar Ibrahim, apakah kamu tidak serik untuk berkursus di tembok batu? (penjara).

Tiada ulasan: