MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 10 Oktober 2013

PRK SG. LIMAU: Takde Nak Menang Free Der...Mukhriz Dah Standby Lancar Serang Kalau PAS Masuk Gelanggang

Tak kiralah walau siapa pun yang dicalonkan oleh PAS di DUN Sungai Limau, atau sesiapa sahaja dari kalangan pemimpin PAS menjadi Pengarah Pilihanraya PAS DUN Sungai Limau, yang pasti, impian mereka untuk mendapat kemenangan percuma seperti yang mereka harap-harapkan sebelum ini, tidak akan terlaksana.

Ini adalah kerana Mukhriz Mahathir telah mengatur gerak kerja yang lebih kemas, berkesan dan lebih teratur untuk merampas semula DUN Sungai Limau daripada penguasaan PAS.

Sebelum ini, DUN Sungai Limau dijadikan bahan cerita kononnya, Mukhriz akan jadikan sebagai ‘BARTER TRADE’ untuk mengurangkan ketegangan politikdi Kedah antara PAS dan UMNO. Alasan yang diberikan ialah, kalaupun UMNO menang di DUN Sungai Limau, UMNO tetap tidak akan mendapat dua pertiga majoriti di DUN Kedah.

Lebih daripada itu, menurut mereka lagi, Mukhriz perlukan sokongan daripada PAS bagi memudahkan sebarang usul di DUN.

Bagaimanapun, sewaktu di Kompleks Latihan MADA Sungai Limau, dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO tidak akan terpikat dengan janji-janji muluk PAS. Bahkan bertanya pula, mengapa PAS cuba memujuk rayu sedangkan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada bulan Julai lalu, PAS pula yang bersungguh-sungguh untuk bertanding walaupun dari awal lagi telah dinyatakan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang di situ.