MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 11 Julai 2013

Husam Mahu PAS Kalah Di Kuala Besut: Apa Tindakan Hadi Awang??


Kredibiliti parti memainkan sentimen utama dalam mempamerkan wajah sebenar sesebuah parti politik itu. Lantaran itu, apa yang boleh dilihat kini, kredibiliti PAS makin membawa padah yang menelungkupkan parti itu dengan bermacam sandiwara terpapar dalam arus media waktu ini.

Kelemahan PAS kian ketara apabila ahlinya sendiri menidakkan kemenangan bakal berlaku di PRK N01- Kuala Besut. Apa lagi bila ada dikalangan penyokong tanpa ilmu turut sama mengangguk kepala untuk memboikot kempen PRK itu.

Pendekatan inilah yang bakal merealisasikan impian Husam untuk melihat PAS itu hancur demi kerana mengikut telunjuk PKR & DAP. Jika tidak, masakan Husam beria benar mahu melihat PAS kalah di Kuala Besut? Apakah Husam disogok untuk menurut kenyataan Rafizi yang memboikot kempen kerana PKR tiada ruang meletakkan calon mereka?

Permainan inilah sebenarnya yang akan melihatkan PAS sebagai parti yang berpegang pada prinsip atau tidak. Apa pula tindakan pimpinan PAS terhadap Husam? Apakah Husam terlalu kebal dalam PAS hinggakan kenyataan beliau dipandang enteng saja?? Apapun PAS harus berpegang pada prinsip dan menolak pengkhianatan dalam parti jika benar PAS relevan untuk di ikuti... Disini juga kita mahu melihat kuasa Presiden PAS sendiri..kebal atau bebal...


Tiada ulasan: