MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 14 November 2008

Laporan Sayuti Omar Bertambah Parah..

Baru-baru ini, jejaka ada terbaca satu laporan yang ditulis oleh saudara MSO, dimana kekecohan yang tercetus dalam persidangan perwakilan bahagian Seremban yang dirumus oleh saudara MSO ini sebagai malapetaka sehinggakan tanpa sedar MSO telah menulis sesuatu kejadian yang ternyata tidak benar seperti yang realiti.

Dalam laporan Utusan ( Jejaka tidak pasti ianya dibaca Sayuti Omar atau tidak, maklumlah...Sayuti ni tergolong dari orang-orang yang memboikot akhbar Utusan ) ditulis kejadian pergaduhan tersebut begini :
"berikutan pergaduhan yang tercetus pada persidangan perwakilan Bahagian Seremban hari ini, menyebabkan dua perwakilan cedera akibat dibaling kerusi.Berikutan itu juga mesyuarat terpaksa ditangguhkan."

Namun, amatlah berbeza seperti yang terdapat dalam tulisan Sayuti Omar pula yang bertajuk; "UMNO sekarang makin hari makin buruk". Dalam artikel Sayuti ditulis macam ni :
Manakala bahagian Seremban, Negeri Sembilan pula ditangguhkan, lagi teruk, apabila mesyuarat itu menjadi kecoh dan sampai baling kerusi. Dua ahli perwakilan dilaporkan mengalami cedera parah. Apa yang berlaku di Seremban hari ini adalah klimaks ‘kemabukan kuasa’ dalam Umno.

Jejaka merasakan sedikit terkejut dengan perkataan‘cedera parah’ yang ditulis. Dan Jejaka percaya sesuatu perlu dilakukan sebelum Sayuti Omar yang cuba memburukkan UMNO akan semakin buruk ekoran tulisan ‘buruk @ beruk’ nya tersebut.


Sayuti Omar mungkin tidak perasan barangkali, dan harap-harapnya posting tersebut akan ditukar jika benar dia sedar melalui teguran jarak jauh Jejaka ini.
Untuk keadilan Jejaka akan paste laporan akhbar lain agar Jejaka tidak mengambil dari satu sumber sahaja.. Ini bagi menjelaskan bahawa Sayuti Omar sebenarnya telah menjadikan cedera ringan kepada cedera parah dalam hal ingin menjadikan imej UMNO semakin buruk dan tidak akan berjaya.
Memang seronok dapat ‘memberukkan’ orang UMNO namun ia tentu tidak dapat diterima apabila ia diburukkan dengan komen tambahan sesedap rasa beliau.

Akhirnya Mstar menjelaskan lagi kekeliruan tersebut :
SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir semalam ‘tercemar’ apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.
Mungkin ada yang merasa hujah Jejaka ii masih tidak kuat??
Okey, kita ambil yang lain pula iaitu dari Malaysiakini , portal yang selalu dirujuk oleh penyokong pembangkang atau senang kata, portal yang anti UMNO lah kiranya :
"Ekoran itu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Ishak Ismail mengambil keputusan untuk membatalkan mesyuarat tersebut. Difahamkan ada perwakilan yang mengalami kecederaan."

Jelas di situ tidak ada cedera parah sebenarnya. Yang ada hanya cedera sahaja...Jadi, dari mana pula datangnya sumber MSO tersebut sehingga ‘cedera’ telah bertambah perkataannya menjadi ‘parah’ oleh beliau ?Inilah yang dikatakan 'kalau hati disalut iri,maka hari-hari akan dengki'

Apapun, Jejaka masih tidak puas hati lagi dengan laporan Malaysiakini kerana ianya boleh dibalas lagi jika dibuat hujahan maka Jejaka mencari pula hujah dari harakahdaily tetapi Jejaka tidak bertemu, Jejaka usahakannya pula dari Berita Harian namun tetap gagal juga.Apapun,
yang penting, beberapa laporan berita telah mengesahkan tambahan ’skrip’ buruk Sayuti tersebut ternyata melalut dan membuktikan pula kepada kita bahawa si Sayuti ini seorang yang tidak jujur dalam menyampaikan pengkhabaran.

Hakikat sebenarnya, 'cedera' Sayuti Omar lah yang bertambah 'parah' dari apa yang dilaporkan oleh media massa kita.Sedangkan ianya hanya cedera biasa yang cuba digambarkan parah.Kepada saudara MSO, ubati segera pemikiran yang rosak itu sebelum menjadi parah kerana ianya amat hampir kepada fitnah...wassalam.
Wassalam..

Tiada ulasan: