MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 15 April 2008

Impian Anwar Menjadi PM di Sokong Israel?

Oleh: JejakaLantang
“Cantik menarik tertarik..kau memang da Bomb!!..”
Mungkin lirik lagu ni sesuai untuk Anwar Ibrahim yang sering menarik perhatian rakyat hingga orang luar pun tertarik dengan kelantangan dan permainan politik beliau yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri itu.
Sekarang ini, kalau kita klik sahaja laman-laman web berbentuk politik, kita akan terjumpa dengan artikel yang berbunyi “Anwar Dalang Yahudi” ataupun rentetan kisah si mata lebam ini yang berkait-rapat dengan Israel (Yahudi) malah cerita mengenai Anwar yang kehausan kuasa untuk berdiri gah memegang jawatan Perdana Menteri.

Spekulasi yang mengatakan pemimpin de facto, Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri mencetuskan banyak tafsiran dan rumusan berbeza-beza dikalangan pemerhati politik tanahair.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan apabila media dari luar turut membuat kenyataan yang sama, seolah-olah mereka sudah meramalkan siapakah Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Sebagai rakyat yang benar-benar cintakan tanah tumpah darah, kita haruslah selalu mengingatkan diri kita agar sentiasa waspada dengan Yahudi atau Israel ini, kerana mereka inilah yang sedang hebat digandingkan dengan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menjalinkan hubungan dua hala samada dari segi persahabatan mahupun pakatan.

Walaupun bersepah di media yang melaporkan Anwar Ibrahim dalang yahudi dan bercita-cita untuk menjadi PM, tetapi ianya disangkal kuat oleh Anwar sendiri kerana bimbang runtuhnya empayar politik beliau.Masakan tidak? Kalau Ariel Sharon dikaitkan dengan pemimpin Islam pun, pastinya akan bertempik dewan speaker Israel kerana tidak semua penyokong beliau akan bersetuju dengan hubungan ini.

Jika dahulu Anwar dikaitkan dengan Presiden Wolfowitz, mendapat penghormatan tertinggi dari Setiausaha Pertahanan US, William Cohen bahkan dari sumber-sumber yang rapat dengannya turut mengakui bentuk perjalanan Anwar selari dengan perjuangan parti liberal Israel.

Layakkah orang ini meneraju Negara? Tidak sayangkah kita kepada anak-anak kita dimasa hadapan dengan melihat kehancuran tanahair yang digadai?

Justeru, inilah yang berlaku ketika ini, apabila laporan akhbar Israel JerusalemPost, yang telah meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister).

Tegasnya disini, bukanlah persoalan gusar Anwar Ibrahim menjadi PM tetapi yang bermain di minda penulis tatkala ini adalah bimbangkan jika negara kita diperalatkan Yahudi melalui Anwar. Bagi penulis, biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.”

Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya? Siapa Anwar dimata Yahudi?

Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya. Apakah mungkin Anwar akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.

Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.

Sebenarnya penulis masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Penulis harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Penulis juga berpendapat Pas patut memberi ulasan mengenainya kerana PAS tergolong dalam ‘pakatan’ mereka.

Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.Semua orang tahu.

Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.

Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.

Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan. Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.

Bagi orang Islam, Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.

1 ulasan:

Sudiyono berkata...

Saya dah benci dengan BN kerana suka buat fitnah.