MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 17 April 2008

Benarkah Najib Pembawa Zaman Gelap?
Dipetik dari: *Malaysiakini.com
Sedih, keliru dan kecewa apabila melihat gambr ini.Tentu sekali lita akan tertanya-tanya kenapa terjadi begini.Apa sudah berlaku kepada United Malayan Nations Organisations? Apakah cerita disebalik kelambu UMNO yang sebenarnya sehingga hampir-hampir menyingkap rahsia ahli-ahli yang kian terserlah perbuatan benar dan salah.

Biarlah penulis bentangkan serba-sedikit huraian ala-ala analisis penulis yang boleh kita nilaikan sendiri tahap kesahihannya.Apapun, terserahlah kepada kita sendiri untuk mengkaji logik dan mistiknya perjuangan UMNO alaf baru ini.

Terdahulu, pastinya kita sedia maklum akan rentetan kisah selepas PRU 12 yang kini menjadi bahan bualan masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO.Kenapakah ada diantara pepimpin yang masih primitive dengan keputusan sesuatu pertandingan?

Keputusan PRU 12 yang diterima oleh UMNO/BN telah menggemparkan Negara tatkala ini. Masing-masing kini mula menuding jari kepada pucuk pimpinan atas kemerosotan prestasi BN dalam PRU 12 yang lalu.Namun tidakkah mereka terfikir kesilapan sendiri dengan hanya meletakkan kesilapan hanya pada pucuk pimpinan?

Terus-terang, kita akan lebih berdosa jika kita menuduh seseorang itu tanpa mahu menilai kelemahan diri terlebih dahulu.Penulis rasa tidak perlu berhujah panjang kerana rentetan ini adalah diskusi penting yang bakal menjawab kenapa, mengapa dan bagaimana desakan ‘peralihan kuasa’ begitu ditekankan oleh mantan PM sehingga terbuka pekung untuk di tontoni.

Sebenarnya, apabila keputusan PRU diperolehi, bermacam-macam spekulasi timbul.Di antaranya yang sedang hangat diperkatakan adalah desakan dari Tun Mahathir agar Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan.

*Tindakan Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah agar membuka tirai protes dengan mesyuarat agung tergempar untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi.
Entah untuk ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman iaitu politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.

Sebenarnya era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahaya yang kita hadapi sekarang adalah planning Tun Mahathir yang inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi.Justeru, Tun Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.

Apapun, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.

Kenapa Tun kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat beria-ia merancang untuk menaikkan Najib? Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Tun ini apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.

Kenyataan Tun ini bertujuan menaikkan syahwat Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri.
Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang hari ini dan pedoman masa hadapan)
Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir.Contohnya:-

1)Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur,; menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir.
2)Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video; menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir.
3)Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.
4)Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya.
5)Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import),
6)Nazri Aziz - (tukang lipat spesies jantannya pula) yang tersangkut dengan 600 permit teksi.

Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.
Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.
Namun, apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?
Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan di mahkamah, malah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib tidak lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim Tamby Chik bahkan Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.

Manusia seperti Najib ini adalah “model” (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.

Jika diamati semula permainan dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya. Kemudian akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul.

Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ea rah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.
Jadi siapa sebenarnya Najib?

Persoalan inilah yang hendak dijelaskan kerana Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru sahaja hendak dinyalakan Pak Lah.Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.

Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek dan demi membuktikan keislamannya Najib akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam.Biarpun Najib Razak sedar yang dirinya tidak memahami inti dan falsafah Islam sebenar tetapi cukuplah baginya hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena “jantan di barisan lain dan betina di barisan lain” , ia akan terjadi lebih daripada itu.

Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.Buktinya?

-Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu.

Kenyataan yang kononnya fatwa ini, telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam si Najib.

Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze.

Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib. Saat itu dia telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.

Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen.Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?

Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan anak-anak kapal yang berpayung bawah ‘Empayar’ Dr Mahathir. Mereka-mereka ini dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjamah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun.Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.

*Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan.
*Silap jika kita iyakan kononya menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy.
*Salah juga bacaan politik kita jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation.

Tahukah kita?

Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika kita menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.

Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri, sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Tepuk dada tanyalah hati, jika sayangkan maruah UMNO yang dulunya menjadi pimpinan kita mengecap merdeka dan kebebasan, jadikanlah ia satu pedoman.Jika ini di anggap andaian, sama-samalah kita melihat masa depan. Penulis cuma ingin mengajak semua berfikir, benarkah Najib pembawa zaman gelap?




Tiada ulasan: