MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 16 April 2008

ANALISIS: Ke manakah Hala Tuju Anwar Selepas 14 April?

Walaupun sering di apit kemana sahaja, namun sebagai orang yang penting dalam politik janganlah leka dan lupa bahawa ada mata yang memerhati, ada telinga yang mendengar, ada mulut yang menyampai dan ada otak untuk di tafsir.

Jejaka ingin membawa para pembacva semua menganalisis kesemua rentetan orang yang di sebut-sebut ‘leader in waiting’ ini.Anwar Ibrahim, satu nama yang gah dengan permainan politik dan licik dengan berbagai tipu helah bagi mencapai segala impian dan cita-cita.

Mungkin kita masih ingat lagi pada November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, namun, beliau hampa kerana impiannya tidak kesampaian apabila Pilihanraya umum telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April, tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar.

Arakian, selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini? Analisis pemerhati menjangka bahawa, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12.

Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen - pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya.Dengan respon memberangsangkan dari warga kota Kuala Lumpur, strategi menamakan anaknya Nurul Izzah sebagai calon menjadi kenyataan.

Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen.Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat?

Namun, setelah selesai PRU 12, masing-masing menunjukkan belang, Anwar terpaksa merubah rancangan. Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desus Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya.

Apapun, Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru - Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Analisis:-
1- Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

2-Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa. Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri.

3- PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian.

4- Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima nanti menerusi kerja lompat-melompat.Anwar sendiri tidak mahu lagi ulangi kesilapan dahulu dan berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan dirinya dahulu.

5- Menyembunyikan kesalahan dan kelalaian terdahulu dek sikap gopoh ingin menjadi PM lebih awal dengan membuat alasan dirinya didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir.

6-Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan.

7-Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini.Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang

8-Malah, ada Anwar kini berkira-kira menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal, kemungkinan dalam tempoh tiga tahun.Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ianya kurang daripada 1,000 hari.

9- Mencari peluang sebolehnya kerana Anwar yakin Barisan Nasional mempunyai tempoh yang terlalu singkat untuk memikat penyokong dalam pilihan raya umum ke-13.Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh.

10-Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang - negeri kelahiran Anwar.

Rumusan disini, strategi Anwar ini mungkin akan berhasil jika tiada perpaduan dalam kaum melayu.Sayangilah UMNO yang menjadi warisan kita kerana semangat Dato' Onn masih merah di darah kita....

Tiada ulasan: