MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 2 Oktober 2007

ISU KLIP VIDEO


TERBARU.... Mesyuarat pertama panel bebas khas tentukan kesahihan rakaman video esok Panel bebas khas untuk menentukan kesahihan rakaman klip video, yang merakamkan seorang peguam bela kononnya sedang berbincang melalui telefon mengenai pelantikan hakim-hakim, akan mengadakan mesyuarat pertamanya.
Menurut Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Sani Ab Hamid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Selasa, mesyuarat berkenaan akan diadakan esok (Rabu).
Beliau yang juga merupakan setiausaha panel tersebut, memberitahu dalam kenyataan ringkas tersebut, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada pukul 10 pagi di Tingkat 30, Menara Tun Razak. Panel yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar itu ditubuhkan pada 25 Sept lepas.
Klip video itu menunjukkan perbualan telefon kononnya antara seorang peguam kanan dan seorang hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim-hakim pada tahun 2002. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata kerajaan memutuskan untuk menubuhkan panel bebas itu kerana dakwaan dan spekulasi pihak tertentu berhubung isu berkenaan dapat menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti serta integriti sistem kehakiman negara.

Tiada ulasan: