MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 29 Oktober 2007

Anwar cabar BPR di Mahkamah


Anwar cabar BPR di Makhkamh.
Oleh:ANAKomak


Anwar Ibrahim menarik nafas lega apabila pihak BPR telah membatalkan perjanjian untuk datang ke pejabat Anwar bagi mengambil baki salinan asal klip video skandal antara VK.Lingam dan Tun Ahmad Fairuz.

Anwar juga turut di nasihatkan oleh peguamnya untuk mencabar tindakan BPR di mahkamah kerana katanya terbukti BPR menyalahgunakan akta Seksyen 22 Akta Pencegah Rasuah yang memperuntukkan pegawai penyiasat BPR bagi mendapatkan bukti dari individu yang terlibat dengan rasuah, bukan pelapor atau pemberi matlumat.



“Ini dia bukti yang BPR nak,” kata Anwar sambil menunjukkan bukti salinan asal klip video itu yang di simpan didalam ‘thumb drive’.

Dalam sidang akhbar disitu, Anwar memberitahu bahawa pegawai BPR telah menelefonnya pada jam 11.00pagi ini dan memberitahu pembatalan itu.Menurut Anwar pegawai berkenaan hanya memberitahu mereka untuk menetukan masa dan tarikh bagi mengambil salinan klip video tersebut.

Anwar turut mengecam dan menggesa BPR untuk datang mengambilnya dan mengugut jika pihak BPR gagal mengambilnya hari ini maka salinan yang di simpan di dalam thumb drive itu akan hilang.

“Jika dalam masa lima minit BPR tak datang, bukti ditangan saya ini akan hilang,” ujarnya yang memberi tempoh kepada BPR sejak jam 12.00 tengahari dan sehingga berita ini di tulis BPR masih belum muncul.

Walaubagaimanapun beliau tidak mengatakan sebab pembatalan tersebut bahkan turut berterima kasih pada BPR kerana memberi ruang untuk melanjutkan dakwaan ini sehingga ke hari pilihanraya yang turut dinyatakan oleh Anwar bahawa pilihanraya dijangka penghujung November ini.

“Saya berterima kasihlah juga pada mereka kerana tak ambil lagi apa yang mereka nak kerana saya boleh bawa benda ni sehingga hari pilihanraya nanti,” katanya hari ini.

Dalam sessi sidang media di pejabatnya hari ini, Anwar dengan tegas ingin meneruskan hasratnya yang kononnya mahu membongkar kegiatan rasuah antara VK.Lingam,Tun Ahmad Fairuz, Vincent Tan dan Adnan Mansor.

Ketika ditanya adakah isu ini di bangkitkan atas dasar dendam dengan kes yang dihadapinya suatu waktu dahulu, Anwar menafikan dan meminta wartawan mengajukan soalan lain dengan mengatakan dirinya tahu akan undang-undang.


Sebelum mengahiri sidang media hari ini, Anwar turut mengumumkan akan mengadakan perhimpunan besar di Masjid Jamek K.Lumpur esok selepas fardhu Jumaat.

Tiada ulasan: