MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 14 November 2007

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.
OLEH: ANAkomak

Tahun 2007 sudah hampir di ambangnya, maka tersingkaplah pula tahun baru dimana pada tahun itu nanti pastinya tahun yang di nanti-nantikan oleh semua kaki-kaki politik negara.Ketika itu jugalah kita dapat lihat keghairahan semua ahli-ahli politik dalam mencapai visi masing-masing.

Namun, belumpun ada sebarang tanda-tanda bilakah tarikh sebenar pilihanraya, sudah ramai pula pihak yang taksub bak anak kecil yang idamkan susu.Umumnya keghairahan ini dapat di lihat dari parti-parti pembangkang seperti Pas, Keadilan. DAP dan parti-parti lain.Tidak seperti parti Barisan Nasional kerana bagi para pemerhati, BN sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara.

Berbagai propaganda di wujudkan oleh puak pembangkang.Menuduh, memfitnah dan menghasut menjdai darah daging perjuangan mereka. Jika kita mengikuti ceramah-ceramah parti pembangkang pasti kedengaran mereka menyebut-nyebut tarikh hari pilihanraya.

Sekejap bulan ini, sekejap bulan itu...walhal mereka sendiri tidak tahu bila tarikh sebenar kerana pemerintah sekarang pun belum membuat apa-apa keputusan bahkan di kalangan parti BN pun tak berani nak kata apa.Usahkan nak meramal, hendak menyakinkan rakyat bila tarikh pilihanraya pun mereka tidak berani, hanya pembangkang sahaja yang tidak malu meramal itu dan ini.Siapakah sebenarnya yang tidak sabar?

Baru-baru ini, dalam satu laporan sebuah akhbar internet mengeluarkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berjanji tidak akan menaikkan harga minyak petrol sekiranya rakyat memberi mandat kepada gabungan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mencari jalan untuk mengurangkannya selain memberi jaminan untuk mengagihkan kekayaan demi kebajikan rakyat.


Bukankah kata-kata manis berunsur janji seperti itu sudah lama di mainkan oleh Pas? Janji manis bersulam dusta ini sudah jelak kita mendengarnya sejak 17 tahun yang lalu.Apakah kita hendak menerima lagi janji-janji tanpa mengotakannya? Tepuk dada tanya selera.

Demi keamanan dan kemajuan sejagat, wajarlah kita menyeru seluruh rakyat agar menolak mana-mana kepimpinan pembangkang kerana lumrah mereka yang lembut gusi dari lidah.sesungguhnya kita bersyukur dengan pembangunan negara sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Kita imbas kembali bagaimana perit jerih orang-orang terdahulu dalam memperjuangkan negara dari terus dijajah dan tergadai oleh bangsa asing.Bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tan cheng Lock dan Tun Sambanthan bersama-sama berganding bahu dalam membentuk sebuah negara majmuk yang maju.Bukankah hasil usaha dari mereka dapat kita nikmati hari ini?

Rakyat Malaysia sudah matang, pengundi-pengundi sudah masak dengan perangai dan janji-janji kosong pembangkang.Jika benar parti pembangkang boleh membangun dan membasmi kemiskinan, kenapa sehingga ke hari ini tanah serendah sekebun bunga masih di takuk lama? Apakah pemerintahan selama 17 tahun masih belum stabil bagi membentuk kerajaan maju di Kelantan? Mustahil kerajaan Pas tidak punyai dana untuk subsidi penduduk Kelantan?

Jika di kupas dan di dedah penyelewengan Pas di Kelantan terlalu banyak ceritanya.Cuma sebagai generasi sekarang dan untuk masa hadapan, kita punyai hak dan kenyakinan untuk menentukan msam depan sendiri dengan memilih kerajaan yang telus dan berwawasan demi kesejahteraan sejagat.Fikir-fikirkanlah....










Selasa, 13 November 2007

Video Lingam:Anwar Main Tarik Tali, Timbul Isu Untuk Balas Dendam Pada Tun?





Isu Video Lingam: Anwar main tarik tali sebab dendam dengan Tun Mahathir?
Oleh: ANAKomak


Penyiasatan yang dijalankan sejak panel khas ditubuhkan, kini bertemu titik penyelesaiannya apabila pembentangan laporan siasatan klip video tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

Kalau sudah sampai ke kabinet nampaknya dalam sedikit masa lagi kita akan dapat mengetahui keputusan rasmi samada klip video perbualan peguam VK Lingam yang didakwa mengatur lantikan hakim itu dikira sahih atau tidak.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para wartawan, beliau sudah mendapat laporan daripada panel khas yang dianggotai oleh tiga orang yang dilantik untuk mengkaji kesahihan klip video yang didedahkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu.

Perdana Menteri berkata, laporan panel itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet. Tiga anggota panel iaitu, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar telah menyiapkan laporan yang dinanti-nantikan itu pada 6 November lalu.

Walaupun pelbagai cerita, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dalam usaha mengesahkan kesahihan rakaman video terbabit, ramai orang tahu dari segi teknikalnya ahli panel berkenaan, belum mendapat keseluruhan 14 minit klip video yang didakwa dirakam di rumah VK Lingam pada tahun 2002.

Ini ditambah dengan kebaculan tanpa sebab munasabah oleh orang yang telah membongkar isu tersebut di mana beliau 'dayus' untuk membuktikan kebenaran dengan berkerjasama menyerahkan bukti tuduhan yang di lemparkan kepada panel khas kes tersebut dan mengingkari arahan BPR.

Pada permulaannya, Anwar mendedahkan klip video itu selama lapan minit sahaja dan kemudiannya baru-baru ini 10 saat lagi isi rakaman tersebut di tayangkan.Dakwanya baki klip video perbualan itu tidak dapat didedahkan kerana si pemberi maklumat bimbang keselamatannya tidak terjamin.

Ternyata Anwar cetek pemikiran, mustahil Anwar ni jahil dalam hal-hal undang-undang? Alasan untuk tidak menyerahkan baki klip video itu sungguh tidak munasabah apabila mengaitkan saksi tidak yakin akan keselamatannya. Saksi takut atau Anwar sendiri yang dah hilang telur? Bacul dan tahap dayusnya pada kebenaran terserlah pada pandangan umum.

Biarpun bekas banduan itu terus bertegas mendakwa orang yang berbual dengan VK Lingam adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, siapapun sukar nak percaya. Setakat menuduh, budak tadika pun pandai menuduh!!

Usaha Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang turut menyiasat kes berkenaan dan cuba untuk mendapatkan baki klip video itu dari Anwar juga gagal, sekalipun ternyata Anwar tertakluk di bawah akta yang mewajibkannya menyerahkan baki klip video tersebut.

Apakah rumusan muktamad panel bebas dan keputusan kabinet mengenai isu ini pasti menarik perhatian ramai?
Yang jelas disini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menjaga portfolio undang-undang berulangkali menegaskan bahawa tanpa rakaman asal klip video itu, ia dikira tidak ada kes. Malah pihak BPR sendiri menyatakan pendirian yang sama.

Mereka yang faham sangat tentang prosedur perbicaraan di mahkamah pun tahu semua bahan bukti yang sahih sahaja yang boleh diterima mahkamah sebagai barang kes. Jadi apa kesudahannya pada barang bukti yang ‘separuh’ dalam isu dakwaan klip video perbualan VK Lingam ini?

Sumber yang mahir tentang kes-kes seperti ini turut berkata pihak panel dan kerajaan tidak boleh dipersalahkan jika ia memutuskan klip itu tidak sahih. Walau apa sekalipun orang nak dakwa tentang klip video itu, soalnya siapa yang nak tentukan kesahihannya tanpa klip asal?

Kalau bawa ke mahkamah pun tak laku...Apatah lagi para pemerhati politik menduga isu klip video ini akan berlarutan begitu sahaja menjadi isu politik pihak pembangkang untuk pilihanraya umum akan datang.

Isu tarik tali sebegini lumrah permainan Anwar. Malah Anwar sendiri tidak menyembunyikan hasratnya untuk memanjangkan hal ini bagi menarik perhatian orang ramai. Buktinya apabila ditanya mengapa mendedahkannya secara sikit-sikit begini, Anwar berkata ia adalah 'game plan' mereka termasuk untuk ‘buka mata’ orang ramai. Dakwanya lagi jika didedahkan serentak kesemuanya, ada kemungkinan kerajaan akan kata semuanya itu tidak benar.

Sebaliknya betul ke tak betul klip video itu sahih ataupun tidak, bukanlah motif utama kerana sebenarnya ia lebih merupakan isu antara Anwar dengan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana semua dakwaan berhubung klip video itu berkisar sebelum Pak Lah mengambilalih pentabiran negara?

Sayang... rakyat tidak berpeluang nak dengar apa kata bekas Perdana Menteri itu mengenai dakwaan Anwar ini kerana masalah kesihatannya.

Isnin, 12 November 2007

Perhimpunan Haram Bersih, Bukti Anwar Serupa Anjing yang menyalak di jalanan.





Perhimpunan haram yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem demokrasi di Malaysia.Sebuah stesen tv satelit antarabangsa Al-Jazeera diminta tidak mengelirukan masyarakat antarabangsa dengan laporan berat sebelah mengenai perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu lepas.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata agensi berita itu telah membuat laporan seolah-olah keganasan dilakukan oleh polis untuk menyuraikan perhimpunan itu sedangkan mereka disuraikan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata.Al Jazeera telahpun mempunyai 'preconceived mind' (tanggapan) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut.

Namun, bukan perkara ini yang ingin diperkatakan.Apa yang lebih menarik pada ketika ini adalah sikap dalang utama yang mengepalai perhimpunan haram itu.Sikap 'kurang ajar' dan peranan liar bak anjing yang menyalak di tengah jalan.

Jika dahulu sewaktu masih menjawat jawatan penting dalam kerajaan, tiada pula yang ingin mempersoalkan tentang hal-hal membabitkan pilihanraya? Kita bertanya kepada diri sendiri, kenapa Datuk Seri Anwar tak pernah ‘buat bising’ langsung pasal hal-hal pilihanraya seperti didakwa oleh Bersih semasa dia didalam kerajaan dulu?

Tentu ramai nak tahu kenapa baru sekarang Anwar bersama dengan pembangkang baru nak cakap soal pilihanraya yang tak telus, tidak adil dan sebagainya.Pernah kita dengar Anwar cakap semua ini dulu?
Dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, agak lama dia jadi menteri dan timbalan menteri, jadi kenapa tak bunyi waktu itu.Tiada pula kita dengar dia bising-bising menyalak macam anjing nampak hantu? Bukankah ini semua cakap politik sahaja dan mencari alasan kerana tahu pembangkang tak mungkin boleh menang pilihanraya.

Baru-baru ini berlakunya perhimpunan haram yang kononnya menuntut pilihanraya bersih dan adil.Apakah selama 12 kali pilihanraya diadakan tidak bersih dan adil? Tentu sekali waktu itu si homoseksual ini orang kerajaan, kenapa tidak dipertikaikan waktu dulu?

Berbalik kepada perhimpnan haram tadi, pembangkang melaporkan kepada media hampir 100 000 orang dapat dikumpulkan maka apakata kalau Barisan Nasional pula dapat himpunkan 1 juta orang? 'Come on' lah..ini bukan pilihanraya jalanan.Negara kita ada sistem dan ada undang-undang. Nak bertanding tunggu pilihanraya umum nanti.Di situ penentuannya.Apa yang nak kecoh-kecohnya ni.
Sementara itu, dalam sidang Dewan Rakyat Datuk Seri Nazri Aziz telah bertikam lidah dengan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mengenai isu perhimpunan itu. Ini berlaku semasa beliau menjawab soalan Che Azmi Abdul Rahman (BN Kuala Nerus) mengenai cadangan untuk meminda satu rang undang-undang agar semua rakyat mencapai umur 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pemilih.
Beliau menyifatkan tuntutan gabungan beberapa badan NGO dan pembangkang yang menganjurkan perimpunan itu tidak perlu dilayani kerana kerajaan yakin SPR telus dalam melaksanakan pilihan raya yang adil.
"Sebenarnya mereka dah tahu akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Sebab itu sekarang buat smoke screen untuk wujudkan suasana yang menunjukkan SPR tidak adil..." katanya.
Dalam pada itu Nazri menolak keras dakwaan Kit Sing (DAP- Ipoh Timur) yang menyifatkan kerajaan bersifat hipokrit dan sengaja memainkan isu demonstrasi itu sebagai agenda politik sedangkan ia didakwa sebagai perhimpunan aman bagi menuntut demokrasi sebenarnya dalam pilihan raya.

"Itu perhimpunan haram!!...itu orang wayar putus yang bercakap...mana ada permit untuk adakan perhimpunan raksaksa. Kita sokong sami di Myanmar sebab sami di Myanmar ditekan, kerana Myanmar tidak ada demokrasi",
"Demokrasi dalam negara kita ialah melalui pilihan raya...yang mengheret raja bukan kita (kerajaan), dia (pembangkang) yang heret raja," tegas Nazri memberi amaran kepada parti pembangkang agar tidak mengheret institusi diraja dalam kancah politik.

Rafidah vs Azalina

Cerita Disebalik Gambar: Apa lagi mau cerita?
OLEH: ANAKomak
Apakah ini lirikan bermaksud?
Adakah ini renungan biasa?
Namun, apa jua tanggapan dan rumusan yang diberi, ini hanyalah sebuah gambar yang diambil tanpa apa-apa reaksi.
Walaubagaimanapun, anda yang mampu membuat huraian atas gambar spontan ini.

Berkisarkan dari kenyataan Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan dengan terpampangnya gambar sebegini maka pasti menceritakan berbagai situasi dan boleh menghasilkan pelbagai dialog.Sesuai dengan isi-isi kandungan perbahasan dan ucapan dari Ketua Pergerakan Wanita itu yang lebih menonjol dalam ucapan persidangan beliau dimana tersimpan maksud yang dalam sewaktu ucapan diberi.

Tentu kita masih ingat antara butir-butir ucapan si 'iron lady' dimana beliau menegaskan segala urusan dalaman pergerakan wanita adalah hal peribadi wanita. tidak perlulah dicampuri urusan mereka waima ingin merampas kedudukan kerusi dan tahkta yang didiaminya begitu lama.
Suasana yang cukup sensasi ini dirakam sewaktu Perhimpunan Agung UMNO kali ke 58 yang lalu.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Rafidah Aziz melintas belakang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said.Lihat pada lirikan mata Menteri Belia dan Sukan itu dan wajah selamba Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.Apakah mood ini ada kaitan dengan jolokan Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee baru-baru ini kata beliau sokong Azalina bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang?
Apapun tanggapannya, sedikit sebanyak kita dapat menangkap erti kata-kata Rafidah didalam ucapan beliau yang turut berkias dalam mempertahankan kerusi dalam pergerakan wanita UMNO.
Walau apa jua cerita ini, dikalangan ahli dapat merasakan kekhuatiran dan kegoyahan Rafidah jika dibabitkan dengan 'dragon lady' itu. Gambar ihsan: AgendaDaily.com

Ahad, 11 November 2007

RUSUHAN BERSIH: PAS dibangkai oleh Anwar.






Angkuh PAS tetapi 'dayus' bikin Anwar Bermaharaja.
ANAKomak menulis;
Sila layari: http://www.kpmu.net/

Tiada sebab relevan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said diminta untuk menarik balik kenyataannya yang mengatakan rakyat yang kononnya berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu sebagai 'dayus' kerana tidak menghormati undang-undang negara.

Ini adalah wajar dengan kenyataan beliau, iaitu apa yang dilakukan oleh mereka yang mengikuti perhimpunan itu adalah 'dayus' kerana mereka hanya berani ketika dijalanan, tetapi bacul apabila berada di gelangang sebenar.Samalah dengan dalang perhimpunan tersebut di mana ternyata 'dayus'nya beliau dengan undang-undang negara.

AJK PAS pusat, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa sebenarnya tidak faham dengan erti sebenar 'dayus'. Dayus katanya bererti tidak berani, sekarang ini siapa yang tidak berani mengatakan kebenaran? Dari sudut gambaran kenyataan Azalina adalah tepat berdasarkan cara yang diikuti mereka dalam tunjuk perasaan yang berunsurkan demonstrasi.

Kerajaan telah memaklumkan tidak akan ada permit atau kebenaran untuk mengadakan mana-mana perhimpunan jika ia dilihat kemungkinan perkara yang buruk bakal berlaku. Namun, kedegilan BERSIH yang didalangi oleh seorang homoseksual yang menuai benih anti-kerajaan terhadap kerajaan kini, menyebabkan rundingan yang boleh dilakukan secara aman menjadi rusuhan dan keganasan.

Dimanakah perginya daya pemikiran orang-orang PAS? Tidakkah mereka sedar bahawa saat ini PAS dikuasai oleh Anwar? Lupakah PAS dengan sifat buruk Anwar yang mempunyai hobi mencetuskan reformasi jalanan sejak si homoseksual itu berada di Universiti lagi?

Apakah Nik Aziz langsung tidak mengingatkan kepada anak-anak buahnya bahawa PAS tidak pernah melakukan demonstrasi walaupun ditindas? Mengapa kini PAS tunduk dengan lelaki yang pernah di singkir daripada kerajaan gara-gara rasuah dan seks luar tabi'i?

Datuk Seri Azalina menyebut perkataan 'dayus' kerana ianya sesuai bagi mereka yang bacul dan sebagai Menteri Belia Sukan semestinya beliau ragu dan runsing dengan penglibatan belia-belia yang hanya mengikut dan ghairah memberontak tanpa memikirkan risiko diri sendiri.

Di dalam laporan laman web HarakahDaily.net, membidas kata Azalina kerana mengatakan dayus kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menafikan unsur dayus tidak benar bagi mereka kerana hampir 100 000 orang menghadiri perhimpunan tersebut.

Janganlah dengan hanya jumlah yang 'dayus' tersebut, BERSIH@ANWAR@PAS boleh mengubal perlembagaan, boleh menjatuhkan kerajaan,boleh membangkaikan kedaulatan undang-undang..!!

Kenyataan Azalina itu dapat dilihat kesannya hari ini, bagaimanakah nasib mereka yang taksub hingga menyusahkan diri sendiri? Kebodohan diri sendiri yang kononnya memperjuangkan maruah, tetapi hakikatnya kini tindakan orang-orang PAS yang di perbodohkan si homoseksual mencalarkan imej negara sendiri sekaligus melabelkan parti PAS sebuah parti militan yang ganas sama seperti parti Anwar yang rakus dengan jenayah dan tamak kuasa.

Diam bukan bererti kita bisu, mengalah bukan bererti kita kalah tetapi kita berani kerana kita pantang di cabar!! Kita diberi akal untuk berfikir bukan menurut bagai kerbau dicucuk hidung.Itulah gambaran PAS yang diperlekehkan Anwar tanpa mereka sedar.

Isnin, 5 November 2007

Rafidah rasa tercabar?

Rafidah rasa tercabar?
oleh: ANAKomak


Dalam Perhimpunan UMNO kali ini, Pergerakan Wanita melalui perwakilan-perwakilannya ada menyentuh soal keahlian dalam Wanita.

Ini berikutan ucapan Presiden Wanita , Datuk Seri RafidaH Aziz dimana beliau menegaskan jika ada dikalangan ahli-ahli Puteri UMNO yang telahpun matang dan akan melangkah ke dunia Wanita, seharusnya mereka mengikut jalan yang betul kerana sebagai pelapis Wanita, Pergerakan wanita memang mengalu-alukan kemasukan pelapis-pelapis ini.

Sementara itu, dalam ucapan beliau yang turut disokong oleh perwakilan dari Perlis, Datuk Mestika Junaidah Husin turut berkias seandainya pelapis-pelapis Wanita yang masih didalam Puteri ingin menyertai Wanita di minta agar ‘masuk ikut pintu hadapan dan jangan sesekali masuk ikut pintu belakang’.

Kenyataan sebegini semasa persidangan jelas menggambarkan Rafidah masih trauma dengan isu lagaan beliau dengan Datuk Seri Azalina. Rafidah digambarkan seakan-akan merasakan bahawa ada angin yang telah bertiup di kerusi nyaman beliau yang sekian lama tidak langsung tercabar.

Soalnya sekarang, mengapakah Wanita seakan dingin menyambut kehadiran bekas ahli Puteri sebelum ini jika bekas ahli ingin meneruskan perjuangan di dalam UMNO melalui Wanita?

Dalam persidangan yang berlangsung hari ini juga turut menyaksikan Rafidah yang mengatakan dalam ucapan beliau dimana beliau mengharapkan kepada semua ahli Pergerakan Wanita UMNO agar memahami erti rezeki.

Sebagaimana dalam ucapan beliau, jangan terlalu ‘gila jawatan’ jika menyertai Wanita kerana setiap ahli Wanita harus faham erti perjuangan sebenar Pergerakan Wanita UMNO.

“Siapapun calon Wanita yang dicalonkan, kita tidak harus terlalu memikirkannya kerana itu adalah kuasa Allah dan itulah rezeki,”katanya.

Tambahnya lagi, “Rezeki itu pemberian Tuhan,jika kita makan nasi, rezeki dah ke mulut tapi kalau sudah bukan rezeki kita maka jatuhlah ia, jadi jangan terlalu mengharap pada pencalonan,”

Benarlah kata Rafidah, jika kita makan nasi , rezeki dah ke mulut juga akan jatuh apatah lagi jika terlalu lama duduk di atas satu kerusi.

Apakah Rafidah merasakan apa yang di tiup oleh Ketua Bahagian Ceras ini amat sukar untuk beliau terima dan perlukah beliau melatah sekiranya beliau yakin bahawa kekuatan beliau sememangya teguh dan tidak boleh digugat.

Ramai yang merasa hairan melihat Rafidah melatah sedangkan Azalina lebih tenang menghadapi isu ini. Rafidah lebih gelabah dari Sharizat.

Sebaiknya Rafidah lebih matng mengadapi kemelut ini kerana Azalina juga mempunyai ramai pengikutnya sendiri , zaman menakutkan wanita UMNO kini telah beakhir kerana dalam wanita juga banyak perubahan telah berlaku setiap saat masa berlalu , Cuma yang masih belum berubah ialah ketanya sahaja.

Khamis, 1 November 2007

Ketu Hakim Letak Jawatan


Ketua Hakim Negara Letak Jawatan –Majlis Raja-Raja tidak bincang isu Tun Ahmad Fairuz
Oeh:ANAKomak : www.suaralantangjejaka.blogspot.com
Dipetik dari: www.utusan.com.my

Tandatanya mengenai kedudukan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim,66 kini terjawab.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara mulai hari ini sehingga pengisian jawatan dibuat, demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Ini berikutan persaraan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam.
Ahmad Fairuz, yang genap 66 tahun hari ini, umur persaraan wajib bagi hakim di Malaysia, dilantik memegang jawatan tertinggi dalam sistem kehakiman negara itu pada 17 Mac 2003.

Kedudukan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang tempoh perkhidmatannya tamat semalam, tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-212 di sini hari ini.

Jurucakap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberitahu bahawa isu itu tidak disentuh, malah tiada dalam agenda mesyuarat itu.
Beliau dilaporkan telah memohon kepada Yang di-Pertuan Agong pada Julai lepas untuk menyambung perkhidmatan selama enam bulan lagi.

Beliau menyertai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman pada April 1967 dengan menjadi majistret di Pulau Pinang dan kemudian memegang beberapa jawatan penting seperti Penasihat Undang-undang negeri Kedah/Perlis, Johor dan Selangor, Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim Mahkamah Tinggi.

Ahmad Fairuz dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1995, Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2000, Hakim Besar Malaya pada 2001 dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu diadakan di Istana Negara dan dipengerusikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu telah membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan semasa ekonomi negara dan pendidikan.

Pada mesyuarat itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diwakili Pemangku Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.
Manakala Sultan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Satu kenyataan Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Hamid Mohamad,65 akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara mulai Khamis sehingga pengisian jawatan dibuat.
Sementara itu sumber akhbar melaporkan jurucakap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberitahu soal Ahmad Fairuz tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-212 Khamis.

"Apa yang dilaporkan sebuah akhbar mengenai Raja-Raja akan membincangkan kedudukan Ketua Hakim Negara adalah spekulasi semata-mata," katanya.
Sumber: Bernama

Rabu, 31 Oktober 2007

santai di DATARAN MERDEKA

Tips dan Pesanan mereka yang taat dengan BERSIH.
Pesanan oleh: ANAKomak


Wah…dahsyat sungguh promosi BERSIH yang punyai hasrat untuk mengadakan Perhimpunan Aman dan Bersih di Dataran Merdeka 10 November ini. Rasa kagum dengan usaha mereka tetapi harus di ingat kepada mereka yang bakal meramaikan Dataran Merdeka nanti.

Disini penulis berkongsi pendapat dengan seorang hamba Allah yang turut sama memberi tips dan pesanan buat mereka yang menyertai perhimpunan itu nanti:-

1) Hati-hati dijalanraya jangan berdiri tengah jalan takut kena langgar.


2) Datang awal supaya wajah mudah di cam SB.

3) Makan kenyang-kenyang dan sedap-sedap takut masuk lokap tak dapat makan.

4) Pakai seluar ‘boxer’ sebab kalau kena bogel ada seluar boxer.


5) Jangan bawa senjata merbahaya sebab polis dengan FRU dah bawa dah, jadi tak perlu bawa.

6) Kereta letak tempat mudah nak keluar sbb senang lari dan tak perlu bayar parking.


7) Yang berbadan besar jangan pakai baju kuning, cukup ikat kepala sahaja dengan kain kuning sebab nanti ingat tengah buat iklan DIGI pulak?
8) Gosok gigi dan senyum sentiasa sebab wajah anda akan di rakam polis.


9) ‘Training’ joging 2-3 hari sebelum sebagai pemanas badan apabila lari di kejar polis dan anjing anti rusuhan.

10) Pagi-pagi tak payah mandi sebab FRU dengan polis akan mandikan anda dengan menyimbah air berwarna khas berfungsi sebagai bukti anda berada di situ menyertai perhimpunan haram.

11) Kalau kena belasah polis diam saja dan jangan melawan, kalau tak lagi teruk kena, jadi senyum je sebab memang dah buat salah.

12) Jangan bawa beg sebab susah nanti hendak bawa sama sewaktu berlari dari polis dan beg juga meningkatkan kebarangkalian anda ditangkap.

13) Pakai ‘sun-block’, mana tau yang putih bertukar gelap muka nak masuk surat khabar nanti, polis ambil jadi kenalah berseri-seri sikit.

14) Mana-mana yang kerja kerajaan dan swasta yang nak ‘join’ perhimpunan, sebelum pergi, siap-siap hantar surat letak jawatan dan ‘training bussines @ kerja sendiri. Sebab kalau kena tangkap ‘sure’ kena buang kerja. Merana anak bini...

15) Sebelum keluar rumah untuk ke perhimpunan, cium dan sayang anak dan isteri puas-puas kerana takut tak jumpa dah, kalau nak jumpa pun dekat lokap atau kubur...

16) Kalau polis lontar pemedih mata, bertahan... buat-buat macam kita di Cameron Highland, berkabus... macam cerita Hindustan.

17) Kalau kena tangkap dan kena bawa ke balai... puji dulu polis sebab hebat, berjaya jalankan tugas, kacak... kemudian kata “saya tak ‘join’ tapi tengok-tengok sahaja...” InsyaaAllah anda tetap kena dakwa...

18) Sebab perhimpunan ni ISLAMIK jangan ada pula geng-geng anda yang berpegang tangan lelaki dan perempuan apatah lagi dengan orang kafir... kerana Hadi Awang ada kata dalam amanat dia... " kalau kita bersekongkol dengan orang kafir, kita pun kafir..!!" Macam mana ya... kafir ke kita? ke ada pertimbangan khas... kira kita buat boleh orang lain tak boleh, harammm.....

19) Jangan pakai topeng atau topi kaledar...nanti andalah orang pertama yang menjadi mangsa kalau FRU bertindak merempuh perusuh....

20) Pastikan ada mahir dengan selok belok bangunan dan jalan dengan lakukan ‘survey’ siap-siap. Kalau tak mahir baik jangan datang sebab nanti tak tahu mana nak lari....

Orang PAS jangan lupa tema warna kuning? Nanti tersilap sangka, siang-siang tengahari buta ada bulan mengambang

semoga berjaya... pulang dengan selamat dan pulang tanpa menggadaikan negara...

Selasa, 30 Oktober 2007

Pemuda UMNO dedah penyelewengan PAS di Terengganu

Pemuda UMNO Bongkar Seleweng PAS di Terengganu.
Oleh: ANAKomak


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Besut akan mendedahkan penyelewengan dan pembohongan yang dilakukan oleh Pas ketika memerintah Terengganu jika kepimpinan parti itu berterusan memburuk-burukkan UMNO kepada rakyat.

Ini bukan ugutan tapi satu peringatan kepada pembangkang yang tidak henti-henti memburuk-burukkan kerajaan dan UMNO. Fitnah dan tuduhan melulu yang sengaja dilemparkan kepada UMNO oleh Pas yang ketiadaan isu sejak akhir-akhir ini tidak akan dibiarkan berterusan.

Pemuda UMNO sedar Pas yang kekeringan isu kini berhempas pulas untuk mengelakkan ahli dan penyokongnya meninggalkan parti itu yang sudah terpesong dari perjuangan asal mereka.Buktinya, kegiatan Pas itu dapat dilihat apabila pemimpin mereka menjadikan beberapa surau dan markas parti di daerah ini sebagai tempat untuk mendirikan solat Jumaat.

Sudahlah begitu, ditambah pula dengan kejahilan yang melampau dengan tuduhan kononnya jika menunaikan solat di surau ataupun masjid yang dibina oleh kerajaan maka jatuh hokum berdosa dan sia-sia kerana hasil dari binaan tersebut dari wang haram.

Subhanallah, fahaman yang jauh terpesong di gembar-gemburkan PAS memang tak masuk akal, nyata Pas kehabisan peluru untuk menabur fitnah hingga terpaksa melalut demi memancing rakyat menyertai perjuangan rakus mereka.

PAS sudah kembali kepada perangai lama dengan mengharamkan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti yang berlaku pada era 1970an. Penyelewengan yang dilakukan ketika memerintah dan tindakan memburuk-burukkan parti lain oleh Pas sejak kalah pada pilihan raya lalu dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar bagi sebuah parti yang mendakwa mendaulatkan Islam.

Menurut Ketua Pemuda Bahagian Besut, Hasmadi Hassan, ahli dan penyokong mereka diajak meninggalkan masjid yang didirikan kerajaan kononnya masjid ini haram untuk bersembahyang Jumaat.

Lucu dan lawak sungguh kenyataan orang-orang Pas di Terengganu ni, andaikata kalau di khabarkan pada saudara-saudara baru tentu akan memudaratkan lagi fahaman mereka yang baru mahu mengenali Islam.Oleh itu, Maijlis Agama Islam Terengganu (MAIT) wajib mengenakan tindakan pada mereka yang menyebarkan hasutan berikut.

Isu rekaan Pas akan bertambah lebih-lebih lagi pilihan raya umum semakin hampir yang menjadikan Pas gelisah untuk berdepan dengan kebenaran dan keikhlasan yang dibawakan oleh pemimpin UMNO.

Perpecahan di kalangan umat Islam berlaku kerana fatwa karut yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas bagi menegakkan perjuangan politik sempit dan bukannya untuk kemajuan agama, rakyat dan negara.

Tahap kesabaran manusia ada batasnya dan jika PAS masih memperkatakan sesuatu yang buruk dan tidak benar mengenai BN/UMNO maka Pemuda UMNO Besut tidak teragak-agak untuk mendedahkan penyelewengan pembangkang.

Ahli dan penyokong Pas boleh menilai sendiri sejauh mana pemimpin mereka memperjuangkan nasib rakyat semasa memerintah Terengganu selama empat setengah tahun bermula tahun 1999.

Bandingkan pula corak kehidupan pemimpin Pas yang kini hidup mewah tetapi sentiasa meminta ahli dan penyokong mereka berkorban harta benda untuk parti. Lebih menyedihkanlagi, ada dikalangan ahli dan penyokong Pas yang mendapat bantuan daripada kerajaan UMNO diracuni fikiran mereka kononnya bantuan tersebut haram dan tidak boleh diterima.

Rakyat tidak seharusnya ditipu dengan gelagat pemimpin Pas yang hanya mencari isu politik murahan dengan memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sekaligus mempermain-mainkan Islam.

Pembangkang seperti PAS tidak akan jelak untuk terus memfitnah dan mereka-reka cerita demi kepentingan diri sendiri. Isu-isu sebegini telah lama dimainkan PAS dan kini mereka terpaksa putarkan kembali taktik lama mereka walaupun tahu ianya tidak berkesan.
Ternyata PAS di Terengganu makin terdesak dan kian malap di Terengganu berikutan kekalahan yang dialami pada penggal yang lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2007


Perhimpunan UMNO Tetap Terbuka.
Oleh: ANAKomak


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal diadakan pada 5 hingga 9 November ini melambangkan semangat perpaduan kaum melayu khususnya dalam parti yang membela nasib orang melayu sejak penubuhannya pada tahun 1946.

Apa yang menarik adalah, perhimpunan kali ini adalah bersifat terbuka dimana ianya terbuka kepada setiap orang untuk mengikuti perkembangan perhimpunan itu semasa ia berlangsung.

Tiada sekatan liputan media maupun perbahasan perwakilan
Tiada sebarang sekatan dari segi liputan media ataupun perbahasan para perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO sekalipun ia tidak akan disiarkan secara langsung menerusi Astro seperti tahun lalu.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata para perwakilan UMNO cukup matang dan tahu apa yang boleh disentuh dan tidak.
Bercakap dalam sidang akhbar di PWTC sempena perhimpunan yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 November ini beliau menjelaskan keputusan tidak lagi menyiarkan perhimpunan itu secara langsung dibuat Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Hishammudin menegaskan pemimpin UMNO diingatkan supaya tidak menjadikan perhimpunan agung parti minggu depan sebagai medan mencari pengaruh atau meraih sokongan untuk dicalonkan pada pemilihan parti akan datang.
Pihak yang berhasrat berbuat demikian harus membatalkan niat tersebut kerana ada agenda yang lebih penting dan perlu diberi tumpuan sepanjang perhimpunan itu.
Dalam suasana pilihan raya semakin hampir, katanya, semua pemimpin di semua peringkat perlu lebih fokus dalam setiap perbahasan dan bukannya mengambil kesempatan menonjolkan diri.
‘‘Kalau itulah niat mereka (meraih sokongan) bagi saya mereka telah melakukan satu kesilapan. Pemilihan parti kita masih jauh dan masih banyak lagi agenda yang harus diberi tumpuan.
‘‘Antara yang terpenting ialah persediaan kita untuk menghadapi pilihan raya akan datang,’’ katanya.
Dalam pada itu, Seramai 2,500 perwakilan daripada 190 bahagian termasuk barisan kepimpinan parti dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO tersebut 190 bahagian tersebut akan menghujahkan usul masing-masing kecuali bahagian Jelutong yang digantung penyertaannya berpunca dari masalah dalaman.
Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menerangkan bahawa kali ini, perhimpunan akan lebih tertumpu kepada hala tuju perjuangan parti 50 tahun akan datang setelah mencapai kejayaan besar pada setengah abad pertama kemerdekaan negara. Semoga perhimpunan tahun ini mencapai sasarannya, bak kata pepatah "Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Isnin, 29 Oktober 2007

Pada 10 November 2007 ini, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang akan diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih.
Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang.

Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI). Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media. Soal pertama yang mereka gagal perjelaskan ialah kononnya pilihan raya di negara ini tidak bersih atau berlaku penipuan.

Setiap kali pilihan raya umum di negara ini akan ada kumpulan pemerhati tidak rasmi dari negara-negara maju dan juga di dalam negeri. Sehingga hari ini belum ada sebarang bukti dan dakwaan serius kononnya berlaku penipuan dalam pilihan raya. Apa yang sering dibangkitkan oleh pemerhati pilihanraya yang tidak berkepentingan politik pembangkang ialah penguasaan media oleh Barisan Nasional.

Tiada sebarang bukti mahu pun syak wasangka yang jelas untuk menyatakan berlakunya penipuan. Soal media ialah soal pemilikan. Justeru terserah ekpada pemilik media untuk menentukan tahap liputan terhadap mana-mana parti politik asalkan tidak melakukan fitnah, pembohongan dan hasutan.

Motif Apakah motif sebenar mengadakan perarakan rasaksa yang akan menghimpunkan 100 ribu orang di tengah-tengah Kuala Lumpur ini? Tujuannya ialah tidak lain dan tidak bukan untuk mewujudkan ketegangan, kekacauan dan menggugat kestabilan keselamatan negara seperti mana yang dilakukan pada 1988.

Kekalahan besar pembangkang pada 2004 menyebabkan mereka hilang arah dan semangat. Justeru perhimpunan besar seperti ini bertujuan menimbulkan semula semangat anti kerajaan, anti BN seperti yang dilakukan pada 1998 dan 1999. Mereka melihat kacau-bilau dan protes jalanan pada 1998 berjaya meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam pilihan raya. Justeru tidak ada salahnya mengulangi lagi.

Pengacau Besar Akan Turun Padang Seperti dijangka perhimpunan 100 ribu ini akan turut disertai oleh Anwar Ibrahim. Kita akan melihat sama ada beliau bersedia berarak ke Istana Negara; atau sekadar berucap di Dataran Merdeka dan kemudiannya menghilangkan diri seperti apa yang beliau lakukan 1998.
Kehadiran Anwar Ibrahim dan 100 ribu orang penyokong taksub PKR dan Pas akan memberi implikasi yang serius kepada keselamatan awam. Anwar dan Pas mempunyai rekod yang cemerlang dalam membakar emosi orang dan menimbulkan kekacauan.

Pada 1970-an, Anwar menghasut gerakan pelajar melakukan demontrasi, mogok lapar dan keganasan kononnya memperjuangkan kemiskinan di Baling. Anwar mendakwa terdapat petani di Baling mati kebuluran kerana miskin. Malangnya sehingga hari ini, Anwar dan sesiapa sahaja gagal sama sekali membuktikan wujudnya kejadian tersebut.

Pada 1998, Anwar sekali lagi berjaya mencetuskan kekacauan dan huru hara di Kuala Lumpur. Beliau menjelajah ke serata negara mempertahankan dirinya dan menghasut orang ramai bangun menentang kerajaan.

Kemuncaknya di Kuala Lumpur beliau menyampaikan ucapan berapi-apai kepada puluhan ribu pengikutnya dan menggesa mereka berarak ke PWTC dan seterusnya ke Seri Perdana. Ruang legar PWTC dimusnahkan oleh penyokongnya, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) menjadi huru hara dan akhir sekali puluhan ribu penyokongnya berkumpul di Seri Perdana untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang diberi mandat oleh jutaan penduduk Malaysia.

Dalam keadaan Kuala Lumpur yang penuh kekacauan itu, Anwar tidak pula bersama penyokongnya. Sebaliknya beliau pulang berehat ke rumah. Jika tidak ditangkap oleh Polis malam tersebut, nescaya tiada siapa tahu bahawa Anwar menyusup pulang ke rumah selepas mengarahkan penyokongnya berarak menunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.

Rapat Umum haram Umpama Bom Jangka Justeru bayangkan apa yang bakal terjadi bila 100 ribu orang berkumpul di Dataran Merdeka yang hanya sebesar padang bola itu. Apatah lagi perhimpunan ini diwujudkan atas emosi dan persepsi yang negatif. Jika Anwar dan Bersih inginkan keamanan pun mereka tidak mungkin mampu mengawal perlakuan semua orang yang hadir.

Tidak mustahil juga akan wujud kumpulan penjenayah, penagih dadah mahu pun individu tertentu yang akan menimbulkan huru hara. Bayangkan pula jika ada mereka yang tidak bertanggungjawab memulakan sengketa atau membaling sesuatu kepada pihak keselamatan yang kemudiannya akan menimbulkan tindak balas pihak berkuasa?

Malahan letupan mercun pun boleh mencetuskan panik dan huru hara dalam sekelip mata. Apakah kita mahu Kuala Lumpur sekali lagi menjadi huru hara sehingga menyuramkan perniagaan sekitarnya? Apakah majoriti rakyat Malaysia mahukan keadaan huru hara sebegini?

Perhimpunan ini tidak akan menjadi hal jika dilakukan dalam tempat tertutup seperti stadium atau dewan. Tetapi mengadakannya di atas jalan dan berarak di atas jalan raya akan mengundang pelbagai implikasi serius. Jika ini berlaku siapa mahu bertanggungjawab? Anwar? Bersih?Sumber: www.isuhot.com

Kes Klip Video: Anwar syok sendiri-Rakyat mula bosan




Kes Video:Anwar Punca Masyarakat Bosan.
‘ANAKomak menulis’



‘Orang dah bosan!’ itulah yang patut ditujukan pada Anwar dan Keadilan, termasuklah mereka yang menjadi ‘pak turut’ Anwar Ibrahim.Ini berikutan satu perjumpaan bersama rakyat yang diadakan baru-baru ini langsung tidak mendapat sambutan.

Lokasi ramah mesra yang kononnya bertemakan isu sensasi klip video itu telah di jadualkan diadakan di Taman Muda, Pandan Indah dimana kawasan yang majoriti penduduknya berbangsa cina, namun ternyata hampa kerana langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Kelihatan ketika itu hanya beberapa pengikut parti Keadilan yang boleh dikira dengan jari, sedang bosan menunggu ketibaan Anwar sehingga ada sebahagian mereka menguap letih.Apabila penulis cuba bertanya kepada salah seorang dari mereka, pukul berapakah Anwar dijangka tiba, penulis hanya terima jawapan tidak tahu dengan gambaran wajah hambar bercampur bosan.

Anwar selaku Ketua Penasihat Keadilan di laporkan akan tiba di medan selera Taman Muda pada jam 7 malam untuk sessi penerangan mengenai klip rakaman VK.Lingam dan Tun Ahmad Fairuz.Namun beliau sendiri tidak hadir tanpa sebab.

Penulis sekali lagi cuba bertanya kepada peniaga di Medan Selera tersebut mengenai kedatangan Anwar, namun jawapan sinis yang diterima kerana mereka tidak tahu-menahu akan perkara itu dan penulis disoal, siapa Anwar?

Nampak sangat Anwar tak glamour di kalangan penduduk tersebut dan jelas menjelang pilihanraya ke-12 ini, Anwar lebih peka dengan isu klip video itu kerana ianya satu potensi bagi Anwar popular dan mendapat perhatian rakyat umum dan sekaligus mempengaruhi mereka untuk mempercayai isi rakaman video tersebut.

Baru-baru ini, iaitu di hari yang sama, Anwar turut mengadakan ceramah perdana bersama-sama kroni pembangkang di Pandan Perdana. Mungkin ceramah kali ini menarik topik kutukannya kerana kali ini ceramah tersebut di hidangkan dengan tayangan klip video tersebut kepada orang ramai.

Bukan sahaja penulis tetapi semua orang pun pasti tertarik dengan temanya iaitu; ‘Krisis Kehakiman Negara’ apatah lagi sesiapa yang datang akan di sajikan dengan tayangan 14 minit klip video terbabit seperti yang dilaporkan oleh sumber penulis, tetapi wajah hampa orang ramai nyata dikesali kerana hanya 8 minit sahaja tayangan tersebut bukan 14 minit seperti yang dicanang oleh pengikut-pengikut Anwar Ibrahim.

Ternyata Anwar menggunakan isu klip video itu sebagai jalan mudah untuk meraih perhatian rakyat pada parti di bawah naungannya. Sejak dari isu ini di timbulkan sendiri olehnya pelbagai persoalan timbul. Antaranya tentang kebenaran klip video tersebut.

Tentu ramai yang mengikuti perkembangan terkini isu hangat ini tetapi sehingga kini langsung tiada perubahan pada isu tersebut melainkan suara menyalak Anwar dan pengikutnya yang tak sudah-sudah menekan kerajaan agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.

Sedia maklum, panel khas sudah dilantik untuk menyiasat kesahihan video tersebut sebelum tindakan selanjutnya tetapi sehingga hari ini Anwar Ibrahim terus-terusan menyalak agar Suruhanjaya itu ditubuhkan dan barulah dia hendak menyerahkan kesemua baki klip video berkenaan.

Lupakah Anwar? Rakyat kini sudah bosan, jelak, jemu dan menyampah dengan apa yang dilakukannya sekarang. Jika benar mahu menjadi hero dalam menegakkan keadilan, Anwar sepatutnya tahu bagaimana untuk berkerjasama dengan tiga panel dilantik dan BPR, bukannya main tarik tali sebegini.

Ketika penulis mendapatkan pandangan orang ramai yang menghadiri ceramah pada malam itu, rata-rata dari mereka mengatakan isu klip video ini adalah mainan politik Anwar Ibrahim.

Ini kerana apa yang ditayangkan adalah sama seperti yang terdapat di Internet. Padahal, mereka mengharapkan jawapan dari tayangan tersebut berbeza dan mungkin yang ditayangkan itu salinan kedua video tetapi apa yang tersiar adalah sama sahaja sejak dari mula isu ini di timbulkan.

Jelas Anwar memutar-belitkan keadaan dengan isu bodohnya itu dan orang ramai kini yakin bahawa panjang klip rakaman tersebut hanya 8 minit sahaja dan bukan 14 minit seperti yang didakwa.

Rentak tarian Anwar sudah jauh tersasar dari asal pembikinannya.Si kaki kelentong ini hampir terjerat dengan sandiwara rekaannya sendiri kelak. Masyarakat kini mula bosan dan meluat untuk menanti kebenaran isu klip video ini kerana kesahihannya langsung tidak ada.

Ingatlah Anwar, ‘berani kita kerana benar, takut kamu kerana salahnya kamu’.