MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 14 November 2007

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.
OLEH: ANAkomak

Tahun 2007 sudah hampir di ambangnya, maka tersingkaplah pula tahun baru dimana pada tahun itu nanti pastinya tahun yang di nanti-nantikan oleh semua kaki-kaki politik negara.Ketika itu jugalah kita dapat lihat keghairahan semua ahli-ahli politik dalam mencapai visi masing-masing.

Namun, belumpun ada sebarang tanda-tanda bilakah tarikh sebenar pilihanraya, sudah ramai pula pihak yang taksub bak anak kecil yang idamkan susu.Umumnya keghairahan ini dapat di lihat dari parti-parti pembangkang seperti Pas, Keadilan. DAP dan parti-parti lain.Tidak seperti parti Barisan Nasional kerana bagi para pemerhati, BN sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara.

Berbagai propaganda di wujudkan oleh puak pembangkang.Menuduh, memfitnah dan menghasut menjdai darah daging perjuangan mereka. Jika kita mengikuti ceramah-ceramah parti pembangkang pasti kedengaran mereka menyebut-nyebut tarikh hari pilihanraya.

Sekejap bulan ini, sekejap bulan itu...walhal mereka sendiri tidak tahu bila tarikh sebenar kerana pemerintah sekarang pun belum membuat apa-apa keputusan bahkan di kalangan parti BN pun tak berani nak kata apa.Usahkan nak meramal, hendak menyakinkan rakyat bila tarikh pilihanraya pun mereka tidak berani, hanya pembangkang sahaja yang tidak malu meramal itu dan ini.Siapakah sebenarnya yang tidak sabar?

Baru-baru ini, dalam satu laporan sebuah akhbar internet mengeluarkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berjanji tidak akan menaikkan harga minyak petrol sekiranya rakyat memberi mandat kepada gabungan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mencari jalan untuk mengurangkannya selain memberi jaminan untuk mengagihkan kekayaan demi kebajikan rakyat.


Bukankah kata-kata manis berunsur janji seperti itu sudah lama di mainkan oleh Pas? Janji manis bersulam dusta ini sudah jelak kita mendengarnya sejak 17 tahun yang lalu.Apakah kita hendak menerima lagi janji-janji tanpa mengotakannya? Tepuk dada tanya selera.

Demi keamanan dan kemajuan sejagat, wajarlah kita menyeru seluruh rakyat agar menolak mana-mana kepimpinan pembangkang kerana lumrah mereka yang lembut gusi dari lidah.sesungguhnya kita bersyukur dengan pembangunan negara sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Kita imbas kembali bagaimana perit jerih orang-orang terdahulu dalam memperjuangkan negara dari terus dijajah dan tergadai oleh bangsa asing.Bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tan cheng Lock dan Tun Sambanthan bersama-sama berganding bahu dalam membentuk sebuah negara majmuk yang maju.Bukankah hasil usaha dari mereka dapat kita nikmati hari ini?

Rakyat Malaysia sudah matang, pengundi-pengundi sudah masak dengan perangai dan janji-janji kosong pembangkang.Jika benar parti pembangkang boleh membangun dan membasmi kemiskinan, kenapa sehingga ke hari ini tanah serendah sekebun bunga masih di takuk lama? Apakah pemerintahan selama 17 tahun masih belum stabil bagi membentuk kerajaan maju di Kelantan? Mustahil kerajaan Pas tidak punyai dana untuk subsidi penduduk Kelantan?

Jika di kupas dan di dedah penyelewengan Pas di Kelantan terlalu banyak ceritanya.Cuma sebagai generasi sekarang dan untuk masa hadapan, kita punyai hak dan kenyakinan untuk menentukan msam depan sendiri dengan memilih kerajaan yang telus dan berwawasan demi kesejahteraan sejagat.Fikir-fikirkanlah....










Tiada ulasan: