Cuba kita baca dan ingat
semula kata-kata pujangga Sheikh Anwar Al-Juburi ini:-
“Pemimpin DAP, PAS
& Semangat 46 gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk
mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong
hanya berminat kepada kuasa dan tidak akan mengendahkan kepentingan rakyat
mahupun negara” – Anwar Ibrahim
“Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang melayu,” – Anwar Ibrahim
Dalam mesejnya kepada
pengundi pada 1995:
"Parti-Parti
pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu kehamonian. PAS dan
Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala
sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk
mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya
membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pemmbangkang.” – Anwar Ibrahim
Tapi, hakikatnya Anwar
sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ –nya untuk
menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu. Malangnya, Anwar tak kisah pun semua
itu..
Bagi Anwar, “ Perdana Menteri Di Dahulukan-Kroni-Kroni Di Utamakan “
Maka bagaimana pula dengan
sekutu yang paling digeruni dan disayangi ketika ini? Lim Kit Siang..???
“Kita tidak akan
bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi
amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh
dan kesabaran mereka ada hadnya,” – Anwar Ibrahim
Apa kata Anwar terhadap
Kerajaan BN?
“Rakyat harus
menggunakan rekod cemerlang kerajaan BN untuk mengukur sejauh mana kecekapan
kerajaan BN mentadbir Negara.” – Anwar Ibrahim
Tidak seperti
pembangkang yang suka membuat janji kosong. Negara dibawah BN, dihormati di
seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur
seperti Pembangkang!,” – Anwar Ibrahim
Kini...Anwar Ibrahin yang sudah menjadi warganegara yang
tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat
politiknya. Bersahabat dan bersubahat denga mereka yang pernah dituduhnya
sendiri dengan pelbagai label.
Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa
Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia.
Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya: PENGKHIANAT BANGSA!!
Inilah wajah sebenar Anwar
Ibrahim. Pengkhianat Nombor 1 Negara. Perosak Bangsa yang utama. Sanggup
lakukan apa saja demi memuaskan nafsu serakahnya untuk menjadi PERDANA
MENTERI...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan