MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 13 November 2007

Video Lingam:Anwar Main Tarik Tali, Timbul Isu Untuk Balas Dendam Pada Tun?





Isu Video Lingam: Anwar main tarik tali sebab dendam dengan Tun Mahathir?
Oleh: ANAKomak


Penyiasatan yang dijalankan sejak panel khas ditubuhkan, kini bertemu titik penyelesaiannya apabila pembentangan laporan siasatan klip video tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

Kalau sudah sampai ke kabinet nampaknya dalam sedikit masa lagi kita akan dapat mengetahui keputusan rasmi samada klip video perbualan peguam VK Lingam yang didakwa mengatur lantikan hakim itu dikira sahih atau tidak.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para wartawan, beliau sudah mendapat laporan daripada panel khas yang dianggotai oleh tiga orang yang dilantik untuk mengkaji kesahihan klip video yang didedahkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu.

Perdana Menteri berkata, laporan panel itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet. Tiga anggota panel iaitu, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar telah menyiapkan laporan yang dinanti-nantikan itu pada 6 November lalu.

Walaupun pelbagai cerita, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dalam usaha mengesahkan kesahihan rakaman video terbabit, ramai orang tahu dari segi teknikalnya ahli panel berkenaan, belum mendapat keseluruhan 14 minit klip video yang didakwa dirakam di rumah VK Lingam pada tahun 2002.

Ini ditambah dengan kebaculan tanpa sebab munasabah oleh orang yang telah membongkar isu tersebut di mana beliau 'dayus' untuk membuktikan kebenaran dengan berkerjasama menyerahkan bukti tuduhan yang di lemparkan kepada panel khas kes tersebut dan mengingkari arahan BPR.

Pada permulaannya, Anwar mendedahkan klip video itu selama lapan minit sahaja dan kemudiannya baru-baru ini 10 saat lagi isi rakaman tersebut di tayangkan.Dakwanya baki klip video perbualan itu tidak dapat didedahkan kerana si pemberi maklumat bimbang keselamatannya tidak terjamin.

Ternyata Anwar cetek pemikiran, mustahil Anwar ni jahil dalam hal-hal undang-undang? Alasan untuk tidak menyerahkan baki klip video itu sungguh tidak munasabah apabila mengaitkan saksi tidak yakin akan keselamatannya. Saksi takut atau Anwar sendiri yang dah hilang telur? Bacul dan tahap dayusnya pada kebenaran terserlah pada pandangan umum.

Biarpun bekas banduan itu terus bertegas mendakwa orang yang berbual dengan VK Lingam adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, siapapun sukar nak percaya. Setakat menuduh, budak tadika pun pandai menuduh!!

Usaha Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang turut menyiasat kes berkenaan dan cuba untuk mendapatkan baki klip video itu dari Anwar juga gagal, sekalipun ternyata Anwar tertakluk di bawah akta yang mewajibkannya menyerahkan baki klip video tersebut.

Apakah rumusan muktamad panel bebas dan keputusan kabinet mengenai isu ini pasti menarik perhatian ramai?
Yang jelas disini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menjaga portfolio undang-undang berulangkali menegaskan bahawa tanpa rakaman asal klip video itu, ia dikira tidak ada kes. Malah pihak BPR sendiri menyatakan pendirian yang sama.

Mereka yang faham sangat tentang prosedur perbicaraan di mahkamah pun tahu semua bahan bukti yang sahih sahaja yang boleh diterima mahkamah sebagai barang kes. Jadi apa kesudahannya pada barang bukti yang ‘separuh’ dalam isu dakwaan klip video perbualan VK Lingam ini?

Sumber yang mahir tentang kes-kes seperti ini turut berkata pihak panel dan kerajaan tidak boleh dipersalahkan jika ia memutuskan klip itu tidak sahih. Walau apa sekalipun orang nak dakwa tentang klip video itu, soalnya siapa yang nak tentukan kesahihannya tanpa klip asal?

Kalau bawa ke mahkamah pun tak laku...Apatah lagi para pemerhati politik menduga isu klip video ini akan berlarutan begitu sahaja menjadi isu politik pihak pembangkang untuk pilihanraya umum akan datang.

Isu tarik tali sebegini lumrah permainan Anwar. Malah Anwar sendiri tidak menyembunyikan hasratnya untuk memanjangkan hal ini bagi menarik perhatian orang ramai. Buktinya apabila ditanya mengapa mendedahkannya secara sikit-sikit begini, Anwar berkata ia adalah 'game plan' mereka termasuk untuk ‘buka mata’ orang ramai. Dakwanya lagi jika didedahkan serentak kesemuanya, ada kemungkinan kerajaan akan kata semuanya itu tidak benar.

Sebaliknya betul ke tak betul klip video itu sahih ataupun tidak, bukanlah motif utama kerana sebenarnya ia lebih merupakan isu antara Anwar dengan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana semua dakwaan berhubung klip video itu berkisar sebelum Pak Lah mengambilalih pentabiran negara?

Sayang... rakyat tidak berpeluang nak dengar apa kata bekas Perdana Menteri itu mengenai dakwaan Anwar ini kerana masalah kesihatannya.

Tiada ulasan: