MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 8 April 2008

PAS Dicemari Isu Babi?

Oleh: ANAKomak

Jika dahulu PAS begitu lantang membicarakan isu babi di Melaka, bagaimana pula dengan isu rampasan tanah yang dilakukan oleh sekutu mereka, PKR dan DAP yang kini semakin rakus untuk berbakti kepada tanah dengan memperluaskan lagi ternakan babi di Selangor.


PAS dengan mudah menabur janji, bahkan PAS kini sudah lupa pegangan dan perjuangan mereka sebenarnya.
Tanpa sedar, hari ini kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim telah meluluskan rm100 milion dana bagi ladang penternakan babi di negeri ini.

Relevannya, jika PAS masih berpegang kepada prinsip Negara Islam mereka, mengapa tidak diserang sahaja Khalid yang bertindak sedemikian? Apakah PAS dibawah kuasaan Hadi Awang sudah hilang taring terhadap ‘pakatan rakyat’ mereka ini?


Sesungguhnya kita tidak hairan jika PAS bacul untuk menindas perbuatan keji Khalid kerana PAS di Selangor umpama melukut ditepi gantang sahaja. Masakan tidak! Sedangkan kita tahu Anwar Ibrahim kini telah memujuk PAS agar hentikan sahaja niat menubuhkan Negara Islam dan jawapan yang diterima ialah anggukkan Hadi Awang.


Keperibadian PAS sendiri diconteng oleh pemimpin mereka dan mustahil dalam hal terbaru di mana kerajaan campuran Selangor kini sedang mengganas dengan merobohkan premis-premis milik orang melayu tanpa usul periksa tetapi rundingan damai pula dilakukan terhadap penternak-penternak babi.


Di manakah suara perjuangan PAS ketika ini? Adakah sudah ditenggelami dengan sogokan PKR yang ternyata berbeza ketika PAS gah dan lantang mengutuk, memaki dan menyalahkan kerajaan Melaka satu ketika dahulu?


Pas sudah tidak relevan dan sudah tidak sepatutnya wujud lagi di arena politik kerana perjuangan mereka adalah perjuangan palsu dan sia-sia.PAS kini mengikut telunjuk Anwar Ibrahim agar PAS menamatkan manifesto kebajikan, melupakan matlamat sebuah Negara Islam dan menyokong penuh ladang babi diperluaskan.


Di manakah hala tuju PAS yang sebenar? Kebiadapan PKR dan DAP yang menyelar niat murni PAS untuk mewujudkan Negara Islam telah dipandang remeh dan dihina secara terang-terangan.Jika begini kesudahan PAS, wajarlah kita menolak sahaja kewujudan PAS di Negara ini kerana tiada sekelumit pun nawaitu mereka mempertahankan hak Melayu dan Islam.


Jika begini persepsi PAS di Selangor, sia-sialah rakyat memberi mandat kerana hanya bertuankan Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim maka Pas Selangor perlu dikuburkan..

Isnin, 7 April 2008


PAS TERTIPU LAGI OLEH PKR!!


Hari ini PAS hanya mampu membisu dan bersetuju dengan kerajaan PKR yang telah meluluskan ladang pembiakkan Khinzir ( babi ) dengan jumlah peruntukan yang begitu besar sebanyak RM100 juta untuk diternakan di negeri Selangor. Jika dahulu PAS merupakan parti yang paling lantang sekali mengkritik akan isu pembiakkan khinzir (babi) ini kerana ianya pasti akan mencemarkan alam sekitar terutama sekali sungai dan udara yang akan dicemari dengan air najis dan juga udara yang tidak bersih dengan bau najis khinzir (babi).

Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Bayangkanlah jika peruntukkan sebanyak RM100 juta kepada ladang ternakan ini , berapa banyak khinzir yang akan membiak dan tentu sekali akan memberikan kesulitan kepada penduduk berhampiran dan kepada sungai yang mengalir sepanjang negeri Selangor.

Selain itu juga di khuatiri penyakit JE yang akan merebak, kerana jika terlalu banyak Khinzir, penyakit ini akan mudah merebak. Kerajaan Barisan Nasional pernah menutup dan membunuh banyak Khinzir dan terpaksa menerima tentangan dari penternak Khinzir demi keselamatan rakyat dan kerajaan sanggup menjadi tidak popular dengan penternak Khinzir demi menyalamatkan keadaan yang tidak sihat jika sekiranya ladang-ladang ini dibiarkan bebas tumbuh bagaikan cendawan. Tetapi PKR pula pada pilihanraya yang lalu sanggup berjanji kepada penternak ini supaya mereka akan jadi popular dan meraih undi dari mereka.

Hari ini PKR terpaksa melaksanakan janji yang telah mereka buat untuk meraih undi dari penternak-penternak Khinzir bagi mengundi mereka pada pilihanraya yang lalu. PKR terpaksa menunaikan janji mereka untuk memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta seperti yang telah mereka janjikan walaupun apa yang dilakukan oleh PKR adalah bertentangan dari kehendak rakyat negrai Selangor. Inilah hadiah yang paling istimewa terutamanya kepada orang Melayu khusunya ahli PAS yang tertipu dengan PKR di negeri Selangor.

Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini,kerajaan negeri sepatutnya memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat
Isu haram bukan lagi isu yang akan disentuh lagi oleh PAS kerana PAS kini berada dalam keadaan dimana mereka hidup untuk memimpin dengan mereka-mereka yang tidak mengenal hukum haram dan halal.



PAS terpaksa menyesuaikan diri mereka tanpa menyentuh isu-isu yang sensitif mengenai agama kerana PAS kini bersubahat dan berkongsi kuasa dengan Parti yang tidak mengiktirafkan Islam.Kesemua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berka ta, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar.


"Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.

Ramai yang berpendapat wang RM100 juta itu adalah satu pembaziran kerana ia hanya melibatkan satu bangsa sahaja. kita tidak septutnya melayan kehendak satu bangsa sahaja kerana wang RM100 juta itu adalah wang rakyat dan termasuk wang kita. Dalam secara tidak sengaja kita juga telah menyumbang dan mebantu mereka untuk membiak Khinzir (Babi).

Kami menyeru agar bangsa Melayu untuk bangun untuk menentang projek kerajaan negeri Selangor ini kerana ianya amat memalukan dan merugikan.Kita tidak seharusnya berdiam diri dan melihat sahaja akan ke pimpinan kita yang kian lupa diri dan melakukan satu tindakan diluar kehendak pengundi yang mengundi mereka dahulu.

Sila Layari: www.kpmu.net

Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta

Rakyat Selangor bantah -Isu projek ternakan babi RM100 juta

Petikan dari akhbar:

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM 7 April – Pengumuman kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang dianggap mengejutkan dan ditentang orang ramai.

Hampir kesemua mereka yang ditemui tanpa mengira keturunan tidak bersetuju ladang penternakan itu dibina di negeri Selangor yang telah mendapat status negeri maju ini.
Syahril Shawaluddin, 26, seorang kerani yang bertugas di sini berkata, pembinaan ladang penternakan ini walaupun dibina dengan teknologi moden sekali pun pasti akan mengundang masalah.


Beliau berkata, ia juga melibatkan sensitiviti masyarakat setempat di Sepang yang pastinya akan menghadapi kemungkinan dan risiko wabak penyakit seperti yang pernah berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka.

‘‘Ia agak mengejutkan. Saya tidak setuju dengan apa yang kerajaan Selangor nak lakukan ini dan saya minta jangan mencemarkan negeri Selangor,” katanya.

Ahli perniagaan, Azwandi Amiruddin, 29, pula ingin tahu apa niat sebenar kerajaan negeri mahu membina ladang penternakan babi ini sama ada kerana kepentingan politik atau kepentingan rakyat.

Selain itu, beliau juga ingin tahu adakah kerajaan negeri melihat kebaikan atau keburukan projek ini dan sudahkah perbincangan mengenai isu sensitiviti rakyat serta pencemaran yang bakal berlaku telah diambil kira.

‘‘Sebagai kerajaan baru pastinya mereka mahu menunjukkan contoh yang baik tetapi adakah langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil kira sebelum mereka meluluskan projek ini?
‘‘Saya harap kerajaan negeri dapat memberikan penjelasan yang adil kepada rakyat,” katanya yang menetap di sini.


Normadi Awaluddin, 40, pula meminta kerajaan negeri dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak hanya menjaga kepentingan politik dan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan membelakangkan rakyat.

Katanya yang merupakan seorang pengusaha gerai makanan, banyak lagi projek-projek lain yang boleh dibuat untuk kebaikan rakyat selain ladang penternakan babi jika benar kerajaan negeri benar-benar mahu mengambil hati rakyat Selangor.

‘‘Sudah tentu saya yang menetap di Selangor ini tidak bersetuju jika negeri yang maju ini kelak dicemari pencemaran dan kekotoran.

‘‘Saya berharap kerajaan negeri agar pertimbangkan suara rakyat seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

‘‘Takkan Malaysia yang merupakan negara Islam mahu dikenali sebagai pengeksport babi moden pula,” tambahnya.

Bagi pembantu tadbir kewangan, S. Vijayalakhsmi, 27, beliau memang tidak bersetuju kerajaan negeri Selangor menternak babi secara besar-besaran di Sepang ataupun mana-mana tempat lain.

Katanya, sudahlah binatang itu tidak bersih, penternakannya juga pasti akan menyebabkan berlaku rasa tidak senang kepada penduduk di kawasan berdekatan.

‘‘Di Selangor memang sudah ada penternak babi, takkan tak cukup lagi. Tolong jangan cemari negeri maju ini kerana yang susah dan tak sihat nanti tentunya rakyat,” katanya.

Kata-kata Vijayalakhsmi disokong oleh jurujual sebuah farmasi, Lim Poh Lian, 40, yang berpendapat tidak perlu ada ladang ternakan babi yang besar kerana yang ada sudah mencukupi.

‘‘Saya memang makan daging babi juga tapi tidak payah hendak bina ladang besar kerana pasti sukar untuk kawal bila dah berlaku pencemaran nanti.

‘‘Saya juga kasihan dengan penduduk setempat di mana projek itu dijalankan pasti kebersihan tempat mereka akan terancam dan risiko penyakit juga senang dapat,” katanya.

Nantikan Sinambungannya....
Anwar Yang Gelojoh

Oleh: Maulana Purnama
Layari: www.suaralantangjejaka.blogspot.com

Cakap-cakap untuk menubuhkan kerajaan persekutuan Barisan Rakyat (BR) dalam penggal ini, tanpa melalui pilihan raya umum adalah membimbangkan.
Kegelojohan ahli politik sememangnya merisaukan walaupun sifat itulah yang mendorong kepada pencapaian kemenangan bagi mereka secara mengejutkan dan dalam waktu yang singkat.

Pada tahun awal 80-an, ketika Yang Dipertua PAS masa itu, Allahyarham Dato' Asri Muda sedang berkira-kira hendak mencari pemimpin baru bagi partinya, sudah tentu dengan sendirinya beliau mengharapkan Anwar Ibrahim.

Masa itu nama Anwar sebagai tokoh muda yang mahu membawa perubahan sedang meningkat naik. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu memberi harapan baru kepada negara, khususnya di kalangan orang Melayu dan Islam tentang masa depan lebih cerah.

Allahyarham Tun Razak juga pernah mempelawa beliau untuk menyertai pihak kerajaan sebagai pemimpin belia yang boleh menyumbang awal kepada negara. Anwar menolak kerana hatinya berada di pihak pembangkang.

Hubungan rapat ABIM dan PAS meletakkan kemungkinan Anwar akan memimpin parti Islam itu. Maklumlah PAS sedang menghadapi ketandusan kepimpinan dan kehadirannya dalam BN tidak begitu disenangi oleh ahli-ahli dan barisan kepimpinan juga sudah kelihatan letih, dan mencari orang yang segar.

Tetapi menjelang pilihan raya tahun 1982, politik Malaysia dikejutkan dengan penyertaan Anwar ke dalam Umno. Inilah bermulanya siri kejutan oleh Anwar yang terus menggoncang politik negara, mungkin sepanjang hayatnya. Banyak penyokong PAS dan gerakan Islam umumnya dirasakan dikhianati. Dengan sendirinya ABIM turut menyebelahi Umno dan keadaan ini mendorong kepada pemberontakan yang akhirnya mengeluarkan Asri daripada PAS.

Beliau kemudian menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM), membawa HAMIM ke dalam BN, akhirnya beliau juga menyertai Umno. Memanglah Anwar enggan menyertai PAS kerana parti itu tidak mampu untuk memerintah negara kerana bentuknya yang tidak pelbagai kaum dan agama. Tetapi andai kata Anwar memimpin PAS, keadaan itu tentunya berubah dan negara menjadi berbeza daripada apa yang pada hari ini.

Dalam Umno, Anwar naik dengan cepat. Beliau melakukan banyak kejutan. Dengan cepat belaiu menjadi ketua Pergerakanb Pemuda Umno. Daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran.

Dalam parti, beliau jadi Naib Presiden dan kemudiannya Timbalan Presiden, melalui usaha yang tidak pernah dilakukan dalam Umno, meminggirkan Allahyarham Ghafar Baba melalui penubuhan Team Wawasan, terdiri daripada Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Muhammad Muhd Taib dan Rahim Thamby Chik. Di pihak pergerakan Wanita ialah Zaharah Sulaiman.

Apabila Indonesia diselubungi geraan Reformasi, Anwar juga melancarkan Reformasi dalam Umno. Dengan penyataannya di Johor, di depan Ghani Othman, beliau pasti dilihat sebagai mencabar Mahathir Mohamad.

Memang Malaysia sering mengikut jejak Indoensia dalam politik, tetapi ia bergerak jauh lebih lambat. Apabila Indeonsia mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 1945, pejuang-pejuang nasionalis di Tanah Melayu juga bersemangat dan menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), parti politik pertama orang Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1946. Pemimpin utamanya ialah Pak Sako, Dr Burhanuddin Al-Hilmy dan Ahmad Boestamam.

Tetapi Tanah Melayu hanya mencapai kemerdekaan 12 tahun kemudian iaitu pada tahun 1957. Ia dicapai bukan oleh PKMM tetapi Perikatan Umno-MCA-MIC. PKMM yang pada mulanya turut bergabung dalam Umno telah keluar daripada gabungan itu.

Dalam Malaya Merdeka, Pak Sako menjadi ketua Parti Buruh Malaya, Dr Burhanuddin ketua PAS dan Ahmad Boestamam ketua Parti Rakyat Malaya. Parti Buruh dan Parti Rakyat bergabung dalam Front Sosialis atau Barisan Sosialis (FS). PAS dan FS adalah barisan pembangkang yang kalah teruk dalam pilihan raya tahun 1964 apabila mereka menolak gagasan Malaysia, dengan menyebelahi Indonesia.

Maka dalam tahun 1998 walaupun Anwar cuba membawa reformasi ke Malaysia, beliau gagal dengan padah yang besar. Reformasi yang dilaungkan pada tahun itu iaitu sama waktu dengan di Indonesia ditolak oleh Umno dan gagal pada tahun 1990.

Hanya lapan tahun kemudian, iaitu dalam pilihan raya umum ke-12, gagasan beliau diterima apabila Barisan Rakyat dapat menafikan majoriti dua pertiga BN. Sekali lagi beliau melakukan kejutan.

Tetapi ahli politik tidak wajar gelojoh. Tunggulah pilihan raya akan datang. Yang membawa reformasi pada masa akan datang tidak semestinya beliau. Tetapi beliau telah membuka ruang.
Pemimpin PAS, DAP dan KeADILan yang asalnya PRM juga sudah masak dengan perangai Anwar. Tentunya Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang dahulunya Presiden PRM sudah lama mengenali Anwar sejak zaman universiti lagi apabila Anwar dan mahasiswa berada di jalan raya berdemonstrasi.

Anwar hampir sampai ke puncak dalam Umno tetapi gagal kerana salah perhitungan yang berakibatkan keadaan yang dahsyat. Bukan saja beliau rugi tetapi juga rakyat dan negara.
Maka ketika berada di puncak sebagai pemimpin de facto bukan saja KeADILan tetapi juga Barisan Rakyat, Anwar ternyata gelojoh. Banyak pelajaran telah diperoleh daripada apa yang berlaku sejak dua dekad lalu. Janganlah memgulangi kesilapan.

Ahad, 6 April 2008

Ku Li Punca UMNO Kalah di Kelantan
Mahathir Punca Pecah Belah Ahli UMNO written by: M.H Mizie




Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah supaya "melihat diri sendiri" kerana beliau pernah menjadi punca kekalahan parti itu di Kelantan pada 1990.Malah, tegas presiden Umno, salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan parlimen Tengku Razaleigh juga jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Calon BN di Galas, Saufi Deraman, gagal mempertahankannya dan tewas kepada calon PAS Che Hashim Sulaiman.Che Hashim menang dengan majoriti 646 undi. Pada 2004, Saufi menewaskan Che Hashim dengan majoriti 1,729 undi.Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN - Galas, Nenggeri dan Paloh. Tengku Razaleigh berjaya mempertahankan kerusi parlimennya itu dengan majoriti 4,394 undi berbanding 6,598 pada 2004.

Dalam pilihanraya umum 1990, Tengku Razaleigh yang ketika itu menjadi presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) telah menyertai barisan pembangkang yang dikenali Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama PAS dan Berjasa.S46 merupakan parti serpihan Umno yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh apabila Umno diharamkan akibat krisis selepas beliau gagal menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno pada 1987.

Perhimpunan khas APU berjaya merampas Kelantan dari BN, PAS dan S46 kemudian menubuhkan kerajaan campuran di negeri tersebut.Bagaimanapun, Tengku Razaleigh kembali ke pangkuan Umno selepas pilihanraya umum 1995 selepas S46 dibubarkan apabila beliau dan Dr Mahathir saling maaf-bermaafan.

Menjawab soalan di sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua penerangan Umno bahagian di ibu negara hari ini, Abdullah berkata, Tengku Razaleigh pernah dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, tetapi beliau juga gagal mengembalikan negeri itu ke tangan BN.Presiden Umno juga kecewa kerana beliau dimaklumkan bahawa Tengku Razaleigh "tidak membantu" Umno Kelantan dalam pilihanraya umum lalu.

Jumaat lalu, Umno bahagian Gua Musang mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum ke-12 dan meluluskan usul menggesa parti itu mengadakan perhimpunan agung luar biasa (EGM) bagi membincangkan isu yang sama, serta mencadangkan beberapa pindaan perlembagaan, termasuk memansuhkan kuota pencalonan jawatan atasan parti.

Tengku Razaleigh juga telah menyatakan hasratnya bersedia dicalonkan bertanding jawatan presiden menentang Abdullah dalam pemilihan Umno Disember depan.Abdullah juga berkata, beliau tidak faham sikap Dr Mahathir yang seolah-olah bersikap "berdolak-dalik" dalam pendiriannya terhadap kerajaan dan pembangkang.'Keluar arahan'"

"Apabila kita (Barisan Nasional) menang besar dalam pilihanraya umum 2004, beliau kata ini kuat sangat, tak elok, mesti ada pembangkang, seolah-olah beliau dapat terima pembangkang sepanjang masa," kata Abdullah.

"Apabila pembangkang naik (menang besar), saya ingat beliau nak merayakannya, (tapi), beliau hentam kita balik..."Mengapa boleh jadi begini, nampaknya menang banyak pun tak boleh... sikitpun tak boleh...(jadi) apa yang boleh?" tegas Abdullah lagi.

Selain itu, kata Abdullah, beliau juga didakwa terlalu berkuasa sehingga ahli kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno tidak berani bersuara, sedangkan menurut beliau lagi, pelbagai sekatan dan arahan dibuat oleh Dr Mahathir sewaktu masih berkuasa."

Kononnya zaman saya tidak ada kebebasan, semua orang takut. Tetapi depa kata (kepemimpinan) saya lembik tapi (ada) orang takut kat si lembik - seolah-olah dalam kabinet, (menteri) bodoh belaka, (menantu saya) Khairy (Jamaluddin) seorang yang pandai yang menentukan segala-galanya."

Tuduhan-tuduhan yang tidak ada batas… hentam begitu sahaja. Apakah pada masa dulu (era Dr Mahathir) tidak ada sekatan-sekatan tertentu…

"Bila Dr Mahahtir mengambil alih jawatan daripada Tun Hussein (Onn), saya tahu reporter semua dipanggil jangan memberi liputan berita kepada Tun Hussein, jangan tunjuk gambar Tun Hussein. "Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab saya tahu, bukan saya tak tahu," katanya.

Dalam operasi besar-besaran tangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 yang digelar Operasi Lalang, lebih 100 ahli politik termasuk tiga pemimpin Pemuda Umno dan aktivis ditangkap.

Menurut Abdullah lagi, pada zaman Dr Mahahtir, arahan dibuat dari masa ke semasa agar orang tertentu tidak dipilih.Kini, katanya, ahli-ahli umno sudah berani bercakap memberi pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku masa dulu ketika Dr Mahathir masih berkuasa.
Pesanan dari seorang melayu kepada seorang melayu..

JeJaka Lantang menulis...

Setiap kali ada kelahan typical for human being to find something to blame. Kekalahan mereka adalah kesalahan dari pihak lain. Ini adalah pandangan yang akan meninggal kan kita kebelakang.

When something goes wrong we should analyze what we did wrong and try to improve it. Instead of this race propaganda and all the blame game, why can't we try to improve ourselves instead?
Something weird about Malays is that their focuses are always on their privileges. Pada mereka just because they are Malays they expect all the privileges instead of work for it and memajukan bangsa sendiri.

That's why we are still dependent on the government over most things. Bangsa Melayu is not spread out in the world. They either come from that area or have lived there forever or few that live in other places for work. But Chinese they are everywhere in the world finding their own fortune and make something out of their life and their race.

We are not a nation state. We are a multi cultural state and with globalizations lots of people migrate everywhere and the socio cultural and economic is turning into 1. We should embrace that instead because we have been having that cultural mix longer before globalizations.

Focusing on why the other race nak take over and menindas kita sahaja will make us loose the battle. Globalizations are inevitable. Selalu fikir yang orang lain nakkan hak kita aje, but how do we defined what is hak kita and what is not.

Even in Islam, dunia ini is just a loan from Allah. It is nobody's land. We do need the immigrants for our labor market if we need to develop our country and again we must remember that they are still human being and we have to respect their human rights. But then again just because we came to this country first that doesn't mean we are the master they are the slave.

When it comes to the Chinese, they have worked hard to play their part in developing the country together. In fact we can say a lot of the tax money which are used to develop the country came from big Chinese company and because some of them are millionaires, recognize by the world, indirectly Malaysia is recognize by the world as well.

Instead of using that against us why can't we use that to our advantage and work together and learned from them? If we learn to work for something instead of expecting all the privileges then we might be able to buy all that expensive houses, like the one they build for the Chinese.

Please stop all the propaganda. It won't bring anybody any good. Live in peace and majukan diri sendiri untuk negara instead. Demi maruah bangsa kita sendiri, peliharalah kita punya Rukun Negara.

Rabu, 2 April 2008

Pemuda dihalau, bangkit isu Anwar

Pemuda dihalau, bangkit isu Anwar

Fathi Aris Omar Apr 1, 08 2:23pm

Seorang ketua pemuda Umno dibawa keluar dari majlis forum anjuran kumpulan penyokong parti ketika beliau cuba membangkitkan persoalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Belum sempat menghabiskan pertanyaannya, Hasnizan Adham (foto kanan) disorak kuat sehingga gagal bersuara lagi di tengah-tengah laungan "keluar, keluar".

Pemimpin peringkat cawangan itu terus dibawa ke luar pagar kawasan hotel tersebut, tempat berlangsung forum yang melibatkan tokoh-tokoh popular Umno - ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir.

Forum bertajuk 'Umno Pasca Pilihanraya ke-12: Satu Penilaian', anjuran MyKmu.net disusuli ucapan dan sesi soal-jawab dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Turut serta sebagai pembicara, ketua penerangan Umno Johor, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi.
Kira-kira 1,000 penyokong parti itu menyertainya - termasuk 300 di luar dewan dan lobi hotel.

Suasana tidak menentu dan hingar-bingar selama beberapa minit sehingga peserta-peserta yang berang dengan soalan itu, termasuk menjerit-jerit dan memaki hamun, berjaya ditenangkan.

Pihak penganjur yang kesal dengan kejadian itu berkata jika keadaan semakin buruk, mereka tidak akan menganjurkan lagi program seumpama itu pada masa depan.
Suasana tegang mula kedengaran sewaktu sewaktu Dr Mohd Khir memberikan jawapannya, mengulas isu-isu di Selangor.

Walaupun tidak jelas maksud sebenar persoalan yang cuba dibangkitkan Hasnizan (foto kiri: beliau dibawa keluar), dipercayai beliau cuba mengulas dan bertanya isu yang dibangkitkan oleh bekas menteri besar Selangor itu ketika menganalisis ketewasan Umno.
Dr Mohd Khir berkata Umno dan BN mengalami krisis dan pertukaran kepemimpinan dalam tempoh 10 tahun sekali, bermula kekalahan teruk pada 1969 dan rusuhan kaum.

"Akibat kekalahan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membantu ekonomi khususnya orang Melayu," katanya.

Umno juga, tambahnya, membuat pertukaran kepemimpinan pada 1981 selepas krisis politik hujung 1970-an, dan kemudian diikuti pertembungan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah dengan presiden waktu itu Dr Mahathir pada hujung 1980-an.

Krisis dalam Umno muncul lagi, kata Dr Mohd Khir, pemecatan Anwar pada 1998 dan kemunculan gerakan reformasi dan kini parti itu berdepan krisis susulan ketewasan mengejut dan besar-besaran dalam pilihanraya umum lalu.

"Formula mana yang kita mahu guna? Formula 1969 atau formula 1999?" katanya lagi.

Dalam pilihanraya 1999, BN mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh ke tangan PAS dan parti itu mula membuka langkahnya ke Perak, Pahang, Perlis dan Selangor.

Dalam sesi soal jawab, Dr Mohd Khir sendiri diganggu oleh peserta sehingga beliau menyebut beliau tahu ada percubaan pihak tertentu cuba merosakkan majlis tersebut.
Nama Anwar juga muncul sewaktu Dr Mohd Fuad menceritakan pengalaman Dr Mahathir cuba menganalisis ketewasan Umno pada pilihanraya umum ke-10.

Menurut ahli parlimen Batu Pahat itu, bekas presiden Umno memanggil mesyuarat tertutup yang dihadiri sekumpulan kecil pemimpin atasan dari setiap negeri, termasuk beliau sendiri, dan membentangkan pandangannya.

Katanya, Dr Mahathir mengakui secara jujur bahawa bekas timbalannya itu menjadi faktor utama kemerosotan teruk undi Umno, selain parti itu kehilangan pengaruh dari kalangan pengundi muda, kakitangan kerajaan dan ulama.

Ahad, 23 Mac 2008

PENGAKUAN SEORANG KAWAN.......


PENGAKUAN SEORANG KAWAN

Anwar Ibrahim seorang penipu! Malahan, sanggup menikam kawannya sendiri.

Sabtu, 22 Mac 2008

Ku Li Buka Pekung Sendiri Apabila Tamakkan Kuasa


Ku Li Buka Pekung Sendiri Apabila Tamakkan Kuasa


oleh: H.M. Mizie




Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini menyifatkan langkah Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden parti itu sebagai satu usaha ‘menangguk di air keruh’.

Mereka juga menganggap tindakan bekas Menteri Kewangan tersebut sebagai tidak sesuai pada masanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengukuhkan semula kedudukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Gara-gara keputusan PRU-12 yang lalu, ramai pula sukarelawan dari kalangan ahli politik yang beria-ia menghulur pandangan dan kreativiti masing-masing dalam memastikan kekuatan parti bertambah kuat.

Dari kelancangan pemimpin muda sehingga ke pemimpin tua, masing-masing sibuk menyuarakan hasrat hati untuk membantu memulihkan parti yang kononnya sedang berada di tahap goyah.

Jika sebelum ini, Mukhriz di lihat biadap dengan kelantanganya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, namun kelantangan beliau itu di lihat sebagai keceluparan yang sia-sia.Malah, desakan agar tindakan tatatertib pula membelenggu Mukhriz apabila suara Ketua Pemuda Umno pula dengan lantang menyelar tindakan Mukhriz.

Kini, seorang lagi ahli yang gila kuasa dan pangkat menyatakan hasrat hatinya untuk membaik-pulih parti Umno sekaligus merampas takhta dan kuasa pemerintah Negara.

Jelas, nawaitu sumbang Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menawarkan diri secara terbuka untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan UMNO akan datang, mempunyai maksud tersendiri.

Hasrat beliau itu turut dipandang sinis oleh ahli yang seangkatan usia beliau sendiri dan komen yang menyindir menjadi habuan Ku Li ketika ini.

Veteran UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat (gambar) berkata, ini kerana semua pihak kini perlu memikirkan langkah untuk memperkukuhkan parti dan pertandingan itu dikhuatiri menyebabkan perpecahan.

“Hasrat untuk bertanding adalah hak beliau, tetapi kita kena fikir juga soal penyatuan Melayu kerana ini adalah masa untuk bersatu dan mengelakkan perpecahan,” kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan tawaran Tengku Razaleigh bagi menerajui UMNO. Sebaliknya, menurut beliau, apa yang penting pada masa ini ialah untuk membincangkan terlebih dahulu permasalahan serta masa depan orang Melayu dan UMNO.

Sebagai orang Melayu kita perlu melihat secara positif dan mengikis sentimen takutkan perpecahan setiap kali wujud perebutan jawatan dalam parti.Jadi tidak usahlah kita yang berteduh di bawah panji yang sama, terhegeh-hegeh untuk menyibuk dalam urusan yang hanya membenarkan kita menyokong dari belakang.

Sebagai ahli parti, seharusnya kita bersatu bagi memupuk perpaduan kaum, berkhidmat memenuhi kepentingan rakyat dan bersetia kepada parti yang kita dokong sejak penubuhannya lagi.

Isnin, 25 Februari 2008

Anwar Perisik Yahudi


Anwar-Perisik Yahudi Untuk Bankrapkan Malaysia


Oleh:SuaraJejakaLantang

Empat tahun terbelenggu di dalam penjara, mungkin menjadi sebab kenapa Anwar Ibrahim semakin ‘nyanyuk’.Anwar kini sekali lagi cuba mengulangi apa yang telah dia lakukan di Ijok suatu waktu dahulu.

Anwar kini dalam usaha meracuni fikiran rakyat Malaysia dengan berjanji yang bukan-bukan…antaranya menyokong manifesto PAS yang ingin mewujudkan sebuah Negara kebajikan.Tentu sekali kini, Anwar melibatkan dirinya bersama-sama PAS bagi mencapai impian karut untuk mencipta ‘Negara Kebajikan’.

Kita jangan leka, jangan lupa di mana janji sebeginilah yang ditabur Penasihat ‘mata lebam’ini sewaktu pilihanraya kecil DUN Ijok dahulu..Anwar berjanji bermacam-macam kepada penduduk Ijok termasuklah janji manis beliau terhadap teman sejati beliau sendiri, Datuk S.Nallakaruppan.

Tumpang Sekaki Peralatkan PAS

Tentu anda semua ingat bukan? Dimana kesan akibat penipuan Anwar itu, Nallakaruppan sendiri ángkat kaki’dari terus bersama-sama Anwar. Dari situ kita sudah nampak betapa kotornya Anwar dengan penipuan, rasuah, khianat dan korupsi? Maka tidak mustahil Anwar Ibrahim kini dalam perancangan memperalatkan PAS khususnya Tuan Guru, Hj Abdul Hadi.

Hari ini, bergegar diseluruh daerah dan kampung-kampung dengan manifesto ‘negara kebajikan’yang di kempen pembangkang PAS dan apa yang lebih memeranjatkan Anwar pula tuurt sama menyibukkan diri melaungkan kempen negara kebajikan.Tidakah anda terfikir bahawa negara kebajikan itu lebih kepada negara yang bakal Bankrap?

Manifesto Anwar-Wolfowitz Bankrapkan Malaysia

Anda kenalkah siapa Wolfowitz? Hanya Anwar yang tahu jawapannya kerana lelaki yahudi itu adalah sahabat karib Anwar di Amerika Syarikat.

Tentu sekali anda yang peka dengan isu-isu politik masih ingat akan perlucutan jawatan Anwar dari kerajaan suatu masa dahulu? Mantan PM membuang beliau dari senarai kabinet kerana Anwar mendalangi usaha menjatuhkan Malaysia disaat negara mengalami krisis kewangan yang serius.

Apakah seorang Menteri Kewangan dikira bijak jika usaha untuk menyelamatkan negara dari kadar Inflasi dengan meminjam dari Bank Dunia? Itulah yang di rancang Anwar agar Malaysia meminjam dari Bank Dunia melalui sahabatnya Wolfowitz.

Anwar menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia.

Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.

Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara.

Pendirian Anwar jauh menyimpang sebagai seorang wakil yang menyayangi rakyat dan mencintai Negara kerana di sebalik parti yang di pimpin beliau, terdapat sebuah manifesto Anwar yang rahsia dan tersendiri.

Ahad, 24 Februari 2008

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Oleh:ANAKomak

Pakatan pembangkang dalam PRU-12 yang selama ini di gembar-gemburkan berhasrat untuk menawan keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 8 march ini tidak kesampaian, malah di antara mereka sendiri berlaku perselisihan.

Semalam, sewaktu penamaan calon dijalankan telah menyaksikan pertembungan pembangkang sesama sendiri di 8 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN.Ini termasuk di DUN Derga, Kedah dimana pertembungan antara PKR dan DAP yang masing-masing meletakkan calon mereka menentang BN.

Jelaslah dengan apa yang kita lihat, pakatan pembangkang hanyalah pakatan retorik atau pakatan suka-suka kerana di dalam organisasi pembangkang ini sebenarnya tiada erti sepakat.Pakatan pembangkang yang mereka gelar sebagai Barisan Alternatif ternyata sudah tidak sehaluan dan tiada lagi jalan penyelesaian.

Pakatan pembangkang ini boleh disifatkan sebagai pakatan ‘syok-syok’ kerana motif mereka melalut dan tidak relevan. Dalam situasi pembangkang yang mempunyai falsafah tersendiri mengikut parti masing-masing, pembentukan kerajaan seperti yang mereka gembar-gemburkan itu sebenarnya tidak boleh dilakukan.

DAP tidak akan bersetuju dengan Pas kerana Pas komited kepada apa yang mereka mahukan iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.Sedangkan DAP mahukan negara Sekular. DAP juga mempunyai falsafah lain iaitu tidak mahu apa yang Pas idamkan.

Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka ada pendirian yang tersendiri.Impian penasihat PKR yang meninggi untuk menjadi Perdana Menteri sudah semestinya di tentang Lim Kit Siang yang turut idamkan takhta tertinggi kabinet itu!

Jelaslah, parti-parti pembangkang kini sedang bergaduh sesama sendiri kerana pertembungan mereka dalam impian dan cita-cita masing-masing.Bahkan, dalam PRU-12 kali ini, sudah kita dengar pertelagahan pembangkang hingga mengakibatkan di hari penamaan calon mereka tiada wakil sesuai untuk dicalonkan dan pembangkang ‘tangkap muat’ dalam menyenaraikan calon-calon mereka.

Nampaknya, pakatan pembangkang sebelum ini hanyalah omongan kosong sahaja kerana ketika baru penamaan calon, pakatan pembangkang sudah hancur kerana sikap masing-masing yang tamak dan pentingkan diri-sendiri.

Atas alasan itulah, kemenangan tanpa bertanding beberapa calon BN selepas tamat proses penamaan calon semalam membuktikan parti pembangkang tidak sehaluan dan tidak memiliki kekuatan yang menyeluruh seperti yang mereka hebohkan.

Isnin, 4 Februari 2008

PERJANJIAN LISAN TIDAK VALID!!!



PERJANJIAN LISAN TIDAK VALID!!!

OLEH:SAYUTI OMAR

Rasa tidak senang dan marah Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi semakin menjadi-jadi. Satu demi satu rasa kurang senangnya (Mahathir) kepada Perdana Menteri kelima itu diluahkan. Seakan semua itu disengajakan bagi menjatuhkan imej Abdullah yang kemudian diharap Abdullah akan berundur. Apa yang Dr Mahathir harapkan calon pilihannya Najib Razak akan segera menjadi PM.

Tidak berkenan sungguh Dr Mahathir kepada Abdullah. Rasanya kesilapan politik paling besar Dr Mahathir lakukan di sepanjang sejarah dan kerjaya politiknya ialah memilih Abdullah sebagai penggantinya. Beliau kini seolah tidak mempunyai agenda lebih besar selain daripada memastikan Abdullah turun dengan cepat dan Najib naik dengan bangat.

Terbaru Dr Mahathir menimbulkan soal perjanjian lisan beliau dengan Abdullah. Kononnya Abdullah hanya akan menjadi PM sepenggal saja selepas itu Abdullah kena serahkan kepda Najib. Mengapa Dr Mahathir memilih Abdullah ketika itu ialah kerana Abdullah lebih tua daripada Najib.

Soalnya kalau beliau sudah nampak Najib lebih bijak dan pandai daripada Abdullah kenapa beliau beri lalu kepada Abdullah.

Kenapa usia dijadikan alasan. Tidak guna usia tua kalau tidak dapat melakukan kerja dan memimpin negara? Di sini perhitungan Dr Mahathir silap. Beliau patut terus endorse saja Najib menjadi PM.

Bagaimana pun menurut Abdullah perjanjian lisan itu tidak ada. No gentlemen's agreement, kata Abdullah. Najib pula tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan meminta orang yang ingin mengetahuinya bertanya kepada pihak berkenaan (Dr Mahathir). Dan kalau pun beliau ada mendengarnya tidak manis kalau beliau mengulasnya.

Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam selimut Umno ketika itu. Mungkin apa yang berlaku begini; Dr Mahathir bersetuju berhenti kerana tekanan ke atasnya sehingga menjejaskan parti. Mungkin beliau berkata, Abdullah akan ambil tempatnya sementara masa untuk Najib tiba. Mungkin begitu. Dan saat itu Abdullah mungkin menganggukkan kepala sahaja bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan walaupun hatinya kurang selesa dengan sikap begitu.

Bukan Abdullah saja, kalau saya pun saya akan setuju dengan apa kata Dr Mahathir pada masa itu. Usahkan untuk sepenggal kalau satu hari pun beliau akan setuju. Menjadi PM lebih baik daripada menjadi buruh kasar bina bangunan di tengah panas atau nelayan di Terengganu!

Dr Mahathir harus faham beliau tidak boleh menganggap perjanjian itu sebagai mutlak. Beliau harus bersedia untuk melihat ianya akan dimungkiri pada bila-bila masa. Sebagai seorang ahli politik yang matang dan masak beliau tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku. Beliau seharusnya tersenyum saja.

Ribuan perjanjian politik - baik lisan atau rasmi dibatal dan dimungkiri setiap hari. Politik itu sendiri dimaksudkan sebagai menipu, atau kegiatan-kegiatan, kerja-kerja, melibatakan pemikiran dan perbuatan fizikal untuk memperdayakan orang untuk keuntungan kita.

Dr Mahathir tidak payah pergi terlalu jauh membelek buku sejarah perjanjian politik. Beliau sendiri pernah memungkiri perjanjian seperti mana (mungkin) berlaku antara beliau dengan Abdullah itu. Bahkan apa yang Dr Mahathir lakukan lebih besar daripada dosa Abdullah itu.

Apakah Dr Mahathir telah melupai apa yang telah berlaku antara beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Sewaktu Hussein Onn (Allahyarham) menyatakan hasratnya untuk bersara dari jawatan Perdana Menteri, Hussein Onn telah memanggil tokoh-tokoh kanan di dalam parti Umno. Mereka ialah Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum itu ketiga mereka ini membuat desakan kepada Hussein Onn agar jangan mengambil Ghazali Shafei sebagai penggantinya.

Apabila tiba saat Hussein Onn hendak berundur beliau panggil ketiga mereka itu untuk membuat keputusan dan pilihan antara mereka siapa yang berhak menggantinya sebagai PM. Dalam perjumpaan itu Tengku Razalegih telah mencadangkan kepada Hussein Onn agar melantik Dr Mahathir sebagai pengganti. Dan sebagai imbalan (janji) Dr Mahathir bersetuju untuk melantik atau memberi laluan kepada Tengku Razaleigh pula sebagai PM selepas beliau.

Antara dialog yang menjadi legenda ialah; selepas I you akan jadi PM Le. Begitulah kata Dr Mahathir.Tengku Razaleigh yang berkorban untuk Dr Mahathir mempercayai kata-kata itu. Beliau memanggil Razaleigh dengan Le sahaja. Umum ketika itu telah menganggap kata-kata Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh itu sebagai janji. Janji lisan!

Dan memang wajar kalau Dr Mahathir memilih atau memberi laluan kepada Tengku Razaleigh selepas beliau kerana Tengku Razaleighlah yang mencadangkan namanya kepada Hussein Onn. Bukan itu saja tokoh paling senior dalam Umno selepas Ghafar ialah Tengku Razaleigh.

Tetapi akhirnya apa jadi dengan janji lisan berkenaan? Dr Mahathir bukan saja tidak memberi laluan kepaa Tengku Razaleigh tetapi telah mengambil Musa Hitam sebagai penggantinya. Dalam proses mengambil Musa Hitam ini (pemilihan Timbalan Presiden Umno), Dr Mahathir sekali lagi berlaku 'ilap' (khilaf) dengan Tengku Razaleig bila mana memberi sokongan terbuka semasa pemilihan Timbalan Presiden Umno.

Mulanya beliau tidak memihak kepada sesiapa tetapi akhirnya bila tiba waktu pemilihan beliau terang-terang menyokong Musa. Sokongan terbuka itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Cukuplah dua contoh kejadian itu bagi menunjukkan bagaimana martabat dan status perjanjian lisan oleh orang politik. Jadi kalau Dr Mahathir kecewa dan marah dengan perjanjian lisan antara beliau dengan Abdullah dan didengar oleh Najib itu, usahlah kecewa dan dukacita sebab beliau juga pernah berbuat perkara yang sama. Dr Mahathir kena ingat apa yang berlaku antara beliau dengan Tengku Razaleigh kira-kira 25 tahun dulu sebaik mungkin. Lepas itu barulah dia bersedia untuk membuat kesimpulan apakah tindak-tanduk Abdullah hari ini betul atau pun salah.

Kita ini, jangan jadi macam burung pekaka yang meninggalkan lubang selepas telurnya menetas dan masuk kembali apabila tiba musim mengawan, sedang selama lubang itu ditinggalkan ia sudah dikuasai sang ular senduk yang berbisa!