PAS Dicemari Isu Babi?
Oleh: ANAKomak
Jika dahulu PAS begitu lantang membicarakan isu babi di Melaka, bagaimana pula dengan isu rampasan tanah yang dilakukan oleh sekutu mereka, PKR dan DAP yang kini semakin rakus untuk berbakti kepada tanah dengan memperluaskan lagi ternakan babi di Selangor.
PAS dengan mudah menabur janji, bahkan PAS kini sudah lupa pegangan dan perjuangan mereka sebenarnya.Tanpa sedar, hari ini kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim telah meluluskan rm100 milion dana bagi ladang penternakan babi di negeri ini.
Relevannya, jika PAS masih berpegang kepada prinsip Negara Islam mereka, mengapa tidak diserang sahaja Khalid yang bertindak sedemikian? Apakah PAS dibawah kuasaan Hadi Awang sudah hilang taring terhadap ‘pakatan rakyat’ mereka ini?
Sesungguhnya kita tidak hairan jika PAS bacul untuk menindas perbuatan keji Khalid kerana PAS di Selangor umpama melukut ditepi gantang sahaja. Masakan tidak! Sedangkan kita tahu Anwar Ibrahim kini telah memujuk PAS agar hentikan sahaja niat menubuhkan Negara Islam dan jawapan yang diterima ialah anggukkan Hadi Awang.
Keperibadian PAS sendiri diconteng oleh pemimpin mereka dan mustahil dalam hal terbaru di mana kerajaan campuran Selangor kini sedang mengganas dengan merobohkan premis-premis milik orang melayu tanpa usul periksa tetapi rundingan damai pula dilakukan terhadap penternak-penternak babi.
Di manakah suara perjuangan PAS ketika ini? Adakah sudah ditenggelami dengan sogokan PKR yang ternyata berbeza ketika PAS gah dan lantang mengutuk, memaki dan menyalahkan kerajaan Melaka satu ketika dahulu?
Pas sudah tidak relevan dan sudah tidak sepatutnya wujud lagi di arena politik kerana perjuangan mereka adalah perjuangan palsu dan sia-sia.PAS kini mengikut telunjuk Anwar Ibrahim agar PAS menamatkan manifesto kebajikan, melupakan matlamat sebuah Negara Islam dan menyokong penuh ladang babi diperluaskan.
Di manakah hala tuju PAS yang sebenar? Kebiadapan PKR dan DAP yang menyelar niat murni PAS untuk mewujudkan Negara Islam telah dipandang remeh dan dihina secara terang-terangan.Jika begini kesudahan PAS, wajarlah kita menolak sahaja kewujudan PAS di Negara ini kerana tiada sekelumit pun nawaitu mereka mempertahankan hak Melayu dan Islam.
Jika begini persepsi PAS di Selangor, sia-sialah rakyat memberi mandat kerana hanya bertuankan Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim maka Pas Selangor perlu dikuburkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan