MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 16 November 2007

Perhimpunan gagal- Pas diperalat Anwar Umpama Kerbau Dicucuk Tali.

ANAKomak menulis
layari: www.kpmu.net
Sungguhpun peristiwa yang memalukan Negara dengan cetusan dari puak pembangkang pada 10 november lalu perhimpunan dan disudahi dengan keganasan sudah hampir seminggu namun bahang kehangatannya masih diperkatakan.

Pelbagai spekulasi timbul disebabkan perhimpunan itu.Kesan negatif yang lekat pada nama Malaysia kini dibawa keluar oleh pihak tidak bertanggungjawab.Antaranya laporan palsu dan berat sebelah dari pihak Al-Jazeera.

Apa jua cerita dan gembar-gembur yang menghiasi dunia media, satu hakikat yang harus diambil peka adalah bagaimana kenyataan sebenar bahawa perhimpunan haram itu sesungguhnya tidak berjaya dan gagal.

Melihat kegagalan pembangkang yang didalangi PKR dan kumpulan IFC (Sivarasa Rasiah, Raja Petra, Tian Chua, NGO2) dengan memperbodohkan Haji Hadi Awang dan PAS perkara-perkara seperti berikut perlu di fikirkan oleh ahli-ahli PAS.

1). Kerjasama pembangkang PAS, PKR, dan DAP bersama Bar Counsil perlu dipersoalkan. Apakah niat kumpulan bar counsil terlibat sehingga sanggup menyediakan pasukan peguam dibawah pimpinan Sivarasa Rasiah yang melindungi pesalah demonstrasi haram yg ditangkap?

2.) Gabungan parti pembangkang dengan kumpulan anti Islam seperti IFC (Interfait Commision) perlu dipersoalkan. IFC telah berjaya memperdayakan PAS dan PKR.

3) Rakyat tidak gemar pembangkang yang menyusahkan rakyat sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya, kerugian perniagaan dan lain-lain lagi.

4) Pembangkang /penganjur sanggup menjemput Al Jazeera membuat liputan dan menyampaikan fakta dalam perhimpunan itu. Al Jazeera sekarang merupakan agenda barat menguasai dunia.

5) Peristiwa hujan lebat pada hari kejadian bukan secara kebetulan, tetapi telah ditakdirkan. Difahamkan PAS mengadakan solat hajat sebelum itu memohon agar tidak hujan. Bagaimanapun pada hari kejadian, hujan turun dengan lebat sehingga menyebabkan ahli demonstrasi lari bertempiaran dan ramai orang tidak menyertai perarakan, sebaliknya hanya sekadar memerhati. Apakah Allah tidak mendengar dan menerima doa PAS? Allah lebih tahu PAS dan Keadilan yang suka menyeleweng agama.

6) Kenapa Nik Aziz, Mursyidul Am Pas tidak turun berdemonstasi bersama BERSIH? Adakah Nik Aziz telah tahu perhimpunan itu gagal?

7) Husam Musa hanya duduk didalam Masjid Negara. Kenapa tidak berfungsi dengan baik?

8) Handphone Ronnie Liu, hilang siapa yang curi? Ahli PAS ke?
10) Orang Islam Pas menyambut pemimpin KAFIR serpeti Lim Kit Siang dan Lim Guan eng di Masjid Negara. Kenapa pula penglibatan Cina dan India sangat sedikit?
Persoalan-persoalan beginilah yang perlu dijawab Pas. Kebodohan penggerak Pas dengan mudah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim dengan sewenang-wenangnya.

Pengerusi SPR palu gendang pilihanraya?

PILIHANRAYA UMUM KE-12
Pengerusi SPR Palu Gendang Pilihanraya?
Oleh: ANAKomak- www.kpmu.net

Apabila loceng berbunyi, semua jentera parti mestilah bersiap sedia menghadapi pilihanraya.Namun bilakah loceng akan berbunyi? Segalanya terletak ditangan Perdana Menteri kerana hanya beliau yang boleh memetik suis pilihanraya.

Sungguhpun begitu tetap juga ramai yang tertanya-tanya bilakah saatnya Pak Lah akan menekan suis pilihanraya kerana sepanjang pertanyaan dari pihak media, jawapan yang diterima jelas tidak bermaksud bagai dikata kerana hanya sekadar menjawab untuk mengelak dan terpaksa memberi jawapan yang boleh mengesahkan sesuatu yang ingin dirahsiakan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selalu suka guna ayat beliau belum dapat ilham bila nak adakan pilihanraya.Ini kerana sebarang indikasi yang lebih dari itu dari mulut Perdana Menteri pasti akan mengundang spekulasi panas.

Tetapi berbeza pula dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Beliau bukan orang politik.Wartawan yang biasa membuat liputan sidang akhbarnya cukup arif tentang stailnya yang straight forward dan direct to the point. .
Rashid telah membuat satu kenyataan yang mengundang perhatian ramai semasa sidang akhbar selepas majlis taklimat kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya umum ke-12 negeri Melaka baru-baru ini.

Ini membuatkan orang politik khususnya, saling menelefon antara satu sama lain untuk membincangkannya.SMS mengenai kenyataan Rashid juga berlegar-legar di setiap telefon bimbit ahli-ahli politik. Betulkah apa yang Pengerusi SPR tu kata? Inilah pertanyaan yang paling popular mengenainya.
Siapa yang tidak terkejut jika Perdana Menteri selalu menjawab beliau belum ada ilham lagi pasal pilihanraya tetapi Rashid pula bersahaja memberitahu semasa sidang akhbar itu, beliau sudah tahu bila pilihanraya akan diadakan.

Bertambah kelam kabutlah orang-orang politik bila mendengar Pengerusi SPR itu berkata! "jika SPR giat membuat persiapan, maka pihak lain termasuk parti politik, juga perlu membuat persiapan." ujarnya tenang.

Walaubagaimanapun,pokok pangkalnya beliau mengingatkan semua pihak supaya membuat persiapan kerana SPR tidak mahu sesiapapun yang ketinggalan dalam membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti.
Jika diambil bulat-bulat kenyataan dari Rashid itu, nampak gayanya pilihanraya tidak mungkin diadakan dalam tahun ini seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak, khususnya pembangkang yang sejak pertengahan tahun ini sudah rancak meramal lagak nujum pak belalang.

Rabu, 14 November 2007

PKR Perbodohkan Peguam

Majlis Peguam di perbodohkan oleh PKR.Bukan kerana Keadilan tetapi mata pencarian tergugat.

Peguam diperkudakan oleh PKR dan Sivarasa Rasiah dalam tak sedar.
Pada 27 September2007 lalu seramai 1500 anggota Majlis Peguam telah berarak panjang dari bangunan Palace of Justice ke Dataran Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus.

Perarakan itu diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenavasan dan dinamakan "walk of justice".Perarakan dalam hujan lebat itu dipantau oleh polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Turut serta ialah naib presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan dan setiausaha majlis itu Lim Chee Wee, Malik Imtiaz Sawar, Tommy Thomas, N. Sivanathan dan Sivarasa Rasiah (Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mastermind perarakan ini ialah Sivarasa Rasiah yang jelas membuktikan betapa PKR dan Anwar Ibrahim memperkudakan Majlis Peguam. Mereka berarak berjalan kaki sejauh 3.5km selama 45 minit secara aman , tanpa kekacauan.

Mereka menyerahkan dua memorandum kepada setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Wan Farid Wan Salleh. Dua memorandum itu ialah :

i) Menggesa agar suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim.
ii) Menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video seorang peguam terkenal dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini pada 2002 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Akhirnya Majlis Peguam Malaysia mendapat publisiti yang meluas. Dengan pelbagai masalah yang melanda pertubuhan itu termasuk krisis pemilihan dalam kepimpinannya, pertubuhan yang ‘mati segan tak mahu’ ini menyeru bangkit kepada ahlinya berdemonstrasi beramai-ramai di Putrajaya.

Kebanyakan ahlinya pun tidak tahu tujuan sebenar perarakan itu. Tetapi atas alasan duit poket peguam dan bisnes para peguam akan tersekat maka tampillah para peguam yang diperbodohkan oleh PKR itu berarak di Putrajaya. Sungguh malang sekali.

Pada asalnya Badan Peguam Malaysia ialah sebuah badan bebas yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela dan Peguam Cara 1947 (kemudian dimansuhkan digantikan oleh Akta Profesion Undang-undang 1976).

Tujuan badan ini adalah untuk mendukung kedaulatan undang-undang dan perjuangan keadilan serta untuk melindungi kepentingan profesion undang-undang dan kepentingan orang ramai. Namun kerana video yang tidak dipastikan kesahihannya majlis peguam Malaysia mengambil tindakan atas tipu daya PKR. Apakah ini satu keadilan?

Kerana kes video klip, Kerajaan Malaysia telah bersetuju menyiasat kesahihan rakaman video tahun 2002 itu. Panel bebas tiga anggota diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye ditugaskan untuk menyiasat. Tidakkah ini membuang masa apabila menyiasat video yang tidak sah ketulenannya. (Video yang diedit).

BPR mendedahkan bahawa video klip yang dimiliki oleh PKR adalah tidak tulen dan tidak boleh digunakan sebagai bukti yang sah. BPR juga mahukan PKR dan Anwar menyerahkan saksi utama video klip. Namun sehingga sekarang masih belum ada nama saksi diberikan kepada pihak BPR.

Janganlah hanya kerana wang maka ahli Majlis Peguam sanggup bertindak melulu tanpa usul periksa. Sebenarnya ramai sangat peguam yang tiada kes yang boleh dikendalikan sekarang. Jadi para peguam ini buat hal. Nampaknya PKR seperti mahu memberikan kerja kepada mereka. ...

PERHIMPUNAN 100 RIBU YANG GAGAL...




Harakahdaily melaporkan dengan penuh pembohongan bahawa 50,000 orang ramai mula mendekati himpunan besar di Istana Negara tetapi di Masjid Jamek dan Dataran Merdeka 30,000 masih terhalang sementara 3000 mahasiswa yang memulakan perarakan di Sogo menuju ke Bangunan Mara untuk ke Istana Negara yang dipimpin Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Mohd Ramli masih meneruskan perjalanan.

Sebenarnya yang datang berdemonstrasi tak sampai pun 100 000 orang. Hasil pemantauan krew laman masterdedah kumpulan pembangkang hanya ramai berkumpul di Masjid Negara. Sekumpulan lagi termasuk Anwar dan Hj Hadi tidak kelihatan pun berjalan kaki. Mereka telah bersedia awal ke Istana Negara.

Mengikut kaji selidik yg dijalankan. Kebanyakan rakyat di KL marah kerana kesesakan ini menyebabkan perniagaan dan percutian di hujung minggu terganggu. Mereka menganggap PAS dan pembangkang lain sengaja menganggu ketenteraman dan keharmonian negara.

SKANDAL RASUAH MOHD EZAM

SKANDAL RASUAH MOHD EZAM




Siapa lebih rasuah? Ezam pengerusi GERAK perlu lebih telus

Anak didik kesayangan Anwar yang paling rasuah

Ceramah Ezam mengenai rasuah dalam forum rasuah pada 4 November International Hotel menggambarkan dirinya yang cakap tidak serupa bikin.

Ezam memulakan perbincangan isu rasuah dengan usaha memusatkan perhatian khalayak ke atas pandangan Ibnu Khaldun dalam kitab al-Mukaddimah yang merumuskan bahawa, punca rasuah berlaku apabila pemerintah ghairah kepada budaya kemewahan.

Katanya usaha menumpaskan rasuah perlu bermula daripada 'ruling class' kelas penguasa. Ezam secara tegas bersetuju menyandarkan hujahnya ke atas ucapan Raja Dr Nazrin Julai lalu tentang isu yang sama. Raja Nazrin berkata rasuah berpunca daripada pemimpin negara. Hal integriti nombor satu, dan ketrampilan itu pula nombor dua dalam kepimpinan kita.

Ezam dan GERAK buat kajian siasat kepada Raja-raja

Jika Ezam benar-benar percaya akan rasuah bermula dari pemimpin dan bersetuju dengan kenyataan raja Nazrin, Ezam patut kaji rasuah di kalangan raja-raja. Adakah tidak ada?

Tanya mana MB atau PM atau mantan PM dan perbendaharaan. Bahkan kita tidak harus lupa berapa puluh juta duit rakyat terpaksa diguna untuk membayar hutang kasino di London kerana karenah seorang raja suatu ketika dulu.Siapa dapat kontrak binaan Istana Negara yang baru? Ezam sepatutnya membuat kajian dan pendedahan ini. Jangan pilih kasih!!!.

Pendedahan Lokman Nor Adam bahawa Ezam adalah perasuah.

Bagaimana pula pendedahan Lokman Nor Adam mengenai rasuah yang Ezam sendiri amalkan? Mengapa Ezam tidak berani bersumpah Al Quran seperti yang dilakukan oleh Lokman Nor Adam di Masjid negara?

Pembangkang memang pandai bermuka-muka! Ada pepatah inggeris yang menyebut
PEOPLE WHO LIVE IN GLASS HOUSES SHOULDN’T THROW STONES”.

Laporan kepada BPR

BPR sepatutnya menyiasat kes ini. Semua maklumat dan bukti yang didedahkan merupakan cukup mendakwa Ezam Mohd Nor. Lokman Nor Adam mesti dipanggil semula sebagai saksi utama.

Jika video Lingam dikatakan pada tahun 2001, maka kes rasuah Ezam ini masih relevan.
Tunggu pendedahan seterusnya mengenai rasuah Ezam dan para pemimpin PKR suatu ketika dulu.-dipetik dari:
http://www.masterdedah.com/

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.

PAS Tabur Janji Lagi Saat Hampir Pilihanraya.
OLEH: ANAkomak

Tahun 2007 sudah hampir di ambangnya, maka tersingkaplah pula tahun baru dimana pada tahun itu nanti pastinya tahun yang di nanti-nantikan oleh semua kaki-kaki politik negara.Ketika itu jugalah kita dapat lihat keghairahan semua ahli-ahli politik dalam mencapai visi masing-masing.

Namun, belumpun ada sebarang tanda-tanda bilakah tarikh sebenar pilihanraya, sudah ramai pula pihak yang taksub bak anak kecil yang idamkan susu.Umumnya keghairahan ini dapat di lihat dari parti-parti pembangkang seperti Pas, Keadilan. DAP dan parti-parti lain.Tidak seperti parti Barisan Nasional kerana bagi para pemerhati, BN sentiasa bersedia menghadapi pilihanraya tanpa sebarang kekecohan dan huru-hara.

Berbagai propaganda di wujudkan oleh puak pembangkang.Menuduh, memfitnah dan menghasut menjdai darah daging perjuangan mereka. Jika kita mengikuti ceramah-ceramah parti pembangkang pasti kedengaran mereka menyebut-nyebut tarikh hari pilihanraya.

Sekejap bulan ini, sekejap bulan itu...walhal mereka sendiri tidak tahu bila tarikh sebenar kerana pemerintah sekarang pun belum membuat apa-apa keputusan bahkan di kalangan parti BN pun tak berani nak kata apa.Usahkan nak meramal, hendak menyakinkan rakyat bila tarikh pilihanraya pun mereka tidak berani, hanya pembangkang sahaja yang tidak malu meramal itu dan ini.Siapakah sebenarnya yang tidak sabar?

Baru-baru ini, dalam satu laporan sebuah akhbar internet mengeluarkan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berjanji tidak akan menaikkan harga minyak petrol sekiranya rakyat memberi mandat kepada gabungan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya mencari jalan untuk mengurangkannya selain memberi jaminan untuk mengagihkan kekayaan demi kebajikan rakyat.


Bukankah kata-kata manis berunsur janji seperti itu sudah lama di mainkan oleh Pas? Janji manis bersulam dusta ini sudah jelak kita mendengarnya sejak 17 tahun yang lalu.Apakah kita hendak menerima lagi janji-janji tanpa mengotakannya? Tepuk dada tanya selera.

Demi keamanan dan kemajuan sejagat, wajarlah kita menyeru seluruh rakyat agar menolak mana-mana kepimpinan pembangkang kerana lumrah mereka yang lembut gusi dari lidah.sesungguhnya kita bersyukur dengan pembangunan negara sejak 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Kita imbas kembali bagaimana perit jerih orang-orang terdahulu dalam memperjuangkan negara dari terus dijajah dan tergadai oleh bangsa asing.Bagaimana Tunku Abdul Rahman, Tan cheng Lock dan Tun Sambanthan bersama-sama berganding bahu dalam membentuk sebuah negara majmuk yang maju.Bukankah hasil usaha dari mereka dapat kita nikmati hari ini?

Rakyat Malaysia sudah matang, pengundi-pengundi sudah masak dengan perangai dan janji-janji kosong pembangkang.Jika benar parti pembangkang boleh membangun dan membasmi kemiskinan, kenapa sehingga ke hari ini tanah serendah sekebun bunga masih di takuk lama? Apakah pemerintahan selama 17 tahun masih belum stabil bagi membentuk kerajaan maju di Kelantan? Mustahil kerajaan Pas tidak punyai dana untuk subsidi penduduk Kelantan?

Jika di kupas dan di dedah penyelewengan Pas di Kelantan terlalu banyak ceritanya.Cuma sebagai generasi sekarang dan untuk masa hadapan, kita punyai hak dan kenyakinan untuk menentukan msam depan sendiri dengan memilih kerajaan yang telus dan berwawasan demi kesejahteraan sejagat.Fikir-fikirkanlah....










Selasa, 13 November 2007

Video Lingam:Anwar Main Tarik Tali, Timbul Isu Untuk Balas Dendam Pada Tun?





Isu Video Lingam: Anwar main tarik tali sebab dendam dengan Tun Mahathir?
Oleh: ANAKomak


Penyiasatan yang dijalankan sejak panel khas ditubuhkan, kini bertemu titik penyelesaiannya apabila pembentangan laporan siasatan klip video tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri dalam masa yang terdekat ini.

Kalau sudah sampai ke kabinet nampaknya dalam sedikit masa lagi kita akan dapat mengetahui keputusan rasmi samada klip video perbualan peguam VK Lingam yang didakwa mengatur lantikan hakim itu dikira sahih atau tidak.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu para wartawan, beliau sudah mendapat laporan daripada panel khas yang dianggotai oleh tiga orang yang dilantik untuk mengkaji kesahihan klip video yang didedahkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 September lalu.

Perdana Menteri berkata, laporan panel itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet. Tiga anggota panel iaitu, bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor, aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye, dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar telah menyiapkan laporan yang dinanti-nantikan itu pada 6 November lalu.

Walaupun pelbagai cerita, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dalam usaha mengesahkan kesahihan rakaman video terbabit, ramai orang tahu dari segi teknikalnya ahli panel berkenaan, belum mendapat keseluruhan 14 minit klip video yang didakwa dirakam di rumah VK Lingam pada tahun 2002.

Ini ditambah dengan kebaculan tanpa sebab munasabah oleh orang yang telah membongkar isu tersebut di mana beliau 'dayus' untuk membuktikan kebenaran dengan berkerjasama menyerahkan bukti tuduhan yang di lemparkan kepada panel khas kes tersebut dan mengingkari arahan BPR.

Pada permulaannya, Anwar mendedahkan klip video itu selama lapan minit sahaja dan kemudiannya baru-baru ini 10 saat lagi isi rakaman tersebut di tayangkan.Dakwanya baki klip video perbualan itu tidak dapat didedahkan kerana si pemberi maklumat bimbang keselamatannya tidak terjamin.

Ternyata Anwar cetek pemikiran, mustahil Anwar ni jahil dalam hal-hal undang-undang? Alasan untuk tidak menyerahkan baki klip video itu sungguh tidak munasabah apabila mengaitkan saksi tidak yakin akan keselamatannya. Saksi takut atau Anwar sendiri yang dah hilang telur? Bacul dan tahap dayusnya pada kebenaran terserlah pada pandangan umum.

Biarpun bekas banduan itu terus bertegas mendakwa orang yang berbual dengan VK Lingam adalah bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, siapapun sukar nak percaya. Setakat menuduh, budak tadika pun pandai menuduh!!

Usaha Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang turut menyiasat kes berkenaan dan cuba untuk mendapatkan baki klip video itu dari Anwar juga gagal, sekalipun ternyata Anwar tertakluk di bawah akta yang mewajibkannya menyerahkan baki klip video tersebut.

Apakah rumusan muktamad panel bebas dan keputusan kabinet mengenai isu ini pasti menarik perhatian ramai?
Yang jelas disini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menjaga portfolio undang-undang berulangkali menegaskan bahawa tanpa rakaman asal klip video itu, ia dikira tidak ada kes. Malah pihak BPR sendiri menyatakan pendirian yang sama.

Mereka yang faham sangat tentang prosedur perbicaraan di mahkamah pun tahu semua bahan bukti yang sahih sahaja yang boleh diterima mahkamah sebagai barang kes. Jadi apa kesudahannya pada barang bukti yang ‘separuh’ dalam isu dakwaan klip video perbualan VK Lingam ini?

Sumber yang mahir tentang kes-kes seperti ini turut berkata pihak panel dan kerajaan tidak boleh dipersalahkan jika ia memutuskan klip itu tidak sahih. Walau apa sekalipun orang nak dakwa tentang klip video itu, soalnya siapa yang nak tentukan kesahihannya tanpa klip asal?

Kalau bawa ke mahkamah pun tak laku...Apatah lagi para pemerhati politik menduga isu klip video ini akan berlarutan begitu sahaja menjadi isu politik pihak pembangkang untuk pilihanraya umum akan datang.

Isu tarik tali sebegini lumrah permainan Anwar. Malah Anwar sendiri tidak menyembunyikan hasratnya untuk memanjangkan hal ini bagi menarik perhatian orang ramai. Buktinya apabila ditanya mengapa mendedahkannya secara sikit-sikit begini, Anwar berkata ia adalah 'game plan' mereka termasuk untuk ‘buka mata’ orang ramai. Dakwanya lagi jika didedahkan serentak kesemuanya, ada kemungkinan kerajaan akan kata semuanya itu tidak benar.

Sebaliknya betul ke tak betul klip video itu sahih ataupun tidak, bukanlah motif utama kerana sebenarnya ia lebih merupakan isu antara Anwar dengan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kerana semua dakwaan berhubung klip video itu berkisar sebelum Pak Lah mengambilalih pentabiran negara?

Sayang... rakyat tidak berpeluang nak dengar apa kata bekas Perdana Menteri itu mengenai dakwaan Anwar ini kerana masalah kesihatannya.

Isnin, 12 November 2007

Perhimpunan Haram Bersih, Bukti Anwar Serupa Anjing yang menyalak di jalanan.





Perhimpunan haram yang berlaku baru-baru ini mengakibatkan pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem demokrasi di Malaysia.Sebuah stesen tv satelit antarabangsa Al-Jazeera diminta tidak mengelirukan masyarakat antarabangsa dengan laporan berat sebelah mengenai perhimpunan haram di ibu negara pada Sabtu lepas.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata agensi berita itu telah membuat laporan seolah-olah keganasan dilakukan oleh polis untuk menyuraikan perhimpunan itu sedangkan mereka disuraikan menggunakan semburan air dan gas pemedih mata.Al Jazeera telahpun mempunyai 'preconceived mind' (tanggapan) dan tertipu dengan dakwaan kononnya 100,000 orang akan menyertai perhimpunan tersebut.

Namun, bukan perkara ini yang ingin diperkatakan.Apa yang lebih menarik pada ketika ini adalah sikap dalang utama yang mengepalai perhimpunan haram itu.Sikap 'kurang ajar' dan peranan liar bak anjing yang menyalak di tengah jalan.

Jika dahulu sewaktu masih menjawat jawatan penting dalam kerajaan, tiada pula yang ingin mempersoalkan tentang hal-hal membabitkan pilihanraya? Kita bertanya kepada diri sendiri, kenapa Datuk Seri Anwar tak pernah ‘buat bising’ langsung pasal hal-hal pilihanraya seperti didakwa oleh Bersih semasa dia didalam kerajaan dulu?

Tentu ramai nak tahu kenapa baru sekarang Anwar bersama dengan pembangkang baru nak cakap soal pilihanraya yang tak telus, tidak adil dan sebagainya.Pernah kita dengar Anwar cakap semua ini dulu?
Dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, agak lama dia jadi menteri dan timbalan menteri, jadi kenapa tak bunyi waktu itu.Tiada pula kita dengar dia bising-bising menyalak macam anjing nampak hantu? Bukankah ini semua cakap politik sahaja dan mencari alasan kerana tahu pembangkang tak mungkin boleh menang pilihanraya.

Baru-baru ini berlakunya perhimpunan haram yang kononnya menuntut pilihanraya bersih dan adil.Apakah selama 12 kali pilihanraya diadakan tidak bersih dan adil? Tentu sekali waktu itu si homoseksual ini orang kerajaan, kenapa tidak dipertikaikan waktu dulu?

Berbalik kepada perhimpnan haram tadi, pembangkang melaporkan kepada media hampir 100 000 orang dapat dikumpulkan maka apakata kalau Barisan Nasional pula dapat himpunkan 1 juta orang? 'Come on' lah..ini bukan pilihanraya jalanan.Negara kita ada sistem dan ada undang-undang. Nak bertanding tunggu pilihanraya umum nanti.Di situ penentuannya.Apa yang nak kecoh-kecohnya ni.
Sementara itu, dalam sidang Dewan Rakyat Datuk Seri Nazri Aziz telah bertikam lidah dengan Ketua Pembangkang Lim Kit Siang mengenai isu perhimpunan itu. Ini berlaku semasa beliau menjawab soalan Che Azmi Abdul Rahman (BN Kuala Nerus) mengenai cadangan untuk meminda satu rang undang-undang agar semua rakyat mencapai umur 21 tahun secara automatik didaftarkan sebagai pemilih.
Beliau menyifatkan tuntutan gabungan beberapa badan NGO dan pembangkang yang menganjurkan perimpunan itu tidak perlu dilayani kerana kerajaan yakin SPR telus dalam melaksanakan pilihan raya yang adil.
"Sebenarnya mereka dah tahu akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Sebab itu sekarang buat smoke screen untuk wujudkan suasana yang menunjukkan SPR tidak adil..." katanya.
Dalam pada itu Nazri menolak keras dakwaan Kit Sing (DAP- Ipoh Timur) yang menyifatkan kerajaan bersifat hipokrit dan sengaja memainkan isu demonstrasi itu sebagai agenda politik sedangkan ia didakwa sebagai perhimpunan aman bagi menuntut demokrasi sebenarnya dalam pilihan raya.

"Itu perhimpunan haram!!...itu orang wayar putus yang bercakap...mana ada permit untuk adakan perhimpunan raksaksa. Kita sokong sami di Myanmar sebab sami di Myanmar ditekan, kerana Myanmar tidak ada demokrasi",
"Demokrasi dalam negara kita ialah melalui pilihan raya...yang mengheret raja bukan kita (kerajaan), dia (pembangkang) yang heret raja," tegas Nazri memberi amaran kepada parti pembangkang agar tidak mengheret institusi diraja dalam kancah politik.

Rafidah vs Azalina

Cerita Disebalik Gambar: Apa lagi mau cerita?
OLEH: ANAKomak
Apakah ini lirikan bermaksud?
Adakah ini renungan biasa?
Namun, apa jua tanggapan dan rumusan yang diberi, ini hanyalah sebuah gambar yang diambil tanpa apa-apa reaksi.
Walaubagaimanapun, anda yang mampu membuat huraian atas gambar spontan ini.

Berkisarkan dari kenyataan Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan dengan terpampangnya gambar sebegini maka pasti menceritakan berbagai situasi dan boleh menghasilkan pelbagai dialog.Sesuai dengan isi-isi kandungan perbahasan dan ucapan dari Ketua Pergerakan Wanita itu yang lebih menonjol dalam ucapan persidangan beliau dimana tersimpan maksud yang dalam sewaktu ucapan diberi.

Tentu kita masih ingat antara butir-butir ucapan si 'iron lady' dimana beliau menegaskan segala urusan dalaman pergerakan wanita adalah hal peribadi wanita. tidak perlulah dicampuri urusan mereka waima ingin merampas kedudukan kerusi dan tahkta yang didiaminya begitu lama.
Suasana yang cukup sensasi ini dirakam sewaktu Perhimpunan Agung UMNO kali ke 58 yang lalu.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Rafidah Aziz melintas belakang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said.Lihat pada lirikan mata Menteri Belia dan Sukan itu dan wajah selamba Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.Apakah mood ini ada kaitan dengan jolokan Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee baru-baru ini kata beliau sokong Azalina bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang?
Apapun tanggapannya, sedikit sebanyak kita dapat menangkap erti kata-kata Rafidah didalam ucapan beliau yang turut berkias dalam mempertahankan kerusi dalam pergerakan wanita UMNO.
Walau apa jua cerita ini, dikalangan ahli dapat merasakan kekhuatiran dan kegoyahan Rafidah jika dibabitkan dengan 'dragon lady' itu. Gambar ihsan: AgendaDaily.com

Ahad, 11 November 2007

RUSUHAN BERSIH: PAS dibangkai oleh Anwar.






Angkuh PAS tetapi 'dayus' bikin Anwar Bermaharaja.
ANAKomak menulis;
Sila layari: http://www.kpmu.net/

Tiada sebab relevan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said diminta untuk menarik balik kenyataannya yang mengatakan rakyat yang kononnya berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu sebagai 'dayus' kerana tidak menghormati undang-undang negara.

Ini adalah wajar dengan kenyataan beliau, iaitu apa yang dilakukan oleh mereka yang mengikuti perhimpunan itu adalah 'dayus' kerana mereka hanya berani ketika dijalanan, tetapi bacul apabila berada di gelangang sebenar.Samalah dengan dalang perhimpunan tersebut di mana ternyata 'dayus'nya beliau dengan undang-undang negara.

AJK PAS pusat, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa sebenarnya tidak faham dengan erti sebenar 'dayus'. Dayus katanya bererti tidak berani, sekarang ini siapa yang tidak berani mengatakan kebenaran? Dari sudut gambaran kenyataan Azalina adalah tepat berdasarkan cara yang diikuti mereka dalam tunjuk perasaan yang berunsurkan demonstrasi.

Kerajaan telah memaklumkan tidak akan ada permit atau kebenaran untuk mengadakan mana-mana perhimpunan jika ia dilihat kemungkinan perkara yang buruk bakal berlaku. Namun, kedegilan BERSIH yang didalangi oleh seorang homoseksual yang menuai benih anti-kerajaan terhadap kerajaan kini, menyebabkan rundingan yang boleh dilakukan secara aman menjadi rusuhan dan keganasan.

Dimanakah perginya daya pemikiran orang-orang PAS? Tidakkah mereka sedar bahawa saat ini PAS dikuasai oleh Anwar? Lupakah PAS dengan sifat buruk Anwar yang mempunyai hobi mencetuskan reformasi jalanan sejak si homoseksual itu berada di Universiti lagi?

Apakah Nik Aziz langsung tidak mengingatkan kepada anak-anak buahnya bahawa PAS tidak pernah melakukan demonstrasi walaupun ditindas? Mengapa kini PAS tunduk dengan lelaki yang pernah di singkir daripada kerajaan gara-gara rasuah dan seks luar tabi'i?

Datuk Seri Azalina menyebut perkataan 'dayus' kerana ianya sesuai bagi mereka yang bacul dan sebagai Menteri Belia Sukan semestinya beliau ragu dan runsing dengan penglibatan belia-belia yang hanya mengikut dan ghairah memberontak tanpa memikirkan risiko diri sendiri.

Di dalam laporan laman web HarakahDaily.net, membidas kata Azalina kerana mengatakan dayus kepada mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menafikan unsur dayus tidak benar bagi mereka kerana hampir 100 000 orang menghadiri perhimpunan tersebut.

Janganlah dengan hanya jumlah yang 'dayus' tersebut, BERSIH@ANWAR@PAS boleh mengubal perlembagaan, boleh menjatuhkan kerajaan,boleh membangkaikan kedaulatan undang-undang..!!

Kenyataan Azalina itu dapat dilihat kesannya hari ini, bagaimanakah nasib mereka yang taksub hingga menyusahkan diri sendiri? Kebodohan diri sendiri yang kononnya memperjuangkan maruah, tetapi hakikatnya kini tindakan orang-orang PAS yang di perbodohkan si homoseksual mencalarkan imej negara sendiri sekaligus melabelkan parti PAS sebuah parti militan yang ganas sama seperti parti Anwar yang rakus dengan jenayah dan tamak kuasa.

Diam bukan bererti kita bisu, mengalah bukan bererti kita kalah tetapi kita berani kerana kita pantang di cabar!! Kita diberi akal untuk berfikir bukan menurut bagai kerbau dicucuk hidung.Itulah gambaran PAS yang diperlekehkan Anwar tanpa mereka sedar.

Isnin, 5 November 2007

Rafidah rasa tercabar?

Rafidah rasa tercabar?
oleh: ANAKomak


Dalam Perhimpunan UMNO kali ini, Pergerakan Wanita melalui perwakilan-perwakilannya ada menyentuh soal keahlian dalam Wanita.

Ini berikutan ucapan Presiden Wanita , Datuk Seri RafidaH Aziz dimana beliau menegaskan jika ada dikalangan ahli-ahli Puteri UMNO yang telahpun matang dan akan melangkah ke dunia Wanita, seharusnya mereka mengikut jalan yang betul kerana sebagai pelapis Wanita, Pergerakan wanita memang mengalu-alukan kemasukan pelapis-pelapis ini.

Sementara itu, dalam ucapan beliau yang turut disokong oleh perwakilan dari Perlis, Datuk Mestika Junaidah Husin turut berkias seandainya pelapis-pelapis Wanita yang masih didalam Puteri ingin menyertai Wanita di minta agar ‘masuk ikut pintu hadapan dan jangan sesekali masuk ikut pintu belakang’.

Kenyataan sebegini semasa persidangan jelas menggambarkan Rafidah masih trauma dengan isu lagaan beliau dengan Datuk Seri Azalina. Rafidah digambarkan seakan-akan merasakan bahawa ada angin yang telah bertiup di kerusi nyaman beliau yang sekian lama tidak langsung tercabar.

Soalnya sekarang, mengapakah Wanita seakan dingin menyambut kehadiran bekas ahli Puteri sebelum ini jika bekas ahli ingin meneruskan perjuangan di dalam UMNO melalui Wanita?

Dalam persidangan yang berlangsung hari ini juga turut menyaksikan Rafidah yang mengatakan dalam ucapan beliau dimana beliau mengharapkan kepada semua ahli Pergerakan Wanita UMNO agar memahami erti rezeki.

Sebagaimana dalam ucapan beliau, jangan terlalu ‘gila jawatan’ jika menyertai Wanita kerana setiap ahli Wanita harus faham erti perjuangan sebenar Pergerakan Wanita UMNO.

“Siapapun calon Wanita yang dicalonkan, kita tidak harus terlalu memikirkannya kerana itu adalah kuasa Allah dan itulah rezeki,”katanya.

Tambahnya lagi, “Rezeki itu pemberian Tuhan,jika kita makan nasi, rezeki dah ke mulut tapi kalau sudah bukan rezeki kita maka jatuhlah ia, jadi jangan terlalu mengharap pada pencalonan,”

Benarlah kata Rafidah, jika kita makan nasi , rezeki dah ke mulut juga akan jatuh apatah lagi jika terlalu lama duduk di atas satu kerusi.

Apakah Rafidah merasakan apa yang di tiup oleh Ketua Bahagian Ceras ini amat sukar untuk beliau terima dan perlukah beliau melatah sekiranya beliau yakin bahawa kekuatan beliau sememangya teguh dan tidak boleh digugat.

Ramai yang merasa hairan melihat Rafidah melatah sedangkan Azalina lebih tenang menghadapi isu ini. Rafidah lebih gelabah dari Sharizat.

Sebaiknya Rafidah lebih matng mengadapi kemelut ini kerana Azalina juga mempunyai ramai pengikutnya sendiri , zaman menakutkan wanita UMNO kini telah beakhir kerana dalam wanita juga banyak perubahan telah berlaku setiap saat masa berlalu , Cuma yang masih belum berubah ialah ketanya sahaja.

Khamis, 1 November 2007

Ketu Hakim Letak Jawatan


Ketua Hakim Negara Letak Jawatan –Majlis Raja-Raja tidak bincang isu Tun Ahmad Fairuz
Oeh:ANAKomak : www.suaralantangjejaka.blogspot.com
Dipetik dari: www.utusan.com.my

Tandatanya mengenai kedudukan Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim,66 kini terjawab.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara mulai hari ini sehingga pengisian jawatan dibuat, demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Ini berikutan persaraan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam.
Ahmad Fairuz, yang genap 66 tahun hari ini, umur persaraan wajib bagi hakim di Malaysia, dilantik memegang jawatan tertinggi dalam sistem kehakiman negara itu pada 17 Mac 2003.

Kedudukan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang tempoh perkhidmatannya tamat semalam, tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-212 di sini hari ini.

Jurucakap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberitahu bahawa isu itu tidak disentuh, malah tiada dalam agenda mesyuarat itu.
Beliau dilaporkan telah memohon kepada Yang di-Pertuan Agong pada Julai lepas untuk menyambung perkhidmatan selama enam bulan lagi.

Beliau menyertai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman pada April 1967 dengan menjadi majistret di Pulau Pinang dan kemudian memegang beberapa jawatan penting seperti Penasihat Undang-undang negeri Kedah/Perlis, Johor dan Selangor, Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim Mahkamah Tinggi.

Ahmad Fairuz dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 1995, Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2000, Hakim Besar Malaya pada 2001 dan Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu diadakan di Istana Negara dan dipengerusikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat itu telah membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan semasa ekonomi negara dan pendidikan.

Pada mesyuarat itu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diwakili Pemangku Tunku Datuk Seri Utama Naquiyuddin Tuanku Ja’afar, Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.
Manakala Sultan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra dan Pemangku Raja Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Satu kenyataan Jabatan Perdana Menteri mengumumkan Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Hamid Mohamad,65 akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara mulai Khamis sehingga pengisian jawatan dibuat.
Sementara itu sumber akhbar melaporkan jurucakap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberitahu soal Ahmad Fairuz tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-212 Khamis.

"Apa yang dilaporkan sebuah akhbar mengenai Raja-Raja akan membincangkan kedudukan Ketua Hakim Negara adalah spekulasi semata-mata," katanya.
Sumber: Bernama