Bila bercakap tentang isu babi, terus terlintas difikiran kita tentang pendirian PAS yang turut bersubahat secara langsung dengan projek mega Pakatan Rakyat itu. Rata-rata media sekarang ini penuh dengan cerita bantahan dan sikap rakus kerajaan campuran Selangor.
Malangnya, media arus perdana pula dipersalahkan. Sedia maklum, bantahan demi bantahan kita dengari dari semua pihak terutamanya rakyat Selangor yang berhampiran dengan tapak pembinaan lading babi tersebut.
Isu ini tidaklah boleh dianggap remeh oleh kita kerana perikemanusiaan wajar diserap kepada nasib penduduk, khususnya di Tanjung Sepat, Sepang. Ramai yang keliru dan menuduh bantahan itu datangnya daripada orang BN/UMNO.
Persoalannya, mengapa perlu dibabitkan parti dengan individu yang membantah? Bukankah keprihatinan penduduk yang perlu dipertimbangkan. Dari sudut inilah yang perlu dipertikaikan, di mana tanda tanya mengenai tindakan PAS dalam kelompok Pakatan Rakyat itu kerana semua rakyat Malaysia tahu PAS adalah sebuah parti Islam.
Bagi kerajaan campuran Selangor pula, alasan mereka kononnya projek mega ladang babi ini adalah sinambungan projek yang diluluskan oleh bekas MB terdahulu dan setelah diteliti perancangannya, maka disebabkan itu kerajaan PR ini sedia meneruskan projek babi secara komersial.
Permasalahannya, jikalau sebelum ini PKR, DAP & PAS mempertikaikan soal penternakan babi di Melaka dengan desakan agar ianya ditutup, maka kenapa pula di Selangor tidak ditutup ladang babi yang sedia ada dan mengapa pula perlu diperhebatkan lagi penternakannya?
Jelaslah pendekatan seperti ini adalah pendekatan yang tidak sihat dari pembangkang. Jika pembangkang dahulu (sebelum PRU-12) mengatakan tidak suka penternakan babi dan memberi alasan pencemaran dan sebagainya, mengapa pula kini mereka beria-ia pula kepada industri babi ini?
Kerajaan campuran punyai hak dan kuasa di Selangor ketika ini, jadi apakah menjadi suatu masalah untuk menutup kandang-kandang babi di Selangor seperti yang didesak mereka di Melaka suatu ketika dahulu?
Beginilah sifat sebenar di hati para pemimpin pembangkang yang menjadikan tabiat memperalatkan rakyat. Lebih menyedihkan apabila PAS di dalam sekutu mereka sendiri turut diperbodohkan. Fikirkanlah dan renungkanlah kesilapan kita memilih kerajaan. Pasti tidak terlepas di bibir kita, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.Harapkan PKR, PKR tak menjadi…
6 ulasan:
harapkan PKR...PKR x boleh Harap!!! aku suka pepatah ni...sebab dah nyata PKR xleh harap...dulu bagi undi sebab ingat bleh harap ler...jaga kebajikan rakyat tp...apa dah jadi?
Ader ke patut Babi diberikan subsidi dahulu sebelum manusia tongong yang dok pangkah diorang sebelum ni??? jadi apa citer ni??? jawab r...
Ni lah bila orang cakap 'kaduk naik junjung...kena pulak dapat negeri maju mcm selangor tu...tau2 dah ader modal banyak dlm negeri jadi...senang r nk buat apa..sogok kt org2 PAS seribu dua..bukak bisnes babi besar giler...pedulik apa dgn rakyat??? janji poket PKR,DAP & PAS gemok...
kuasa melayu hampir hilang di Sealngor ni gara2 orang melayu sendiri yang gelap mata bila disogok DAP-DAP yang bulurkan tanah2 berharga kat Selangor ni...mcm yang berlaku kt Perak skang ni...habih Exco suma bkn melayu...
Aku xphm r..kenapa PKR & PAS jd mcm ni???? Nyesal tul undi aku...nk tggu penggal seterus pun kena gak hadap 3,4 tahun sengsara dengan tinkah laku rakus orang2 yang idamkan kekayaan dari kesejahteraan.
Ader logiknya artikel Jejaka ni...kenapa tak suruh ditutup je ladang babi ni??? Dulu kt melaka suruh tutup, skang ni kt selangor...lagi nak tambah??? Banyak sangat duit pemimpin PAS & PKR ni dapat dari konco-konco Lim Kit Siang ni???
kepada joe_rizwanie..kuasa melayu da lama cuba dihilangkan oleh PKR dan PAS..cuba anda selidik kenapa matrikulasi dapat dimasuki kaum cina, india?bukan setakat matrikulasi, uitm pon sama..padahal kita semua maklum mara untuk bumiputera dan tujuan matrikulasi ditubuhkan..kan?..so?..kepada ct-cyberjaya..apa nak kesah..PAS pon da "KAFIR" mcm UMNO yang dikafirkan..belambak lagi anak PAS yang masuk UITM tp buta..sedih aku..Tahniah kepada tuan punya blog ni..Salam Perkenalan..kalau boleh sapa ada source kat kelantan..ada penyokong Puak Ajaran Salah ni ckp kelantan semua bagi biasiswa bukan pinjaman..btolke??..sapa2 tolong selidik..
SALAM..WELL, BENDA NILAH YANG NAK KITA KUPASKAN KERANA JIKA BENDA NI, PERKARA ISU BABI NI SETAKAT PANAZ DI AKHBAR TANPA BANTAHAN REALITI, JEJAKA RASA ADALAH LEBIH BAIK DI DIAMKAN SAJA. NAMUN, SEBAGAI RKAYAT YANG BERADA DI NEGERI YANG INGIN DILOPORI BINATANG NAJIS TERSEBUT, MAKA JEJAKA SERU SEMUA YASNG PRIHATIN AGAR TERUS MEMBOIKOT MALAH MENGUTUK USAHASAMA 3 SEJUTU INI.DALAM PADA TU JEJAKA MASIH TERTANYA KENAPA JADI BEGINI? DI MANA PENDIRIAN SEBEANR ORG ISLAM PAS? DI MANA SUARA LANTANG NIK AZIZ? DI MANA TINDAKBALSA 'TUAN2 GURU' PAS SELAMA INI?
Catat Ulasan