Alahai! Khir Toyo...
Oleh; Fuad Rahim
Opp!...Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (selepas ini ditulis sebagai Khir saja) menulis dari Makkah di web http://www.drkhir.blogspot.com , mencadangkan supaya Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'menyerahkan' jawatannya kepada timbalan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan lain perkataan, Khir mahukan Pak Lah berhenti!
"Saya tak terkejut dengan sikap Khir ni," kata seorang veteran Umno dari Selangor kerana pemimpin 'penyapu' ini akan melakukan apa sahaja termasuk menghadiahkan 'penyapu' kepada pemimpinnya sendiri.
Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Nasib Si Labu Labi, ada lagu…aci aci buka pintu……aci halau dengan penyapu. Dalam tulisan di webnya, Khir banyak merujuk pertemuannya dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Hari ini, siapa boss Khir sebenarnya? Dia ni tidak tahu hirerki parti ke? Nanti kalau orang kata dia budak mentah, dia marah pulak. Dulu, dalam tahun 1998, bila Dr. Mahathir ambil tindakan kepada Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan ditegur Dr. Mahathir supaya jangan 'menziarahi' ke rumah Anwar kerana 'dulu dia kawan kita tetapi sekarang tidak'.
Padahal ketika itu, Muhyiddin bukan Ahli MT selepas tewas Naib Presiden tahun 1996. Khir tak tahu barangkali. Kalau tak tahu, bertanyalah! Dia sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor. Baguslah. Dia sedar diri kerana dia, BN kalah teruk di Selangor.
Dia mencalonkan orang-orang yang dia rasakan dapat membantu dia nak bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti, dakwa banyak pihak, dari Selangor. Khir jangan meracau. Dia dah ubah mukanya, macam isterinya merubah muka, janganlah dia cuba nak merubah negara dan dunia. Kegagalannya di Selangor adalah satu pengkhiatan kepada Umno Selangor. Kempennya 'sifar pembangkang' meletakkan dia sebagai ketua pembangkang di Dun Selangor.
"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati," celah seorang bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian dari Kuala Lumpur yang mengaku banyak mengikuti perkembangan Khir selama ini. Khir ni seorang yang angkuh. Kalau dia tidak berbuat sesuka hati terhadap kuil-kuil di Selangor, menghadiahkan penyapu dan buat macam-macam arahan mengarut di PBT seluruh Negeri Selangor menyebabkan kakitangan PBT cukup-cukup meluat, mungkin BN di Selangor tidak hilang banyak undi.
Pengawai-pegawai kerajaan di Selangor menadah tangan berdoa semoga Pak Lah memindahkan Khir dari kerusi Dun ke kerusi Parlimen. Bila dia dikekalkan bertanding di peringkat Dun, sekaligus memungkinkan dia boleh jadi MB semula, jika BN menang, maka pengundi-pengundi, memilih untuk mengundi pembangkang. Khir sedar tak dia pernah memungkiri janji kepada rakyat di Selangor, ketika dia mula-mula menjadi MB dahulu?
Berani tak Khir bersumpah yang dia tidak ada berjanji mahu ke pejabat-pejabat (kawasan Dun) tiap-tiap wakil rakyat di Selangor. Setiap Jumaat, satu Dun! Apakah Khir buat semua ini? Khir mungkin dah lupa. Pegawai-pegawai yang mengelilingi Khir mungkin sudah lupa. Ada anak lelaki, baru bersekolah rendah, disebabkan tidak yakin dengan sistem pembelajaran di Malaysia, Khir menghantar anaknya bersekolah di Australia. Setiap bulan (kadang-kadang sebulan dua kali), Khir akan pergi menziarahi anaknya itu, di negeri Kanggaroo.
Masa bila Khir nak melawat seluruh Negeri Selangor? Berapa kali dalam tempoh lapan tahun menjadi MB Selangor, Khir sampai di Selayang, Hulu Yam dan Kuang? Hari ini, Tan Sri Muhammad Muhd Taib diberikan amanah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor. Khir jangan ingat dia sudah boleh cuci tangan. Dia kena menjalankan kerja-kerja memperbaiki kerosakan yang dia sendiri lakukan.
Masa dia menjadi MB, dia kena sedar, dia menjadikan pejabat MB sebagai 'penjara Sungai Buloh' yang menerima pelawat 'khas' sahaja ketika dia berkuasa dulu. Khir memang 'berminat' dengan keADILan. Itulah sebabnya, awal-awal isu Anwar Ibrahim, ada pihak yang mendakwa Khir dilihat berada bersama-sama 'penunjuk perasaan' setiap petang Sabtu di sekitar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka.
Namun, dengan usaha kuat Datuk Aziz Mohd Noh, (bekas Adun Pematang dan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abu Hassan Omar), tiba-tiba Dr. Mahahir yang ketika itu menjadi PM, berkenan melantik Khir menjadi MB. Bila Dr. Mahathir berundur, Pak Lah yang menggantikan Dr. Mahathir berkenan menerima Khir sebagai MB Selangor, walaupun Pak Lah banyak menerima aduan terhadap 'perniagaan Lebar Daun Berhad' dan pengondolan bukit.
Namun, Pak Lah tetap mahu mempertahankan Khir kerana Pak Lah tahu anak muda ini boleh memperbaiki kesilapan yang dilakukannya. Malangnya, Pak Lah tersilap. Anak muda yang sibuk 'membikin wajahnya' dengan kelazatan tempeh dan 'penyapu sakti' akhirnya memilih untuk duduk sepentas dengan Dr. Fuad Zarkashi, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir sendiri di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Khir sebenarnya sibuk mahu mempertahankan dirinya. Dia sudah merasakan, dia tidak punya kawan-kawan yang boleh mempromosi dirinya.
Dia isytihar mahu bertanding jawatan Ketua Pegerakan Pemuda Umno, kononnya dia yang paling layak jika Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengundurkan diri. 'Budak-budak banjar' menyindir Khir sebagai 'anak Jawa yang tidak sedar diri'. Dalam era kekalahan, dia masih mengada-ngada. Dia mungkin serius mahu bertanding jawatan itu tetapi, siapa yang mencadangkan? Dalam Umno, Khir kena 'ukur baju di badan sendiri'.
Allahyarham Khalid Jafri yang terkenal kerana buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri pernah mahu menulis sebuah buku bertajuk 'Khir Toyo – Kaduk Naik Junjung'. Nasib baik ada orang yang bersimpati dengan Khir menyelamatkan keadaan ini. Allahyarham Khalid dipujuk supaya tidak meneruskan hasratnya itu kerana Khir dilihat sebagai seorang anak muda yang bepotensi menjadi pemimpin pelapis. Malangnya, dia tidak memiliki apa yang disyaratkan orang-orang tua, untuk layak bergelar pemimpin.
'Kalau mencari tempat mandi, pertama cetek kedua landai, kalau cari pemimpin negeri, pertama cerdik, kedua pandai'. Khir bukan cerdik, sebaliknya akal pendek, sama pendek dengan ukurannya sendiri. Khir bukan pandai, tetapi memandai-mandai. Memandai-mandai 'buang orang itu, buang orang ini' sebagai calon-calon dalam PRU 12, 8 Mac lalu, menjadikan Selangor dikuasai PKR, DAP dan Pas. Khir mungkin tidak berminat untuk memulakan perniagaan kedai penyapu, bagi menyapu daun-daun yang lebar hingga mampu bergelar lebar daun – tetapi Khir tidak pernah mahu belajar sejarah MB Selangor, semuanya jatuh dalam keadaan cukup aib, kecuali Allahyarham Datuk Hormat Rafie.
Khir jangan fakir dia masih MB walaupun dia mungkin banyak duit. Hari ini, dia kena siapkan laporan kekalahan BN di Selangor. Dia bernasib baik kerana dia menang dalam PRU 12 yang lalu, tetapi bila kerajaan negeri tumbang, dia jangan nak menuding jari ke arah orang lain. Ramai yang sedang memerhatikan dia sekarang, termasuk kenyataan-kenyataannya yang membuktikan dia tidak sedar dari lenanya yang panjang.
Jika lima tahun lagi, BN masih tidak dapat kembali berkuasa di Selangor, nama Khir akan terpahat dalam sejarah UMNO/BN Selangor sebagai 'pengkhianat' yang menyebabkan Umno/BN Selangor terlepas segala-galanya. Khir tidak perlu menjerit-jerit mengatakan Umno dilahirkan di Selangor kerana tugas Khir bukan merubah sejarah, sebaliknya mencipta sejarah jijik untuk dirinya! Mungkin Khir sanggup 'tinggal seluar dalam' sahaja untuk bertanding Ketua Pemuda dan tidak mustahil 'botox' yang dibuat di wajahnya sudah masuk ke otaknya hingga merosakkan urat-urat di otak.
Layari: http://www.kpmu.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan