MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 9 April 2008

Inikah Bentuk Perjuangan Sebenar PAS????


Masihkah Kau Ingat...???
Husam Musa pun mengaku Agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS
Saudara Jejaka...

Terpanggil saya untuk menulis didalam blog ini kerana kelantangan saudara menyentuh keperibadian dan pendirian PAS. Bahkan isu babi yang saudara jejaka panaskan di ruang Blog ini cukup menarik bagi kita membongkar penipuan sebuah parti yang tidak lagi berpijak dibumi yang nyata.
Ini adalah kerana agenda negara Islam tidak lagi menjadi sebahagian intisari Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS.
Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.
Oleh kerana negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia sepatutnya memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS. Husam Musa pernah diminta untuk mengulas kontroversi awal penubuhan Pakatan Rakyat minggu lalu susulan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang dilaporkan berkata, PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.
Ternyata jawapan-jawapan Husam, yang juga exco kanan kerajaan PAS itu, menjelaskan intipati perjuangannya termasuklah tadbir urus yang Islamik seperti amanah, telus, adil dan saksama, tidak mendiskriminasi, membantu yang lemah dan prihatin menggambarkan kesungguhan perjuangan PAS.
Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini - rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama makin berleluasa.
Idealisme negara Islam harus diteruskan oleh ahli-ahli PAS tetapi PAS juga telah menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai kerangka utama untuk bergerak. Kita semua tentu ingatkan (penerimaan) ini satu jaminan kepada pemimpin-pemimpin kanan seperti Karpal Singh bahawa tidak ada perubahan (yang berbeza) di luar imaginasi mereka dengan wujudnya negara Islam.
Isu negara Islam, sering mengelirukan kerana model yang ada kini seperti Iran, Arab Saudi, Bangladesh mencipta tanggapan berbeza-beza kepada banyak orang.Untuk melawan gejala rasuah, apakah asas tindakan PAS?
Jadi, bagi ahli-ahli PAS, ajaran Islam (sebagai asasnya), mesti menjadi seorang pemimpin yang bersih, bertanggungjawab, telus, dan ini semua preskripsi untuk tadbir urus yang juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin Umno.
Tetapi, apakah semua pemimpin PAS mengikuti landasan ciptaan PAS sendiri? Bagaimana pula dengan kes-kes terbaru pembunuhan ngeri di Kota Bahru baru-baru ini? Penyeludupan beras dari Thailand melalui Kelantan, apakah dengan memenuhi spekifikasi pemimpin PAS, akan sifarnya kadar jenayah, sosial, dan korupsi?

Menurut Husam lagi, Pakatan Rakyat membenarkan ketiga-tiga parti pembangkang berada dalam satu platform dan terpulang kepada parti masing-masing menentukan parameter utama pakatan tersebut.
Ketika ditanya mengenai isu penternakan babi di Selangor yang turut melibatkan PAS sebagai peneraju projek, Husam berkata ianya adalah satu pengdekatan yang baik walaupun babi itu haram tapi hasil dari babi itu berbeza.Bukankah duit dari penjualan babi itu akan turut diagihkan kepada pemimpin-pemimpin PAS di Selangor kelak?
Saya ingin menyentuh juga berkaitan tadbir urus, termasuk kerajaan yang bersih, adil, memberi peluang sama rata, mengambil berat kumpulan miskin dan tertinggal, mengutamakan kebajikan, menguruskan (wang) negara secara berhemah, dan mengelakkan pembaziran, melaksanakan amalan tender terbuka - ini akan banyak membantu negara kita berada atas landasan yang betul.
Dan inilah yang telah hilang dan langsung tidak dibawa oleh Pakatan Pembangkang- kemandirian badan kehakiman, kebebasan bersuara, agenda moral untuk generasi muda, menurunkan kadar jenayah, masalah penyalahgunaan dadah, - inilah agenda-agenda negara yang juga selari dengan ajaran Islam. Tidak ada pertentangan di sini. Tetapi malangnya...ianya langsung tidak dibawa dan dikendong oleh PAS!
Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan Rakyat, ia mestilah selepas penerimaan orang ramai, bukan dengan cara mendakwa 'saya (PAS) tunjang (Pakatan)' tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yang dilakukan oleh Rasulullah. Pakatan, nama awal yang masih di peringkat cadangan, diumumkan 1 April lalu kini menunggu keputusan muktamad daripada setiap satu daripada tiga parti pembangkang itu.
Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan awal minggu lepas yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.
Menteri Besar Kelantan pula bertegas PAS harus menjadi "tunjang" pakatan itu dan memperdulikan pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.
Namun, sebagai rakyat yang dahulunya menyanjungi perjuangan PAS, merasa amat terkilan dengan tingkah laku dan pendirian PAS yang jauh lari dari landasannya.Kita semua pernah melakukan kesilapan, sama-samalah kita berubah...jangan menjdai seperti saya yang tersalah pangkah.

Kiriman pembaca:
Rafique Sulaiman
Kajang Selangor.



1 ulasan:

Budak Baghuh berkata...

Terima kasih saudara Rafique kerana memberi sambutan terhadap Blog ini.Ternyata saudara banyak mengetahui kecurangan PAS dalam prinsip yang mereka bawa selama ini.
Dari lidah pengarang mengucapkan terima kasih kepada pembaca dan sekali lagi...segala artikel yang ingin di sumbangkan boleh lah di emelkan terus ke- KEPUKpadi@yahoo.com