BABI: Penerima Kebajikan Pertama Kerajaan Pembangkang
Oleh: M.H Mizie ( www.suaralantangjejaka.blogspot.com )
Keputusan Kerajaan campuran PKR. DAP & PAS di Selangor yang meluluskan dana bagi penternakan babi secara moden mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak. Antaranya tempias yang buruk terhadap PAS kerana sedia maklum PAS adalah sebuah parti Islam dan ramai yang mempertikaikan pendirian parti itu.
Namun, bukanlah soal itu yang ingin dibangkitkan, akan tetapi mengenai jumlah peruntukan yang menjangkau RM100juta itu. Walhal, kerajaan campuran tidak sampai sebulan memerintah di Selangor.Dari manakah datangnya pembiayaan sebegitu banyak dan mengapa kerajaan negeri perlu mengeluarkan peruntukkan sebanyak itu.
Dana RM100 juta ini adalah satu jumlah yang begitu besar, bahkan jumlah itu hanya untuk membina ladang babi, maka tentulah menimbulkan banyak tanda tanya.Antaranya rakyat kini bermain dengan persoalan siapakah yang bakal memilikinya dan apakah mereka yang dikenalpasti sanggup membayar sewa bagi mengembalikan kos pembinaan ladang babi tersebut? Apakah semua penternak babi di Selangor bersetuju dengan kaedah ini? Jika tidak akan jadi gajah putihkah projek ini?
Rakyat juga ingin tahu bagaimana tidak sampai sebulan memegang jawatan, Khalid dengan gah meluluskan peruntukkan satu juta untuk projek babi ini? Siapakah yang begitu hebat hingga secepat itu membuat anggaran kos dalam masa yang singkat?
Tidak salah kalau ada yang menuduh Kerajaan Selangor menggunakan wang rakyat. Kita tahu, hasil penjualan babi ni mencecah berbilion ringgit setahun, justeru dimana logiknya kerajaan campuran Selangor membantu penternak yang kaya-raya ini?
Lupakah Khalid disebalik laungan Pakatan Rakyat sebelum ini yang lagak dengan kerajaan kebajikan, yang mana sehingga kini belum satu pun dari manifesto mereka tertunai untuk rakyat.
Di mana janji-janji mereka yang ingin memberi air percuma, menghapuskan cukai pintu bahkan yang terbaru ingin melupuskan semua saman PBT sebelum ini. Pakatan rakyat Selangor kini sedang sibuk merealisasikan projek babi hingga lupa tentang janji-janji mereka terhadap kaum Melayu, Cina dan India di negeri ini.
Air percuma yang dikatakan akan diberikan April ini pun sudah berubah ke bulan Jun pula.Inikan pula yang lain-lain. Nampaknya, rakyat Selangor kena tunggu lagilah perubahan tarikh yang lain kerana kerajaan bimbingan Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim ini lebih mengutamakan Babi dari manusia.
Sebab itulah dalam sejarah pemerintahan kerajaan campuran, babi menjadi penerima ‘kebajikan’ terlebih dahulu daripada rakyat kerana kerajaan negeri Selangor tidak berminat untuk fokus kepada masalah sosial, budaya masyarakat dan jenayah.Jangan selepas ini kerajaan Pakatan bagi kebajikan pada beruk-beruk pula sudahlah…
p/s: Jawablah Pak Khalid oi!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan