MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 27 Julai 2013

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

A . Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

c. Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Khamis, 25 Julai 2013

Mamat Cina Puasa Sehari


Mungkin ramai di antara kau orang semua sudah tonton video ni. Tapi aku baru sedar akan kewujudan video ni.Cehh..So slow lah BB.

Dalam pada kita marah pada cinabeng, rupanya masih ada cinabeng yang berhati mulia. Tiada cacat cela dengan video ini. Mungkin yang marah pada cinabeng di luar sana merasakan yang Jo ni sekadar berlakon untuk ambil hati Melayu tetapi aku dapat rasakan ada keikhlasan pada video ni. 
Alloo brader....Jangan all the time nak buruk sangka je. Orang offer susu takkan kita nak balas racun.

So, BB harap akan ramai lagi cinabeng di luar sana yang akan ikut langkah Jo. Pandai hormat bangsa dan agama orang lain.

Kalau macam inilah baiknya perangai orang Malaysia, sah Anwar akan pening otak kerana dia nakkan supaya jiwa orang Malaysia penuh dengan pemberontakkan.

Namewee dan Cinabeng Bak Kut Teh kena belajar dengan Jo cara nak hormat orang!!!

p/s: Kredit kepada sahabat blogger MELAYU BERSATU & JEBAT BERKOKOK kerana sudi berkongsi pendapat tentang video ni..Selamat Berpuasa Bro..!!

Rabu, 24 Julai 2013

Calon PAS Terselamat Dari Bayar Gaji Orang Kalau Menang PRK K.Besut

Barisan Nasional sudah menang di Kuala Besut, ini jelas menunjukkan parti Barisan Nasional (BN) memang parti utuh yang menjadi harapan kepada rakyat.

Apapun buat Che' Long yang kalah tu, janganlah pula hendak menuding jari kat penyokong. Anda boleh tuding kekalahan dan kekecewaan pada Husam ke, Nik Aziz ke yang terang-terang tak mengharapkan kemenangan PAS di Kuala Besut.

Namun, yang paling utama berita kekalahan ini juga satu pengkhabaran gembira buat Che'Long sebenarnya kerana dapat meneruskan kembali perniagaan dan projek-projek lain tanpa membazirkan duit menngupah orang.

Memang itulah hasrat utama calon PAS ni sejak dari mula kempen lagi. Dia bukannya nak sangat jadi wakil rakyat!

Tapi sebaliknya dia lebih mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dia. Jika dapat jadi wakil rakyat pun, dia akan ambik orang gaji untuk ganti tempat dia. Jadi, kalah pun kalah lah...

Sabtu, 20 Julai 2013

Semut pantau laman media sosial jejas keharmonian


Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian akan diteliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat.

Oleh itu, berwaspadalah selepas ini kepada semua blogger mahupun pemilik laman sosial facebook@twitter...

Khamis, 18 Julai 2013

Malam Pertama Blogger Porno Di Sg.Buloh dan Kajang...aduhai kesian

Mulai malam ini, Alvin akan menginap sementara di Penjara Sungai Buloh manakala pasangan seksnya yang sama-sama menghina Islam, Vivian menjadi penghuni Penjara Kajang sehinggalah tiba tarikh sebutan semula kes pada 23 Ogos 2013.

Ini bermakna mereka telah terselamat dari kemungkinan ancaman keselamatan dari pihak-pihak yang tidak puas hati dengan mereka, jika ada, untuk setidak-tidaknya 36 hari bermula malam Jumaat yang penuh barakah ini. 


Penahanan kedua-duanya di dalam penjara dengan menafikan peluang dibebaskan dengan jaminan, dengan sendirinya membayangkan betapa seriusnya kes ini yang mana sekiranya gagal dibendung, dilihat mampu mencetuskan suasana tidak aman dan huru hara, mengganggu-gugat keharmonian kehidupan pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Di antara faedah lain penahanan pasangan blogger seks ini di penjara ialah :-

1. Membendung dan meredakan kemarahan umat Melayu Islam terhadap keduanya;
2. Memastikan nyawa Alvin dan Vivian selamat sementara selesai perbicaraan;
3. Membendung salah laku dan gejala jenayah siber yang serupa atau lainnya;
4. Merupakan amaran keras kepada bakal pesalah siber;
5. Mahkamah memahami sensitiviti kes;
6. Polis dan SKMM masih boleh diharapkan dalam menguatkuasakan kanun;
7. Menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia;
8. Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.


Namun malangnya, seorang Ahli Parlimen PAS yang awal-awal lagi tampil mendahului mahkamah merayu kepada umat Islam agar memaafkan perbuatan menghina agama Islam yang kononnya diperjuangkan oleh mereka. Amatlah sedih memikirkan wujudnya pemikiran liberal sebegini yang sanggup menggadai maruah agama demi perjuangan politik sempit dan kepentingan duniawi semata-mata.

NOTA : Gambar-gambar Alvin dan Vivian di penjara bolehlah diperolehi dari Pejabat Pendaftar Penjara. Silalah hubungi sendiri.

Akhirnya DAP Berjaya Sunatkan PAS!!


Dalam isu kalimah ALLAH, pujian harus diberi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjanji akan mempertahan serta melindungi Islam dan kedudukannya sebagai agama persekutuan.
Pendirian tegas beliau bukanlah sekadar untuk meraih populariti atau menyedapkan hati umat Islam tetapi adalah komitmen berterusan bagi memastikan Islam tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan Duta vatican City, Archbishop Joseph Marino telah mengundang kecaman dan kutukan keras dari pelbagai pertubuhan Islam dan Melayu di negara ini sejak kontroversi itu tercetus beberapa hari lalu.

Namun dalam kemarahan umat Islam yang diluahkan dalam setiap ruang media, satu perkara yang amat mengejutkan ialah sikap pihak pembangkang khususnya Pas yang terus membisu hingga ke hari ini.

Tidak sepatah bantahan pun telah dikeluarkan oleh Pas setakatnya untuk mengecam kenyataan ketua biskop itu.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sikap Pas amat dikesali malah seharusnya turut dikutuk seprrti juga komen Archibishop Marino.

Ini kerana Pas sepatutnya menjadi badan politik pertama di kalangan organisasi siasah pembangkang yang menyuarakan bantahan terhadap apa yang dilihat sebagai campurtangan pihak asing dan penghinaan terhadap Islam oleh pihak wakil Paus Francis I itu.

Tetapi Pas memilih untuk berdiam diri dan berpeluk tubuh ketika Islam berdepan dengan ancaman pihak luar.

Parti itu nampaknya telah hilang semangat untuk mempertahankan Islam akibat persekongkolannya dengan Dap dan PKR.

Pas lebih rela melawan calon Islam daripada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Besut daripada menentang pihak Kristian untuk mempermainkan agama.

Sememangnya sikap pas itu telah mengesahkan tanggapan umat Islam bahawa parti itu telah menjual maruahnya kepada Dap.

Tidak salah kalau umat Islam melabel Pas sebagai keldai tunggangan Dap kerana itulah hakikatnya.

Pas telah hilang legitimasi untuk bercakap bagi pihak Islam kerana demi kepentingan politik, agama pun sanggup dikorbankan dan dibiarkan untuk diperlecehkan oleh orang kafir.

Sejak berada dalam pakatan pembangkang apakah sumbangan parti itu kepada pembangunan syiar Islam di negara itu.

Tidak kedengaran pendapat-pendapat bernas serta pandangan yang lahir daripada pemikiran tinggi pemimpin-pemimpin Pas.

Yang keluar dari mulut mereka hanya cacian, cercaan dan maki hamun terhadap saudara seagama yang berlainan ideologi politik.

Dalam PRU13, Dap menggunakan peluang untuk mendapat undi Melayu sehingga parti rasis itu muncul sebagai parti yang paling banyak memenangi kerusi Parlimen berbannding Pas dan PKR.

Jika ini masih belum dapat membuka mata dan minda pemimpin Pas bahawa mereka telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti Cina perkauman itu, eloklah bubar sahaja Pas.

Ini kerana kewujudan Pas hanya memecah-belahkan umat Islam dan tidak menyumbang sedikit pun kepada pembangunan minda serta memperkukuhkan status agama di negara ini.

Semakin lama Pas berada bersama-sama Dap dan PKR, semakin parah perpaduan umat Islam yang dilihat semakin longgar.

Kekalahan Anwar Ibrahim untuk membawa kejayaan kepada pakatan pembangkang sepatutnya menjadi pengajaran kepada pas untuk menilai semula kedudukan dan kepentingannya berdamping dengan dua sekutunya itu.

Sudah tiba masanya Pas membersihkan parti itu daripada anasir dan elemen Anwarinas yang menghalang parti itu untuk merealisasikan potensinya sebagai gerakan yang memperjuangkan Islam.

Dalam kedudukan sekarang Pas hanya menjadi perkakas kepada Anwar untuk mempergunakan parti itu untuk kepentingannya.

Anwar telah menumpulkan ketajaman perjuangan Pas sehingga sanggup menukar slogan 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata untuk mengambil hati Dap.

Di mana maruah dan integriti Pas sehingga dap berjaya menjadikannya sebagai parti yang bacul dan dayus!

oleh: Beruang Biru
sumber: Klik Sini

Rabu, 17 Julai 2013

Teknik Psywar Pendukung LBGT dalam Kronologi Isu Alvin & Vivian Lee


Untuk beberapa ketika, nama Alvin dan Vivian cukup popular, apatah lagi mereka memilih seksologi untuk menjadi terkenal. Apakah ada di kalangan kita, yang mampu mengenepikan tarikan seksual? Maka, bidang yang dipilih kedua-dua mereka adalah tepat.

Awalnya, penulis tidak berminat tentang mereka secara mendalam, cukuplah hanya mengetahui siapa mereka. Rupanya, populariti yang mereka perolehi bukanlah bersifat tunggal semata-mata, kerana dibelakang hari pada detik-detik popularnya mereka, niat dan tujuan populariti yang diraih itu semakin terarah. Nawaitu mereka jelas, nyata dan terang.

Pertama, Vivian secara beraninya bergambar separuh bogel, hanya dilitupi oleh bendera Barisan Nasional. Dengan itu, para penyokong dan pendukung LBGT secara amnya, dan penyokong PAS dan PKR secara khususnya, menyemarakkan api fitnah apabila cuba mengaitkan ketidakwajaran foto berkenaan dengan BN.

Kenyataan “Inilah hasil tarbiyah Ustaz UMNO”, “Moral penyokong BN”, dan sebagainya dilemparkan ke arah BN. Walhal, di pihak BN mahupun penulis sendiri, merasakan foto berkenaan adalah bersifat provokosi terhadap BN. Ia menyerlahkan sikap kurang ajarnya Vivian, seperti mana aksi lucahnya di internet. Tidak mungkin, sebagai seorang penyokong sebuah parti, akan sanggup memperlakukan kerana tahu akan akibat yang bakal diterimanya. Kecuali niatnya untuk membuat “reverse psychology” ke atas BN. Ini sangat jelas.

Penyokong PR terkesima apabila foto Vivian bersama ahli politik yang pernah juga dikaitkan dengan video lucah, beredar persis viral di internet. Untuk beberapa hari, mereka, terutamanya cybertrooper terdiam menandakan bersetuju bahawa Vivian adalah penyokong PR. Paling jahil, ada juga di antara mereka yang mendakwa gambar tersebut menggunakan teknik super-impose.

Paling mengejutkan ialah, gambar kontroversi yang secara terang-terangan menghina umat Islam, iaitu mengajak umat Islam berbuka puasa dengan menikmati Bak Kut Teh. Analisis kekurangajaran ini menunjukkan bahawa hanya penyokong DAP sahaja yang cenderung kepada ekstrimisma seperti ini. Lebih seminggu cacaitrooper mereka berdiam, terdiam dan membisu kerana tidak lagi mampu memfitnah bahawa Vivian dan Alvin adalah penyokong BN.

Sensitivi umat Islam tercalar teruk gara-gara perbuatan ala anak cucu komunis di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kecaman dan desakan dari pelbagai pihak telah akhirnya membawa kepada permohonan maaf secara terbuka oleh kedua-dua pelampau Chauvinist ini. Rasanya, tidak perlu untuk penulis ceritakan selanjutnya tentang reaksi awam dan pihak berkuasa.

Apa yang cuba penulis tekankan ialah, selepas permohonan maaf, beredar pula foto pelampau Chauvinist ini memegang lambang yang dilihat mesra kepada gagasan 1 Malaysia. Tiba-tiba kedua pelampau ini mengaku menyokong Najib Razak; Perdana Menteri yang diperdaya oleh “rakyat Malaysia” pada PRU13 yang lalu.

Seraya dengan itu, muncul semula macaitrooper PR mengaitkan semula kedua-dua pelampau tersebut sebagai penyokong BN! Lucu sungguh! Anda bayangkan, betapa mereka sanggup berbuat sedemikian, demi untuk menegakkan benang yang basah! Mereka sebenarnya cuba mengelirukan rakyat, kerana telah gagal menyakinkan bahawa Alvin dan Vivian adalah penyokong BN.

Anda baca kembali perenggan-perenggan tersebut, dan lihat helah muslihat dalam modus operandi mereka. Inilah ungkapan yang disebut dalam istilah perang saraf berbunyi “If you can’t convince them, confuse them”.

Begitulah cara mereka berpolitik, matlamat menghalalkan cara. Dosa belakang kira. Dan “perjalanan filem ini” dijayakan dengan penuh teliti, bukannya satu kebetulan.

Pada hemat anda, siapa pula si “Tuan Direktor” nya?

Sabtu, 13 Julai 2013

Akta Harmoni Memang Harmoni

Menteri Dalam Negeri, menegaskan bahawa Akta Hasutan akan dipinda dan mungkin akan dinamakan dengan Akta Harmoni.

Apapun aku salute dengan pendirian pimpinan UMNO yang bertegas akan mempertahankan empat perkara iaitu Agama Islam agama rasmi, Raja-Raja Berperlembagaan, Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bahasa Melayu bahasa rasmi Malaysia.

Sekarang terbukti hanya UMNO yang memperkasakan kedaulatan dan perlembagaan. Tak sabar aku nak dengar komentar dari Pakatan Haram pulak...

Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura

Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini.  Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi.  Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi ‘nombor 2’ dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini. 

Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud.  Buku tersebut yang bertajuk ‘Contesting Malayness’ dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu.  Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri. 

Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistic (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh.  Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan.  Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal. 


Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Professor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia. 

Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam. 

Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masehi.  Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina.  Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik. 

Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut: 

“It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos.”

Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar.  Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar. 

Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka.  Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulukala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah.   Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu. 

Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini. 

Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu ‘Pantai ini’ dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ.  Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar. 

Nampaknya, Hujah Professor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah.
sumber: sini

Khamis, 11 Julai 2013

Pengkhianat Bangsa Yang Sebenar? Aku Percaya, Korang Percaya??

SALAM RAMADHAN...
Cuba kita baca dan ingat semula kata-kata pujangga Sheikh Anwar Al-Juburi ini:-

“Pemimpin DAP, PAS & Semangat 46 gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong hanya berminat kepada kuasa dan tidak akan mengendahkan kepentingan rakyat mahupun negara” – Anwar Ibrahim

“Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang melayu,” – Anwar Ibrahim

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995:

"Parti-Parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu kehamonian. PAS dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pemmbangkang.” – Anwar Ibrahim

Tapi, hakikatnya Anwar sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ –nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu. Malangnya, Anwar tak kisah pun semua itu..
Bagi Anwar, “ Perdana Menteri Di Dahulukan-Kroni-Kroni Di Utamakan “

Maka bagaimana pula dengan sekutu yang paling digeruni dan disayangi ketika ini? Lim Kit Siang..???

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya,” – Anwar Ibrahim

Apa kata Anwar terhadap Kerajaan BN?

“Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang kerajaan BN untuk mengukur sejauh mana kecekapan kerajaan BN mentadbir Negara.” – Anwar Ibrahim

Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong. Negara dibawah BN, dihormati di seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti Pembangkang!,” – Anwar Ibrahim

Kini...Anwar Ibrahin yang sudah menjadi warganegara yang tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat politiknya. Bersahabat dan bersubahat denga mereka yang pernah dituduhnya sendiri dengan pelbagai label.

Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia.

Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya: PENGKHIANAT  BANGSA!!

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Pengkhianat Nombor 1 Negara. Perosak Bangsa yang utama. Sanggup lakukan apa saja demi memuaskan nafsu serakahnya untuk menjadi PERDANA MENTERI...












AWAS !!! HADIS PALSU MENGENAI FADHILAT TERAWIH YANG 'MENGGILA' DI MAYA..!!!



SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali.

Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terut
amanya dalam bulan yang diberkati itu.


Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.

Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.

Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Husam Mahu PAS Kalah Di Kuala Besut: Apa Tindakan Hadi Awang??


Kredibiliti parti memainkan sentimen utama dalam mempamerkan wajah sebenar sesebuah parti politik itu. Lantaran itu, apa yang boleh dilihat kini, kredibiliti PAS makin membawa padah yang menelungkupkan parti itu dengan bermacam sandiwara terpapar dalam arus media waktu ini.

Kelemahan PAS kian ketara apabila ahlinya sendiri menidakkan kemenangan bakal berlaku di PRK N01- Kuala Besut. Apa lagi bila ada dikalangan penyokong tanpa ilmu turut sama mengangguk kepala untuk memboikot kempen PRK itu.

Pendekatan inilah yang bakal merealisasikan impian Husam untuk melihat PAS itu hancur demi kerana mengikut telunjuk PKR & DAP. Jika tidak, masakan Husam beria benar mahu melihat PAS kalah di Kuala Besut? Apakah Husam disogok untuk menurut kenyataan Rafizi yang memboikot kempen kerana PKR tiada ruang meletakkan calon mereka?

Permainan inilah sebenarnya yang akan melihatkan PAS sebagai parti yang berpegang pada prinsip atau tidak. Apa pula tindakan pimpinan PAS terhadap Husam? Apakah Husam terlalu kebal dalam PAS hinggakan kenyataan beliau dipandang enteng saja?? Apapun PAS harus berpegang pada prinsip dan menolak pengkhianatan dalam parti jika benar PAS relevan untuk di ikuti... Disini juga kita mahu melihat kuasa Presiden PAS sendiri..kebal atau bebal...