MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 21 April 2008

Kumpulan 11- Mahathir Punca UMNO Haram

oleh: M.H Mizie

Dalam kita sibuk-sibuk dengan kekecohan tuntutan peralihan kuasa di dalam barisan pimpinan UMNO, secara tiba-tiba pula kita dikejutkan dengan kemunculan Kumpulan 11. Siapakah mereka ini? Dari mana kewujudannya?

Itulah yang bermain dibenak generasi muda yang lupa dan langsung tidak menyedari kewujudan kemupulan 11 ini.Mereka bukan Ultraman, Superman mahupun Ahli Nujum Negara seperti Khir Toyo itu.

Kalau kita dengar bunyi nama kumpulan tersebut, mungkin ada yang gerun kerana bunyinya seakan kumpulan penyamun atau penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ adalah terdiri daripada ahli UMNO dan tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti UMNO diharamkan 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 yang telah menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula apabila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana terdapat mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah.

Namun sayang, suara mereka tidak di dengari oleh Ibupejabat UMNO waktu itu sehingga memaksa mereka membawanya ke Mahkamah yang membawa keputusan dari Hakim Harun Hashim bahawa UMNO diharamkan.

Justeru, setelah 20 tahun berlalu, suara mereka yang dahulunya lantang terpaksa ditenggelamkan kerana faktor kehakiman telah dibeli.Kini penantian mereka hampir terbuka untuk membenarkan apa yang salah apabila kemunculan mereka memanaskan lagi rentak politik tanahair.

Sabtu lalu, salah seorang daripada kumpulan 11 itu telah membuat satu kenyataan akhbar yang menuntut secara terbuka agar diperbetulkan segala fakta mengenai fiasco pengharamkan tersebut.

Kenyataan Rahim Abdul Rahman bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar adalah bertujuan tidak mahu lagi kumpulan 11 itu terus-menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Sebagai dorongan yang telah mengembalikan semarak perjuangan pada kebenaran, beliau terpanggil untuk ke depan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.

Berikutan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman, menguatkan lagi semangat Rahim untuk membongkar segala salahlaku pemimpin terdahulu.


Pemecatan Tun Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan turut dengan keputusan mahkamah yang mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.

Rahin yang mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu. Menurutnya lagi, tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Rahim juga turut mendakwa semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat, Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik bahkan tidak melayan aduan mereka dan menjawabnya dengan tidak betul. Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka. Reaksi Dr Mahathir yang tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula adalah alasan kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Rahim juga mendakwa bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram. Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu. Jika Rahim sendiri sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini. Tidakkah kita sendiri terfikir akan keberaniannya itu suatu kebenaran?

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.Rahim juga membangkitkan persoalan apakah Mahathir merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa?

Apakah Mahathir sudah lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

Pada hemat penulis, kelaslah di sini segala apa yang beliau timbulkan sehingga keretakkan di dalam UMNO berpunca dari Tun Mahathir sendri yang sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.

Gesaan Khir tidak wakili Umno S'gor

Sebarang pandangan mana-mana pihak dari Selangor berhubung peralihan kuasa dalam parti dan kerajaan adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Selangor, kata pengerusinya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Katanya, ini termasuklah gesaan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang meminta supaya peralihan kuasa perdana menteri dan presiden Umno dilakukan segera.

Dr Mohd Khir yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat gesaan tersebut dalam blognya - Cetusan Dr Mohd Khir - baru-baru ini.Sehubungan itu, Muhd Taib berkata, prestasi buruk BN dalam pilihanraya umum lalu, tidak sepatutnya dibeban dan dipersalahkan kepada Abdullah seorang sahaja.

"Sebagai ketua bahagian, ketua cawangan, malah bagi negeri yang kalah, pengerusi badan perhubungan negeri juga harus memikul dan mengambil tanggungjawab ini," kata Muhd Taib dalam blognya semalam.

'Semua bertanggungjawab'Dr Mohd Khir adalah bekas ketua perhubungan Umno Selangor yang dirampas barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - dalam pilihanraya umum lalu. Beliau melepaskan jawatan tersebut selepas BN tewas di Selangor dan diambil alih oleh Muhd Taib (kanan).Dalam pilihanraya umum itu, pembangkang memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menubuhkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat.

Selangor adalah antara empat negeri yang dirampas pembangkang. Tiga lagi adalah Kedah, Pulau Pinang dan Perak, manakala PAS mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi."Bila negeri kalah, perdana menteri sahaja yang salah. Habis, apa tanggungjawab kita yang menjadi pemimpin di peringkat cawangan, bahagian malah negeri," tulis Muhd Taib dalam blognya itu.

Menurut Muhd Taib, badan perhubungan Umno Selangor yang bermesyuarat Selasa lalu, memutuskan memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai presiden dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai timbalan presiden."Malah, soal peralihan kuasa juga disentuh dan kami sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan kepada Pak Lah berbincang dengan Dato Najib, cara dan bila peralihan kuasa itu perlu berlaku," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pendirian Umno S'gorMuhd Taib berkata, mesyuarat badan perhubungan itu dihadiri oleh semua ketua bahagian kecuali Dr Mohd Khir, yang diwakili oleh ketua penerangan Sungai Besar, Datuk Abd Shukor Siraj."Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan dan pendirian badan perhubungan Umno Selangor," katanya.

Dr Mohd Khir tidak dapat hadir kerana sedang mengerjakan Umrah di Mekah."Apapun, pendirian Umno Selangor jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi."Jika ada selepas ini pandangan mana-mana pihak dari Selangor tentang perkara tersebut, saya anggap itu pandangan peribadi dan tidak boleh dianggap mewakili pendirian Umno Selangor," katanya.

Khamis, 17 April 2008

Benarkah Najib Pembawa Zaman Gelap?
Dipetik dari: *Malaysiakini.com
Sedih, keliru dan kecewa apabila melihat gambr ini.Tentu sekali lita akan tertanya-tanya kenapa terjadi begini.Apa sudah berlaku kepada United Malayan Nations Organisations? Apakah cerita disebalik kelambu UMNO yang sebenarnya sehingga hampir-hampir menyingkap rahsia ahli-ahli yang kian terserlah perbuatan benar dan salah.

Biarlah penulis bentangkan serba-sedikit huraian ala-ala analisis penulis yang boleh kita nilaikan sendiri tahap kesahihannya.Apapun, terserahlah kepada kita sendiri untuk mengkaji logik dan mistiknya perjuangan UMNO alaf baru ini.

Terdahulu, pastinya kita sedia maklum akan rentetan kisah selepas PRU 12 yang kini menjadi bahan bualan masyarakat khususnya ahli-ahli UMNO.Kenapakah ada diantara pepimpin yang masih primitive dengan keputusan sesuatu pertandingan?

Keputusan PRU 12 yang diterima oleh UMNO/BN telah menggemparkan Negara tatkala ini. Masing-masing kini mula menuding jari kepada pucuk pimpinan atas kemerosotan prestasi BN dalam PRU 12 yang lalu.Namun tidakkah mereka terfikir kesilapan sendiri dengan hanya meletakkan kesilapan hanya pada pucuk pimpinan?

Terus-terang, kita akan lebih berdosa jika kita menuduh seseorang itu tanpa mahu menilai kelemahan diri terlebih dahulu.Penulis rasa tidak perlu berhujah panjang kerana rentetan ini adalah diskusi penting yang bakal menjawab kenapa, mengapa dan bagaimana desakan ‘peralihan kuasa’ begitu ditekankan oleh mantan PM sehingga terbuka pekung untuk di tontoni.

Sebenarnya, apabila keputusan PRU diperolehi, bermacam-macam spekulasi timbul.Di antaranya yang sedang hangat diperkatakan adalah desakan dari Tun Mahathir agar Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan.

*Tindakan Dr Mahathir Mohamad telah memerangkap Tengku Razaleigh Hamzah agar membuka tirai protes dengan mesyuarat agung tergempar untuk mengetepikan Abdullah Ahmad Badawi.
Entah untuk ke berapa kali Razaleigh telah dijadikan batu loncatan oleh Dr Mahathir. Razaleigh mewakili politik lama, politik era Tunku Abdul Rahman iaitu politik the British clubby gentleman – yang menuntut setiap kata dikotakan.

Sebenarnya era dan zaman itu telah lama selesai. Kita sekarang dalam era peralihan dari zaman gelap ke zaman cerah. Bahaya yang kita hadapi sekarang adalah planning Tun Mahathir yang inginkan kita rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap, ke zaman ketakutan dan ke zaman autokrasi.Justeru, Tun Dr Mahathir sedang merancang untuk menobatkan Mohd Najib Razak.

Apapun, perlu kita berwaspada dan mengetahui kenapa bekas perdana menteri itu memilih Najib? Kita wajib memahami sebab-musababnya agar kita semua akan bersedia menghadapi zaman gelap yang mahu dibawa oleh timbalan perdana menteri ini.

Kenapa Tun kini bermati-matian, dengan licik lagi penuh tipu muslihat beria-ia merancang untuk menaikkan Najib? Malah minggu lalu media arus perdana juga ‘terjerat’ dengan tipu helah Tun ini apabila melaporkan Najib bukan lagi satu pilihan.

Kenyataan Tun ini bertujuan menaikkan syahwat Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin agar mereka terus berkomplot menentang perdana menteri.
Sebenarnya perkembangan ini suatu tipu helah jenis Si Kitul. (Siapa Kitul? Sila rujuk Sejarah Melayu, kitab naratif kesejarahan lisan orang-orang Melayu Melaka. Kita merujuk Sejarah Melayu untuk melihat yang lampau, memahami yang hari ini dan pedoman masa hadapan)
Untuk memahami siapa Najib, kita melihat dan memahami kembali bagaimana Dr Mahathir memilih menteri-menteri kabinet dan para running dog (baca dengan maksud sastera) yang mengelilinginya. Mahathir dengan selesa akan memilih orang-orang yang dikelilingi masalah besar. Lebih besar masalah itu lebih baik untuk Mahathir.Contohnya:-

1)Abdul Rahim Thamby Chik - dengan isu cinta berahi anak gadis bawah umur,; menjadi orang kepercayaan Dr Mahathir.
2)Arwah Megat Junid Ayub - dikaitkan dengan kematian wanita pemilik kedai video; menjadi pembantu dan menteri setia Dr Mahathir.
3)Shahidan Kassim, terlibat dengan kemasukan beras ke Perlis, dijadikan menteri besar Dr Mahathir yang setia.
4)Dr Rais Yatim, seketul mayat politik, telah diberikan nafas oleh Dr Mahathir sehingga sanggup meminum air basuh kaki Dr Mahathir yang pada suatu ketika dahulu dikutuknya.
5)Rafidah Aziz si tukang lipat terlibat dalam agihan AP (permit kenderaan import),
6)Nazri Aziz - (tukang lipat spesies jantannya pula) yang tersangkut dengan 600 permit teksi.

Mereka ini menteri setia dalam kabinet Mahathir. Mereka ini akan terus menderam dan melolong jika ada sesiapa yang cuba menghampiri Dr Mahathir.
Lihat pula badan kehakiman dan badan kepolisan yang dirasuk rasuah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aktiviti rasuah ini dibiarkan oleh Dr Mahathir kerana si perasuah ini akan terus bersetia kepada Dr Mahathir.
Namun, apa sangkut-paut semua ini dengan Najib?
Najib bersarang di lubuk semua rasuah. Najib ibu kepada semua masalah. Najib terkait dengan keterangan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Dakwaan ini bukan lagi tohmahan di mahkamah, malah seorang saksi dari Mongolia telah menerangkan bahawa Najib Razak pernah berjumpa dengan Altantuya.

Najib tidak lebih daripada seketul mayat politik berbanding Rais Yatim. Najib lebih banyak menyondol daripada Rahim Tamby Chik bahkan Najib berjuta-juta kali menerima rasuah daripada Rafidah dan Nazri.

Manusia seperti Najib ini adalah “model” (bukan model wanita) yang terbaik dalam bacaan politik Dr Mahathir. Manusia Najib ini boleh menjadi running dog (sekali lagi, baca dengan maksud sastera) yang paling setia kepada Dr Mahathir.

Jika diamati semula permainan dalam congak politik orang tua itu, Najib akan meneruskan dinastinya. Kemudian akan dimasukkan Hishamuddin Hussein, si penjulang keris yang lidahnya belum sanggup menjelir panjang. Akhirnya, Mukhriz Mahathir akan muncul.

Pada ketika ini si Mukhriz sedang belajar menyerang dengan salakan-salakan kecil menghala ea rah Abdullah Ahmad Badawi. Mukhriz inilah klon asli yang dicita-citakan oleh Dr Mahathir.
Jadi siapa sebenarnya Najib?

Persoalan inilah yang hendak dijelaskan kerana Najib Razak pembawa zaman gelap dalam budaya politik Malaysia. Najib akan memadamkan semua lampu-lampu pencerahan yang baru sahaja hendak dinyalakan Pak Lah.Dari segi pembudayaan, Najib pasti akan ingin lebih Islam daripada PAS, lebih lebai daripada Lebai Kulup.

Dengan latar belakang keilmuannya yang cetek dan demi membuktikan keislamannya Najib akan melakukan apa sahaja yang ‘dianggapnya’ Islam.Biarpun Najib Razak sedar yang dirinya tidak memahami inti dan falsafah Islam sebenar tetapi cukuplah baginya hanya berjaya melihat pinggiran dan kulitan Islam.

Ini bermakna Islam garapan Najib akan lebih kolot dan lebih menyusahkan hidup kita semua. Kulitan Islam ala Najib ini bukan lagi fenomena “jantan di barisan lain dan betina di barisan lain” , ia akan terjadi lebih daripada itu.

Keislaman Najib ini bukan hanya membuang patung-patung penyu seperti di Terengganu (dulu) tetapi akan lebih Islamik daripada itu.Buktinya?

-Tiga tahun dahulu, ketika Hari Raya dan Deepavali berjalan serentak, seorang insan yang mengakui dirinya sebagai ‘ilmuwan Islam’ telah mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa orang Melayu-Islam tidak boleh berkongsi Deepavali dengan penganut Hindu.

Kenyataan yang kononnya fatwa ini, telah disambut dan disokong oleh Najib. Hanya tiga hari kemudian fatwa karut ini telah disangkal oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beginilah contoh Islam kapal selam si Najib.

Seorang insan yang terkait dalam keterangan kes mahkamah akan melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa dirinya lebih suci daripada Kaabah dan lebih putih dari sabun Breeze.

Sila ingat kembali kenyataan-kenyataan Najib beberapa bulan dahulu. Hujan tidak, guruh pun tidak, tiba-tiba Najib menjadi Lebai Najib. Saat itu dia telah mula mengeluarkan ayat-ayat Furqan untuk membuktikan dirinya lebih Islam daripada kapal selam.

Rasuah? Rasuah itu adalah nama timang-timangan dan nama manja beliau.

Kalau polis menahan kita dan meminta baksheesh sepuluh dua puluh ringgit maka ini dianggap rasuah. Tetapi jika Najib membeli senjata, membeli kapal selam dan membeli jet pejuang - ini bukan rasuah, mengikut kitab Najib.

Duit berjuta-juta ini bukan duit rasuah tetapi mengikut fatwa Najib, jumlah ini wang komisen.Inilah dia sosok yang sedang dirancang dan sedang diuli oleh Dr Mahathir untuk dijadikan perdana menteri.

Kenapa Dr Mahathir pilih Najib?

Dr Mahathir sendiri kepala perompak yang mewakili Daim Zainuddin dan sederetan lagi saudagar-saudagar besar. Ada ramai lagi lanun dan anak-anak kapal yang berpayung bawah ‘Empayar’ Dr Mahathir. Mereka-mereka ini dengan bantuan kuasa Dr Mahathir telah merompak dan menjamah harta negara selama 22 tahun.

Seperti filem seram Rosemary Baby, semua orang yang diharap-harapkan memberikan bantuan rupa-rupanya sebahagian daripada jaringan lanun.Polis, kehakiman, media, badan pencegah rasuah, imam-imam – semuanya bersekongkol.

Perompak dan lanun-lanun ini tahu jika era pencerahan yang dibawa oleh Abdullah Ahmad Badawi ini dapat diteruskan, mereka semua akan didakwa di mahkamah. Polis dan para hakim, politikus rasuah, dan sesiapa yang menyalahgunakan kuasa akan juga dihadapkan ke mahkamah.

*Salah tanggapan jika kita percaya Dr Mahathir mahu Abdullah berundur kerana warisannya sedang dilupuskan.
*Silap jika kita iyakan kononya menaikkan Najib tiada sangkut-paut dengan legacy.
*Salah juga bacaan politik kita jika menganggap bahawa Dr Mahathir lebih sayangkan United Malays National Organisation.

Tahukah kita?

Dr Mahathir terlibat mengharamkan United Malays National Organisation yang asal. Sejuta kali silap jika kita menganggap bahawa Dr Mahathir berbuat semua ini untuk orang Melayu.

Dr Mahathir mahukan Najib kerana Najib akan menjadi seketul mayat politik dan tidak akan membuat sebarang dakwa-dakwi terhadap Dr Mahathir dan lanun-lanun yang lain. Dua puluh dua tahun zaman ganas dan zaman gelap Dr Mahathir akan diteruskan oleh Najib.

Kepada sesiapa yang memiliki ilusi tentang Najib sebagai pilihan tepat Dr Mahathir, sila tanya diri sendiri, sudah sampaikah masanya Malaysia menerima perdana menteri baru yang terkait dalam keterangan kes Mongolia? Apakah seseorang terkait boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Tepuk dada tanyalah hati, jika sayangkan maruah UMNO yang dulunya menjadi pimpinan kita mengecap merdeka dan kebebasan, jadikanlah ia satu pedoman.Jika ini di anggap andaian, sama-samalah kita melihat masa depan. Penulis cuma ingin mengajak semua berfikir, benarkah Najib pembawa zaman gelap?




Rabu, 16 April 2008

Pertembungan Antara PAS dan ANWAR

Written by Sdr Ikbal
Wednesday, 17 April 2008
Dipetik dari sebahagian komen KPMU,

Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat.

Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas baik datang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan .Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati. .Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).

Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-

a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan Malaysia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?

b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.

Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.

Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya.

Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini?
Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu.
Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.

Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia.
Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.

Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.

Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan.
Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam M'sia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?
Jadi gambaran media asing terhadap Islam di M'sia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.

k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.

l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51.
Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.

iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?".
Antara kandungannya :- a) Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.

b) Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.

c) Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.

d) Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.

e) Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.

iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.

a) Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.

b) Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.

c) Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.

d) Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.

e) Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.

v) Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.

a) Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke M'sia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.

b) Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.

c) ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.

vi) Majalah Tamadun Ogos 97.

a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".

b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.

- Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
- Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
- Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
- Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.

c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.

vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-

a) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!

b) pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.

viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-

a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10
- Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
- Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".

b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.

ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."

x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan.
Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'.
Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.

xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad".
Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.

Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet.
Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.
Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
- cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
- mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
- baik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
- apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
- menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
- menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia - tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
- ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
- maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
- Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
- disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini (di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)

ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka. Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

- lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
- ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
- kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan - UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
- sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
- berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
- menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya- mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
- silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran

iii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-

- kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
- Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
- dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
- Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
- Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
iv) Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya
Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

- Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis - dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
- mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
- Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
- mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
- mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
- (ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)

iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang p/raya.Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-
- keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
- keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan - lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
- takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
- PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
- ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
- cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
-cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol - budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.

PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara. Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?
Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar.
Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam? Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?

6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM

Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah :-
- MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
- Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
- Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
- Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
- Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
- Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)
PAS juga :

- Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
- Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
- sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)

Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?

Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.

Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik? Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.
ANALISIS: Ke manakah Hala Tuju Anwar Selepas 14 April?

Walaupun sering di apit kemana sahaja, namun sebagai orang yang penting dalam politik janganlah leka dan lupa bahawa ada mata yang memerhati, ada telinga yang mendengar, ada mulut yang menyampai dan ada otak untuk di tafsir.

Jejaka ingin membawa para pembacva semua menganalisis kesemua rentetan orang yang di sebut-sebut ‘leader in waiting’ ini.Anwar Ibrahim, satu nama yang gah dengan permainan politik dan licik dengan berbagai tipu helah bagi mencapai segala impian dan cita-cita.

Mungkin kita masih ingat lagi pada November 2006, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan yang beliau akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-12, namun, beliau hampa kerana impiannya tidak kesampaian apabila Pilihanraya umum telah berlangsung awal berbanding tanggal 14 April, tempoh larangan bertanding yang dikenakan terhadap Anwar.

Arakian, selepas dibebaskan daripada penjara empat tahun lalu. Apakah langkah Anwar selepas ini? Analisis pemerhati menjangka bahawa, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, sebenarnya telah menjangkakan akan berpeluang besar untuk menyaingi kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-12.

Isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang bertindak sebagai Presidan Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak parti itu ditubuhkan setelah Anwar ditahan dan dipenjarakan, mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam suku kedua tahun ini bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.

Pendirian memberi laluan yang diluahkan oleh Wan Azizah berdasarkan kedudukan beliau sebelum pembangkang memenangi 82 kerusi Parlimen - pencapaian terbaik pihaknya dalam mana-mana pilihan raya.Dengan respon memberangsangkan dari warga kota Kuala Lumpur, strategi menamakan anaknya Nurul Izzah sebagai calon menjadi kenyataan.

Pada pilihan raya umum 2004 PKR hanya memiliki satu kerusi Parlimen tetapi hari ini ia merupakan parti pembangkang yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.Malah, pada hari ini dua anggota keluarga Anwar berada di Parlimen.Apakah Anwar masih mahu bertanding menjadikan tiga anggota keluarganya menganggotai Dewan Rakyat?

Namun, setelah selesai PRU 12, masing-masing menunjukkan belang, Anwar terpaksa merubah rancangan. Jika dua bulan lalu Wan Azizah mengatakan beliau sanggup memberikan laluan kepada Anwar, kini wujud desas-desus Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Menteri Besar Selangor pula bakal mengosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya.

Apapun, Khalid menafikan akan berbuat demikian. Jika Khalid sanggup berbuat demikian bermakna Wan Azizah yang baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen akan kekal di Permatang Pauh.

Di sebalik teka-teki kerusi Permatang Pauh dan Bandar Tun Razak dikosongkan untuk Anwar berterusan, bekas Menteri Kewangan ini juga dua minggu lalu telah dilantik sebagai pemimpin untuk mengepalai barisan pembangkang atas nama yang baru - Pakatan Rakyat. Nama Pakatan Rakyat menggantikan nama barisan alternatif.

Analisis:-
1- Anwar yang kini dilihat sebagai ‘king maker’ bagi barisan pembangkang juga dikatakan tidak mahu bergopoh dalam pergerakan politik dalam suasana semasa.

2-Penyusun strategi dan penyokong Anwar menyedari bahawa Anwar tidak seharusnya bertindak ghairah apabila melakukan gerakan politik semasa. Kemungkinan Anwar lebih selesa dianggap sebagai ‘king maker’ berbanding kedudukannya selaku ‘king’ ataupun perdana menteri.

3- PKR sedang berusaha untuk memancing sekumpulan Ahli Parlimen untuk menyertai parti itu, sekali gus membentuk kerajaan. Sabah dan Sarawak telah pun menafikan akan berbuat demikian.

4- Anwar tidak mahu jawatan Perdana Menteri yang diterima nanti menerusi kerja lompat-melompat.Anwar sendiri tidak mahu lagi ulangi kesilapan dahulu dan berperdapat salah satu punca yang membawa kepada kejatuhan dirinya dahulu.

5- Menyembunyikan kesalahan dan kelalaian terdahulu dek sikap gopoh ingin menjadi PM lebih awal dengan membuat alasan dirinya didesak oleh orang keliling dan penyokongnya supaya bergerak dengan cepat untuk menggantikan Mahathir.

6-Hari ini Anwar dikatakan sudah berubah. Anwar bukan lagi pemimpin yang bergopoh merebut jawatan.

7-Tanggungjawab politik Anwar sebenarnya lebih berat selepas 14 April ini.Selain berupaya mengekalkan keutuhan Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan, Anwar perlu memastikan barisan pembangkang kekal dalam hati para pemilih menjelang pilihan raya umum akan datang

8-Malah, ada Anwar kini berkira-kira menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan lebih awal, kemungkinan dalam tempoh tiga tahun.Tempoh tiga tahun ini bukan sesuatu yang lama. Ianya kurang daripada 1,000 hari.

9- Mencari peluang sebolehnya kerana Anwar yakin Barisan Nasional mempunyai tempoh yang terlalu singkat untuk memikat penyokong dalam pilihan raya umum ke-13.Jadi, Anwar dilihat akan menggunakan tempoh yang sedia ada untuk mengukuhkan kedudukannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang berbanding menjadi Perdana Menteri menerusi jalan belakang dalam keadaan tergopoh.

10-Anwar juga tetap mahu mengikut jejak Lim Guan Eng yang bertanding buat kali pertama selepas larangan politik selama lima tahun. Beliau kini Ketua Menteri Pulau Pinang - negeri kelahiran Anwar.

Rumusan disini, strategi Anwar ini mungkin akan berhasil jika tiada perpaduan dalam kaum melayu.Sayangilah UMNO yang menjadi warisan kita kerana semangat Dato' Onn masih merah di darah kita....

ANWAR DULU...ANWAR SEKARANG...

Pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ceramah di Padang Awam Ketereh, Kelantan pada 18 Mei 2007 mengakui bahawa dia pernah menemui Paul Wolfowitz selepas keluar dari penjara. Tetapi apakah hubungan dua orang tokoh besar ini hanya setakat itu sahaja?
Ramai penyokong pembangkang terutama dari PKR telah terpedaya dengan olahan cerita Penasihat PKR dalam ceramah tersebut.


Kononnya Anwar hanya pernah berjumpa Wolfowitz pada ketika itu sahaja, tidak lebih dari itu, malah ketika pertemuan itu dia kononnya telah menegur tindakan Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq. Maka timbullah anggapan bahawa isu hubungan Anwar-Wolfowitz itu hanyalah propaganda dan mainan media massa arus perdana yang dikuasai oleh UMNO.

Sesungguhnya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa Anwar Ibrahim mula mengenali Paul Wolfowitz semasa bekas Presiden Bank Dunia itu menjadi Duta AS di Indonesia. Hubungan baik Anwar dan Wolfowitz berkekalan sehingga Anwar dipenjara dan dibebaskan.


Perlu diingati, Wolfowitz adalah bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang merupakan arkitek utama Perang Iraq yang menyebabkan kematian ratusan ribu umat Islam tidak berdosa sehingga sekarang. Semasa Anwar dipenjarakan, dia adalah pelobi dan pendukung kuat kempen membebaskan kawan baiknya itu di luar negara terutama di AS.


Selain Wolfowitz, terdapat beberap
a lagi tokoh Yahudi yang berdiri di belakang kempen membebaskan Anwar di Barat seperti James Wolfensohn (bekas Presiden Bank Dunia), Madeline Albright (bekas Setiausaha Negara AS) dan William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan AS)

Selepas Anwar dibebaskan, Wolfowitz adalah antara dua orang pemimpin dunia terawal yang menziarahinya sebaik sahaja menjalani pembedahan tulang belakang di Munich, Jerman. Wolfowitz dilaporkan sanggup terbang dari AS ke Jerman serta merta sekalipun mempunyai jadual ketat semata-mata untuk berjumpa kawan baiknya itu.


Hubungan Anwar dengan Yahudi Neo-Con yang pro Zionis Israel bertambah erat selepas itu apabila dia menetap di AS. Perkara ini turut disedari oleh media massa Barat termasuk BBC, CNN dan ABC, sehingga banyak kali Anwar ditanya tentang hubungan rapatnya dengan tokoh Yahudi yang bertanggungjawab merangka pelan polisi unilateral AS yang bernama The Project for the New American Century (PNAC).


Atas hubungan baik dan sokongannya itu, Wolfowitz telah melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia semasa dia mengepalai Bank Dunia. Malah dikatakan bahawa pelantikan Anwar sebagai Pengerusi The Foundation for The Future juga hasil pengaruh dan lobi Wolfowitz. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dan luar negara, pastinya sudah lama mengetahui hubungan rapat Anwar dengan tokoh Yahudi Neo-Con tersebut sebelum isu ini dihebahkan di media arus perdana kebelakangan ini lagi.


Sementara itu bagi kebanyakan orang di negara ini, mereka hanya didedahkan mengenainya berikutan terbongkarnya skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya, Shaha Riza yang turut dikaitkan dengan Anwar. Skandal tersebut telah menjadi tajuk hangat media massa di dalam dan luar negara sehinggalah Wolfowitz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden Bank Dunia.


Hubungan rapat Anwar dengan Wolfowitz membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana seorang yang diangkat oleh sesetengah pihak kononnya sebagai pemimpin hebat yang berjiwa Islam, boleh terlupa atau sengaja melupakan ayat Allah di dalam kitab suci al Quran berkenaan mengangkat orang kafir sejahat Wolfowitz, dalang dalam perang ke atas umat Islam di Iraq sebagai teman rapatnya!?

Allah Taala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” [Surah Al Maidah: 51]

Jejaka menyerahkan kepada para pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri tentang watak Anwar Ibrahim. Apakah dia betul-betul pemimpin atau pejuang Islam yang tulen atau hanya seorang manusia hipokrit seperti musang berbulu ayam, yang boleh bertukar rupa dan wajah hanya untuk meraih kepentingan sendiri. Manusia hipokrit yang sanggup bersekongkol dengan musuh Islam demi mencapai cita-cita politik dan nafsu duniawinya. Renung-renungkanlah.


Wallahua’lam.

PETIKAN DARI: pena biasa

Selasa, 15 April 2008

Impian Anwar Menjadi PM di Sokong Israel?

Oleh: JejakaLantang
“Cantik menarik tertarik..kau memang da Bomb!!..”
Mungkin lirik lagu ni sesuai untuk Anwar Ibrahim yang sering menarik perhatian rakyat hingga orang luar pun tertarik dengan kelantangan dan permainan politik beliau yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri itu.
Sekarang ini, kalau kita klik sahaja laman-laman web berbentuk politik, kita akan terjumpa dengan artikel yang berbunyi “Anwar Dalang Yahudi” ataupun rentetan kisah si mata lebam ini yang berkait-rapat dengan Israel (Yahudi) malah cerita mengenai Anwar yang kehausan kuasa untuk berdiri gah memegang jawatan Perdana Menteri.

Spekulasi yang mengatakan pemimpin de facto, Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri mencetuskan banyak tafsiran dan rumusan berbeza-beza dikalangan pemerhati politik tanahair.

Namun, apa yang lebih memeranjatkan apabila media dari luar turut membuat kenyataan yang sama, seolah-olah mereka sudah meramalkan siapakah Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

Sebagai rakyat yang benar-benar cintakan tanah tumpah darah, kita haruslah selalu mengingatkan diri kita agar sentiasa waspada dengan Yahudi atau Israel ini, kerana mereka inilah yang sedang hebat digandingkan dengan Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan menjalinkan hubungan dua hala samada dari segi persahabatan mahupun pakatan.

Walaupun bersepah di media yang melaporkan Anwar Ibrahim dalang yahudi dan bercita-cita untuk menjadi PM, tetapi ianya disangkal kuat oleh Anwar sendiri kerana bimbang runtuhnya empayar politik beliau.Masakan tidak? Kalau Ariel Sharon dikaitkan dengan pemimpin Islam pun, pastinya akan bertempik dewan speaker Israel kerana tidak semua penyokong beliau akan bersetuju dengan hubungan ini.

Jika dahulu Anwar dikaitkan dengan Presiden Wolfowitz, mendapat penghormatan tertinggi dari Setiausaha Pertahanan US, William Cohen bahkan dari sumber-sumber yang rapat dengannya turut mengakui bentuk perjalanan Anwar selari dengan perjuangan parti liberal Israel.

Layakkah orang ini meneraju Negara? Tidak sayangkah kita kepada anak-anak kita dimasa hadapan dengan melihat kehancuran tanahair yang digadai?

Justeru, inilah yang berlaku ketika ini, apabila laporan akhbar Israel JerusalemPost, yang telah meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister).

Tegasnya disini, bukanlah persoalan gusar Anwar Ibrahim menjadi PM tetapi yang bermain di minda penulis tatkala ini adalah bimbangkan jika negara kita diperalatkan Yahudi melalui Anwar. Bagi penulis, biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang sama: “Anwar Prime Minister in the making.”

Tetapi yang menimbulkan musykil kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang menarik minatnya? Siapa Anwar dimata Yahudi?

Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya. Apakah mungkin Anwar akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip.

Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS.

Sebenarnya penulis masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat dengan hal ehwal Malaysia? Penulis harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. Penulis juga berpendapat Pas patut memberi ulasan mengenainya kerana PAS tergolong dalam ‘pakatan’ mereka.

Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP.Semua orang tahu.

Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai.

Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang diiktiraf oleh Yahudi.

Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah Tuhan. Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita.

Bagi orang Islam, Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan politik kita tidak mempedulikannya.

Sabtu, 12 April 2008

Alahai! Khir Toyo...

Oleh; Fuad Rahim

Opp!...Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (selepas ini ditulis sebagai Khir saja) menulis dari Makkah di web http://www.drkhir.blogspot.com , mencadangkan supaya Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya 'menyerahkan' jawatannya kepada timbalan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan lain perkataan, Khir mahukan Pak Lah berhenti!

"Saya tak terkejut dengan sikap Khir ni," kata seorang veteran Umno dari Selangor kerana pemimpin 'penyapu' ini akan melakukan apa sahaja termasuk menghadiahkan 'penyapu' kepada pemimpinnya sendiri.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filemnya Nasib Si Labu Labi, ada lagu…aci aci buka pintu……aci halau dengan penyapu. Dalam tulisan di webnya, Khir banyak merujuk pertemuannya dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Hari ini, siapa boss Khir sebenarnya? Dia ni tidak tahu hirerki parti ke? Nanti kalau orang kata dia budak mentah, dia marah pulak. Dulu, dalam tahun 1998, bila Dr. Mahathir ambil tindakan kepada Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan ditegur Dr. Mahathir supaya jangan 'menziarahi' ke rumah Anwar kerana 'dulu dia kawan kita tetapi sekarang tidak'.

Padahal ketika itu, Muhyiddin bukan Ahli MT selepas tewas Naib Presiden tahun 1996. Khir tak tahu barangkali. Kalau tak tahu, bertanyalah! Dia sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor. Baguslah. Dia sedar diri kerana dia, BN kalah teruk di Selangor.

Dia mencalonkan orang-orang yang dia rasakan dapat membantu dia nak bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti, dakwa banyak pihak, dari Selangor. Khir jangan meracau. Dia dah ubah mukanya, macam isterinya merubah muka, janganlah dia cuba nak merubah negara dan dunia. Kegagalannya di Selangor adalah satu pengkhiatan kepada Umno Selangor. Kempennya 'sifar pembangkang' meletakkan dia sebagai ketua pembangkang di Dun Selangor.

"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati," celah seorang bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian dari Kuala Lumpur yang mengaku banyak mengikuti perkembangan Khir selama ini. Khir ni seorang yang angkuh. Kalau dia tidak berbuat sesuka hati terhadap kuil-kuil di Selangor, menghadiahkan penyapu dan buat macam-macam arahan mengarut di PBT seluruh Negeri Selangor menyebabkan kakitangan PBT cukup-cukup meluat, mungkin BN di Selangor tidak hilang banyak undi.

Pengawai-pegawai kerajaan di Selangor menadah tangan berdoa semoga Pak Lah memindahkan Khir dari kerusi Dun ke kerusi Parlimen. Bila dia dikekalkan bertanding di peringkat Dun, sekaligus memungkinkan dia boleh jadi MB semula, jika BN menang, maka pengundi-pengundi, memilih untuk mengundi pembangkang. Khir sedar tak dia pernah memungkiri janji kepada rakyat di Selangor, ketika dia mula-mula menjadi MB dahulu?

Berani tak Khir bersumpah yang dia tidak ada berjanji mahu ke pejabat-pejabat (kawasan Dun) tiap-tiap wakil rakyat di Selangor. Setiap Jumaat, satu Dun! Apakah Khir buat semua ini? Khir mungkin dah lupa. Pegawai-pegawai yang mengelilingi Khir mungkin sudah lupa. Ada anak lelaki, baru bersekolah rendah, disebabkan tidak yakin dengan sistem pembelajaran di Malaysia, Khir menghantar anaknya bersekolah di Australia. Setiap bulan (kadang-kadang sebulan dua kali), Khir akan pergi menziarahi anaknya itu, di negeri Kanggaroo.

Masa bila Khir nak melawat seluruh Negeri Selangor? Berapa kali dalam tempoh lapan tahun menjadi MB Selangor, Khir sampai di Selayang, Hulu Yam dan Kuang? Hari ini, Tan Sri Muhammad Muhd Taib diberikan amanah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor. Khir jangan ingat dia sudah boleh cuci tangan. Dia kena menjalankan kerja-kerja memperbaiki kerosakan yang dia sendiri lakukan.

Masa dia menjadi MB, dia kena sedar, dia menjadikan pejabat MB sebagai 'penjara Sungai Buloh' yang menerima pelawat 'khas' sahaja ketika dia berkuasa dulu. Khir memang 'berminat' dengan keADILan. Itulah sebabnya, awal-awal isu Anwar Ibrahim, ada pihak yang mendakwa Khir dilihat berada bersama-sama 'penunjuk perasaan' setiap petang Sabtu di sekitar Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur dan Dataran Merdeka.

Namun, dengan usaha kuat Datuk Aziz Mohd Noh, (bekas Adun Pematang dan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Abu Hassan Omar), tiba-tiba Dr. Mahahir yang ketika itu menjadi PM, berkenan melantik Khir menjadi MB. Bila Dr. Mahathir berundur, Pak Lah yang menggantikan Dr. Mahathir berkenan menerima Khir sebagai MB Selangor, walaupun Pak Lah banyak menerima aduan terhadap 'perniagaan Lebar Daun Berhad' dan pengondolan bukit.

Namun, Pak Lah tetap mahu mempertahankan Khir kerana Pak Lah tahu anak muda ini boleh memperbaiki kesilapan yang dilakukannya. Malangnya, Pak Lah tersilap. Anak muda yang sibuk 'membikin wajahnya' dengan kelazatan tempeh dan 'penyapu sakti' akhirnya memilih untuk duduk sepentas dengan Dr. Fuad Zarkashi, Datuk Mukhriz Dr. Mahathir dan Dr. Mahathir sendiri di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Khir sebenarnya sibuk mahu mempertahankan dirinya. Dia sudah merasakan, dia tidak punya kawan-kawan yang boleh mempromosi dirinya.

Dia isytihar mahu bertanding jawatan Ketua Pegerakan Pemuda Umno, kononnya dia yang paling layak jika Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengundurkan diri. 'Budak-budak banjar' menyindir Khir sebagai 'anak Jawa yang tidak sedar diri'. Dalam era kekalahan, dia masih mengada-ngada. Dia mungkin serius mahu bertanding jawatan itu tetapi, siapa yang mencadangkan? Dalam Umno, Khir kena 'ukur baju di badan sendiri'.

Allahyarham Khalid Jafri yang terkenal kerana buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri pernah mahu menulis sebuah buku bertajuk 'Khir Toyo – Kaduk Naik Junjung'. Nasib baik ada orang yang bersimpati dengan Khir menyelamatkan keadaan ini. Allahyarham Khalid dipujuk supaya tidak meneruskan hasratnya itu kerana Khir dilihat sebagai seorang anak muda yang bepotensi menjadi pemimpin pelapis. Malangnya, dia tidak memiliki apa yang disyaratkan orang-orang tua, untuk layak bergelar pemimpin.

'Kalau mencari tempat mandi, pertama cetek kedua landai, kalau cari pemimpin negeri, pertama cerdik, kedua pandai'. Khir bukan cerdik, sebaliknya akal pendek, sama pendek dengan ukurannya sendiri. Khir bukan pandai, tetapi memandai-mandai. Memandai-mandai 'buang orang itu, buang orang ini' sebagai calon-calon dalam PRU 12, 8 Mac lalu, menjadikan Selangor dikuasai PKR, DAP dan Pas. Khir mungkin tidak berminat untuk memulakan perniagaan kedai penyapu, bagi menyapu daun-daun yang lebar hingga mampu bergelar lebar daun – tetapi Khir tidak pernah mahu belajar sejarah MB Selangor, semuanya jatuh dalam keadaan cukup aib, kecuali Allahyarham Datuk Hormat Rafie.

Khir jangan fakir dia masih MB walaupun dia mungkin banyak duit. Hari ini, dia kena siapkan laporan kekalahan BN di Selangor. Dia bernasib baik kerana dia menang dalam PRU 12 yang lalu, tetapi bila kerajaan negeri tumbang, dia jangan nak menuding jari ke arah orang lain. Ramai yang sedang memerhatikan dia sekarang, termasuk kenyataan-kenyataannya yang membuktikan dia tidak sedar dari lenanya yang panjang.

Jika lima tahun lagi, BN masih tidak dapat kembali berkuasa di Selangor, nama Khir akan terpahat dalam sejarah UMNO/BN Selangor sebagai 'pengkhianat' yang menyebabkan Umno/BN Selangor terlepas segala-galanya. Khir tidak perlu menjerit-jerit mengatakan Umno dilahirkan di Selangor kerana tugas Khir bukan merubah sejarah, sebaliknya mencipta sejarah jijik untuk dirinya! Mungkin Khir sanggup 'tinggal seluar dalam' sahaja untuk bertanding Ketua Pemuda dan tidak mustahil 'botox' yang dibuat di wajahnya sudah masuk ke otaknya hingga merosakkan urat-urat di otak.

Layari: http://www.kpmu.net

Khamis, 10 April 2008


Pakatan Rakyat Bukti Menipu Rakyat

jejakalantang menulis..

Bila bercakap tentang isu babi, terus terlintas difikiran kita tentang pendirian PAS yang turut bersubahat secara langsung dengan projek mega Pakatan Rakyat itu. Rata-rata media sekarang ini penuh dengan cerita bantahan dan sikap rakus kerajaan campuran Selangor.

Malangnya, media arus perdana pula dipersalahkan. Sedia maklum, bantahan demi bantahan kita dengari dari semua pihak terutamanya rakyat Selangor yang berhampiran dengan tapak pembinaan lading babi tersebut.

Isu ini tidaklah boleh dianggap remeh oleh kita kerana perikemanusiaan wajar diserap kepada nasib penduduk, khususnya di Tanjung Sepat, Sepang. Ramai yang keliru dan menuduh bantahan itu datangnya daripada orang BN/UMNO.

Persoalannya, mengapa perlu dibabitkan parti dengan individu yang membantah? Bukankah keprihatinan penduduk yang perlu dipertimbangkan. Dari sudut inilah yang perlu dipertikaikan, di mana tanda tanya mengenai tindakan PAS dalam kelompok Pakatan Rakyat itu kerana semua rakyat Malaysia tahu PAS adalah sebuah parti Islam.

Bagi kerajaan campuran Selangor pula, alasan mereka kononnya projek mega ladang babi ini adalah sinambungan projek yang diluluskan oleh bekas MB terdahulu dan setelah diteliti perancangannya, maka disebabkan itu kerajaan PR ini sedia meneruskan projek babi secara komersial.

Permasalahannya, jikalau sebelum ini PKR, DAP & PAS mempertikaikan soal penternakan babi di Melaka dengan desakan agar ianya ditutup, maka kenapa pula di Selangor tidak ditutup ladang babi yang sedia ada dan mengapa pula perlu diperhebatkan lagi penternakannya?

Jelaslah pendekatan seperti ini adalah pendekatan yang tidak sihat dari pembangkang. Jika pembangkang dahulu (sebelum PRU-12) mengatakan tidak suka penternakan babi dan memberi alasan pencemaran dan sebagainya, mengapa pula kini mereka beria-ia pula kepada industri babi ini?

Kerajaan campuran punyai hak dan kuasa di Selangor ketika ini, jadi apakah menjadi suatu masalah untuk menutup kandang-kandang babi di Selangor seperti yang didesak mereka di Melaka suatu ketika dahulu?

Beginilah sifat sebenar di hati para pemimpin pembangkang yang menjadikan tabiat memperalatkan rakyat. Lebih menyedihkan apabila PAS di dalam sekutu mereka sendiri turut diperbodohkan. Fikirkanlah dan renungkanlah kesilapan kita memilih kerajaan. Pasti tidak terlepas di bibir kita, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.Harapkan PKR, PKR tak menjadi…

Syabas Kepada PAS Kerana Berjaya Gadaikan Maruah Islam

Syabas Kepada PAS Kerana Berjaya Gadaikan Maruah Islam

jejaka menulis....
Assalammualaikum wbt…

Setinggi-tinggi tahniah JEJAKA ucapkan kepada pucuk pimpian PAS yang terus-menerus memperjuangkan tradisi berjuang di dalam politik yang kotor dengan menggadaikan maruah Islam, melacurkan keperibadian Melayu bahkan PAS berbangga dengan konsep mempergunakan Islam dlam mencapai cita-cita politik mereka.

Tentu kita masih ingat akan salakan nyaring dari hero-heroin PAS yang memperkatakan isu BABI di Melaka. Melolong diatas ‘lori pick-up’ sekitar Gombak yang bertujuan menghina dan menuduh UMNO/BN mengkhianat Negara dengan membakar Bendera dan merusuh di Batu Buruk dan merungut-rungut meminta SPR agar telus dengan pelbagai tuntutan karut.

Nah! Sekarang setelah semuanya selesai..(PRU-12), apabila PAS dan sekutu-sekutunya menang untuk 5 negeri, perjuangan BERSIH mereka hilang, mereka bangga dengan kemenangan setakat lima negeri itu sehingga tiada lagi kedengaran kritikan dan tohmahan terhadap SPR.Tetapi jika mereka kalah, pastinya yang menjadi mangsa utama adalh SPR dan seterus BN.

Mungkin rumusan ini yang dapat disimpulkan kepada PAS jika berlaku kekalahan pada PRU yang lalu.Sedangkan pembangkang baru berjaya 5 negeri pun sudah celaru dan tidak dapat laksanakan manifesto.Andai benar Pakatan Rakyat peka terhadap rakyat, mengapa mesti Babi didahulukan?



Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan elemen-elemen di bawah :

1) TIDAK MEMPERCAYAI QADA DAN QADAR DALAM PILIHANRAYA. JIKA MENANG, SPR BETUL TETAPI JIKA KALAH, SPR SALAH.BAGI PAS YANG BENAR HANYALAH PAS DAN PEMBANGKANG.ALLAH HANYA MENERIMA PAS SAHAJA DAN AHLI PAS DAN PEMIMPIN PAS BAKAL DITEMPATKAN DI SYURGA.

2) MENGADAKAN HUBUNGAN DENGAN ZIONIS MELALUI ANWAR IBRAHIM

3) IMAM-IMAM DI ZAMAN KERAJAAN BN AKAN DIPECAT DAN DIGANTI DENGAN IMAM YANG MEMPUNYAI KEAHLIAN PAS.INI KERANA HANYA IMAM PAS SAHAJA YANG DITERIMA MALAIKAT AMALANNYA.

4) MENOLAK HUKUM DAN SYARIAH ISLAM.HJ HADI KATA PAS SEKARANG BUKAN PERJUANGKAN HUDUD LAGI. USTAZ AZIZAN KATA TIADA HUKUM ISLAM DI KEDAH.MB PERAK KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DI PERAK. NIK AZIZ KATA TIADA JUGA HUKUM ISLAM DI KELANTAN.

5)WAKTU UMNO MEMERINTAH UMNO DIKATA MENENTANG HUKUM ALLAH.SEKARANG MEREKA BERKUASA DAN MEREKA LEBIH TERUK MENENTANG HUKUM ALLAH.PEMIMPIN UMNO TIDAK PULA MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIDAK AKAN DI WUJUDKAN TETAPI KERAJAAN SEDANG BERUSAHA KE ARAH ITU. TETAPI PAS TERUS TERANG MENYATAKAN HUKUM ISLAM TIADA DALAM PERJUANGAN DAN MANIFESTO.

6) BERSETUJU DENGAN PENDIRIAN DAP YANG TIDAK MENYUKAI UNDANG-UNDANG HUDUD
BERSETUJU MEMPERSENDAKAN HUKUM ALLAH DAN AL QURAN APABILA MERELAKAN GOBALAKRISHNAN DAN SEMUA AHLI BUKAN ISLAM PKR MENGGUNAKAN AYAT QURAN

7) BERSETUJU HUKUM ISLAM DIPERLEKEHKAN OLEH DAP

8) TOL TIDAK DIMANSUHKAN.

9) KILANG ARAK DIKEKALKAN. MENGAPA HASSAN ALI TIDAK MENUTUP KILANG ARAK DI SHAH ALAM, USTAZ AZIZAN TIDAK MENUTUP PUSAT DISCO SI SG PETANI DAN MB PERAK TIDAK MENUTUP DISC0-DISCO DI SITIAWAN DAN IPOH.WAKTU UMNO MEMERINTAH, MEREKA KATA UMNO HALALKAN DISCO . TAPI BILA MEREKA BERKUASA, MEREKA SENDIRI TIDAK BOLEH HARAMKAN DISCO.CAKAP MACAM MUNAFIK

10) BERSETUJU TIAN CHUA DAN GOBALAKRISHNAN MEMPERMAINKAN AYAT SUCI QURAN.

11) BERSETUJU GEJALA MURTAD BERLELUASA DENGAN BERSEKONGKOL DENGAN KEPIMPINAN PKR. INI KERANA IRENE FERNANDEZ BERJUANG KE ARAH MENCETAK BIBLE DALAM BAHASA MELAYU AGAR MUDAH ORANG ISLAM DI MURTADKAN.APA PAS BOLEH KATA SEKARANG?

12) MERESTUI RAKAN-RAKAN DALAM PAKATAN RAKYAT YANG KAKI BOTOL, KAKI MENARI, KAKI MENYANYI, KAKI BAHAM DUIT AHLI PAS

13) BERSETUJU DAN BERSUBAHAT DENGAN JUDI, PELACURAN DAN ARAK (CONTOH SELANGOR, KEDAH DAN PERAK)

14) BERSETUJU SUPAYA KILANG CARLSBERG DAN GUINESS STOUT DI PETALING JAYA DIKEKALKAN.PENAKUT NAK SURUH KILANG ARAK DITUTUP.


sumber: MYSRIMUARA




KEMUNAFIKAN PAS DALAM NEGARA KEBAJIKAN

Written by / POSTED By : Administrator
Wednesday, 09 April 2008 03:44
PAS DAN HARAKAH SAMA KUAT MEMBOHONG.


Ini antara janji2 manis Negara Kebajikan - PAS kepada rakyat sekiranya mereka menang dalam PRU :
1. Kurang harga minyak- bagaimana PAS nak kurangkan harga minyak sedangkan bayaran parking sekian tahun meningkat di Kelantan.
Di Kuala Terengganu sendiri, sewaktu PAS memerintah, kadar parking kereta meningkat. Lagi harga parking mereka naikkan, inikan pula harga minyak apabila mereka memerintah.
Masa zaman PAS memerintah, ada ke harga barang turun?? Soal yang kecil pun mereka tak boleh nak turunkan, inikan pula harga minyak. PAS ingat dia yang kawal harga minyak. Dulu MB (Haji Hadi) kata jumpa minyak atas darat... mana minyaknya?? Mat jenin betul PAS nie...

2. Hapuskan ISA-nak hapuskan ISA macam mana. Bagaimana PAS nak halang bapa ayam dan pengedar dadah serta penyeludup senjata api tanpa ISA. PAS nak berhujah dan melepaskan bapa ayam dengan mudah?

3. Sistem pembelajaran percuma di sekolah rendah dan menengah - tiada bayaran tambahan. -mudah sahaja PAS bercakap, tapi semua sekolah bawah kerajaan PAS di negeri Kelantan mengenakan kadar yuran. Mana ada PAS bagi pendidikan percuma? Macam mana dengan yuran sekolah PASTI, Kolej Kubang Lembek & Rhusila?? Percuma ke?? Sekolah sendiri pung bayar mahal... Porah...

Yuran Sekolah PASTI = RM 45Yuran Sekolah Kubang Lembek Harun Taib = RM 500 per semester Yuran Sekolah Pondok Haji Hadi = RM 150 sebulan (Kalau tak percaya boleh pegi check sendiri, percuma atau kena bayar)

4. Perkhidmatan kesihatan percuma - hospital kerajaan: selama ini apakah perkhidmatan kesihatan berbayar. Semua rakyat menikmatinya dengan percuma kecuali bayaran pendaftaran RM 1. Takkan RM 1 pun tak nak bagi?

5. Warga emas - elaun sara hidup - selama ini apakah kerajaan PAS di Terengganu dahulu beri elaun kepada semua warga emas di Terengganu? Warga emas di Kelantan dapat elaun ke? Masa zaman PAS di Terengganu, Elaun Hafiz dan Guru Al-Quran pun dipotong, Imam bilal kena pecat... Poooraahh...

KESIMPULANNYA MUDAH SAHAJA. BUKAN NEGARA KEBAJIKAN YANG PAS NAK TUBUH. TAPI NEGARA KEBURUKAN YANG PAS NAK BAWA.

NEGARA KEBAJIKAN?? Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Ceramah pun mintak pitih dengan orang... Porah PAS!!!
selanjutnya: www.kulitpisang.com