MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 12 November 2007

Rafidah vs Azalina

Cerita Disebalik Gambar: Apa lagi mau cerita?
OLEH: ANAKomak
Apakah ini lirikan bermaksud?
Adakah ini renungan biasa?
Namun, apa jua tanggapan dan rumusan yang diberi, ini hanyalah sebuah gambar yang diambil tanpa apa-apa reaksi.
Walaubagaimanapun, anda yang mampu membuat huraian atas gambar spontan ini.

Berkisarkan dari kenyataan Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dan dengan terpampangnya gambar sebegini maka pasti menceritakan berbagai situasi dan boleh menghasilkan pelbagai dialog.Sesuai dengan isi-isi kandungan perbahasan dan ucapan dari Ketua Pergerakan Wanita itu yang lebih menonjol dalam ucapan persidangan beliau dimana tersimpan maksud yang dalam sewaktu ucapan diberi.

Tentu kita masih ingat antara butir-butir ucapan si 'iron lady' dimana beliau menegaskan segala urusan dalaman pergerakan wanita adalah hal peribadi wanita. tidak perlulah dicampuri urusan mereka waima ingin merampas kedudukan kerusi dan tahkta yang didiaminya begitu lama.
Suasana yang cukup sensasi ini dirakam sewaktu Perhimpunan Agung UMNO kali ke 58 yang lalu.

Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Rafidah Aziz melintas belakang Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said.Lihat pada lirikan mata Menteri Belia dan Sukan itu dan wajah selamba Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.Apakah mood ini ada kaitan dengan jolokan Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Syed Ali Alhabshee baru-baru ini kata beliau sokong Azalina bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan akan datang?
Apapun tanggapannya, sedikit sebanyak kita dapat menangkap erti kata-kata Rafidah didalam ucapan beliau yang turut berkias dalam mempertahankan kerusi dalam pergerakan wanita UMNO.
Walau apa jua cerita ini, dikalangan ahli dapat merasakan kekhuatiran dan kegoyahan Rafidah jika dibabitkan dengan 'dragon lady' itu. Gambar ihsan: AgendaDaily.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ALA...APA NAK KECOH-KECOH!!!
KALAU DAH ADA YANG CABAR..LAWAN JER LER..LAGIPUN RAFIDAH TU DAH LAMA SANGAT DUDUK ATAS TAHKTA...BAGI AKU AZALINA PUN BAGUZ GAK KEPIMPINANNYA..
ORANG2 KAKI BODEK RAFIDAH..JANGAN EGO SANGT..NANTI BILA DAH TUKAR BOS..KORANG MAKCIK2 JUGAK YANG KENA REJECT..