MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 11 Oktober 2010

Apa Salah ADAM LAMBERT Berbanding ANWAR??

Hari ini Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Tiga minggu lalu, Jakarta mengadakan Festival Fillem Gay. Ada pemimpin pembangkang negara yang hadir acara itu. Selepas itu Berlin mengadakan Pesta Sukan Gay,Ada juga pemimpin pembangkang negara yang hadir pesta sukan itu.

Minggu ini ada pulak Konsert Penyanyi Gay di Kuala Lumpur. Nama penyanyi tersohor itu adalah Adam Lambert.

Apa salah sangat Adam ini kalau nak dibandingkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah keluar masuk jail kerana kesalahan meliwat. Bukan seorang yang mengaku diliwat, malah hampir setengah dozen anak muda yang sudah mengaku dirinya diliwat oleh pemimpin ini.

Kenapa Pemuda Pas bisu dan kaku dengan pemimpin GAY dari Malaysia ini ? Sebab pas juga ada kepentingan undi ? Itu double standard, hipokrit dan munafik namanya !

Sabtu, 9 Oktober 2010

Perjanjian 13 Perkara UMNO-PAS


"Bahawasanya kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan seperti butir-butir yang tersebut di bawah ini:

1. Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah & Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa.

2. Menteri tersebut akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

3. Jawatan-jawatan timbalan menteri, setiausaha Parlimen, setiausaha politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.

4. Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjuk oleh parti Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada kekosongan.

5. Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan-rombongan rasmi keluar negara dan juga jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan munasabah.

6. Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitu juga sebaliknya di Kelantan, ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan dalam negeri itu.

7. Dua orang anggota Dewan Negeri Kelantan dari Parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli Exco negeri.

8. Dua orang anggota Dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli-ahli Exco negerinya masing-masing.

9. Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini wujud tiada ada sebarang pertandingan antara Pas dengan Perikatan di dalam pilihanraya kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan-kawasan di mana telah dimenangi oleh parti yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

10. Begitu juga kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi oleh Pas dalam pilihanraya umum 1969 yang kemudiannya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan berhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku pilihanraya kecil dalam kawasan yang tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan, jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.

11. Hendaklah tiada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Segala sesuatu yang dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.

12. Kebebasan anggota Pas dalam kebinet Pusat, Exco negeri, Parlimen dan Majlis Undangan Negeri untuk membangkang sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.

13. Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan Perikatan.

t.t.
Tun Haji Abdul Razak bin Hussain
Presiden Umno merangkap Pengerusi Perikatan
dan Perdana Menteri Malaysia

t.t.
Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda
Yang DiPertua Agung Parti Islam Se Malaysia
merangkap Menteri Besar Kelantan

"Termaktub di pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis 28 Disember 1972 bersamaan 22 Zulkaedah 1392."

Note: Perjanjian 13 Perkara di atas adalah kandungan dokumentasi sejarah bagi membentuk kerajaan campuran antara UMNO-PAS bertarikh 28 Disember 1972 yang ditandatangani oleh Tun Razak dan Dato' Asri. Mungkinkah perjanjian baru akan termeterai lagi di antara UMNO dan PAS pada masa kini?

Jumaat, 1 Oktober 2010

GEMPAR! BUKTI AZMIN NAK BUNUH KARIER POLITIK KHALID GAGAP!!!



Terdedahnya rakaman audio perbualan Ketua Reformis tentang agenda pembunuhan politik TS Khalid Ibrahim oleh Azmin disambut dengan senyum oleh ramai kenalan PKR. Minum malam tadi kedai Ad-Deen Taman Melawati; ramai ahli Gombak dan Ampang tertawa sesama sendiri dengan pendedahan rakaman ‘lama’ yang membayangkan Azmin akan menikam secara politik TS Khalid dari belakang. Memang busuk perancangan Azmin Ali ini.

Sayangnya, Azmin tak pernah nak tengok gelanggang sendiri. Di Gombak, ramai juga kenalan PKR yang bersiap nak membenam Azmin yang kelihatan terlalu sombong, bongkak, takabbur dan ujub dengan hubungan ‘istimewa’ nya bersama Anwar. Semua dilibatkan nama Anwar. ‘Saya membawa agenda Ketua Umum. Siapa bersama Ketua Umum di saat susah dan senang? Siapa? Kalau tidak ada saya; Anwar sudah lama jadi korban politik’. Ini suara Azmin sendiri yang berbicara dengan perwakilan ranting Gombak di sebuah kelab sekitar Melawati. Garang bunyi Azmin. Siap dengan amaran; Cabang Gombak memang BODOH kalau menolak saya. Saya adalah pelapis parti. Pemimpin yang telah diuji dalam segala segi.

Azmin nak bunuh TS Khalid. Nak bunuh Zaid. Nak tikam semua orang yang tak selari dengan cita dan aspirasi Ketua Umum. Azmin dah naik level – ‘pembunuh bersiri’ dalam politik PKR. Azmin nak jadi ‘serial killer’ kepada banyak pemimpin dalam PKR yang menganggu gugat kedudukannya. Setelah TS Khalid beri 2/3 projek PKNS kepada rakan baik Azmin; dia masih nak bunuh TS Khalid. Apa jenis ahli politik macam Azmin ini?

Orang tua selalu berkata – ‘orang memberi kita merasa; orang berbudi kita berbahasa’ tak ada dalam KAMUS POLITIK Azmin. Tak ada. Orang memberi, aku ambil; namun bunuh tetap ku bunuh juga. Ini strategi Azmin. Inilah yang berlaku kepada TS Khalid.

TS Khalid bukan ‘pemain politik’. Sebab itu Azmin dapat menarik ‘pemikir politik’ kem Khalid ke pusat. Nik Nazmi sudah jadi ‘gangster politik’ kepada Azmin. Siapa cakap, Nazmi balun. Pergi SINAR HARIAN, Azmin bersama Nik Nazmi balun Zaid tak cukup tanah.

Azmin sebenarnya sudah mencipta ramai musuh politik di dalam PKR. Ramai. Ramai yang dia terajang. Dia tikam. Dia pinggir. Dia lenyapkan. Dia ketepikan. Tanpa dia sedar, dia sudah mencipta satu generasi PKR yang akan pangkah dia semula. Ok, kalaupun Azmin menang kali ini – tapi suara tidak puas hati dalam PKR akan kekal menjadi ‘duri’ kepada Azmin.

Didedahkan oleh Blogger Gelagat Anwar

Ahad, 26 September 2010

Jangan Biarkan Diri Terus Di Tipu Pembangkang

SEREMBAN, 26 Sept – Rakyat di negeri di nasihatkan agar tidak terus tertipu dengan omongan kosong pihak pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk memecah-belahkan perpaduan sesama kaum yang telah dipupuk sejak 47 tahun yang lalu kerana ianya bakal memperlihatkan sebuah Negara yang gagal. Demikian jelas YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar N.Sembilan ketika merasmikan Karnival 1 Malaysia Parlimen Seremban di Padang Awam Lobak, dekat sini.

Menurut beliau, dalam usaha kerajaan mengorak langkah sebuah negeri yang maju, jangan sesekali kita membiarkan pemikiran rakyat terus dihimpit dengan tohmahan dan fitnah pihak yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan hari ini.

“Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, suara-suara sumbang dari pihak pembangkang khususnya, tidak memudaratkan apa jua usaha kerajaan kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dan mengutamakan dasar-dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” jelas beliau.

Beliau menambah, sebagai pemimpin yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat, menjadi agenda utama kepimpinan untuk membawa Negeri Sembilan arus pembangunan agar menjadi lantai kepada dasar kerajaan dalam membangunkan infrastruktur jalan, membina lembah ilmu, membuka penenpatan baru dan mempertingkatkan produktiviti perindustrian di negeri ini.

Sementara itu, berucap pada majlis yang sama, Ketua Bahagian MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fee berkata, sebagai Negara yang merdeka dan mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang terbukti di pandangan masyarakat dunia, seharusnya kita merasa bangga dan bersyukur atas penyatuan sesama kaum yang terbentuk sejak sekian lama dan ianya perlu dipertahankan.

“Jangan sesekali kita membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan Negara dan merobek perpaduan yang harmoni sejak sekian lama ini,

“Justeru, program sebegini diharap dapat memupuk semangat harmoni antara pemimpin dan masyarakat sekaligus memberi penerangan kepada generasi muda terutamanya pelajar, belia dan anak muda mengenai pentingnya perpaduan,” ujarnya.

Program Karnival 1 Malaysia peringkat Parlimen Seremban tersebut juga merupakan program pertama yang diadakan di kawasan terbabit di mana pelbagai acara pentas dan sukan diadakan termasuk acara senam aerobik di mana YAB Menteri Besar N.Sembilan turut bersama-sama menyertai aktiviti terbabit.

mizie@n9kini.com

Isnin, 16 Ogos 2010

AZIZAH MEMANG HIPOKRIT!


inilah orangnya yang dimaksudkan Azizah apabila berpesan kepada Ezam agar 'menjaga abangnya'. (Gambar ehsan blog theunspinners)


1. Azizah pastinya dimarahi AnWAR sepanjang minggu lepas. Dari temuramah dengan Agendadaily sehinggalah penyiaran kenyataan Azizah di laman blog AnWAR, semuanya menceritakan ada yang tidak kena dengan hubungan AnWAR-Azizah yang mahu ditutup. 'Lakonan' di mahkamah hanya hipokrasi mereka berdua!

2. Bukan AnWAR sahaja yang hipokrit, Azizah juga pandai w/pun tidak sehebat AnWAR. Di saat Azizah 'pusing cakap' menyatakan bahawa pernah menghubungi Ezam menyuruh untuk 'menjaga' AnWAR, ternyata Azizah juga seorang pelakon. Cuma lentok kepala serta suaranya saja yang membezakan beliau dengan AnWAR.

3. Azizah kini sudah tidak mampu menahan keghairahan rakyat yang mahu tahu apakah beliau tahu tentang nafsu songsang AnWAR. Seingat penulis, Ezam telah menyuarakan keraguannya dari tahun 2008 lagi. Ezam masih belum keluar dari PKR lagi namun dikira tidak aktif ketika itu. Temubualnya dengan Pak Habib juga diceritakan perkara sama.

4. Pak Habib (Syed Hussein Al Atas), telah menyiarkan temubual beliau dengan Ezam yang telah meragui AnWAR berpunca dari Wan Azizah. Ianya BERCETAK! Buku 2009 itu boleh dijadikann bahan bukti sekiranya Azizah beranggapan Ezam telah memfitnahnya. Juga banyak rakaman ceramah bekas ahli PKR lain yang 'membelasah' Azizah.

5. x-pkr pernah menulis, Azizah ini seorang manusia yang tidak punya pendirian, hipokrit serta mementingkan diri sendiri. Sejarah kehidupannya yang kurang kasih sayang semenjak kecil menjadikan beliau berfahaman matlamat menghalalkan cara. Semasa kecil mencemburui adik-adiknya yang dibela ayah dan ibunya sendiri.

6. Setelah berkahwin, terpaksa pula berebut dengan Sukma, Azmin, Syamsidar dan Mak Andak demi mendapatkan kasih sayang AnWAR dan anak-anak. Selepas itu keliru semasa AnWAR di penjara. Sebelah menyatakan bahawa padan muka AnWAR kerana di penjara, sebelah lagi pula bersedih kerana suami di penjara.

7. Kerana itu bagi yang mengenali Azizah, beliau tidak pernah konsisiten. Tanyalah kepada Datin Tuan Sabariah (isteri Nik Aziz), Pn. Sabariah (isteri Syed Husin), Puan Shamsiah (isteri pemilik tempat AnWAR dituduh meliwat) dan juga kepada isteri pemimpin UMNO. Saya pasti jawaban yang diperolehi akan sama biarpun mereka dari parti yang berlainan!

8. Mungkin pengalama lepas menjadikan Azizah begitu, namun ketika usia beliau menghampiri 60 tahun ini, Azizah cukup matang membezakan baik dan buruk serta halal dan haram! Kerana itu ada yang menyatakan Azizah kini berjuang untuk memelihara kepentingan dirinya sendiri. Beliau tahu, tanpa AnWAR beliau bukan lah sesiapa. Maka itu dituruti saja apa perintah AnWAR.

Oleh itu, wajar kita semua bermuhasabah diri, termasuk Wan Azizah! Renungkan terjemahan Kalamullah Surah An Nisa', ayat 135, yang membawa maksud kita perlu sentiasa tegakkan kebenaran biarpun di kalangan keluarga kita. Panjang jika kita mahu bersyarah ttg ayat ini, namun saya kira Wan Azizah perlu sekurang-kurangnya mempertahankan kenyataan beliau memang ada menghubungi Ezam menyuruh lelaki lain keluar dari rumah mereka kerana panggilan telefon tersebut memang berlaku, bukannya taat membabi buta kepada suami yang bernafsu songsang itu......

Salam Hormat.

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

Terima kasih kepada semua kenalan dari jauh dan dekat yang telah menghantar sms kepada saya mengucapkan ' Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak ' dengan berbagai - bagai kata-kata hikmat dan pedoman.

Mohon maaf kepada semua yang tersinggung diatas tulisan saya dalam blog suaralantangjejaka.blogspot ini.


Saya juga ingin ucapkan salam ramadhan kepada seluruh umat islam, rakan blogger, rakan FB dan pembaca yang dikasihi.

"Saya juga menyeru agar Anwar dan beberapa pemimpin pas seperti Khalid Ibrahim agar bertaubat nasuha dan memohon ampun kehadrat ALLAH swt di atas segala keterlanjurannya melacurkan islam demi politik.!!



Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu adalah kehendak saya sendiri .
saya sudah minta maaf . sekiranya anda tidak memaafkan saya . dosanya andalah yang tanggĂ´ng . puasa jangan tak puasa . JANGAN MARAHHHH .

Ahad, 18 Julai 2010

Khairy perlu tumbangkan Muhkriz dengan segera..

Ketua Pemuda UMNO Malaysia, adalah dirasakan seorang pemimpin yang berani dan lantang mempertahankan hak dan nasib orang melayu..namun sayangnya adkah semua usaha murni itu dihargai? Kerana anda masih dibelenggu dilema mantan PM yang sentiasa memantau perjuangan kamu.

Anda..Saudara Khairy Jamaluddin, perlu tumbangkan Muhkriz dengan segera jika mahu teruskan perjuangan dalam Pemuda waima bertahan sebagai Captain dalam cabin Pemuda BN..

Faktanya adalah bahawa anda telah dikambing hitamkan oleh Mahathir dan berdaya sejauh politik UMNO yang bersangkutan. Walaupun anda adalah ketua Pemuda UMNO, anda adalah seorang yang tidak ada tempat mahupun di Kabinet Malaysia dan bahkan UMNO. Justeru itu anda tidak mempunyai kuasa apapun dan tidak mampu membuat kemajuan apa pun dalam UMNO.

Mahathir kenakan anda dalam pemilihan Pemuda UMNO sebagai calon yang korup. Anda menang, tetapi tetap menjadi ketua pemuda UMNO tercemar.


Sebaliknya saingan anda Mukhriz, putera Mahathir, bahkan tidak dikenakan bayaran untuk rasuah, dipilih sebagai Naib Presiden bidang pemuda UMNO dan sekarang menjadi timbalan menteri dalam kabinet Najib. Adakah Mukhriz calon uncorrupted bersih sementara anda adalah orang korup? Jika anda tidak melakukan apapun untuk mengubah persepsi ini sekurang-kurangnya di UMNO, anda akan terbukti benar, Mahathir tidak hanya menunjukan bahawa anda korup, tetapi juga secara politik impoten.

Pilihan anda adalah jelas jika anda ingin memiliki masa depan dalam politik. Anda perlu untuk mengekspos rasuah Mukhriz's, kebodohan, perkauman dan inkompetensi. Anda tidak boleh melawan Mahathir (anda bukan David untuk mencabar Goliat jahat, itu bukan anda bahkan ikan kecil berbanding dengan ikan yu Mahathir kotor jahat), tetapi anda tentu dapat mengambil Mukhriz yang lebih saiz anda.

Bawa dia ke bawah dan anda akan memiliki masa depan dalam UMNO. Anda harus melawan Mukhriz sendiri dan akan terbukti kepada Najib dan selebihnya dari UMNO bahawa anda masih mempunyai gigitan dan tidak boleh lagi diabaikan.

Adakah anda benar-benar seorang lulusan Oxford? Jika anda benar-benar merupakan lulusan Oxford, bangkit dari kotoran UMNO dan mematuhi tradisi mulia dan watak lulusan dari Cambridge, Oxford, Harvard dan lembaga-lembaga berprestij tersebut.

Untuk memulakan, mengekspos Mukhriz, musuh nyata anda dan salah satu musuh-musuh Rakyat. Tumbangkan Mukhriz dan anda akan bawa Mahathir tumbang serta semua penjilat dan kroninya dalam UMNO.
sharing post by: Jebat

PAS Mula Memujuk UMNO Tukar Dasar?..Hampeh jer Ayat..


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kekuatan politik orang Melayu adalah bergantung kepada kesediaan UMNO untuk menukar dasarnya kepada Islam. "Pada saya, kalau UMNO tukar dasarnya daripada Melayu kepada Islam, orang Islam makin kuat dan politik Melayu bertambah kukuh.

Baca Penuh

Mustahil UMNO akan gadaikan Islam seperti yang telah PAS lakukan. Dihadapan penyokong 'perkataan Islam cair di mulut' manakala di hadapan DAP 'tiada Islam dan menunduk di kaki DAP'.

Pemimpin PAS menjadi 'manusia dua alam'. Islamic boleh, sekular boleh - bergantung kepada kekuatan undi yg bakal dapat. Kalau persen Melayu lebih ramai dari bangsa lain - Islamic, Kalau persen bangsa lain melebihi Melayu - Sekular. Hebat kan?

Cuba datang dengar ceramah2 PAS samada di dalam sekolah SAR atau padang2 di kampung di Kelantan, Islam adalah segalanya-Islam tu Islam ni, orang ni sekular, kapir (jarang2), tetapi apa pula kata mereka jika berada di Selangor, penang atau perak?

Setakat Haji Hadi dan Nasharuddin, Nik Aziz boleh fire. Kemudian mewakilkan diri untuk berjumpa TPM, orang kampung ingatkan mahu kukuhkan perpaduan Islam, tetapi dia pergi minta duit minyak. Hebat Tuan Guru, silap hari bulan, TPM pun dia boleh fired. Hampeh jer

Selasa, 6 Julai 2010

Gempar! 2 Artikel Lagi Sahkan Anwar Ke Amerika Pujuk Yahudi zionis..amacam PAS??



Semalam terbaca 2 artikel menarik mengenai Anwar Ibrahim. Pertama ialah artikel "Anwar, Najib Vie for International Cred" yang disiarkan di Asia Sentinel yang diyakini pro Anwar kerana banyak menulis menyokong hujah pemimpin chameleon itu. Asil Kazi Ahmad pegawai khas Anwar daripada Amerika juga pernah menulis dan berkerja di Asia Sentinel.

Menariknya mengenai artikel itu ialah bagaimana penulis Gopal Krishnan menceritakan mengenai Anwar yang terpaksa mencari kembali kredebiliti beliau di peringkat antarabangsa selepas dibebaskan daripada penjara.

Penulis ini dengan jujur menceritakan bagaimana Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan pengaruh-pengaruh luar untuk memastikan beliau dapat berkuasa di Malaysia. Dari sini yang kita dapat faham pengaruh-pengaruh luar yang dimaksudkan itu ialah rakan-rakan yahudi beliau di dalam pelbagai pertubuhan.

Artikel itu turut mengutarakan pendapat sama dengan Utusan Malaysia yang Anwar menyesal menggunakan perkataan pencerobohan zionis dan meminta maaf kepada rakan-rakan yahudi beliau pada ketika itu. Artikel itu menyebut :

Anwar will continue to rely on his international reputation and image as a credible democrat – and a moderate, internationally renowned Muslim figure to sustain his domestic political ambitions. It is, incidentally, also in this light that we can interpret Anwar’s recent ‘regret’, as reported in a Washington Post article, for invoking the reference of ‘Zionist aggression’ in his characterization of the flotilla incident off the coast of Gaza. Surely, Anwar must have realized that he had stepped just a bit too far and can ill afford to compromise his credentials in the international community as a moderate.

Artikel kedua yang tidak kurang menariknya ialah "CNN, bad journalism, and Anwar’s apology tour" tulisan Joshua Treviño kolumnis New Ledger,laman web pro Obama yang secara jelas menghentam Anwar sebagai kaki temberang dan tidak menjawab langsung soalan yang dikemukakan perantara CNN, tetapi melalut menghentam kerajaan Malaysia seolah-olah beliau ingin menunjukkan beliau terbaik sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan penonton Amerika Syarikat.

Beliau turut mengatakan Anwar Ibrahim cuba menaikkan imej beliau kembali di Amerika Syarikat selepas sepanjang 2010 menghentam APCO dan zionis yang menyebabkan kemarahan puak yahudi di sana. Dengan bahasa mudahnya, semua ini termasuk dalam perancangan Trip 'Minta Maaf' Anwar Ibrahim ke Amerika untuk menjernihkan kembali hubungan beliau dengan rakan-rakan lama yahudi. Artikel itu menyebut :

Following up on my piece a few days back on Malaysia’s Anwar Ibrahim, CNN International’s Connect the World program featured Anwar this past Friday. The interview, apparently taped as part of his U.S. apology tour for whipping up anti-Semitism back home, nicely encapsulates everything that’s wrong with Western media coverage of Anwar — and indeed, of problems in journalism at large. This much softball usually involves 18 women, underhand pitching, and the NCAA.

Well. That doesn’t answer the question. Almost certainly by accident, CNN’s man caught Anwar Ibrahim in a tight spot. Of course he can’t be seen endorsing shari’a law in front of a Western audience. And of course, his major coalition partner, the hard-line Islamist PAS party, won’t countenance anything but exactly that. The interviewer wasn’t interested in committing journalism, of course, so Anwar wriggled away in a cloud of platitudes.

Sumber maklumat dari rakan PKR yang mengatakan hanya CNN yang rela menemubual Amerika di Amerika atas permintaan ketua Pembangkang itu. Setelah temubual lain yang cuba diatur Anwar ditolak oleh Bloomberg dan Fox News.

Perkara ini menimbulkan pertanyaan, apakah muslihat CNN di sebalik kesediaan mereka? Adakah CNN turut dibayar Anwar?
Apa yang menarik menurut pemberi maklumat itu juga, rupa-rupanya Anwar Ibrahim telah sendiri datang ke pejabat untuk ditemubual Washington Post oleh wartawan.

Perkara ini seakan-akan membuktikan kenyataaan rakan blogger Daniel Arif yang mengatakan Washington Post sengaja mahu memberikan imej baik kepada Anwar di Amerika, yang mana artikel itu dengan jelas menggambarkan Anwar begitu menyesal mengutuk zionis sebagai jalan mengembalikan kepercayaan yahudi kepada Anwar selepas isu APCO. Paul Wolfowitz pun turut membela Anwar dalam artikel Washington Post itu.

Patutlah Anwar sanggup beri komen berkenaan penyiaran artikel itu, rupa-rupanya sudah bersedia. Keluar juga di Utusan pasal penyertaannya dalam ICG(International Crisis Group) yang pro zionis, Anwar diam seribu bahasa.

sumber : Analisa Kumbang

Jumaat, 25 Jun 2010

Hancurnya Selangor di Tangan Pembangkang..

Semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor, semenjak menjadi Menteri Besar Selangor, sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Malah, inilah hakikat nyata setelah dua tahun lebih PR mentadbir negeri Selangor. Ketahuilah, apa juga yang 'jatuh' ke tangan PR pasti musnah dan rosak.

Contoh paling hampir adalah Selangor yang kini dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerosakan dan kehancuran maruah negeri tergadai sudah dengan pelbagai agenda rosak.

Sekadar contoh:

1) Perlombongan pasir di Selangor. Hasil yang diperoleh Kerajaan Selangor hanya sedikit sedangkan kawasan perlombongan semakin luas. Aktiviti yang tidak dikawal menyebabkan tanah kerajaan untuk pembangunan semakin mengecil, yang pasti lombong-lombong buatan manusia makin bertambah.

2) Dasar pemberian air percuma kepada rakyat yang tidak menyeluruh kerana kerajaan Selangor sebenarnya tidak memberi air percuma disebabkan mereka membayar sekitar RM11 juta sebulan kepada Syabas melalui GLC kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan. Maka setiap tahun kerajaan Selangor membayar lebih dari RM100 juta untuk air. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk tujuan lebih bermanfaat kepada rakyat Selangor.

3) Pemberian lesen rumah urut yang telah melebihi 4000. Hari ini kemana-mana pun di Selangor ada terdapat rumah urut. Malahan kedai-kedai tikam ekor tumbuh bagai cendawan.Bila dikaji selidik, jawapan pasti pengusaha rumah urut itu berpartikan DAP.

4) PKNS. Perletakan jawatan Azmin bukan didorong oleh rasa tanggungjawab ke atas apa yang sedang dilakukan oleh Khalid Ibrahim tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati Azmin kerana Azmin tidak dapat menggunakan PKNS untuk kepentingan diri sendiri. Jika Azmin Ali menjadi MB Selangor dia juga akan melakukan apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim atau mungkin lebih tyeruk dari itu.

Ternyata apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah kerana Selangor di tadbir oleh Pakatan Pembohong. Mereka akan terus berbohong dan terus akan memusnahkan Selangor.
Namun, apa yang melucukan, dalam keadaan gagal mentadbir Selangor, MB Khalid Ibrahim masih ada hati untuk memajukan dan membangunkan Kampung Baru? Alahai Khalid..

Khamis, 24 Jun 2010

Azmin Letak Jawatan Protes Kepimpinan Khalid

Pekung kelemahan kepimpinan dan kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menguruskan pentadbiran Selangor khususnya dalam saf PKR ternyata membawa kesan yang mendukacitakan lantaran penukaran Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang digantikan dengan Faekah Husin menjurus kepada perletakkan jawatan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negari Selangor.

Tindakan Azmin itu menjawab segala kemungkinan perbalahan diantara mereka sebelum ini. Malah pada Konvensyen PKR di Kelantan baru-baru ini, timbul juga cerita kononnya keretakkan hubungan kedua-dua mereka amat serius hingga ada perwakilan mendakwa mereka tidak boleh bertentang mata.

Mungkin ramai tidak tahu, ada beberapa sebab yang menjadi punca Azmin melepaskan jawatannya dalam PKNS. Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilihat lebih sesuai sebagai Menteri Besar tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan rancangannya untuk menawan Putrajaya dan berpendapat Azmin lebih diperlukan dalam kabinetnya. Maka, Azmin disimpan dahulu sementara pelan 16 September berlaku.

Bagaimanapun, selepas pembohongan Ketua Pembangkang itu terbongkar dan pelan 16 September hanya tinggal mimpi kosong, lalu Anwar menabur janji lagi dengan menyatakan Azmin perlu untuk menerajui kerajaan Selangor tambahan pula Khalid dianggap gagal mentadbir negeri itu. Namun akhirnya, Azmin tertipu lagi..

Antara yang lain menjadi punca keretakan hubungan intim Azmin dan Khalid ini ialah apabila Azmin mendapat tahu mengenai isu pengagihan lembu korban ke Parlimen Bandar Tun Razak dan penyelenggaraan kereta Lexus milik peribadi Khalid yang menggunakan peruntukkan kerajaan negeri.telah menjadi sebab kemarahan Azmin dan peluang untuk mencalarkan imej Khalid.

Akan tetapi Khalid terlebih dahulu menghidu perangkap Azmin dan barangkali sedar kedudukannya akan tergugat, maka Khalid kemudiannya melantik Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor sekaligus berasa selamat di bawah dagu Ketua Umum PKR itu.

Bagi menutup kelemahan diri, Khalid melantik pula Setiausaha Politik baru, Faekah Husin yang juga Setpol kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Meskipun sedar ada dikalangan pemimpin dan ahli PKR menganggap tindakan itu akan memberi kesan mendalam kepada Azmin, namun bagi Khalid dia lebih berhak.

Tindakan Khalid menukar setiauasaha politiknya yang baru kerana Khalid sedar dan tahu bahawa Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia dikatakan amat rapat dengan Azmin, malah Nik Nazmi juga pernah bertugas sebagai pegawai khas Anwar sebelum bertanding pada PRU 12.

Justeru itu, pastinya kita dapat melihat ianya satu percaturan menarik ekoran pelantikan Faekah yang masih Setpol Wan Azizah kerana di kalangan pemimpin yang rapat dengan keluarga Anwar, mereka tentu tahu pergeseran bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan Azmin Ali. Ianya dipercayai ada kaitan dengan Shamsidar Taharin.

Sekaligus, apabila Nik Nazmi keluar daripada pejabat Menteri Besar Selangor, Azmin mungkin putus maklumat mengenai tindak tanduk serta perancangan Khalid. Maka sebab itu, Azmin barangkali meletak jawatan daripada PKNS sebagai tanda protes terhadap pimpinan Khalid.

Apapun, keputusan Azmin menghantar surat meletakkan jawatan itu dibuat empat hari menjelang parti itu dijaduakanl akan mengadakan sesi pemukiman serta Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini.

Dalam pada itu, ada juga pihak melihat tindakan Azmin ini antara strategi awal beliau merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Syed Hussin Ali. Secara tidak langsung, pelantikan Nik Nazmi sebagai Pengarah Komunikasi PKR sudah pasti akan banyak membantu kempen Azmin jika beliau memutuskan bertanding menentang Syed Hussin kelak.

Sungguhpun begitu, apa yang kita dapat lihat kesemua percaturan politik PKR ini, menjelaskan betapa rumahtangga PKR khususnya di Selangor sedang bergolak hebat. Kita tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan dalam struktur parti yang akan diumumkan selepas MPP Ahad ini.

Lagipun jika benar wujudnya kumpulan 15 Ahli Parlimen yang turut mempertikai kepimpinan Khalid, dan menyokong Azmin bermakna ahli parlimen Gombak itu bukan lagi harimau yang menyembunyikan kukunya.

news@n9kini.com

Ahad, 21 Mac 2010

Kejutan politik bermula – Zahrain londeh pekong Anwar


KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September.’

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut ‘menjaja’ nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

”Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut,” tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit ‘pengecut,’ ‘penakut’ dan ‘kalau berani tunggu’ ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

”Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama ‘terompah’ iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu ‘memperhambakan diri’ dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ”Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya.”

March 18, 2010 by admin
Filed under Dari Meja Editor, Featured
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR