MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 1 Disember 2007

TUDUHAN HINDRAF CABAR KAUM MELAYU?


TUDUHAN HINDRAF CABAR KAUM MELAYU?




ANAKomak menulis,

Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) telah membuat dakwaan melampau, tidak masuk akal dan berniat tidak baik apabila menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan pembersihan etnik minoriti di negara ini.

Isu ini telah membuatkan Perdana Menteri marah dan memberi amaran kepada Hindraf agar menarik balik tuduhan tersebut sebelum tindakan diambil.

“Saya rasa marah sebenarnya, saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali.

“Apakah wujud pembersihan etnik di sini? Betulkah ada pembersihan etnik? Ini adalah satu pembohongan yang ada niat tidak baik. Pembohongan seperti ini akan menimbulkan kemarahan (rakyat),” tegas Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang ternyata marah dengan tuduhan itu menegaskan, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang menghasut dan membuat pembohongan yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Menurut Abdullah, dakwaan yang dibuat Hindraf termasuk kononnya kerajaan berada di belakang kumpulan ekstremis yang memusnahkan kuil Hindu di Kampung Jawa, Pulau Pinang pada 15 November lalu merupakan satu pembohongan besar.

Menurut beliau, ia seolah-olah menyamakan Malaysia dengan pembersihan etnik yang berlaku di negara Bosnia oleh pihak Serbia beberapa tahun lalu.

“Mereka hendak wang untuk baiki kuil mereka, saya bantu sebab kita menghormati agama lain, dan mereka bukan bermusuh dengan kita, mereka duduk bersama-sama bermufakat dengan elok dan bekerjasama, ini yang telah berlaku," demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi amaran bahawa, tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang hendak "menangguk di air keroh" tidak boleh dibiarkan kerana negara mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang mana semua pihak perlu mematuhinya dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.

Beliau menegaskan perkara itu sebagai melahirkan rasa kesal dan kecewa beliau terdahadap Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah perbuatan yang melampau.

"50 tahun kita merdeka, tidak pernah kita ada apa-apapun hingga tidak ada berbalahan dengan orang India, orang India telah memainkan peranan mereka menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, tentu sekali mereka tahu kerajaan bersikap adil dan saksama," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam apa juga pembangunan yang berlaku di negara ini.

Perdana Menteri tidak mahu rakyat terutamanya kaum India membenarkan diri mereka diperdayakan dengan dakwaan kumpulan berkenaan dan begitu juga kaum lain diharap tidak akan menunjukkan apa-apa simpati kepada kumpulan itu.

"Adakah ini yang kita cari? Di Malaysia tidak ada masalah antara Islam dan Hindu, tidak pernah berlaku, tidak ada pergaduhan di sini, mengapa perkara seperti ini ditimbulkan?, tentu apa yang dilakukan ini adalah berbau perkauman dan tujuan untuk memporak-perandakan keamanan dan kesejahteraan rakyat kita.”

"Jadi saya harap rakyat Malaysia akan membuat penilaian dengan kenyataan seperti ini (oleh Hindraf) terutama sekali bagi kaum India yang diheret oleh kumpulan ini, diperdayakan oleh kumpulan ini," katanya.

Kejadian di Kampung Jawa itu tidak pernah berlaku, dan Abdullah berkata, ia merupakan satu cubaan hendak memperdayakan kaum India yang telah bersama-sama hidup aman dengan kaum lain dan membantu kerajaan membangun dan memakmurkan negara ini.

“Di Malaysia tak pernah berlaku perbalahan antara orang Islam dengan penganut agama Hindu. Mengapa hal ini ditimbulkan? Tentu sekali ia berbau perkauman dan mahu menggugat kestabilan perpaduan kaum dan gugat kepercayaan orang India kepada kerajaan, UMNO dan Melayu.

“Ini perbuatan yang tidak dapat kita terima dalam apa bentuk sekalipun. Ini adalah perbuatan yang terkutuk. Satu pembohongan! tohmahan yang tidak ada asas sama sekali,” kata Perdana Menteri.

Ditanya adakah kerajaan bercadang untuk melucutkan kewarganegaraan anggota Hindraf, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, melakukan demontrasi jalanan kononnya untuk membuat perubahan dan tuntutan adalah cara yang tidak betul termasuk apa yang telah dilakukan oleh kumpulan yang bergelar "BERSIH" mengenai pilihan raya, bulan lepas.

Pada pilihan raya akan datang, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan untuk menggunakan dakwat khas dan peti undi lutsinar bagi memastikan ketelusan.

"Tong peti undi yang lutsinar, semua orang tahu bila bawa ada kertas undi di dalamnya. Begitu juga untuk undi pos, orang lain pun boleh datang tengok, apa yang dilakukan semasa undi pos, semua nak periksa seolah tak percaya pada siapa pun, mereka sahaja perlu dipercayai," katanya.

Perdana Menteri berkata kalau kerajaan Malaysia penipu, sudah lama ia diketepikan kerana rakyat bukan bodoh dan tidak boleh diperbodohkan.

"Kita terus memerintah, 50 tahun (merdeka) menjadikan negara kita ini berjaya, ekonomi kita meningkat, mengikut maklumat statistik yang muktahir sekali ekonomi naik 67 peratus, semua penunjuk kepada arah kita maju dan ekonomi kita bertambah baik," katanya.

Abdullah yang mengakui masih ada kelemahan dan ada kerja yang belum dilaksanakan oleh kerajaan berkata: "mana ada pemimpin dalam dunia kata aku telah buat segala-galanya, semuanya sudah sempurna, tidak ada yang miskin, tidak ada yang melarat, tidak ada memerlukan bantuan?" jelas beliau.

Beliau juga berkata pembangunan adalah proses yang mengambil masa yang lama dengan memberikan contoh dasar pembasmian kemiskinan yang dimulakan sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan masih dilaksanakan sehingga hari ini.

Justeru Perdana Menteri berharap rakyat tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang sengaja mahu melihat perpecahan dalam Negara.

Sebagai rakyat yang sayangkan keamanan, kita harus peka agar maruah tanahair tercinta tidak tergadai oleh mereka yang zalim.
Sumber: Utusan.com

Rabu, 28 November 2007

PAS malu dengan ‘gelombang kuning’


Pas malu dengan ‘gelombang kuning’
Oleh: ANAKomak

Baru-baru ini selepas Bersih membuat onar di Ibukota 10 November lalu, Pas yang diperhambakan oleh PKR menyahut seruan Bersih untuk terus menyemarakkan kembali hari yang kononnya dianggap sejarah oleh orang-orang Pas.

Gelombang kuning- itulah nama yang diberikan untuk hari perhimpunan haram Bersih lalu. Warna kuning dijadikan simbol menunjukkan bantahan terhadap tindakan SPR dan kerajaan selama ini.

Semangat menyuarakan bantahan dan tuntutan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melaksanakan pilihan raya yang telus bukan setakat pada hari bersejarah itu, tetapi terus dituntut setiap hari. Namun, umpama pahat dengan penukul..kalau diketuk baru bergerak. Samalah dengan orang-orang Pas ini rupa-rupanya hanya tahu bercakap tapi habuk pun tiada.

Tersenyum sendiri saya apabila membaca artikel yang terdapat di laman web harakahdaily.net yang bertajuk ‘mana lanjutan gelombang kuning?’.

Tentunya penulis tersebut ahli Pas kerana dari penulisan beliau jelas menggambarkan beliau penyokong Pas yang cukup setia.Tak mengapalah, itu hak masing-masing memilih parti.Tetapi saya berpendapat penulis meluahkan kekesalan beliau terhadap anggota dan ahli-ahli Pas sendiri yang tidak menunjukkan semangat perjuangan dalam parti.Saya ambil contoh tulisan dari artikel tersebut;

“…Ketika saya membuat tinjauan di Klang, saya memakai baju dan tudung kuning manakala suami saya pula memakai kemeja T kuning.
Ketika tinjuan itu saya bertemu beberapa pimpinan PAS di peringkat cawangan, kawasan dan negeri.

Di sepanjang perjalanan menuju Klang, saya terfikir sudah tentu semua pimpinan yang akan saya temui memakai baju kuning atau tudung kuning.
Bagaimanapun, tanggapan saya meleset. Sebaliknya, saya terkejut apabila pimpinan Muslimat negeri bertanya, “hari Sabtu kena pakai baju kuning ke?”

Dalam program itu juga, saya lihat tidak ada seorang pun pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri yang memakai baju kuning.
Suami saya meluahkan kekesalannya. "Macam mana rakyat hendak mencontohi pimpinan PAS, jika pimpinan sendiri pun tidak berpakaian kuning.”
Jika cadangan di peringkat Pusat tidak disambut oleh pimpinan di peringkat cawangan, kawasan dan negeri bagaimana pula sambutan ahli dan penyokong perhimpunan tersebut?

Sehari saya berada di Klang hanya terserempak dengan tiga lelaki yang memakai kemeja T kuning. Seorang menunggang motosikal, seorang memandu lori dan seorang pula ditemui ketika berada di salah sebuah masjid di Klang..”



Lihatlah…kalau ahli sendiri sudah merungut dengan karenah pemimpin Pas, apatah lagi kekuatan parti itu?
Ternyata gelombang kuning yang dilaungkan ‘indah khabar dari rupa’.Cerita diatas juga membuatkan saya ketawa kerana hanya tiga orang sahaja yang memakai baju kuning mengikut tema Bersih, Itupun belum tentu lagi baju yang dipakai baju bersih kerana baju ‘DIGI’ pun kuning juga? Nyata, perhimpunan Bersih juga adalah gagal.

Kini, kita ingin tahu apakah lanjutan daripada perhimpunan dan perarakan raksaksa pada 10 November lalu? Apakah ahli dan penyokong Bersih hanya mendesak SPR dan kerajaan pada 10 November itu terlaksana apa yang di hajatkan?

Sedarkah mereka, bagaimana hendak meneruskan bantahan terhadap kerajaan dan SPR jika orang-orang Pas sendiri tidak berusaha berpakaian warna kuning pada setiap hari Sabtu?
Nampaknya cadangan daripada AJK PAS Pusat itu disambut hambar oleh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan 10 November lalu. Tidak perlulah membazir waktu dengan perkara-perkara merugikan sebegini.

Jelas, apa yang diusahakan pembangkang dan Bersih itu hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
SPR tidak akan mengubal sesuatu pindaan tanpa ada sebab.Ini bersesuaian dengan kenyataan pengerusi SPR sendiri yang memaklumkan setiap kali pilihanraya, SPR akan sentiasa mengawasi perjalanan pilihanraya dilakukan dengan telus, adil dan berkualiti.

Apa yang berlaku kebelakangan ini merugikan masa dan tenaga sahaja.Oleh itu, kita harus tolak segala pendekatan sia-sia anjuran pembangkang kerana kelak memusnahkan agama, bangsa dan negara.




layari: http:/www.kpmu.net

Uthayakumar Penghasut Perkauman wajar di ISA


Uthayakumar Penghasut Perkauman wajar di ISA

ANAKomak menulis,

Penasihat Undang-undang Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Uthayakumar akan berdepan dengan tindakan undang-undang dibawah Akta Hasutan jika benar beliau adalah penulis surat bertarikh 15 November yang dikatakan dihantar kepada Menteri Britain, Gordon Brown.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kerajaan memandang serius kandungan surat yang disiarkan dalam internet itu dimana ia antara lain mendakwa kerajaan Malaysia yang diketuai UMNO telah melakukan pembersihan kaum ke atas kaum minoriti India.


Beliau berkata mesyuarat kabinet ada membincangkan mengenai surat berkenaan dan berdasar kepada kandungannya, ia memang jelas membuktikan Uthayakumar menghasut untuk menimbulkan kemarahan orang India terhadap kerajaan, dan juga orang Islam khususnya Melayu terhadap Hindraf.

Hasutan dan fitnah yang ditulis Uthayakumar terlalu melampau dan sensitif, antara dakwaan yang terkandung dalam surat berkenaan sehingga mendesak Britain mengusulkan resolusi tergempar di Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga mengutuk Malaysia dan mahu Malaysia diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.Tohmahan Hindraf melampaui batas kesabaran dan telah mencemarkan status bangsa melayu di mata dunia.

Betulkah setiap dua minggu sebuah kuil Hindu dirobohkan dan diskriminasi terhadap kaum India begitu teruk sekali atau orang India menjadi sasaran pembunuhan terancang?

Apa yang sebelumnya cuba digambarkan semasa heboh menjelang perhimpunan haram sekitar jalan-jalan tidak jauh dari bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang,Kuala Lumpur Ahad lalu, lebih berkisar kepada soal kebajikan dan nasib orang India di negara ini.

Hindraf marah kepada kerajaan Britain yang menjajah Malaya duhulu dan membawa orang India ke sini menjadi buruh dan sebagainya kemudian kebajikan mereka diabaikan. Oleh itu mereka menuntut pampasan empat trillion dolar Amerika dari kerajaan British.

Namun surat berkenaan lain bunyinya. Ia bukan saja membuat dakwaan berunsur perkauman malah didapati memberi gambaran situasi buruk di Malaysia seolah-olah di Bosnia Herzegovina dulu atau zaman rejim apartheid di Afrika Selatan.

Hasutan-hasutan merbahaya sebegini perlu kita hindari dengan kadar segera.Kerajaan khususnya Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tegas dengan mengenakan tindakn ISA terhadap penghasut.

Jika benar tuduhan Hindraf terhadap UMNO sedemikian, bagaimana pula tentang orang India di negara ini boleh ada parti politik, boleh jadi menteri, timbalan menteri, duta besar dan pegawai tinggi kerajaan?

Apakah kedudukan yang diberi menggambarkan orang melayu meminggirkan India?

Para pemerhati politik berpendapat, jikalau Hindraf hendak bermain politik sekalipun, janganlah sampai membakar api perkauman sebegitu dan membuat tuduhan-tuduhan yang membabi-buta!

Orang tepi jalan pun tahu perkara itu tidak betul!

Situasai yang cuba digambarkan oleh surat Uttayakumar kepada Perdana Menteri British itu bagaikan langit dengan bumi dan tidak masuk akal dengan keadaan sebenar di Malaysia. Jangan kata orang India, semua kaum di Malaysia termasuk orang Melayu dan Cina juga masih menghadapi sedikit sebanyak masalah kemiskinan dan ketinggalan dari arus pembangunan. Tiada siapa pernah menafikan hakikat dan fakta itu.

Apapun, ini antara komen Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya oleh para wartawan mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Hindraf sekembalinya dari luar negara. Beliau menilai tindak-tanduk ini ada kaitan yang kuat dengan senario menjelang pilihanraya.

‘‘Mereka anggap pilihan raya dah dekat, jadi timbullah bermacam-macam tuduhan kepada kerajaan. Tuduhan seperti ini apabila dekat dengan pilihan raya, memang berlaku dulu,’’ jelasnya.

Namun, bagaimana pula dengan dakwaan Uttayakumar yang mengatakan UMNO menjadi dalang kepada pembunuhan 100 orang India di Kampung Medan pada tahun 2001?

‘‘100 orang UMNO yang bunuh, kita nak tahu mana bukti dia, ini tuduhan yang berat. Orang UMNO itu orang Melayu, bunuh 100 orang India, betulkah, awak (wartawan) pun tak tahu.’’ tanya Perdana Menteri kembali.

Apa jua alasannya, tohmahan Hindraf boleh menyebabkan pergaduhan kaum berlaku.Akta ISA perlu diambil bagi mengekang gejala hasut-menghasut ini.Perdana Menteri juga menjawab pertanyaan mengenai ISA yang diminta rakyat untuk kembali digunakan setelah mendapati kebelakangan ini terlalu banyak episod-episod rusuhan terlampau dari pihak pembangkang.

Mengenai kemungkinan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangani perhimpunan haram pula, Perdana Menteri berkata, buat masa ini kerajaan masih menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat penilaian dan mengambil tindakan wajar bagi menjamin keselamatan negara.

‘‘ISA adalah satu tindakan pencegahan supaya kita dapat pelihara negara kita daripada berlaku sesuatu yang tidak baik yang boleh jejaskan keamanan, jadi saya tak tahulah, tapi ISA tetap ada dan apabila wajar digunakan akan digunakan,’’ katanya.
Sumber: http://www.agendadaily.com/

Orang awam tidak bersalah turut cedera oleh keganasan Hindraf

Konspirasi Hindraf dan Anwar Ibrahim timbul banyak persoalan.Apakah muslihat disebalik perhimpunan ini?

Ganas..ini bukan budaya Malaysia tetapi hasutan Uthayakumar punca rusuhan dan keganasan kaum India.

Ketua penghasut Hindraf jangan terlalu leka...undang-undang pasti menghukum mereka-mereka ini.


Suruhanjaya Diraja... terma diputuskan, keanggotaan belum lagi

Suruhanjaya Diraja... terma diputuskan, keanggotaan belum lagi
Oleh: paiseh_beb

Kabinet yang bermesyuarat semalam bagi membincangkan penubuhan Suruhanjaya seperti yang diminta memutuskan terma rujukan suruhanjaya tetapi keanggotaannya belum diputuskan lagi. Terma dan rujukan Suruhanjaya Diraja dibuat secara kolektif di kalangan jemaah menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, telah mengambil maklum semua pandangan berhubung pembentukan suruhanjaya itu.


Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, mesyuarat hari ini tidak membincangkan senarai ahli yang akan menganggotai suruhanjaya berkenaan.Sebaliknya, kata beliau, senarai ahli Suruhanjaya Diraja itu akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri selepas ini.

Sementara itu, Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah Badan Pencegah Rasuah kepada beliau untuk menyerahkan klip video penuh VK Lingam. Peguam beliau dalam kes ini adalah Bendahari KeADILan, William Leong.

Permohonan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan pendengaran kes ditetapkan untuk 3 Januari, 2008.


Selasa, 27 November 2007

Penubuhan suruhanjaya hari ini (RABU)


Isu VK Lingam: Penubuhan Suruhanjaya Hari Ini?


Setelah kita lihat segala perjalanan isu hangat ini umpama sebuah drama bersiri, kini isu klip video melibatkan VK Lingam dan bekas Ketua Hakim Negara kembali bersambung episod seterusnya.

Hari ini, seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dimana mesyuarat kabinet pada hari ini bakal menentukan siapakah ahli yang akan menyelesaikan kesahihan klip video tersebut setelah kegagalan tiga panel dilantik yang cukup tempohnya.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Bahawi berkata, mesyuarat Kabinet hari ini akan membincangkan sekali lagi penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat rakaman klip video perbualan telefon seorang peguam terkemuka dengan seorang hakim kanan untuk mengatur pelantikan hakim di negara ini.

Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lalu, membuat keputusan untuk membincangkan perkara itu sekembalinya Abdullah dari luar negara.

Dalam mesyuarat itu nanti, Jemaah Menteri akan menentukan senarai ahli yang menganggotai Suruhanjaya Diraja berkenaan dan terma-terma rujukan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja berdasarkan laporan panel khas bebas yang menyiasat kesahihan klip video tersebut.

Panel khas bebas yang ditubuhkan pada 25 September lalu, dianggotai oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor, aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar.

Mereka diberi tempoh kira-kira sebulan untuk menyiasat klip video itu dan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan, baru-baru ini.

Tiga menteri pula iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad turut dilantik oleh Kabinet untuk meneliti laporan panel khas itu.

Semoga dengan penubuhan suruhanjaya itu nanti dapat menghasilkan kebenaran pada klip video terbabit dan sekaligus menjawab segala persoalan yang menyelubungi semua rakyat khususnya pembangkang.

Demi mendaulatkan undang-undang, kerajaan bersedia menubuhkan suruhanjaya tersebut setelah mengkaji dan meneliti aspek logikal penubuhannya. Ini termasuklah dalam usaha kerajaan mencari keadilan dalam menegakkan undang-undang negara tanpa mengira status pesalah.

Anwar Dajjal Petualang Terbilang




Sejenak Paiseh menulis"...

Anwar Ibrahim terus bermain politik. Sebagai menusia yang terkenal dengan sikap suka mengambil peluang..dia pasti lakukan apa sahaja asalkan sesuatu itu dianggap akan mendatangkan kredit kepadanya.


Semalam Anwar turut hadir ke mahkamah untuk sama-sama meraikan pembebasan 3 pemimpin utama Hindraf kerana kertas pertuduhan yang tidak lengkap. Sah! perhimpunan haram itu mengaitkan penglibatan Anwar.

Kita semua tahu, Hindraf sekarang bergerak atas dasar perkauman meskipun mereka cuba menafikannya. Banyak hati orang-orang melayu telah terguris dengan apa yang telah mereka lakukan. Tetapi malangnya Anwar Ibrahim tidak pernah menganggap perasaan dan maruah melayu yang diinjak-injak oleh Hindraf ini sebagai penting.

Lantaran itu, Anwar tidak merasa sedikit pun bersalah dalam dirinya bahkan untuk menunjukkan sokongannya kepada kumpulan yang telah mempermain-mainkan isu perkauman itu, Anwar menyokong perjuangan mereka.

Apakah Anwar bertindak begitu semata-mata untuk mendapat sokongan baru pengundi-pengundi India lantaran Nallakarupan yang dulunya orang kuat PKR tetapi kini telah menyatakan sokongan kepada BN????

Perhimpunan Dirancang Oleh Anwar

Perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Hindraf untuk menyerah satu memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur menimbulkan sedikit syak dan wasangka.

Memanglah Hindraf berhak untuk menyerahkan memorandum kepada mana-mana pihak termasuk kepada perwakilan asing. Itu tidak perlu dipersoalkan.

Mereka juga berhak untuk berkumpul dan berarak secara aman mengikut undang-undang negara, iaitu dengan memperolehi permit daripada pihak polis. Suka atau tidak, ini adalah undang-undang dan peraturan di negara ini, sama ada ia bertepatan dengan hak dan kebebasan adalah satu perkara lain.

Dalam barisan kepimpinan Hindraf terdapat beberapa orang peguam dan selaku pegawai mahkamah, mereka harus dan semestinya menghormati perintah mahkamah yang melarang perhimpunan itu. Perintah mahkamah mesti dipatuhi.

Hindraf telah mengemukakan tuntutan melalui proses undang-undang di United Kingdom untuk mendapatkan apa yang disebutnya sebagai ganti rugi kerana pihak berkuasa Inggeris telah membawa orang India ke Tanah Melayu sebagai buruh dan pekerja am.

Pihak Inggeris dikatakan tidak memberi hak dan layanan sewajarnya kepada orang India, iaitu nenek moyang orang India-Malaysia yang ada sekarang. Butiran lanjut mengenai isu ini boleh diperolehi dari laman-laman sesawang tertentu dan media lain.

Tetapi, kenapa memilih hari cuti am? iaitu hari Ahad untuk berkumpul dan menyerah memorandum tersebut?

Setahu saya, pejabat Suruhanjaya Tinggi United Kingdom dan pejabat-pejabat perwakilan asing di Kuala Lumpur ditutup pada hari cuti am. Jadi kepada siapa Hindraf nak serah memorandum itu? Ini yang menjadi persoalan.

Hindraf Diperalatkan

Ternyata perhimpunan haram yang lalu salah satu agenda politik pembangkang, atau lebih tepat kita katakan demonstrasi berpunca dari hasutan dan strategi busuk Anwar.

Lebih menghairankan lagi tiga orang yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan tersebut di bebaskan dari tuduhan..! Bukankah ketiga-tiga pemimpin Hindraf itu penyokong Anwar Ibrahim?

Malah lebih memeranjatkan apabila terpampang muka Anwar Ibrahim bersama Lim Guan Eng dari DAP berada di mahkamah sewaktu tiga pemimpin Hindraf dibebaskan. Apakah jadahnya mereka disitu? Tidak lain dan tidak syak lagi, Anwar berkomplot bersama Hindraf!!

Begitulah helah Anwar yang suka memperkudakan parti-parti lain. Anwar begitu bijak mengatur strategi. Lihat sahaja sewaktu perhimpunan Bersih dahulu, Anwar memperalatkan parti PAS dan Majlis Peguam Negara dalam menjayakan misinya bersama Raja Petra Kamaruddin(RPK).

Kini sekali lagi Anwar melancarkan misi huru-hara agar kerajaan sedia ada tumbang dan di benci rakyat.Hindraf lupa diri dan kerana terlalu taksub dengan kata-kata manis Anwar dan janji-janji kosong maka Hindraf diperbodohkan sewenang-wenangnya.

Seharusnya Hindraf sedar dan tidak boleh disamakan dengan apa yang dilakukan oleh sekumpulan NGO yang bergelar Bersih dengan apa yang dilakukan oleh Hindraf?

Tindakan bersih ada hubung kaitnya dengan kerajaan atau sistem pentadbiran Malaysia manakala tindakan Hindraf tiada kaitan langsung dengan kerajaan Malaysia tetapi dituju khusus kepada pentadbiran Inggeris di London. Jadi, kenapa marahkan kerajaan Malaysia? Apa salah pemimpin UMNO/BN hingga hendak dibabitkan?

Apakah tidak memadai dengan tindakan undang-undang yang diambil di London sehingga memerlukan satu perhimpunan dan perarakan untuk menyerah satu memorandum di Kuala Lumpur pada hari pejabat Suruhanjaya Tinggi UK ditutup?

Memorandum itu, mengikut laporan, kemudiannya dihantar melalui faksimili. Jadi, apa perlunya perhimpunan ramai?

Apa tujuan sebenar Hindraf berbuat demikian? Apakah perlu dikerah sebegitu ramai masyarakat dari satu kaum dan satu agama untuk berbuat demikian di Kuala Lumpur?

Kalau marahkan pihak Inggeris kenapa negara sendiri yang dijadikan mangsa? Bukankah para peniaga dan industri pelancongan seperti hotel dan sektor pengangkutan awam di Kuala Lumpur yang menanggung rugi atas perbuatan itu sedangkan mereka tiada kaitan dengan apa yang dituntut oleh Hindraf.

Ada perkara dan ada tindakan yang boleh disokong dan ada pula yang tidak. Hak dan kebebasan mutlak tidak wujud walau dimana sekalipun di dunia ini.

Anwar Ketua Dajjal

Percayalah, Anwar muncul umpama 'DAJJAL'.
Melalui balaci dan orang kuat Anwar, Kamarudin Jaafar (Setiausaha Agong PAS) telah berjaya menguasai PAS. Anwar berjaya mempergunakan PAS untuk kepentingannya termasuklah dalam perarakan 10 November. Niat Anwar sudah tentu mahu membangkitkan semangat 1999 yang pernah dicetuskan oleh beliau.

Anwar (PKR) dan Hadi Awang(PAS) mesti ditolak dan tindakan ISA wajar kerana nyata mereka berdua perosak dan penghasut nombor satu. PAS bersekongkol dengan gerakan anti Islam di Malaysia untuk menghancurkan umat Islam di Malaysia.Inikah ‘DAJJAL’ yang di turunkan untuk menguji tahap kesabaran kita?

Sejak Anwar dinyahkan dari kerusi kabinet dan dipenjara kerana salahlaku seks dan rasuah, Anwar kembali dengan dendam yang membara.
Mangsa yang diperbodohkan oleh beliau begitu tunduk dan takut pada dirinya.

Helah golongan anti Islam di negara ini

Kejayaaan golongan anti Islam(Anwar) memperdayakan PAS(Hadi Awang) merupakan satu kejayaan yang sangat besar kepada proses menjatuhkan umat Islam di negara ini.

Gerakan ini telah berjaya mengaburi penonjolan diri pertubuhan mereka daripada dilihat sebagai anti Islam. Namun dengan adanya parti PAS didalamnya, gerakan ini dapat berselindung dan bergerak daripada dalam.

Kerajaan telah sedaya upaya mempertahankan Islam, Melayu dan perpaduan di negara ini. Namun usaha Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sangat menjijikkan.

Paling menyedihkan, demi kepentingan parti, PAS sanggup menggadaikan agama sendiri. Lemah dan hancurnya Islam di negara rupanya satu sejarah yang dicipta oleh Anwar dan PAS. Siapakah yang akan bertepuk gembira dengan kehancuran ini nanti? Fikir-fikirkanlah....

Isnin, 26 November 2007

ISA kan Penghasut..!!!




ISA kan Penghasut..!!!

Oleh: ANAKomak


Makin hampir negara ke gerbang pilihanraya, makin ketara pembiakan reformasi berunsurkan keganasan.Bermula dari satu isu ke satu isu yang pembikinannya di atur dan di olah secantiknya oleh pihak yang tiada rasa tanggungjawab sebagai manusia yang sayangkan keamanan dan hidup yang sejahtera.

Dari pelbagai episod yang melanda tanahair sepanjang tahun ini, membuktikan sistem demokrasi negara ini di cabul seadanya tanpa rasa bersalah mahupun mengira aspek negatif hasil dari reformasi ataupun rusuhan itu.

Sekelip mata nama Malaysia dijulang ke antarabangsa sebagai negara yang dipenuhi diktator, kekotoran dalam berpolitik mahupun demonstrasi jalanan.Pelbagai gambaran buruk di calitkan ke muka Malaysia.

Semua ini layak dipersalahkan oleh pihak pembangkang yang masih tidak puas hati dengan perlembagaan negara dengan mengaitkan pelbagai situasi rekaan mereka.Dalam menghadapi musim pilihanraya umum akan datang, puak-puak pembangkang tidak henti-henti memfitnah, mencaci dan membuat porak-peranda didalam negara.

Rusuhan politik yang berlaku di Terengganu menyebabkan kemusnahan hampir sejuta ringgit dan harta benda rakyat yang tidak berdosa turut musnah disebabkan amukan pihak pembangkang kerajaan.Keganasan mula tercetus apabila ada pihak yang mengapi-apikan rakyat dan kerajaan dengan rakus menidakkan ketelusan system keselamatan negara.

Keganasan berunsur rusuhan dan reformasi makin menyerlah kebiadapannya apabila sekali lagi ianya tercetus. 10 november lalu, pasti menjadi detik hitam bagi warga kota apabila perhimpunan yang bertemakan keamanan dan keadilan dicemar sendiri oleh penganjur dengan keganasan.

Kemusnahan harta benda awam yang kita nikmati sebelumnya kini musnah begitu saja akibat amukan penyokong-penyokong parti pembangkang di negara ini.Dan...apa yang lebih menyayat hati apabila pihak pembangkang ini sanggup membakar bendera Malaysia.Ternyata pembangkang di negara ini sudah gila dan hilang nilai-nilai cintakan negara.Apakah pemerintah sebegini yang kita impi-impikan?

Kini, Malaysia kecoh lagi dengan keganasan yang dibangkitkan oleh (Hindraf) Hindu Rights Action Force, sebuah pertubuhan yang menjaga hak asasi kaum India. Demi menuntut hak ke atas Suruhanjaya British kerana gagal menjaga hak mereka, penyokong Hindraf berhimpun dalam satu perhimpunan.

Persoalannya kini, apakah semua jenis rusuhan dan keganasan ini disebabkan hak atau pembelaan?

Kerajaan Malaysia mempunyai hak mutlak dalam undang-undang,dengan itu wajar untuk polis memastikan keselamatan rakyat demi keamanan yang selama 50 tahun dipertahankan.

Sistem undang-undang sentiasa dikemaskini namun rakyat yang bodoh dan pendek akal dengan mudah diperkotak-katikkan oleh anasir-anasir yang sentiasa membangkang dan menolak kemajuan negara kerana sakit hati dan dendam yang karut-marut.

Ketiga-tiga keganasan yang telah menggemparkan Malaysia di mata dunia itu, di dalangi oleh pihak tertentu.Ini bukan tuduhan tetapi kenyataannya setelah berbagai taktik dan usaha pembangkang untuk menjatuhkan tampok pemerintahan negara masakini.Beginikah parti ikutan kita yang langsung tiada langkah dalam membela nasib dan keselamatan rakyat?

Kerajaan.. apatah lagi rakyat biasa di negara ini telah tahu siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam rusuhan ini.Tiga rusuhan ini adalah agenda utama tiga parti pembangkang.Siri-siri rusuhan kononnya berlandaskan hak tetapi hakikatnya adalah berebut kuasa.

PAS, KEADILAN dan DAP adalah tiga parti yang berselindung disebalik perhimpunan-perhimpunan ganas yang berlaku sepanjang tahun ini. Keutamaan dalam membongkar penglibatan mereka harus diteliti oleh kerajaan kerana barang kemungkinan keganasan politik berlaku lagi.

Suara majoriti rakyat yang sayangkan negara menyeru agar Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan, Polis dan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah sewajarnya kepada pengkhianat negara yang cuba menghuru-harakan tanahair.

Langkah utama kerajaan adalah dengan memenjarakan ketua-ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Ronnie Liu, Tian Chua, Mat Sabu dan Raja Petra Kamarudin.Mereka semua adalah penghasut! Kesemua mereka harus dikenakan tindakan ISA dibawah akta hasutan.

Kerajaan harus peka dan yakin dengan suara rakyat, jika kesemua senarai petualang-petualang negara itu dikenakan ISA, kita jamin kejadian rusuhan pasti tidak berlaku.Jika tiada tindakan diambil maka kerajaan harus menjawab kesengsaraan rakyat dimasa hadapan.

Rabu, 21 November 2007

SPR Cabar Pembangkang Kemuka Bukti


SPR Cabar Pembangkang Kemuka Bukti
Oleh: ANAKomak

Musim berkempen sudah bermula, kebanyakan parti pembangkang terus menerus dengan agenda merapu yang dianggap mereka benar sebenar-benarnya.
Hentam-menghentam menjadi darah daging pembangkang.Lumrah pembangkang bersifat protes.Namun bukan soal ini yang hendak disimpulkan.

Baru-baru ini sedikit kecoh di dada akhbar, baik menerusi kaca televisyen mahupun di skrin komputer, banyak pihak memperkatakan tentang tarikh sebenar pilhanraya umum ke-12 ini.Aduhai..politik, kancah yang sering berlaku setiap kali munculnya pilihanraya.

Tetapi sedikit berbeda pada tahun ini dimana kekecohan timbul apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abdul Rashid dengan selamba berkata bahawa beliau sudah mengetahui bilakah tarikh pilihanraya akan diadakan.

Dengan memaklumkan sedemikian, logiklah kalau ketua-ketua pembangkang melatah dari tempat duduk umpama digigit semut api kerana setelah puas ahli-ahli pembangkang ini meramal tarikh sebenar dengan tiba-tiba Tan Sri Abdul Rashid bersuara beliau tahu akan tarikhnya. Kesian kepada pembangkang yang berpenat jerih membuat ramalan hingga ada yang menjadi ala-ala 'nujum pak belalang'.

Tidak puas hati pembangkang dengan gurauan Rashid, mereka membalas dengan kata-kata pedas hinggakan Presiden PAS, Hadi Awang sesuka hati mengarahkan Rashid meletak jawatan.Sinonimlah PAS berperangai begitu, baru diusik sedikit sudah melenting.Biarkanlah...

Apapun yang menjadi isu dan topik adalah tuduhan melampau pembangkang khususnya PAS, PKR dan DAP.Disebabkan amarah dengan kekalahan penggal yang lalu, maka mereka mencipta satu propaganda yang menuduh SPR tidak telus, bersih dan adil.

Terbaru, seperti kita semua sedia maklum ialah perhimpunan haram tanpa permit anjuran Bersih pada 10 November lalu untuk menuntut 'reformasi’ dalam pengendalian pilihanraya.Kesan buruk perhimpunan itu telahpun kita sedia maklum dan wajib kita menjauhinya.

Ternyata agenda utama perhimpunan itu ialah menuntut pilihanraya akan datang dilakukan dengan bersih dan adil.Perhimpunan yang didalangi oleh Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Sivarasa Rasiah itu nyata suatu pembohongan nyata.Buktinya berlaku penipuan dan ketidakadilan pilihanraya tidak dapat dikemukakan oleh mereka.Hanya berani di jalanan menyalak seperti sekumpulan beruk yang laparkan pisang.

Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Pengerusi SPR sendiri yang meminta orang yang membuat tuduhan tersebut tampil secara 'gentleman' jika benar SPR tidak telus selama ini.Namun, hingga kini belum ada sesiapa pun dari kalangan mereka yang mendalangi perhimpunan tersebut tampil membawa bukti penipuan pilihanraya selama ini.

Bagi Tan Sri Rashid, beliau bukan saja nampaknya tidak ambil kisah tentang ugutan pembangkang agar dirinya meletak jawatan malah beliau menghentam mereka yang mendakwa berlakunya penipuan dalam pilihanraya seperti ada pengundi hantu, SPR tidak adil dan tidak telus.

Lagipun, bukan sekali tetapi sudah enam kali Pengerusi SPR ini yang dulunya Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya terlibat secara langsung mengendalikan pilihanraya umum.Menariknya, beliau memberitahu bahawa belum ada seorang pun yang datang kepadanya membawa bukti bahawa penipuan telah berlaku sama ada dalam pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Rashid menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas menerima laporan akhir berhubung pemerhatian terhadap tiga pilihanraya kecil iaitu di Batu Talam, Machap dan Ijok, yang diadakan sebelum ini daripada Abdul Malek Hussin, pengerusi sebuah badan pemantau pilihanraya dikenali sebagai Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel) di pejabat SPR di Putrajaya, Isnin lalu.

Untuk menunjukkan beliau berpegang pada apa yang dicakapkannya, Pengerusi SPR itu bersedia untuk melepaskan jawatan jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihanraya sebelum ini. Sambil mencabar, beliau kecewa kerana orang masih membuat dakwaan tersebut yang berdasarkan rasa syak dan curiga tanpa sebarang bukti dan ia memberi imej yang tidak baik kepada negara.

"Anda sedang bercakap dengan seorang yang banyak pengalaman. Jika betul ada penipuan dan penipuan itu disebabkan oleh SPR..dan sah SPR yang merancang penipuan ini, saya akan melepaskan jawatan dan panel juga akan melepaskan jawatan.

Tetapi kena tunjuk buktilah, tak boleh pergi ke merata tempat melaungkan slogan, masuk kampung keluar kampung beritahu orang.. SPR menipu! atau pergi ke tengah jalan menyalak yang bukan-bukan!" ujar beliau tegas.

"Buktikan di dalam mahkamah, bukannya di luar. Jika hakim kata ada penipuan, SPR bertanggungjawab dan saya akan berundur," ujarnya lagi.

Menurut Rashid lagi, selama sebelas kali Malaysia mengendalikan pilihanraya semuanya berjalan dengan baik dengan jayanya.Malaysia juga turut mendapat pujian pemerhati dari luar negara kerana pilihanraya diadakan dengan aman dan keputusan masuk dengan cepat.
Banggalah kita wahai rakyat Malaysia...










Selasa, 20 November 2007

Isu Klip Video Bak Drama Bersiri




Isu Klip Video Bak Drama Bersiri
Olrh: ANAKomak

Tahun ini mungkin boleh kita panggil tahun pembikinan filem berunsur politik.Dimana-man sahaja orang memperkatakan tentang isu-isu hangat yang berlaku sepanjang tahun ini.Adakah kebetulan tahun 2007 ini merupakan tahun penutup kepincangan politik ataupun tahun bergolaknya dunia politik yang kebetulan makin hmapir ke sasaran pilihanraya umum kali ke-12?


Dari satu isu ke satu satu isu yang di bangkitkan oleh pihak pembangkang khususnya.Deretan isu-isu tersebut dijadikan fokus bagi pembangkang mengatur strategi dalam usaha menjatuhkan kerajaan.Apapun beginilah ragam dan karenah pembangkang dengan rasminya.


Lebih menarik perhatian kita dengan isu-isu sensasi politik masakini adalah berkenaan isu VK Lingam.Skandal yang mendapat liputan umum dan publisiti yang meluas, syabas Anwar kerana berjaya menggegarkan dunia politik ciptaannya.


Bagaimanapun isu ini seperti sebuah drama bersiri.Makin hari semakin menarik dakwaan yang melibatkan peguam VK Lingam.Bermula dengan aksinya berbual dalam klip video yang didakwa menunjukkan insiden mengatur perlantikan hakim.

Setelah sebuah panel bebas ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan klip video itu kerajaan pula kini bersetuju membentuk sebuah Suruhanjaya Diraja seperti yang dituntut oleh Anwar dan kroni pembangkang yang lain.


Pada ahad lalu, muncul pula pendedahan mengenai dua laporan polis yang dibuat oleh adik VK Lingam sendiri, Thirunama Karasu,49. Dakwaannya melibatkan skandal rasuah itu menjadi lebih sensasi yang mengaitkan abangnya dengan sebilangan orang kanan badan kehakiman,polis dan pejabat Peguam Negara.Thirunama yang juga dikenali sebagai Balan tiba di pejabat BPR kira-kira 11.30 pagi dengan diiringi peguambelanya, Wee Choo Keong.


Atas permintaan peguamnya itu, Balan diarahkan untuk merekodkan kenyataannya berhubung dua laporan polis itu. Dia memberi keterangan hampir tujuh jam di situ. Sebelum masuk ke dalam bangunan itu, Thirunama memberitahu para wartawan yang datang membuat liputan bahawa dia tidak terlibat didalam klip video yang kononnya memaparkan abangnya berbincang melalui telefon dengan seorang yang dikatakan hakim mengenai urusan pelantikan hakim.


Kemudian Isnin lalu, si abang membuat kenyataan media mendakwa bahawa adiknya itu sakit mental dan semua dakwaannya tidak berasas.Selasa, si adik muncul kembali di ibupejabat Badan Pencegah Rasuah untuk memberi keterangan dan mendakwa dirinya tidak gila dan laporan perubatan mengatakan dia sakit mental diatur oleh abangnya.


Apapun episod seterusnya pastinya akan mencuri perhatian ramai.Namun begitu buat masa ini yang pasti Thirunama mendakwa dia tidak ada kena mengena dengan pendedahan klip video perbualan abangnya yang didakwa mengatur perlantikan hakim.


Hari ini, Kabinet akan melantik anggota satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat klip video terbabit. Pembentukan suruhanjaya itu, yang dicadangkan oleh satu panel yang sebelum ini menyiasat kesahihan klip video itu, diumumkan pada Jumaat lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib pula pembentangan mengenai tugas dan nama-nama anggota yang bertanggungjawab turut dibincang hari ini.


Maka, apakah pula cerita selanjutnya mengenai skandal klip video ini? Sama-samalah kita nantikan kemunculan episid seterusnya. Sungguhpun begitu, pastinya orang yang sangat gembira menari-menari adalah Anwar Ibrahim kerana berjaya meresahkan rakyat berteka-teki dalam isu klip video ini sekaligus memporak-peranda dan melaga-lagakan keluarga VK Lingam.

Isnin, 19 November 2007

10 Dalil PAS perlu di tolak Rakyat.




10 dalil mengapa umat Islam perlu tolak Pas

Contributed by Wak Lu
Tuesday, 13 November 2007
Saudara Pengarang,

SETELAH membuat kajian dan pemerhatian yang lama, saya mendapati Pas memang sebuah parti yang perlu ditolak oleh orang Islam di Malaysia dan dunia. Berikut saya senaraikan sebab-sebab mengapa Pas perlu ditolak.
1) Pas pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca Pas mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung
Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.
Sebenarnya... Siapa yang kafir??

2) Pas menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam al-Quran.Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam al-Quran.
Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.

3)Pas hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan Pas bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang saya ketahui mereka yang menyertai Pas ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata.

Jika kita lihat kepada pemimpin Pas dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut Pas, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.

4) Pas telah menghakmilikkan Islam untuk partinya iaitu telah menyamakan Islam dengan partinya. Ini bukan rekaan. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah Pas dan mendengar sendiri ucapan penceramahnya menyamakan Pas itu dengan Islam. Beliau telah membuat perumpamaan bahawa Islam dengan Pas ibarat kain dengan benang.
Tanpa benang (Islam), maka kain (Pas) tidak akan ada dan sebaliknya. Jadi tidak hairanlah jika pengikutnya begitu taksub, taat dan takut dengan larangan atau ucapan pemimpinnya.Mereka menganggap jika menentang Pas ibarat menentang Islam dan jika keluar daripada Pas, takut menjadi kafir seperti orang UMNO. Satu soalan yang tidak pernah dijawab oleh pemimpin Pas, adakah orang Islam lain di negara lain juga tidak Islam kerana tidak pernah kenal dan menyertai Pas?

5) Pas tidak pernah membuat kenyataan mengutuk atau menolak golongan seperti Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan KMM. Ini membuktikan bahawa Pas menyokong sifat ekstrem, militan dan ganas. Sebaliknya Pas menuduh kerajaan menentang golongan yang cuba memperjuangkan Islam dan tidak ingin Islam berkembang. Paling sedih sekali, tuduhan kerajaan ingin menghapuskan terus agama Islam di Malaysia ini.

6) Pas mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka terutama kepada golongan pengikut yang taksub dan kurang pengetahuan agamanya. Pas mengatakan bahawa pangkah partinya atau sokong akan dapat masuk syurga kerana mereka telah menyokong perjuangan Islam. Semua orang Islam menyokong perjuangan Islam tetapi tidak menyokong cara perjuangan Pas yang ekstrem, riak, bangga diri, mengaku lebih bijak dan pelbagai lagi sikap buruk yang menunjukkan cara perjuangan Pas yang tidak berhemah dan berhikmah.
Pemimpin Pas tidak menjelaskan bahawa banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang muslim untuk melayakkan diri masuk syurga. Tidak cukup hanya pangkah dan sokong Pas sahaja dapat masuk syurga, tetapi amalan lain seperti sembahyang, puasa, zakat, beramal jariah dan berakhlak baik termasuk tidak buruk sangka, tidak mengata orang, tidak memfitnah, tidak takbur, riak dan angkuh.Jika ditanya kepada Hadi dan Nik Aziz, mereka sendiri pun tidak tahu sama ada dapat masuk syurga kerana mereka juga melakukan banyak dosa mulut yang boleh menyebabkan kebinasaan besar. Jangan ingat hanya tangan yang boleh melakukan kebinasaan, bahana mulut adalah lebih teruk lagi.

7) Pas cuma bersandiwara dan tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan hukum hudud di Terengganu. Pas cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak pernah melaksanakannya. Jika Pas melaksanakan hukum tersebut sudah tentu ada kes hudud dan qisas telah dilaksanakan sejak ia diwartakan pada bulan Ramadan 1424H. Kita harus faham makna warta dan laksana. Mewarta tidak bermaksud melaksana.

Jadi Pas hanya mewartakan sahaja hukum tersebut bagi menunaikan janjinya sahaja dan untuk modal bagi menghadapi pilihan raya 2004.Pas tidak bertanggungjawab kerana cuba melaksanakan hukum hudud bukan kerana Allah tetapi kerana tujuan politik.Ini kerana pemimpin dan pengikutnya mengatakan mereka sudah lepas daripada tanggungjawab apabila mewartakan hukum hudud dan qisas dan masalah untuk melaksanakan tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mereka seolah-olah takut kepada Abdullah Badawi daripada Allah kerana memberi alasan kerajaan cuba menghalang pelaksanaannya.

8) Pas menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam menuntut ilmu. Ramai kanak-kanak tadika PASTI telah diasuh dengan sikap dan sifat yang tidak elok. Mereka menipu kanak-kanak dengan mengatakan ilmu agama lebih penting daripada ilmu-ilmu dunia yang lain. Pas juga menuduh kerajaan mengajar ilmu sekular. Pas sedar bahawa kerana tanpa ilmu dunialah umat Islam ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir.

Allah mengajar kita supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka tidak faham bahawa ilmu sains, teknologi dan ekonomi juga adalah ilmu kurniaan Allah. Mana bisa manusia boleh pandai sendirian tanpa kurniaan Allah.Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar kita supaya berdoa tanpa berusaha. Jika mahu berusaha dengan baik, tentulah kita memerlukan ilmu dan kemahiran yang relevan.

9) Pas menanam sikap kepada pengikutnya supaya tidak perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka. Pas memberikan fahaman bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan dan mana-mana kerajaan pun termasuk kerajaan kafir akan membantu rakyatnya kerana sudah menjadi tanggungjawab.Tetapi Islam mengajar dan menggalakkan umatnya bersyukur dengan nikmat yang diterima sama ada daripada kerajaan ataupun pihak lain kerana segala nikmat itu datang daripada Allah.

Apakah para pemimpin Pas dan para pengikutnya tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Allah mengurniakan rahmat melalui makhluk-Nya termasuk manusia, hujan, bumi, air dan segalanya. Maha Suci Allah!Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya bahawa bermulanya agama dengan mengenali Allah, tetapi para pemimpin Pas seolah-olah tidak kenal Allah.


10)Pas sebenarnya telah meletakkan kesucian Islam di tempat yang hina dan rendah pada pandangan orang kafir kerana menggunakan perkataan Islam pada nama partinya. Ini memberi fahaman yang salah kepada orang kafir kerana setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh pengikut Pas akan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.Perbuatan mencaci, memaki hamun, memberi gelaran buruk, memfitnah, berbohong dan sebagainya akan dianggap sebagai tidak menyalahi dan menjadi satu amalan yang biasa oleh orang Islam. Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya begitu.

Pada zaman Rasulullah, dakwah Islam tidak semestinya melalui percakapan tetapi perbuatan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh umat Islam pada waktu itu dapat menarik lebih ramai orang kafir memeluk Islam berbanding dakwah secara lisan. Tetapi ini tidak berlaku disebabkan pemimpin dan pengikut Pas yang mengaku Islam tetapi sikap dan akhlak mereka lebih teruk daripada orang kafir sendiri. Ini menyebabkan orang kafir memandangkan rendah kepada ajaran Islam dan seterusnya gagal menarik mereka memeluk Islam.



- SEKADAR MUKMIN, Kemaman, Terengganu.



Anwar dan RPK wajar ditahan dibawah ISA
Oleh: ANAKomak layari: www.suaralantangjejaka.blogspot.com

Perjuangan dua insan bernama Anwar dan Raja Petra Kamarudin mesti dihentikan.Titik noktah patut diberi kepada dua sekawan ini.Penutup keganasan dua sekawan ini harus dihentikan serta-merta.Jika tidak lebih banyak perkara buruk yang merosakkan moral masyarakat bakal berlaku.

Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin perlu ditahan dibawah ISA demi keselamatan rakyat, agama dan negara.Tidak perlu dibangkitkan soal dalil mengapa harus ditahan dua sekawan ini kerana umumnya sudah tahu akan kedajalan yang dilakukan oleh mereka.Antaranya rusuhan di ibukota dengan pinjaman nama tuntutan adil dan bersih..kononnya.

Anwar Pembelot dan Pengganas Demontrasi.

Anwar Ibrahim adalah seorang insan unik, terkenal di seantero dunia. Dia bangkit daripada seorang manusia kerdil sehingga hampir menjadi orang nombor wahid di Malaysia. Bijak berpidato dan dipercayai umum sebagai pejuang Islam tulen. Adakah dia mangsa konspirasi? Atau dia sendiri merupakan konspirator yang licik.

Apa jadi dengan kisah Anwar diracun arsenik? Terbukti kisah itu merupakan sandiwaranya. Kemudian timbul pula tragedi dia sakit tulang belakang yang boleh menyebabkan dia lumpuh kononnya disebabkan didera sewaktu ditahan polis. Ini juga sandiwara dan jangan lupa Anwar beberapa kali terjatuh semasa menunggang.Namun, apa yang paling dahsyat adalah konspirasi Anwar dalam menjatuhkan islam di Malaysia.

Al-Quran membezakan antara kafir yang sanggup berdamai dengan orang Islam yang berbeza dari kafir yang bermusuhan terang-terangan dengan ummat Islam serta ajaran Islam. Jenis kedua ini dinamakan Kafir Harbi.

DAP dan kawan-kawan Kafir DSAI adalah Kafir Harbi kerana sentiasa mempersoalkan ketua-ketua agama kita (Kesultanan& Peranan PM/MB selaku penasihat), mahkamah syariah dan sentiasa mencari kesalahan pemimpin Islam. Pada hal orang kafir Malaysia juga tak sunyi dari kesalahan (edar dadah, bapa pelacuran, along, judi, arak samseng dan lain-lain).

Lim Kit Siang pernah berkata "langkah mayat saya dulu sebelum bentuk negara Islam"tapi Hadi Awang sanggup bersekongkol dengan DAP Kafir Harbi.

Anwar Ibrahim lebih teruk dari kafir harbi Malaysia. Dia menggunakan USA dan Kristian Jerman, Kanada dan Britain mempersoalkan Ketuanan Melayu. Pada hal ketuanan melayu berlaku sangat baik kepada Bukan Islam Malaysia. Bayangkan- kaum India yang majoriti di mana-mana kawasan Parlimen pun kita berikan kerusi. Tapi India seperti Sivarasah (sekarang orang kuat DSAI) tidak marahkan Samy Vellu (yang tamak dan tidak membantu India miskin dengan bersungguh).

Dia marahkan UMNO. Adakah itu wajar? Bila mana mereka perkatakan korupsi mereka langsung tidak lemparkan tuduhan kepada golongan yang terlibat dengan jenayah berat kenapa?. Kenapa hanya persalahkan Melayu (Islam) sahaja? Fikirkan...

Selepas Anwar dibebaskan daripada penjara pada tahun 2004, Anwar menjanakuasakan kembali kuasa vito milik beliau dengan satu perjanjian sulit bersama Wolfowitz.
Pada tahun berikutnya, Anwar menyatakan sokongannya ke atas pelantikan Wolfowitz sebagai presiden Bank Dunia tetapi menegaskan bahawa beliau tidak berkongsi pandangan Wolfowitz mengenai perang Iraq.


Di Malaysia, Anwar masih dalam keadaan selesa dengan menunggang kerbau-kerbau belaan beliau.Antaranya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Sivarasa Rasiah, Raja Petra Kamarudin, Lim Kit Siang, Hadi Awang, Husam Musa, Tian Chua dan Karpal Singh.Kesemua mereka ini sering dijadikan tunggangan Anwar dalam menyeberangi lautan politik negara untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Bagi memenuhi satu daripada agenda peribadinya, Anwar bertindak pada 10 November 2007, satu perarakan besar-besaran parti pembangkang diadakan dari Dataran Merdeka ke Istana Negara bagi menuntut satu pilihan raya yang lebih bersih. Perarakan ini dianjurkan oleh Bersih, satu perikatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan pembangkang.

Antaranya ialah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) dan Writers Alliance for Media Independence (WAMI). Kumpulan ini diturut didokongi oleh pemimpin parti pembangkang dan juga pemimpin kesatuan sekerja yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mereka menuntut agar Yang Di Pertuan Agong dan Majlis raja-raja mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan pembersihan daftar pemilih, memansuhkan undi pos, penggunaan dakwat celup jari dan akses kepada media. Mereka juga menuntut orang-orang Cina dan India diberikan tempat dalam Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

Anwar jugalah yang mencetuskan kemarahan rakyat kerana beliau pandai memainkan watak untuk memperdayakan rakyat agar turut membenci kerajaan.Sebagai rakyat yang sayangkan tanahair, kita wajib menolak Anwar dan sekaligus menyokng penuh agar tindakan ISA dikenakan atas pembelot negara ini.

Raja Petra Kamarudin Raja Pembohong

Seorang pengkhianat, petualang dan pembelot, itulah antara gelaran yang sememangnya bersesuaian untuk diberikan kepada pengendali blog Malaysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin (RPK) atas apa yang dilakukannya selama ini.


RPK yang sebelum ini begitu lantang memperjuangan kebebasan dan tidak lekang dengan artikel penipunnya dilihat semakin ghairah menulis isu-isu yang mampu menimbulkan kemarahan pihak-pihak tertentu dan seterusnya mencetuskan ketegangan antara dua kaum.

Malah Raja Petra yang kini tanpa pekerjaan tetap, tanpa segan silu mempersendakan Yang DiPertuan Agong, Institusi raja dan juga agama Islam dengan pelbagai pembohongan termasuk pengakuan menyatakan DYMM Tuanku Sultan Mizan memperkenan perhimpunan menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Raja Petra Kamaruddin yang turut mendapat jolokan nama sebagai Raja Mat Jenin terlalu banyak mencipta kelemahan kerajaan. Banyak artikel dari laman web beliau (walaupun banyak juga tulisan yang diceduk dari blog lain) adalah berupa propoganda untuk melemahkan kerajaan kepimpinan Pak Lah yang sering tersasar dari fakta yang sebenar.

Kini raja Mat Jenin ini telah melampaui batas apabila beliau dengan sewenang-wenangnya menghina dan menghasut rakyat.Antaranya:
1) Menghina Yang Dipertuan Agong dan merosak institusi Yang Dipertuan Agong.
2) Menghina dan memperlekehkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
3) Ungkapan dan kenyataan dalam blog itu menghasut dan mengandungi unsur-unsur perkauman dengan tujuan menimbulkan rasa benci dan keganasan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.


Biarpun isi kandungan didalam blog RPK ini melampaui batas kesabaran rakyat namun apa yang ingin dibangkitkan adalah penglibatan beliau dalam perhimpunan haram Bersih dan tindakan sesuka hati yang digunakan atas alasan pertalian darahnya dengan Yang DiPertuan Agong yang turut dipergunakan Anwar dalam menghidupkan ruh keganasan rakyat.

Apakah manusia seperti ini hendak kita biarkan terus menguasai mentaliti rakyat khususnya generasi anak muda?

Penghinaan terhadap raja kita dan agama kita jelas membuktikan Raja Petra adalah batu api yang besar untuk mencetuskan satu pergolakkan yang kurang baik bagi masyarakat kita di Malaysia. Jika kita amati dengan teliti, kita dapat merasakan ada pihak yang sedang cuba membakar api perkauman dan ada pihak yang cuba melaga-lagakan bangsa Melayu dan bangsa-bangsa asing kerana tidak senang dengan keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia

Lebih menjelikkan Raja Petra mahu membuktikan bahawa dia kebal dan tidak boleh disentuh, sebaliknya beliau juga lupa bahawa beliau adalah manusia biasa yang hidup dalam undang-undang yang di cipta oleh manusia dan bukannya undang-undang ciptaan Allah SWT yang boleh dirubah oleh manusia sendiri!

Fahaman yang sesat RPK wajar ditolak apabila dengan gah beliau menghalal apa yang haram.Sedih! Itulah perasaan yang timbul apabila RPK melonjakkan diri sendiri dengan mengatakan dirinya penuh berilmu lantas merendahkan orang lain apabila beliau mengatakan fahaman Islam yang diamalkan oleh orang Melayu kini adalah salah dan terpesong daripada ajaran yang asal.

Begitu sekali dakwaan RPK. Bangsa Melayu adalah bangsa yang beragama Islam. Memang benar ada yang tidak benar-benar mengikuti seperti apa suruhan-NYA yang asal. Contoh terdekat adalah RPK sendiri. Jika benar seperti yang dinyatakan oleh beliau yang beliau berpegang pada ajaran asal Islam, mengapa beliau begitu galak membuat fitnah?

Adakah dalam Islam asal membenarkan penyebaran tohmahan dan menghina kerajaan serta pemerintah? Adakah dalam Islam asal membenarkan ummatnya keluar masuk gereja, berkata ‘jika aku kristian sekalipun’ dan minum arak contohnya, tidak salah dan dihalalkan?

Adakah benar begitu? Ajaran asal yang manakah yang dituruti itu? Memang benar sebagai manusia biasa pasti ada kesalahan yang dilakukan. Namun, sebagai manusia biasa juga kesalahan yang dilakukan itu tidak harus diulangi.Siapa beliau untuk jadi penilai? Tidak layak untuk RPK mengatakan orang Melayu Malaysia tidak mengikuti ajaran Islam yang asal.

Masakan negara luar memberi pengiktirafan kepada Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta mengatakan cara dan pelaksanaan Islam kita bersesuaian dengan masyarakat majmuk Malaysia, jika benar ikutan kita salah? RPK sebenarnya sudah nyanyuk dan wajar disumbat ke penjara atas hasutan yang boleh mempengaruhi pemikiran rakyat.

Gejala ini perlu ditangani yang mana ianya kini hampir dapat mempengaruhi rakyat Malaysia dan selagi Raja Petra tidak ditahan dan disimpan atas akta ISA, maka lebih ramai rakyat yang biadab akan lahir seperti Namwee yang manghina lagu kebangsaan kita menjelang kita menyambut kemerdekaan.

Sebagai rakyat yang prihatin pada nasib nusa bangsa, bersama kita berkempen dan menyeru agar akta ISA dikenakan ke atas kedu-dua pengkhianat bangsa dan agama ini.Apatah lagi dengan melibatkan DYMM Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam isu politik sememangnya tidak boleh dimaafkan dan amatlah biadap.









Ahad, 18 November 2007

PETUALANG NEGARA: ANWAR dan RPK mesti ditangkap di bawah ISA

TIGA DALANG UTAMA PERHIMPUNAN HARAM 10 NOV...





OLeh: ANAKomak

"Tidak manis dalam perkara ini kita heret nama baginda. Elok dihentikan dakwaan ini secepat mungkin kerana dalam Islam kita tidak boleh memfitnah antara satu sama lain," titah baginda Sultan Ahmad Shah semalam kepada media dalam melahirkan rasa kesal dan tidak senang baginda dengan apa yang telah dilakukan oleh BERSIH dan pembangkang khususnya Sivarasa, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamarudin.

Dakwaan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Istana Negara memperkenankan perhimpunan haram di ibu negara pada 10 November lepas disifatkan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai tidak manis.Menurut baginda, adalah sesuatu yang tidak elok mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong dengan perkara yang tidak bermoral itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa kesal baginda terhadap pihak tertentu yang mendakwa baginda memberi perkenan dan menyokong perhimpunan itu yang dianjurkan oleh sebuah badan dikenali Bersih dan disokong parti-parti pembangkang.Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda yakin Tuanku Mizan tidak terlibat sama sekali dengan perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan yang diadakan atas nama menuntut pilihanraya bersih dan adil itu sebenarnya telah banyak mendatangkan impak negatif kepada negara dan institusi Raja-raja.Perhimpunan yang telah dilarang namun tetap diadakan hingga membabitkan Yang DiPertuan Agong cukup melambang sikap 'kurang ajar' dan mencabul kedaulatan undang-undang.

Pemerhatian yang jelas kita lihat adalah kesempatan mengeksploitasi atas kepentingan peribadi bagi pihak pembangkang.Suara rakyat suara majoriti dan majoriti rakyat di negara ini meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perarakan yang diadakan dan menyarankan agar mereka yang mengdalangi perarakan haram itu di penjarakan melalui ISA.

Bersih dan kroninya cuba melaga-lagakan Raja-Raja dengan fitnah yang tidak manis dengan melibatkan Yang DiPertuan Agong dan ini boleh mengaibkan Baginda dimata dunia! Sebagai rakyat yang sayang dan taat kepada raja, kita harus menyokong usul agar beberapa nama ini dikenakan tindakan ISA.Antaranya, Anwar Ibrahim dan Raja Petra Kamaruddin (RPK)

Anwar dan RPK adalah dalang utama yang menganjurkan perhimpunan ini.Apa yang disebut 'mastermind' adalah sesuai sekali untuk mereka berdua ini.RPK dan Anwar telah berjaya memperalatkan PAS dalam mewujudkan huru-hara dan mencemarkan nama baik raja dan negara.

Kedua-dua mereka ini lebih dilihat mempunyai niat dan cita-cita buruk untuk menjatuhkan kerajaan.Raja Petra Kamarudin (RPK) di fahamkan mempunyai pertalian darah dengan Yang DiPertuan Agong, dengan itu beliau menggunakan kuasa pertalian itu untuk mencanang fitnah bahawa Baginda memperkenan perhimpunan tersebut.

Inilah RPK, seorang yang bersifat paderi yang bertopengkan islam dan kini sewenang-wenangnya menghina DYMM tanpa sebarang rasa bersalah.Sungguhpun RPK mengaku bersaudara dengan DYMM tetapi kenapa beliau sanggup mengkhianati Baginda dengan melaga-lagakan Raja dan rakyat.Apakah ini sifat insan berdarah raja?

Bagi membendung perkara yang lebih merbahaya, kedua-dua mereka ini mesti dikenakan ISA demi kesejahteraan negara.Lebih utama, Anwar Ibrahim yang bersifat kejam dan seorang penipu besar.Sejarah mengenai beliau banyak melibatkan keganasan dan rusuhan.

Anwar dan RPK adalah pelopor BERSIH dan perhimpunan Raksasa 10 November lalu yang disokong kuat oleh gerakan anti Islam di Malaysia.
Gerakan di atas paling banyak menyokong gerakan anti Islam yang diperjuangkan oleh Interfaith Commission (IFC). Malah IFC pernah ditaja oleh Konrad Adeneuer Foundation (KAF) sebuah Yayasan Kristian yang beribu pejabat di Jerman.
Apakah PAS lupa dengan tuntutan gerakan anti Islam di Malaysia yang mempertahankan gejala murtad dikalangan umat Islam di Malaysia? Atau mencampuri hal ehwal agama Islam dan memberikan kuasa kepada mahkamah sivil berbanding mahkamah syariah?

Malaysia adalah sebuah negara Islam.Malaysia harus di selamatkan!! Apakah dua manusia seperti ini harus dibiarkan bermaharajalela?

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri harus peka dan mengambil tindakan tegas kepada Anwar dan RPK dengan mengenakan tindakan ISA terhadap mereka.Tangkap dan penjarakan mereka!!