MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 8 Oktober 2007


SKETSA JEJAKA LANTANG...



SELAMAT HARI LEBARAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA
MAAF ZAHIR & BATIN

Diraikan…..Lebih 1000 Pemimpin Pemuda Bahagian Dan Mantan Pemimpin Pemuda UMNO Seluruh Negara Diraikan Dalam Majlis Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Yang Diadakan Di Dewan Merdeka PWTC Di Sini, Khamis. Ternyata Peluang Bersua Muka Di Kalangan Pemimpin Pemuda Khususnya Dengan Mantan Kepimpinan Pemuda Digunakan Untuk Beramah Mesra Dan Mempereratkan Lagi Hubungan Selain Sebagai Satu Penghargaan Terhadap Jasa Dan Sumbangan Yang Diberikan Selama Ini. Bagai Kata Bidalan “Tiada Hulu, Tiada Parang, Tiada Dahulu Tiada Sekarang”, Begitulah Tingginya Ingatan Pemuda Terhadap Jasa-jasa Pemimpin Terdahulu.

PEMBANGKANG MASIH BERMIMPI

Pembangkang bermimpi mengatur strategi
Oleh:ANAKomak


Pelbagai taktik dan usaha cuba dijalankan oleh pembangkang antaranya bersedia untuk berkerjasama bagi memastikan kerajaan sedia ada runtuh.

Niat buruk pembangkang telah diketahui umum sejak dari dulu lagi.Pembentangan mereka nampak murni namun sedarkah kita di sebalik semuanya ini terdapat konspirasi yang merbahaya buat rakyat yang mahukan kedamaian berkekalan.

Baru-baru ini media menyiarkan penubuhan Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) yang diterajui Nallakarupan. Parti yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu bagaimanapun hanya terbuka untuk kaum India sahaja .

Kesempatan ini diambil oleh PAS dengan usaha giat meningkatkan sokongan bukan Melayu kepada parti tersebut dengan mengadakan berbagai kempen termasuk memperkenalkan Kelab Penyokong PAS yang terbuka kepada kaum Cina dan India di negara ini.

Ternyata PAS telah lari jauh dari landasan sebenar perjuangan mereka yang dulunya berkobar-kobar melaungkan parti mereka ‘parti islam’, memperjuangkan hukum hudud dengan cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara islam.

Apa dah jadi? Sandiwara apa pula yang sedang dirancang?

Selain itu, PAS juga menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotai berbagai kaum dan dipimpin secara ‘de facto’ oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada persoalan sebelum ini, andaikata salah satu dari parti politik pembangkang ini memenangi kerusi di peringkat tertinggi, maka siapakah yang akan menjadi ketua bagi kawasan yang dimenangi kelak?

Adakah PAS?
Adakah PKR?
Adakah DAP?
Atau parti baru MIUP?

Kalau orang berotak pasti terfikir tentang perkara ini dan akan tercetuslah lawak jenaka kerana perebutan takhta nanti.

Hari ini pembangkang masih terus berangan-angan tanpa membuktikan kesungguhan.Sebagai rakyat yang bijak, tentunya tahu membuat pilihan yang tepat bagi sebuah keamanan sejagat.

PAK LAH, USAH BIMBANG..

Oleh: paiseh


Negara Malaysia kini telah termasuk dalam senarai 20 negara termaju di dunia.Setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan, pelbagai kemajuan dikecapi dan bersilih ganti pula corak pimpinannya mengikut kridebiliti dan keupayaan mereka yang memerintah.

Tampuk pemerintahan yang berganti mengikut peredaran zaman ini corak perjalanannya masih sama iaitu memastikan negara maju, aman dan sentosa.

Begitulah ikhrar seorang pemimpin sesebuah negara.Mahukan rakyat sentiasa merasai nikmat-nikmat hidup yang lebih selesa dan terjamin walaupun terdapat sedikit kekurangan pada mulanya.

Keluhan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menyentuh perasaan rakyat yang turut memahami dan merasai kesukaran beliau dalam memastikan rakyat maju tanpa huru-hara dan kesengsaraan.

Ketika di zaman pemerintahan Tun Mahathir, pada permulaan pemerintahannya juga beliau turut di sembur dengan pelbagai persoalan dan ramai yang mempertikaikan kebolehan Tun dalam meneraju negara waktu itu.

Kini tempias yang sama terkena pada Pak Lah.Bermacam desas-desus timbul dan pertikaian dalam kemampuan Pak Lah memerintah negara.Sehingga kini Pak Lah sendiri pening kepala dengan pelbagai persoalan yang harus dijawab.

Sungguhpun begitu, ketenangan yang dipamerkan Pak Lah menjadi kekuatan kepada anak-anak buahnya bagi turut sama menangani apa jua permasalahan yang melanda.

Biarpun ada diantara mereka menyatakan kepada Pak Lah agar usah terlalu bimbang, ternyata niat menteri-menteri ini tidak mahu beban yang ada di pikul sendiri oleh Pak Lah.

Beginilah sikap dan sifat yang dilatih oleh kerajaan Barisan Nasional agar sentiasa Bantu mambantu.Bak kata pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
UMNO..dulu, kini dan selamanya..

TUDUHAN TENG TUDUHAN ORANG BODOH

oleh: paiseh

Propaganda pilihanraya terus menjadi bualan hangat sana-sini bagi kaki-kaki politik.Pelbagai isu timbul satu persatu dengan macam-macam cerita dan topik.Terbaru tuduhan lawak dari ADUN Sg.Pinang Teng Chang Kim (DAP) yang mendakwa Menteri Besar Selangor Datuk Dr.Khir Toyo kononnya membazirkan wang rakyat.

Dalam kenyataan Teng, beliau berpendapat bahawa rombongan Dr.Khir ke China baru-baru ini adalah suatu pembaziran dan memakan duit rakyat.

Dr. Mohamad Khir dalam kenyataan balasnya menjelaskan bahawa Lawatan Sambil Belajar ADUN BN ke China merupakan program tahunan yang dibiayai oleh mereka yang terbabit dan juga peruntukan daripada Tabung Barisan Nasional negeri. Tidak berpuas hati dengan penjelasan Dr. Mohamad Khir, Teng mencabar supaya kerajaan negeri menunjukkan bukti.

Bukti apa yang perlu ditunjukkan oleh Menteri Besar atau Adun terbabit? Sebenarnya Menteri Besar tidak perlu pun menjawab kenyataan Teng yang tanpa asas tersebut. Jika di Mahkamah pun dakwaan Teng akan ditolak kerana dibuat tanpa sebarang asas dan bukti yang sah.

Untuk peringatan kepada Teng, rombongan ini merupakan perbelanjaan peribadi individu dan parti Barisan Nasional. Justeru ia tiada kena mengena dengan Teng selaku ahli DAP. Dengan kata lain, jika dipinjam terma undang-undang, Teng tidak mempunyai sebarang locus standi untuk meminta sebarang penyata perbelanjaan individu atau parti lain. Selebihnya, bukankah aneh orang yang melemparkan tuduhan meminta orang yang dituduhnya mengemukakan bukti tidak bersalah?


Sebagai peguam, Teng sepatutnya arif dan tahu bahawa beban pembuktian terletak atas pundaknya sebagai "pendakwa". Teng bukan sahaja tidak mempunyai sebarang bukti prima facie, malah bukti yang lemah pun tidak dikemukakannya

Dakwaan Teng ini umpama cuba mencari populariti agar namanya naik dengan isu hangat sekaligus mendapat kepercayaan orang ramai, tapi sayang ‘kerja bodoh’ yang dilakukannya ini lebih kepada memalukan diri sendiri apatah lagi sebagai seorang peguam.

Malangnya, Teng tidak mempunyai sebarang bukti ketika membuat tuduhan menyebabkan beliau terperangkap, dan sekarang terpaksa meminta pertolongan para sahabatnya untuk membuat poster dan tuduhan-tuduhan liar ke atas kerajaan negeri Selangor. Sebagai ADUN, beliau sepatutnya menulis surat rasmi mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang tuduhan. Malangnya, beliau bertujuan untuk memburukkan orang lain bukannya mencari kebenaran.


Beginilah sifat dengki dan busuk hati seseorang yang hanya inginkan kepentingan diri terjamin.Petua buat Teng..”cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar”

Selasa, 2 Oktober 2007

WAJAH-WAJAH PAK LAWAK YANG BERMIMPI DI SIANG HARI..

3 SAHABAT YANG BERJUANG CALAM MENGEJAR IMPIAN BODOH



ANWAR YANG TAMAK HALOBA SANGGUP KETEPIKAN SOAL NARUAH JANJI POKET MASYUK!!



3 PEJUANG YANG DAH BANYAK KALI TRY BERPERANG TAPI..ASYIK KALAH JER SEBAB BANGANG..



HANJING-HANJING YANG SERING MEMBANGKANG...HAMPEH JERRR..


4 SEKAWAN YANG DUDUK SAMA BANGANG BERDIRI SAMA STUPID!!
NI LAH DIORANG YANG TERUS-TERUSAN DALAM ANGAN-ANGAN..JOHN JENIN..











BILA NAFSU MENGUASAI DIRI..PERASAAN BANGAN MELANTUN-LANTU KAT 3 HERO KAMPUNG BODOH INI..

















FILEM TERBARU ARAHAN ANWAR YANG DIDOKONG OLEH AHLI-AHLINYA YANG TAK TAHU ERTI KEHARMONIAN..JANJI PERUT KENYANG ,FITNAH SANA-SINI DAN TEMBERANG TAK AGAK-AGAK..!!!







AWAS!!! TAYANGAN PERDANA FILEM TERBARU 2008 "LIARLIAR"

SEBUAH FILEM KARUT TERBITAN NUAR N JIJAH PRODUCTION..
TENGOK JANGAN TAK TENGOK YE...??

ISU KLIP VIDEO


TERBARU.... Mesyuarat pertama panel bebas khas tentukan kesahihan rakaman video esok Panel bebas khas untuk menentukan kesahihan rakaman klip video, yang merakamkan seorang peguam bela kononnya sedang berbincang melalui telefon mengenai pelantikan hakim-hakim, akan mengadakan mesyuarat pertamanya.
Menurut Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdullah Sani Ab Hamid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Selasa, mesyuarat berkenaan akan diadakan esok (Rabu).
Beliau yang juga merupakan setiausaha panel tersebut, memberitahu dalam kenyataan ringkas tersebut, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada pukul 10 pagi di Tingkat 30, Menara Tun Razak. Panel yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar itu ditubuhkan pada 25 Sept lepas.
Klip video itu menunjukkan perbualan telefon kononnya antara seorang peguam kanan dan seorang hakim kanan mengenai urusan pelantikan hakim-hakim pada tahun 2002. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata kerajaan memutuskan untuk menubuhkan panel bebas itu kerana dakwaan dan spekulasi pihak tertentu berhubung isu berkenaan dapat menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti serta integriti sistem kehakiman negara.

KES NURIN : LAPORAN TERKINI


TERBARU: Polis sedang mencari lelaki dan wanita dalam gambar ini untuk membantu siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata dalam sidang akhbar khas di Bukit Aman Selasa lelaki berkenaan berusia antara 35 hingga 40 tahun, tinggi 168cm dan berkulit cerah pergi ke kawasan perumahan di Bangsar, bertanya orang ramai bilik untuk disewa bagi dirinya dan anaknya semasa tempoh Nurin Jazlin hilang.Manakala wanita berusia dalam lingkungan 20-an, tinggi 153cm dan mempunyai rambut paras bahu kelihatan berada dekat beg sukan berwarna biru gelap yang dimuatkan mayat Nurin Jazlin dan ditemui di sebuah kedai di Petaling Jaya Utama pada 17 September.

sejenak kita berfikir...

Dipetik dari internet : Kiriman sahabat CIMB.

DATO' KAMAL AMIR MENULIS

UNTUK tahun ini sahaja Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan sebanyak empat projek mega yang menelan lebih 500 bilion ringgit, merangkumi pembangunan Wilayah Iskandar, Pembangunan Koridor Utara, Koridor Pantai Timur dan jambatan kedua Pulau Pinang.
Kesemua projek tersebut cukup gah, cukup mempersonakan, malahan setiap rakyat boleh teruja dengan pengumuman sedemikian. Tiada lagi jumlah juta-juta, jauh sekali ratusan ribu ringgit, sebaliknya lagak orang kaya bahru Abdullah menyebut angka bilion-bilion ringgit.

Dua tahun lalu pasca awal memegang teraju kepimpinan negara seringkali dia mengatakan negara sudah kehabisan wang, banyak wang negara telah lesap hinggakan keadaan ekonomi terjebak menjadi sebegitu sukar. Hairannya selepas dua tahun, tanpa adanya petunjuk rangsangan kemantapan ekonomi, kalaupun sekadar pengumuman Gabenor Bank Negara lima bulan lalu dagangan negara mencecah angka trilion ringgit, tiba-tiba Abdullah mula seronok mengumumkan pelaburan berbilion ringgit.

Era Dr. Mahathir yang digelar 'mahafiraun' dan 'mahazalim' sekadar berbelanja sekitar 350 bilion untuk kos pembangunan sepanjang musim pemerintahannya selama 22 tahun (sila lihat laporan kewangan negara), tapi untuk kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dalam tempoh empat tahun sudah riak mengumumkan kos pembangunan lebih lima ratus bilion.
Itupun tidak termasuk pembangunan "Penang Global Corridor City Centre" dijangka menelan puluhan bilion ringgit.

Kesempatan berbuka puasa bersama Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah kelmarin, penulis sekadar mengajukan persoalan sejauh mana kemampuan negara berbelanja sebegitu besar, secara jujur bekas Menteri Kewangan tersebut menyatakan rasa hairan bagaimana kerajaan mampu untuk membiayai kos tersebut.

"Saya kira kos pembangunan Rancangan Malaysia Kesembilan pun tidak sampai jumlah empat projek mega tersebut. Malahan timbul pula tanda tanya di hati kecil saya, datang dari mana wang sebanyak itu?
"Kini masanya bukan untuk berbelanja, himpitan kehidupan rakyat semakin mencengkam, soal pengangguran puluhan ribu siswazah masih belum dapat ditangani, bagaimana wang sebegitu besar boleh dibelanjakan? Apakah melalui empat projek tersebut boleh menyelesakan masalah pengangguran siswazah yang sudah mencapai tahap serius?

"Setiap tahun jumlah pelajar yang keluar dari pusat pengajian tinggi berjumlah puluhan ribu, ertinya puluhan ribu warganegara memerlukan sumber pendapatan. Harga barang terus naik begitu mendadak, nilai ringgit di pasaran semakin susut, lihat sahaja persoalan kenaikan minyak dan barangan keperluan, semua ini memperlihatkan sejauh mana nilai ringgit kita.

"Wang Petronas khabarnya berada di paras cukup genting, jika tidak segera ditangani, saya khuatir negara boleh jadi muflis!" jelas Tengku Razaleigh.

Sesungguhnya apabila mendengar kenyataan mantan Menteri Kewangan yang cukup berpengalaman menjana ekonomi bangsa dan negara membuatkan hati ini dijengah persoalan ke mana bangsaku mahu mengadu nasib di hari mendatang jika kebobrokkan pemimpin sebegini tidak segera dihentikan.

Sebelum ini jarang sekali Tengku Razaleigh Hamzah mahu membuka mulut berhubung soal masa depan ekonomi negara, namun kenyataan negara bakal menjadi muflis dalam tempoh empat tahun dari sekarang jika tidak segera dihentikan "pemborosan" pemimpin, membuatkan saya amat tersentak, seram dan ngeri apakah begini nasibnya rakyat yang terus dibohongi oleh Abdullah Ahmad Badawi bersama kaum kerabatnya untuk terus merampok satu demi satu wang rakyat.

Dua minggu lalu Tan Sri Tengku Mahalel mantan Ketua Pegawai Eksekutif Proton mendedahkan bagaimana wang syarikat kereta nasional sejumlah lebih tiga bilion ringgit menjadi lesap dan lebur sebaik sahaja beliau meninggalkan syarikat tersebut. Kenyataan Tengku Mahalel bukan persoalan remeh, bukan cerita harga kacang putih, jumlahnya besar sebanyak tiga bilion ringgit, malahan lebih utama sekali ia memperlihatkan wibawa kepimpinan kerajaan menguruskan syarikat kereta nasional.

Bagaimana wang tersebut boleh lesap hingga meletakkannya dalam keadaan nazak serta menjadi calon pengemis untuk segera dilacurkan kepada syarikat dari luar Negara. Begitu juga dengan kedudukan syarikat penerbangan Malaysia (MAS), semasa Idris Jala menjadi ketua pentadbirnya banyak aset-aset telah dijual, dan untuk tahun pertamanya beliau bangga mengumumkan keuntungan syarikat tersebut hasil jualan aset sedia ada, tapi kini bagaimana pula keadaannya?

Khabarnya MAS juga sudah mulai dijengah penyakit serba celaru dan tidak menentu, kakitangannya diberitakan bakal menjadi calon penganggur, jika tidak segera dipulihkan sudah pasti syarikat yang kita bebaskan dari cengkaman Singapura atas gabungan MSA satu ketika dahulu bakal kembali dicantumkan. Nauzibillah!

Dan kini Petronas pula dikhabarkan mulai dijengah gerhana untuk terjebak menjadi tenat, seharusnya di saat harga minyak melonjak di pasaran dunia, Petronas wajar mengumpul dana dalam tabungannya bagi kegunaan musim kemarau. Namun begitu, jika kerajaan Abdullah Ahmad Badawi terus leka untuk meratah dan membaham harta rakyat, apakah kita masih reda untuk berdiam diri?

Bangsa kita adalah bangsa cinta damai yang merdeka dalam erti kata merdeka sebenar-benarnya, kita adalah rakyat yang berhak secara mutlak menentukan pemimpin.
Jawatan Perdana Menteri bukan tiket untuk membenarkan sesiapapun merompak dan memperkosa ekonomi negara untuk akhirnya dilacurkan kepada dunia luar, rakyat berhak untuk menghalangnya, suara rakyat adalah suara keramat.

Dalam Negara yang mengamalkan demokrasi secara total kebobrokkan pemimpin sebegini mesti segera dihentikan. Tidak perlu untuk kita melakukan demonstasi jalanan, keamanan jangan sekali-kali kita gugat, ada banyak cara lain melalui lunas-lunas demokrasi. Masanya untuk rakyat bangun memperlihatkan kuasa mereka sudah sampai.

Suara rakyat mesti dijelmakan dalam bentuk undi tidak percaya terhadap kepimpinan sempang-peranang manusia bernama Abdullah Ahmad Badawi yang menjual temberangnya melalui mahzab Islam Hadhari dan sajak awalnya untuk tidak hidup berpoya-poya serta menimbun harta berjuta.

Bagaimana mampu Abdullah menafikan kehidupannya kini bukanlah dalam nur kehidupan muslimin yang serba sederhana apabila hiburan irama jazz sudah boleh dibawa masuk ke seri perdana dengan kos lebih satu juta ringgit.
Apakah dapat Abdullah membuktikan bahawa dia masih berpegang pada prinsip Islam sebenar untuk bersederhana dengan tidak membazirkan wang sebanyak itu? Sejak menikah dengan janda anak dua Jeanne Danker, sudah dua kali Seri Perdana mengadakan konsert hiburan dalam acara pesta-pestaan untuk kaum elit.
Sedangkan sebelum ini empat Perdana Menteri tidak pernah terdengar menganjurkan persembahan konsert di kediaman rasmi.

Seingat kita sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn hinggalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, persembahan hiburan bercorak konsert perdana diadakan di Dewan Audiotrium Besar Angkasapuri serta disiarkan secara langsung agar rakyat dapat menumpang sama mendengar persembahan tersebut.
Tetapi apa yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi ia sekadar untuk dirinya bersama kaum kerabat dan diadakan di kediaman rasmi, cukup tidak patut! Beberapa kalangan pembaca ada menghantar sms dan kritikan agar saya tidak terus menulis persoalan sebegini terhadap Abdullah Ahmad Badawi.

Ada yang menyatakan cukup-cukuplah mengkritik Perdana Menteri kerana kehidupan rakyat masih selesa, pusat membeli-belah masih penuh dengan pelanggan, jalan raya tetap sesak dengan mobil mewah, gaji kakitangan kerajaan sudah dinaikkan, taraf kehidupan rakyat semakin selesa, apa lagi yang rakyat mahukan! Itu kata mereka.

Sesungguhnya kepada teman-teman penulis, mahupun cybertrooper tajaan Azalina Othman atau juga parasit-parasit politik di menara Datuk Onn ingin saya jelaskan, bahawa untuk masa ini terlalu aib rasanya untuk kita membenarkan Abdullah melakukan kepimpinan sebegini.

Selagi Abdullah dan sidang wazirnya tidak berubah mentadbir negara secara telus dan beretika, tiada korupsi atau kroni, tiada pilih kasih, maka selagi itu kita tidak boleh berkompromi untuk tidak membalun atau membelasahnya.
Hanya satu saja jalan terbaik baginya adalah untuk berundur sebelum Umno dikuburkan oleh Abdullah dan sidang wazirnya.

Isnin, 1 Oktober 2007

ANWAR MAIN WAYANG LAGI

Petikan dari: Malaysia-today.net


Anwar sudah sediakan jalan keluar jika video VK Linggam terbukti palsu atau tiada sebarang konspirasi terbukti. Tiga catatan Anwar pada minggu lalu jelas sekali sudah menuduh kerajaan cuba menutup isu video ini dan keselamatan beliau dalam keadaan terancam kononnya.
Tulisan beliau berjudul "Harga Membongkar Konspirasi" adalah tipikal atau kelaziman politik putar belit Anwar.Pada 1998, beliau ke seluruh negara mendakwa kerajaan tidak akan membicarakan beliau tetapi akan menahan di bawah ISA.

Apabila berminggu-minggu beliau tidak ditangkap, maka Anwar mencipta rusuhan dan kekacauan bagi memastikan Polis menangkap beliau. Akhirnya beliau ditangkap, setelah pengikut beliau menghuru-harakan Kuala Lumpur, menyerang PWTC dan berarak ke Seri Perdana dalam keadaan marah.

Kali ini juga Anwar sudah membayangkan bahawa keselamatan beliau dalam bahaya berikutan pendedahan video klip tersebut.
Maka dinukilkan pandangan kawan-kawan yang meminta beliau berhati-hati. Jika tiada apa yang berlaku kepada Anwar dalam dua tiga minggu ini, tidak mungkin sesuatu yang buruk akan berlaku dengan sendirinya ke atasnya.

Pada 1998, Anwar yang berada dalam tahanan Polis mengetahui sifat panas baran Tan Sri Rahim Noor terus mengekploitasi Ketua Polis Negara tersebut. Bagi memastikan beliau dicederakan, Anwar memprovokasi Rahim Noor sebagai Bapa Anjing. Maka melayanglah penumbuk Rahim Noor ke atas Anwar.Maka episod mata lebam Anwar membuktikanlah kerajaan ini zalim.

Hakikat bahawa Rahim tidak disuruh oleh sesiapa untuk menumbuk Anwar, mahu pun provokasi Anwar memanggil beliau sebagai bapa anjing tidak lagi diambil kira oleh sebahagian orang yang emosional.Anwar sudah memula langkah awal bila mendakwa keselamatan beliau terancam.
Dalam catatan pendek kemudiannya yang betajuk, "Video dan Drama Tamil", Anwar sudah menuduh kerajaan akan memutar belitkan isu tersebut. Kaedah reversed psikologi Anwar ini sudah boleh dijangka.Dengan menuduh kerajaan akan membuat itu dan ini yang bertentangan dengan kehendaknya, Anwar berharap kerajaan akan bertindak sebaliknya.

Dengan kata lain, Anwar berharap kerajaan akan mengakui kebenaran video klip yang didedahkannya itu tanpa siasatan lengkap, sekaligus membolehkan beliau mendakwa semua keputusan mahakamah ke atas dirinya adalah atas sebab hakim korup.
Dengan membuat tuduhan-tuduhan awal terhadap kerajaan, Anwar ingin menyelamatkan dirinya jika terbukti video tersebut palsu dan beliau dikenakan tindakan undang-undang nanti.Namun Anwar lupa bahawa taktiknya ini sebenarnya tidak laku lagi.

Masyarakat tidak pernah lupa bagaimana dakwaan keracunan arsenik palsu beliau suatu masa dahulu. Masyarakat juga belum lupa hakikat Anwar yang kononnya sakit belakang hampir lumpuh, tiba-tiba pulih dalam masa tidak sampai sebulan selepas menjalani pembedahan di Jerman.Jika ada orang yang bermain wayang filem tamil mahu pun hindi, maka orang tersebut ialah Anwar Ibrahim mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Banduan Sungai Buloh.

Bukankah Anwar sendiri peminat nombor wahid filem tamil dan hindi?Ketelusan kerajaan dalam hal sebegini tidak perlu dipertikaikan kerana Anwar sendiri pernah menang kesnya ke atas Rahim Noor melalui Suruhanjaya Penyiasat yang ditubuhkan oleh Kerajaan.

Mahkamah yang dituduh korup oleh Anwar juga yang membebaskan dirinya dari hukuman ke atas tuduhan perlakuan seks luar tabie.
Mahkamah yang sama tempat Anwar mendapat bayaran ganti rugi kerana ditumbuk oleh Rahim Noor.
Justeru Anwar tidak perlu memprovokasi atau mencipta skrip baru.
Tunggu sahaja keputusan siasatan jawatankuasa penyiasat yang ditubuhkan oleh kerajaan.